Monday, June 22, 2015

Cabaran mengepam susu di pejabat

Assalamualaikum semua :)

Sekarang ni, setiap hari saya mengepam dalam 1-2 kali sehari (ada masa 3 kali sehari). Tapi kali ini bukan untuk tujuan kumpul stok sebelum habis cuti bersalin macam dulu- dulu. Saya pam sebab kalau bengkak memang tak selesa, dan baby pun boleh tersedak dibuatnya. Saya akan pam dalam jam 10 malam, dan biasanya bangun jam 1-2 pagi, sebab tak boleh lena bila bengkak, sakit. Subuh nanti akan pam lagi sekali. Adeena pun masih kecil, tak larat dia nak menghabiskan apa yang ada hehehe! Tadi saya check stok susu, ada 20 packs, dalam 2 hingga 4oz setiap pack.



Masa anak pertama, memang kelam kabut nak kumpul stok. Lagi dua minggu nak masuk kerja, belum ada stok. Masa tu yang ada pun cukup untuk direct feeding. Dan kurang sangat ilmu breastfeeding. Seingat saya dapat 3-4 botol je stok, pastu mula kumpul bila mengepam di ofis. Masa anak kedua, dah pandai sikit. Tapi berlumba pulak dengan anak, sebab dia menyusu banyak, stok cepat susut. Kali ini, stok pun ada, tapi tak perlu ke ofis. Rezeki anak memang berbeza- beza.

Tak ramai yang mampu nak mengepam susu di pejabat sampai dua tahun. Banyakkkkk sangat cabarannya. Musuh utama pastinya kekangan waktu. Kalau tak disiplin 2-3 jam sekali mengepam, esok lusa mesti effect susu akan jadi kurang. Apatah lagi kalau kena outstation. Saya pernah mengepam dalam kereta, dalam flight masa outstation. Lagi satu musuh utama ialah stress. Kalau tak stress, bukanlah namanya bekerja ye tak. Bila letih badan, stress. Bila letih otak, stress. Kadang- kadang boleh rasa susu dah bengkak, tapi tak keluar? Hah itulah jadi pada saya kalau saya stress.

Tapi bila ingat, seronok jugak sebenarnya pengalaman mengepam di opis ni. Tambah lagi ada kawan- kawan seperjuangan. Sama- sama di surau mengepam. Dah tu saya pun ada staff dan colleagues yang sangat understanding. Bila outstation, diaorang akan make sure saya selesa untuk cari port mengepam. Boleh berhenti di R&R cari ais untuk bawak susu balik KL. Banyak lah jasa diaorang menyokong saya selama tu. Kadang- kadang tu takde masa nak ke surau, diaorang buat tak tau je bila saya kena pam di meja sendiri. Masing- masing buat bodoh haha!

Bila saya tukar kerja (masa anak kedua), segan jugak nak asyik pergi surau dan segan jugak nak pam di meja sendiri. Maklumlah opis baru. Jadi memang guna waktu lunch saja lah. Tapi isu pulak sebab boss (perempuan) gemar solat time saya mengepam. Stress gak tu! Bila dah 2-3 bulan tu pandai dah la buat muka tebal. Pukul 10 cepat- cepat pam, ambik masa dalam 10 minit je.

Pesan saya kepada yang baru ada baby, dan mahu mengepam di pejabat, jagalah kesihatan dan handle stress dengan baik. Badan kena tip- top, cergas. Minda kena tenang. Cuba belajar sikit- sikit zikir yang beri ketenangan fikiran, dan boleh apply masa mengepam. Banyakkan berdoa supaya niat kita nak beri susu ibu kepada anak, dipermudahkan Allah S.W.T.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...