Assalamualaikum semua :)
Kejap je kan, Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dapat lagi jumpa Ramadhan dan In Sha Allah jumpa lagi Syawal tahun ni. Saya sekarang ni di kampung, nak sambut Ramadhan dengan family, memandangkan memang berpantang pun di kampung. Kami decide nak lepak seminggu puasa dulu di kampung kemudian balik KL. Cuti sekolah anak- anak pun dilanjutkan sesuka hati oleh kami haha!
Bila di kampung, mudah lah terkenang dan teringin itu ini. Semalam saya teringat juadah- juadah klasik waktu bulan puasa di kampung. Juadah simple je, tapi penuh nostalgia :)
1- Nasi Ulam
Bukan nasi ulam biasa, tapi nasi ulam air tangan arwah Atok saya. Beliau rajin betul mencari ulam- ulam paling sesuai, paling sedap katanya. Dah dikumpul segala macam daun, kitaorang akan duduk sama- sama menghiris, mesti halussss. Sambil tu berborak la, ni namanya ulam apa, itu ulam apa. Ada yang kena letak banyak, ada kena letak sikit saja. Masa tu saya duduk asrama, kalau saya balik, wajib Atok buat punya. Cucu nak makan uhukkk! Nasi ulam Atok saya ni wajib pedas. Dan sebenarnya tak elok pun untuk perut bila tiba berbuka. Terkejut perut hahaha dah tu asyik nak ke tandas la. Hujung- hujung mulahah pedih ulu hati LOL! Masa tu tak kenal lagi supplement Shaklee. Kalau tak, lepas makan nasi ulam, telan je Peppermint Ginger, mesti legaaaa (macam iklan ENO haha).
2- Kuih Limas/ Tepung Pelita
Atau kami adik beradik panggil, "Kueh Boat" sebab bentuk daun pisang tu macam bot kan haha! Kuih ni ada gak kenangan. Dulu depan rumah kami, ada rumah sepupu Mak. Isteri dia rajin buat kueh limas ni. Kuih ni pulak kegemaran Abang saya. Jadi makcik tu akan buat sebab dia tau Abang suka. Manja kan kitaorang? Haha! Kuih ni kalau nak kaw kena lah gula lebih di bawah tu, biar boleh berenang semut! Saya memang terkilan kalau kuih limas kurang gula isk isk isk kejam...Haih dapnyerrrrr...
3- Agar- agar sirap merah
Agar- agar merah ni kena lah Mak yang buat. Rasanya tak manis, tak tawar. Warnanya tak merah sangat, tak pucat sangat. Air gula dimasak dengan pewarna merah dengan daun pandan. Bau wangi je kan. Dah tu letak dalam peti ais. Kejap- kejap bukak peti ais check dah keras ke belum hahaha! Selepas berbuka pun sama, kejap- kejap buka tudung saji, ngap seketui, seketui. Sahur esok pagi sambung lagi. Agar- agar je pun, takde rupa, takde siram cheese ke Nutella ke apa tapi teramat lah sedap dan menyegarkan!
4- Bubur lambuk dan pecal
Kami tak panggil bubur lambuk pun. Kami panggil bubur nasi je. Dan versi Mak punya taklah hancur macam bubur lambuk tu. Masih ada tekstur nasi berketul. Kemudian di makan dengan pecal. Aiyoyoyo tak boleh nak tolong kalau lepas tu tersandar gembira hahaha! Pecal tu kena lengkap la dengan pucuk ubi, jantung pisang muda ohoii gembira gembira!
5- Pengat pisang/ keledek dll
Segala jenis pengat adalah paling ngetop dalam keluarga kami di bulan puasa. Tambahan pula Abah memang "hantu pengat" hahaha! Seperiuk sorang pun boleh tu kalau dibiarkan eehehe! Masa berbuka pengat di makan panas atau suam. Kemudian simpan elok dalam fridge, makan lagi waktu sahur. Padanlah dahaga sangat berpuasa jaman tu, semua benda manis di telan waktu sahur. Isk isk isk! Masa tu mana lah kenal minuman Performance Shaklee lagi.
Ok la cukup la tu 5 juadah. Makin tulis, makin meleleh air liur. Dah la masih berpantang, pengat tak dapek, pecal lagi lagi tak mampu hahaha!
Ok semua, selamat berpuasa, jaga kesihatan dan semoga lebih meriah ibadat kita tahun ini :)
2 comments:
Sabor sabar misi berpantung masih ada 3 wks lagi hahhahahja
Lakiku pun gemar kuih limas!
alis, aku tak dapat makan, dapat tulis pun dah lega haaha
Post a Comment