Tuesday, June 30, 2015

Gembirakah anak anda berpuasa?

Assalamualaikum semua :)

Meriah timeline Facebook dengan pelbagai kesah anak- anak berpuasa, termasuklah anak- anak saya. Eh, anak- anak saya tak meriah berpuasa, tapi meriah bersahur hehehe! Adam memang tak paham sangat konsep puasa, tapi dia tahu, kalau tak puasa, tak boleh raya. Bila tanya puasa tak, dia kata puasa, lepas makan roti ni Adam sambung puasa. Fail hahaha!

Aliyah dah faham bab puasa tak boleh makan dan minum. Dia sangat seronok bersahur masa di kampung sebab meriah. Dia takut sangat kalau missed sahur. Di KL tak berapa meriah, sebab kami minum shake je.

Ceritanya semalam, dia nak puasa. Saya kejut sahur, tanya nak makan nasi tak? Dia kata tanak. Ok, nak roti dan milo katanya. Itupun tak habis. Pergi sekolah, snack jam 10 pun tak makan, tanak minum. By the time we fetched her, hah menggigil, muka pucat. Adui lahaiiii...! Balik rumah, dia makan 3 pinggan nasi, dengan kurma, makan apples. Lapar sangat.

Dalam kereta, dia mengadu pada suami saya "kalau tak puasa, rasa seronok. kalau puasa, tak seronok". Suami saya kata, sepatutnya puasa seronok. Kalau tak seronok, ada yang tak kena. Saya slow talk dengan Aliyah, "kalau nak seronok puasa, sahur kena properly. Ikut apa yang Mama suruh makan, jangan berlapar".

Saya nak anak cuba berpuasa, tapi yang lagi penting, saya nak anak faham dan enjoy the process. Dulu masa kecik, saya belajar puasa half day pun dah seronok. Mak tak paksa, kalau nak berbuka pun dia tak pujuk suruh tahan. Tapi sebabkan proses tu menyeronokkan, kita sendiri tahan diri berlapar dan dahaga tu.

Jadi semalam saya terfikir "mungkin saya patut tunjuk apa yang seronoknya puasa". Saya siapkan meja untuk berbuka, letak semua makanan, termasuk kegemaran Aliyah, apple dan kurma. Bancuh Performance drink, letak laici. Ha memang mereka excited sebab tak pernah Mama buat air fancy hahaha!

Saya tanya, "Adam dan Aliyah nak teman Mama berbuka puasa tak?" Laju je diaorang duduk di meja dan sama- sama tunggu waktu berbuka. Adam tak sabar nak minum air fancy, saya kata "eh tunggu. kena tahan, barulah seronok". Saya suruh Aliyah kira sampai 100 sebelum azan Maghrib. Meriah!

Bila azan berkumandang, apa lagi, Adam serbu air, Aliyah dengan kurma. Saya tanya "seronok tak berbuka??" Diaorang cakap "seronokkkkk!!".

Saya tak pasti jika cara saya yang fleksibel ni betul ke tidak. Tapi saya nak anak- anak faham dan seronok dengan proses berpuasa, bukan sekadar sebab Mama suruh, bukan sebab berlapar semata- mata. Hari ni, saya nak tease diaorang dengan aiskrim pulak waktu berbuka nanti, mesti lagi tak tahan hehehe!

P.S: Anda kena cuba Performance Drink Shaklee untuk diri sendiri dan anak- anak yang berlatih berpuasa.  Minuman ini sangat bagus untuk ganti bendalir yang hilang dari badan setelah berpuasa.

This funny boy menahan diri dari minum, sepenuh jiwa LOL! 

Monday, June 29, 2015

Usaha untuk kembali sihat di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum semua :)

Dah hampir sebulan pun saya bersalin. Dan sekarang ni jadual hidup banyak ditentukan oleh si kecik Adeena. Terutama jadual tido haha! Say goodbye to sleep hehehe. Dan saya sedang adjust masa untuk bekerja di sebelah pagi (2 jam pun jadilah) dan mencuri masa di sebelah malam. Sekarang ni waktu aman dalam 8-10 malam. Tapi waktu ni lah saya nak tengok jugak anak- anak lagi 2 orang. Mereka pun ada rutin dengan saya, seperti bedtime reading/ story telling. Saya tanak stop just because dah ada anak kecik.

Dalam keadaan kelam kabut nak uruskan keluarga dan bisnes, waktu macam ni lah saya sedar tentang banyak betul yang perlu saya syukuri, dan sentiasa ingat nikmat yang Allah bagi.


  • nikmat masa dengan anak- anak sepanjang hari (walaupun boleh gugur rambut dibuatnya)
  • nikmat waktu kerja fleksibel, takde punch in, punch out
  • nikmat kerja secara online, takde ofis nak kena pegi
  • nikmat kerja dari rumah, jimat sangat duit petrol, tol 
  • nikmat hati tenang, tak risau anak- anak ditinggal dengan pengasuh atau taska

Dan juga penting, nikmat kesihatan kami sekeluarga. Bila badan sihat, otak tenang, kita pun lebih cekap nak adjust itu ini. Kalau dah sakit, fikiran kusut, nak susun jadual pun tak mampu, memang payah. 

Sempena bulan Ramadhan ni, saya harap dapatlah juga sikit sebanyak cleansing badan dan jiwa. Pilih makanan yang baik dan menyihatkan semasa sahur dan berbuka, supaya kita betul- betul dapat capai objektif nak kembali kepada fitrah (manusia yang bersih fizikal dan jiwanya) menjelang 1 Syawal nanti, In Sha Allah. 

Dan sepatutnya semakin banyak hari kita berpuasa, semakin kuat dan sihat badan kita. Puasa membolehkan kita detoks badan, kuatkan badan dengan makanan yang baik dan sebagainya. Kalau makin sakit, bermakna ada yang tak kena dengan cara kita berpuasa. Mungkin boleh siasat semua dan diperbaiki selagi ada masa lagi ni dalam bulan Ramadhan. 

Cara saya bersahur dan berbuka tidaklah perfect. Tapi pastinya pilihan utama waktu sahur ialah yang simple tapi berkhasiat iaitu kurma, protein powder (ESP Shaklee) dan air masak dan air isotonik (Performance drink Shaklee). Saya akan makan 2 keping roti dengan cheese atau jam. Itu saja. Waktu berbuka mesti makan nasi, dan juga ambil protein powder. Dan untuk waktu sahur, mesti ambil Vita-lea (multivitamin) b- complex, vitamin C, Peppermint Ginger (elak sebu, angin perut). Sebelah malam saya tambah Omega Guard, Lecithin untuk slimming, Vivix, GLA Complex untuk recovery selepas bersalin aritu. Of course sebelum tidur wajib ambil Ostematrix untuk hilang lenguh2 badan seharian berpesta dengan anak- anak. Lagi sekali saya pastikan minum Performance drink untuk ganti cecair yang hilang dalam badan setelah berpuasa. 

Saya larat buat semua ni, sebab tanak la di akhir Ramadhan, letih lesu, semua tak boleh nak urus, rupa pun macam Antu Kak Limah. Kita nak juga buktikan Ramadhan buat kita orang Islam makin kuat, bukan  makin lemah. 

Wednesday, June 24, 2015

Berniaga di musim raya

Assalamualaikum semua :)

Musim menjelang raya ni memang ramai ambil peluang untuk berniaga. Semalam saya tengok berita di TV, ramai yang ambil peluang micro-credit Bank Rakyat, khas untuk penguasaha gerai pasar Ramadhan. Salah seorang yang kena interview beritahu, dia boleh bayar pinjaman dengan sekali bayar je. Bermakna dia memang dapat keuntungan yang besar, boleh bayar loan dan boleh buat untung lagi. Kalau tengok Facebook lagi lah meriah. Baju raya, kuih raya. Ni pilihan utama orang nak beli dan pilihan ramai peniaga bermusim ni. Kita yang nak membeli pun rambang mata dibuatnya. Patutlah ada yang sanggup ambil cuti sebulan tanpa gaji, buat bisnes sepanjang bulan puasa untuk keuntungan berganda.

Bisnes saya dengan Shaklee pulak, takde musim. Alhamdulillah, keperluan orang ramai untuk guna supplement ni sepanjang tahun tak berhenti. Semua orang nak sihat, betul tak? Musim raya lagi lah laku keras supplement- supplement ni. Ramai yang nak repair badan sebab musim raya, amboi makan tak ingat dunia hahaha!

Kalau cerita pasal income pula, income dengan Shaklee pun takde musim. Kalau kita rajin, income kita banyak. Kalau tak konsisten, income boleh berkurangan. Tapi yang menarik, bermula May 2015, ada peluang buat duit yang lebih dengan Shaklee, sebab ada tawaran berganda melalui Young Entrepreneur System (YES). Kalau sebelum ni, peluang bonus tunai hanya tertakluk pada pelan sedia ada. Tapi dengan YES, ada lagi tambahan 5 insentif hebat. Bermakna, memang berganda- ganda bonus tunai yang boleh dicapai. Yang penting, langkah pertama yang anda kena buat ialah mendaftar sebagai ahli Shaklee sebelum penghujung October 2015 dan pastikan anda ada mentor untuk ajar tentang peluang YES dan bagaimana memulakan langkah pertama.



Pssst...yang lebih penting, ianya boleh dilakukan SECARA ONLINE, DARI RUMAH SAJA!

Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur

Tuesday, June 23, 2015

Siang kerja pejabat, malam bisnes online

Assalamualaikum semua :)

Dua hari lepas, kawan lama datang ke rumah Mak saya. Sambil nak tengok baby, sambil nak catch up stories (dekat 5 tahun tak jumpa) dan sambil nak cerita pasal bisnes. Bila orang tanya macam mana saya bermula, dan apa yang saya buat, kadang- kadang saya pun tak sangka, saya mampu dan larat nak buat bisnes secara part time. Siang pergi kerja macam biasa, balik rumah sambung pulak bisnes.

Saya fikir yang boleh buat saya bertahan ialah method online ini. Saya boleh berkongsi peluang bisnes, berkongsi info tentang produk Shaklee dengan ramai orang, secara mudah - di hujung jari saja. Walaupun hujung jari, tentulah ada usaha lain yang terlibat. Nak menulis di blog ni memerlukan kesabaran untuk lihat hasilnya. Dan idea kena sentiasa ada. Nak dapatkan idea tu pada saya tak susah kalau kita rajin membaca, dan sentiasa fikir "apa lagi nak kongsi di blog?".

Sudah tentu juga cabaran menguruskan masa tetap ada. Walaupun bisnes online orang kata "hujung jari" tapi kalau tak boleh urus masa, ada jari pun tak sempat nak guna! Ikutkan memang tak larat. Balik kerja, sampai rumah dah dekat nak habis Maghrib. Kemas apa patut, dinner dan lain- lain, sedar- sedar dah sampai waktu tidur. Masa anak saya masih menyusu badan, boleh dikatakan tiap- tiap malam saya akan tertidur sambil susukan anak, dengan baju opis masih melekat di badan. Mesti ramai macam tu kan? Bila terjaga tengah malam, barulah nak mandi, tukar baju tidur. Memang rasa selekeh sangat, rasa nak menangis pun ada! Esok ulang lagi benda yang sama hahaha!

Bila dah ada online business, saya tukar jadual sikit. Lepas anak- anak tido, dah tak boleh join sekali. Kena buat preparation untuk promo product di Facebook untuk hari esok. Kadang- kadang kena reply email customer. Ada masanya malam tu lah masa nak coaching dengan mentor. Esok pagi, seawal jam 5 pagi dah bangun untuk update blog pulak. Ulang- ulang macam tu lah masa awal- awal berbisnes. Makin lama, makin mudah sebab dah jadi habit. Sehari tak update blog, rasa risau haha!

Muka pasrah...bila lah keje aku nak siap gini...
Sekarang ni walaupun dah work from home, tak lagi tertakluk dengan jadual pegi balik kerja, still ada masanya terkejar -kejar juga. Tambah lagi sekarang dah ada 3 orang anak, memang mencabar nak curi masa untuk handle business pula. Kerja- kerja business saya kadang- kadang nampak lah busy tu bila ada kelas, ada coaching dll. Tapi di belakang tabir ada kerja- kerja yang orang tak nampak, buat marketing, buat promosi dan macam- macam lagi. Kelebihannya sekarang, masa lebih fleksibel dan tiada tekanan nak menjawab dengan bos la, donor la, funder la, partner la. Huiii tak gemo....

Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur

Monday, June 22, 2015

Cabaran mengepam susu di pejabat

Assalamualaikum semua :)

Sekarang ni, setiap hari saya mengepam dalam 1-2 kali sehari (ada masa 3 kali sehari). Tapi kali ini bukan untuk tujuan kumpul stok sebelum habis cuti bersalin macam dulu- dulu. Saya pam sebab kalau bengkak memang tak selesa, dan baby pun boleh tersedak dibuatnya. Saya akan pam dalam jam 10 malam, dan biasanya bangun jam 1-2 pagi, sebab tak boleh lena bila bengkak, sakit. Subuh nanti akan pam lagi sekali. Adeena pun masih kecil, tak larat dia nak menghabiskan apa yang ada hehehe! Tadi saya check stok susu, ada 20 packs, dalam 2 hingga 4oz setiap pack.



Masa anak pertama, memang kelam kabut nak kumpul stok. Lagi dua minggu nak masuk kerja, belum ada stok. Masa tu yang ada pun cukup untuk direct feeding. Dan kurang sangat ilmu breastfeeding. Seingat saya dapat 3-4 botol je stok, pastu mula kumpul bila mengepam di ofis. Masa anak kedua, dah pandai sikit. Tapi berlumba pulak dengan anak, sebab dia menyusu banyak, stok cepat susut. Kali ini, stok pun ada, tapi tak perlu ke ofis. Rezeki anak memang berbeza- beza.

Tak ramai yang mampu nak mengepam susu di pejabat sampai dua tahun. Banyakkkkk sangat cabarannya. Musuh utama pastinya kekangan waktu. Kalau tak disiplin 2-3 jam sekali mengepam, esok lusa mesti effect susu akan jadi kurang. Apatah lagi kalau kena outstation. Saya pernah mengepam dalam kereta, dalam flight masa outstation. Lagi satu musuh utama ialah stress. Kalau tak stress, bukanlah namanya bekerja ye tak. Bila letih badan, stress. Bila letih otak, stress. Kadang- kadang boleh rasa susu dah bengkak, tapi tak keluar? Hah itulah jadi pada saya kalau saya stress.

Tapi bila ingat, seronok jugak sebenarnya pengalaman mengepam di opis ni. Tambah lagi ada kawan- kawan seperjuangan. Sama- sama di surau mengepam. Dah tu saya pun ada staff dan colleagues yang sangat understanding. Bila outstation, diaorang akan make sure saya selesa untuk cari port mengepam. Boleh berhenti di R&R cari ais untuk bawak susu balik KL. Banyak lah jasa diaorang menyokong saya selama tu. Kadang- kadang tu takde masa nak ke surau, diaorang buat tak tau je bila saya kena pam di meja sendiri. Masing- masing buat bodoh haha!

Bila saya tukar kerja (masa anak kedua), segan jugak nak asyik pergi surau dan segan jugak nak pam di meja sendiri. Maklumlah opis baru. Jadi memang guna waktu lunch saja lah. Tapi isu pulak sebab boss (perempuan) gemar solat time saya mengepam. Stress gak tu! Bila dah 2-3 bulan tu pandai dah la buat muka tebal. Pukul 10 cepat- cepat pam, ambik masa dalam 10 minit je.

Pesan saya kepada yang baru ada baby, dan mahu mengepam di pejabat, jagalah kesihatan dan handle stress dengan baik. Badan kena tip- top, cergas. Minda kena tenang. Cuba belajar sikit- sikit zikir yang beri ketenangan fikiran, dan boleh apply masa mengepam. Banyakkan berdoa supaya niat kita nak beri susu ibu kepada anak, dipermudahkan Allah S.W.T.

Friday, June 19, 2015

Kulit kering selepas bersalin

Assalamualaikum semua :)

Sejak lepas bersalin ni, bila nak senyum je terasa macam merekah, kering sangat kulit muka. Haaa over sangat la rasa merekah, tapi memang rasa keringgggg muka. Dan sapu moisturizer pun tak cukup, terasa sampai ke dalam kulit gitu kekeringan melanda. Hormon still tak betul lah ni :p

Tambah lagi now musim panas, walaupun saya masih berpantang dan still tak boleh puasa, walaupun dah minum air, still kulit rasa kesat semacam. Aiyoh ni yang buat saya rinduuuuu nak makan balik Collagen Powder tu. Dah stop lama sejak pregnant, memang rasa la kelainan pada kulit. Kalau tak, memang moist je muka, especially bila bangun pagi, walaupun tido dalam aircond. Kena tunggu 3-4 bulan lagi la, biar Adeena besar sikit. Itupun kalau Adeena OK la, sebab saya breastfeed fully. Kalau Adeena tak sesuai, uhuk kena lah cari alternative lain, macam vitamin C, Vivix, omega guard (bagus ni utk moist kulit), GLA Complex (regulate hormon yang huru hara!). Oh baru baca kat blog mentor saya, kena apply Nutriwhite Essence katanya! Selori la barang kena guna ni haha!

Beberapa hari ni saya asyik berangan! Berangan pasal nak overhaul badan kihkihkih! Bila tengok perut macam kantung kangaroo ni, rasa nak pegi buat tummy tuck. Bila tengok stretch marks rasa nak pegi buat laser treatment. Haih nampak sangat bosan tak keluar rumah, otak je keluar kotak merayap macam- macam nak buat haha!

Dalam sedap berangan, tiba- tiba Adam cakap, "Geram la tengok Mama ni, TEMBAM!"

Haaaa nanges...!

Tuesday, June 16, 2015

Sakit belakang selepas bersalin Cesearian

Assalamualaikum semua :)

Saya sering membaca tentang masalah sakit belakang selepas bersalin Cesarean dan dikaitkan sebagai akibat pengambilan epidural/ spinal anaesthesia. Dan memang betul, saya sendiri mengalaminya daripada kali pertama, hinggalah yang ketiga.

Sakit wooooo! 

Macam mana rasanya?

Susah nak explain, tapi memang serba tak kena. Masa anak pertama, malam pertama di wad, memang saya menangis sebab sakit belakang. Urut pun tak boleh sebab nak mengiring pun seram masa tu. Masa anak kedua pun macam tu jugak. Dan dua kali tu jugak sakit belakang berlarutan sampai habis pantang!

Dan sebenarnya, yang menambah lagi sakit belakang tu bila posture menyusu tak betul. Membongkok sepanjang menyusu, memang lah lagi sakit. Lepas pantang, dah berurut, dan dah pandai juga menyusu anak sambil berbaring, lega la sikit sakit belakang. Alhamdulillah, mujur tak berlarutan.

Kali ketiga, saya berpeluang belajar semula cara menyusu dengan betul. Jangan membongkok, belajar untuk relaks sambil menyusu. Kalau salah gaya, boleh beri tekanan pada otot leher dan belakang badan. Penting sangat belajar posture yang betul ni.



Dan kali ni juga saya dapat jumpa bengkung yang paling selesa untuk digunakan selepas bersalin Cesarian. Ia banyak membantu posture saya untuk berjalan dengan tegak, dan juga duduk dengan baik tanpa rasa sakit.


Selain tu, kali ni saya standby sepanjang kehamilan saya tak miss ambil supplement kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Memang sangat membantu hilang sengal dan lenguh badan, masa pregnant dan selepas bersalin. Memang ada beza rasa sakit tu berbanding dua kelahiran yang lepas.

Antara tips lain yang bagus, pastikan tilam tidak terlalu lembut supaya badan boleh baring dengan straight dan tak tenggelam. Saya harap perkongsian saya ini dapat membantu :)

Monday, June 15, 2015

Kawal emosi bila berbisnes

Assalamualaikum semua :)

Sekejap tadi, selepas menyusukan Adeena, macam biasa, kena tunggu dia burp dulu sebelum tidokan balik. Dia ni pulak, seperti biasa akan burp dan bluwek, jadi masam la baju saya dengan muak anak hahaa!

Saya terfikir, baru sekejap tadi saya menulis tentang tips bisnes, update FB tentang perkembangan bisnes Shaklee. Bila baca, memang gaya korporat abes ni. Income pun 5 angka bulan- bulan, group members pun dah 1000 lebih orang. Alih- alih belakang tabir, uruskan anak, mandi berak anak, siap kena muak bagai hahaha!

Macam mana saya handle emosi saya sebenarnya?

Saya tanya soalan ni pada diri saya sendiri, sebab saya tau, saya ada banyak kelemahan dan kekurangan, baik dalam hal rumahtangga, dan juga hal bisnes. Tambah lagi sekarang dah 3 orang anak. 2 orang yang sangat aktif, dan sorang yang sangat fragile. Semua perlukan perhatian 100 peratus, tidak boleh kurang.

Itu tidak termasuk cabaran- cabaran harian berkeluarga. Ada masa ada anak tak sihat. Ada masa stress berselisih faham dengan pasangan, ada masa berkecik hati dengan orang itu, orang ini. Ada masa boleh ditepis, dan buat selamba. Ada masa, memang terjejas emosi. Sebagai leader dalam bisnes yang melibatkan ramai orang, saya suka ambil langkah neutral. Ada masalah ke, takde masalah ke, tak boleh orang tau melalui gambaran di media social. Lagi pulak, bukan boleh kita harapkan kawan- kawan Facebook nak selesaikan masalah kita, betul tak?

Dalam banyak hal, kena berkorban. Masa untuk diri sendiri dah kena adjust, lebihkan masa untuk anak- anak. Kalau orang kata, tidurlah time anak tidur, saya prefer buat kerja masa diaorang tidur. Sebab tu saya makan supplement dengan sangat- sangat berdisiplin. Takde cincai- cincai dan memang saya makan hampir semua yang wajib untuk tenaga. Bila malam, sebelum jam 10, saya dah panjat katil, start lepak dengan anak- anak, supaya mereka pun boleh tidur awal.

Pada saya, emosi saya lebih terkawal kalau saya boleh kawal persekitaran saya, dan masa saya. Kalau masa dah tak tentu hala, saya senang jadi stress dan emosional. Kalau dapat bangun awal, memang mood saya tip top sampai ke malam. Sekarang ni memang senang sebab berpantang di kampung. Makan minum Mak jaga. Saya cuma handle baby. Suami saya pula handle anak- anak yang besar. Bottom line, I want to be in charged of my time and my surrounding!

Nanti dah balik KL, kena adjust lagi. Saya dah visualize, untuk bangun seawal 5 pagi. Mesti mengepam juga walaupun tak perlu stok susu untuk make sure production tip top. Kemudian kena mandi awal sebelum baby bangun. Pukul 7 anak- anak kena bangun untuk ke sekolah pula. Mungkin saya ada masa untuk kerja dalam jam 9 hingga 11 pagi. Apa- apa pun yang penting, kena fleksibel. Kalau hari ni tak boleh ikut jadual yang kita nak, esok kita ubah.


Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur

Saturday, June 13, 2015

5 juadah berbuka paling top

Assalamualaikum semua :)

Kejap je kan, Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dapat lagi jumpa Ramadhan dan In Sha Allah jumpa lagi Syawal tahun ni. Saya sekarang ni di kampung, nak sambut Ramadhan dengan family, memandangkan memang berpantang pun di kampung. Kami decide nak lepak seminggu puasa dulu di kampung kemudian balik KL. Cuti sekolah anak- anak pun dilanjutkan sesuka hati oleh kami haha!

Bila di kampung, mudah lah terkenang dan teringin itu ini. Semalam saya teringat juadah- juadah klasik waktu bulan puasa di kampung. Juadah simple je, tapi penuh nostalgia :)

1- Nasi Ulam
Bukan nasi ulam biasa, tapi nasi ulam air tangan arwah Atok saya. Beliau rajin betul mencari ulam- ulam paling sesuai, paling sedap katanya. Dah dikumpul segala macam daun, kitaorang akan duduk sama- sama menghiris, mesti halussss. Sambil tu berborak la, ni namanya ulam apa, itu ulam apa. Ada yang kena letak banyak, ada kena letak sikit saja. Masa tu saya duduk asrama, kalau saya balik, wajib Atok buat punya. Cucu nak makan uhukkk! Nasi ulam Atok saya ni wajib pedas. Dan sebenarnya tak elok pun untuk perut bila tiba berbuka. Terkejut perut hahaha dah tu asyik nak ke tandas la. Hujung- hujung mulahah pedih ulu hati LOL! Masa tu tak kenal lagi supplement Shaklee. Kalau tak, lepas makan nasi ulam, telan je Peppermint Ginger, mesti legaaaa (macam iklan ENO haha).

2- Kuih Limas/ Tepung Pelita
Atau kami adik beradik panggil, "Kueh Boat" sebab bentuk daun pisang tu macam bot kan haha! Kuih ni ada gak kenangan. Dulu depan rumah kami, ada rumah sepupu Mak. Isteri dia rajin buat kueh limas ni. Kuih ni pulak kegemaran Abang saya. Jadi makcik tu akan buat sebab dia tau Abang suka. Manja kan kitaorang? Haha! Kuih ni kalau nak kaw kena lah gula lebih di bawah tu, biar boleh berenang semut! Saya memang terkilan kalau kuih limas kurang gula isk isk isk kejam...Haih dapnyerrrrr...

3- Agar- agar sirap merah
Agar- agar merah ni kena lah Mak yang buat. Rasanya tak manis, tak tawar. Warnanya tak merah sangat, tak pucat sangat. Air gula dimasak dengan pewarna merah dengan daun pandan. Bau wangi je kan. Dah tu letak dalam peti ais. Kejap- kejap bukak peti ais check dah keras ke belum hahaha! Selepas berbuka pun sama, kejap- kejap buka tudung saji, ngap seketui, seketui. Sahur esok pagi sambung lagi. Agar- agar je pun, takde rupa, takde siram cheese ke Nutella ke apa tapi teramat lah sedap dan menyegarkan!

4- Bubur lambuk dan pecal
Kami tak panggil bubur lambuk pun. Kami panggil bubur nasi je. Dan versi Mak punya taklah hancur macam bubur lambuk tu. Masih ada tekstur nasi berketul. Kemudian di makan dengan pecal. Aiyoyoyo tak boleh nak tolong kalau lepas tu tersandar gembira hahaha! Pecal tu kena lengkap la dengan pucuk ubi, jantung pisang muda ohoii gembira gembira!

5- Pengat pisang/ keledek dll
Segala jenis pengat adalah paling ngetop dalam keluarga kami di bulan puasa. Tambahan pula Abah memang "hantu pengat" hahaha! Seperiuk sorang pun boleh tu kalau dibiarkan eehehe! Masa berbuka pengat di makan panas atau suam. Kemudian simpan elok dalam fridge, makan lagi waktu sahur. Padanlah dahaga sangat berpuasa jaman tu, semua benda manis di telan waktu sahur. Isk isk isk! Masa tu mana lah kenal minuman Performance Shaklee lagi.

Ok la cukup la tu 5 juadah. Makin tulis, makin meleleh air liur. Dah la masih berpantang, pengat tak dapek, pecal lagi lagi tak mampu hahaha!

Ok semua, selamat berpuasa, jaga kesihatan dan semoga lebih meriah ibadat kita tahun ini :)

Wednesday, June 10, 2015

10 sebab mulakan bisnes anda hari ini!

Assalamualaikum semua :)


Saya tersenyum melihat poster ini, terasa puas melihat 10 impian yang telah saya kecapi bersama- sama Shaklee. Dalam masa 3 tahun, memang berbaloi masa, tenaga dan jiwa yang saya dedikasikan untuk bisnes ini. Saya akan cuba terangkan satu persatu di bawah ini.

1- Hidup lebih sihat 

Alhamdulillah, perubahan diri dan keluarga dari segi kesihatan paling bermakna. Apa guna harta benda, kalau badan tak sihat. Paling menggembirakan saya, sudah tentunya bila suami berhenti merokok, dan masih bertahan sehingga kini dengan bantuan supplement Shaklee. Berhenti merokok memerlukan azam yang tinggi (Shaklee pun tak boleh tolong bab azam ni), tapi untuk bertahan, kami sangat berterima kasih dengan bantuan supplement setiap hari.

2- Jadi bos sendiri dan bina empayar bisnes 

Dah 2 tahun kami bekerja dari rumah saja, takde ofis, tak perlu mengadap bos. Kami tentukan target bulanan, kami tentukan aktiviti harian bagi memastikan target dapat dicapai. Dalam masa 3 tahun kami mengumpul lebih 1000 downlines dalam group Puteri and Friends, dan merencana pelbagai aktiviti dan cara supaya empayar bisnes boleh dikembangkan dan dipertahankan.

3- Gaya hidup pilihan sendiri

Gaya hidup kami sekarang simple sangat! Pagi- pagi hantar anak sekolah, sambung buat kerja di rumah, prepare lunch, ambik anak. Kemudian setel lunch dan solat dan berehat. Ada masa saya akan sambung kerja, atau join anak- anak melepak. Kadang- kadang kami shopping, tapi yang best sebelum jem make sure balik cepat2. Tu lah hari- hari gaya kami. Now dah ada new baby, kena lagi fleksibel ikut gaya baby pulak. Apa pun boleh sebab kita lah bosssssss...

4- Percutian 5 bintang, PERCUMA! 

Kalau orang lain bekerja keras, menabung (atau swipe credit card) untuk percutian tahunan, kami pulak setiap tahun boleh pilih. Nak bercuti luar negara ke dalam negara? Atau dua- dua? Nak pegi berdua ke nak bawak anak? Pun boleh pilih. Yang penting kena kerja keras, cukup points, angkut semua pergi bercuti. Bawak badan je, duit poket pun Shaklee bagi sepanjang percutian. Setel...!

5- Masa lebih banyak dengan orang tersayang

Bukan saja anak- anak kini membesar depan mata, nak balik kampung jenguk parents pun takde isu cuti atau masa. In Sha Allah boleh balik every month. Kebetulan mertua saya pun di KL, kadang- kadang lepas hantar anak sekolah, kami singgah breakfast di rumah mertua. Fleksi sangat. Kadang- kadang ambik diaorang bawak window shopping tengah- tengah hari haha. Banyak benda impromptu sebab kita ada masa.

6- Kecapi impian 

Impian asal saya dengan Shaklee ialah nak bekerja di rumah sebelum anak sulung masuk sekolah rendah. Alhamdulillah, Allah bagi peluang lebih awal. Masa anak umur 4 tahun dah boleh bekerja dari rumah. Kemudian ada la lain- lain impian kecil dan besar. Ada yang dah dapat, ada yang dalam progress. Alhamdulillah.

7- Retire young, retire rich

Yang ni belum sepenuhnya. Belum lagi mengecapai passive income 100%, yang mana saya boleh lepak je duit masuk haaha! Masih lagi tahap berusaha keras, bekerja hari- hari, tapi dalam masa yang fleksibel. Belum boleh pencen. Belum kaya raya, tapi Alhamdulillah lebih baik keadaan kewangan berbanding waktu makan gaji dulu.

8- Dapat  beri inspirasi kepada lebih ramai orang untuk jadi sihat dan bina kehidupan yang lebih baik 

Sekarang ni group kami Puteri and Friends dah ada lebih 1000 orang. Bermakna dalam masa 3 tahun ramai dah percaya dan mahu bersama- sama kami untuk jadi lebih sihat, dan bina kehidupan yang lebih baik dengan Shaklee. Ada dekat 200 orang leaders dalam group ni bermakna mereka dah mengecapi income sekurang- kurangnya RM1000 setiap bulan dengan bisnes ini. Ini peluang untuk jadi lebih sihat, di samping bina income yang lebih baik. Kalau kerja makan gaji, kerja saja la, sihat ke tidak, bukan sebahagian daripada pakej yang ditawarkan, betul tak?

9- Tiada lagi gaya hidup yang stress dan memenatkan (tanpa tujuan)

No more traffic jammed, no more crowded LRT going to work and coming home. No more morning rush to send the kids to babysitter. No more BOSS! Rasa sangat bertuah!

10- Unlimited income

Bila kita faham apa yang Shaklee tawarkan dalam bentuk sumber cash bulanan, memang terbukak mata dengan peluang unlimited income. Dengan syarat kita rajin berusaha, sentiasa menambah ilmu dan berani menghadapi cabaran. Nak kaya, nak senang, of course bukan senang.

Anda mahu 10 perkara ini? Saya boleh ajar dan jadi mentor bisnes Shaklee anda :)

Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur

Tuesday, June 9, 2015

Kelahiran ketiga

Assalamualaikum semua :)

Maka saya pun sudah selamat bersalin minggu lepas, 31 Mei 2015, jam 3.55 pagi.

Kami telah pun plan dengan doctor untuk pembedahan Caesarean pada 2 June 2015, genap 38 minggu kehamilan. Tapi tapi tapi, ada orang sudah tidak sabar, pada tengah malam 31 Mei, kami pun merasalah panik- panik sikit rush ke hospital bila air ketuban saya keluar, di rumah. First time pengalaman macam ni, sebab dua- dua anak saya sebelum ini, juga melalui kelahiran Caesarean pada genap 38 minggu, tanpa apa- apa tanda dan rasa sakit bersalin.

Sebenarnya, pada minggu 35 saya dah mula rasa contraction yang kerap, terutama bila saya terlebih aktif bergerak pada siang hari. Jadi sepanjang minggu 35- 38, saya memang limitkan keluar rumah, ataupun buat kerja rumah. Semua benda di rumah suami handle. Tidur malam memang dah tak lena, sebab contraction atau pun sebab tak selesa tidur dengan perut besar tu. Kiri kanan pusing serba tak kena sampai pagi.

Mujurlah pada 30hb, Mak saya datang, untuk teman saya selepas bersalin. Jadi saya fikir ok ada 2 hari sebelum operation, boleh lah Mak tolong buatkan groceries shopping sebagai persiapan berpantang. Tersasar nampak gaya perancangan tu ehehe...

Oh sambung kisah malam tu...

Jadi saya pun cepat- cepat call Pusat Perubatan Naluri dan beritahu kami dah on the way nak ke sana, minta diaorang contact doctor. Sampai sana, buat CTG dan VE (erkkk first time ni blergh), ada contrations yang kuat 2 kali, dan tadaaaa zero centimeter bukaan. Itulah ceritanya setiap kali nak bersalin. Baby tak engage sampai sudah, no opening at all.

So doctor pun dah on the way, dan saya pun disiapkan untuk masuk OT. Seram sejuk takut memang ada. Jadi kuatkan semangat sendiri, zikir, dan fikir "courage is not the absent of fear, but having the fear but you do it anyway". Pergh saiko diri sendiri macam nak pegi exam. Kemudian saya pun ditolak atas wheelchair masuk OT. Macam biasa, baring atas katil OT yang muat- muat badan tu je. Anaesthetist pun sampai, dan inject lah belakang, slowly afterwards I cannot feel my legs anymore weeeeeee....!!

Then my doctor came, cool as usual, pastu dia pun panggil my husband masuk OT untuk tujuan penggambaran hehehe... Dalam 25 minutes gitu, keluarlah baby,  nangis kuat boleh tahan. Zap zap zap jahit balik perutku, siap!

Now, after one week, I am recovering very well, totally berbeza dengan dua kelahiran sebelum ni. Alhamdulillah. Partly because of experience, and also saya add on few more supplements Shaklee yang dulu saya tak ambil selepas bersalin seperti Vivix. Memang berbeza. Recovery process lebih pantas. Dan saya sangat bersyukur kerana, 2 hari lepas check out, kami check in balik sebab baby ada jaundice. Alhamdulillah, selepas 2 hari 2 malam "bersauna" bacaan kembali normal.

Adeena Myeisha :) 
Now we are in kampung, bercuti dan berehat....terima kasih kepada semua yang datang ziarah, yang mendoakan kami sekeluarga :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...