Bila saya baca balik tajuk entry ni, memang macam tak percaya haha! Betul ke suamiku ni dah berhenti merokok? Macam mimpi, serius!
Sebenarnya, saya sendiri tak tau plan dia nak berhenti merokok. Tak pernah bincang dah pun. Saya pun dah give up nak pujuk atau paksa (lagi la tak jalan!). Doa je lah sorang- sorang, supaya terbuka hati dia nak berhenti merokok. Isteri mana tak risau, tak seram bila suami merokok ni kan. Fikir masa depan, fikir kesan pada anak- anak lagi sebagai passive smokers. Fikir paru- paru kita jugak lah!
Sebagai smoker, suami saya ni agak beretika jugak la. Ada ke smoker beretika haha! Tapi sejak kahwin, sampai anak- anak lahir, tak pernah dia hisap rokok dalam rumah. Anak- anak pun tak pernah tengok ayah diaorang merokok. Malah tak penah guna pun term "ROKOK" depan diaorang. Saya fikir, kotak rokok pun diaorang tak kenal. Kiranya suami saya hidup dalam rahsia hahaha! Rahsia seorang ayah yang merokok. Tapi lately anak- anak dah besar, ada jugak diaorang tanya, "lamanya ayah pegi buang sampah?" Lambat laun pasti rahsia terbongkar.
Awal bulan March, saya ingat lagi 5hb March masa tu, kami pergi breakfast, dan dia bagitau dia tak lena tidur. Pukul 4 pagi baru tido.
"Kenapa pulak tu??" saya bertanya, berkerut muka.
"Memang macam tu, bila dah tak merokok, macam-macam rasa, termasuk tak boleh tido" katanya.
"WHAT???!!! DAH LIMA HARI TAK MEROKOK??!! KENAPA AKU TAK TAU?!!"
Dalam hati je tu. Coz I keep my cool theeheeehee...then kami sambung borak. Rupanya dah 5 hari tak merokok, kisahnya....bini tak perasan pun....hebat bini dia ni hahaha! Kemudian saya teringat, ada satu hari dia cakap, dari pagi tak merokok. Saya hmmm je, di angin lalu gitu. Sebab memang tak perasan, dah memang jarang nampak dia merokok pun. Maklumlah aktiviti tu kan macam rahsia je LOL! Pastu teringat jugak 2-3 hari sebelum tu, mood suami ke laut habis. Muncung sedepa. Ni kenapa pulak ni ku fikir. Tapi sebabkan dah kenal lama haha saya tak cakap apa- apa. Bior je la nak muncung hahaha!
Dulu pun masa baru kahwen, kalau bulan puasa, memang biasa nampak muncung tu. Masa tu lagi dia kuat merokok, jadi bila puasa, bayangkan la craving tu macam mana. Memang ganggu mood habis. Akibatnya pasangan pun sama tadak mood. Pernah saya cakap pada suami "Kita ni nak berpuasa sama- sama bertahun- tahun lagi, takkan la every bulan puasa I kena hadap mood you macam ni?" Gitu lah futuristik sangat fikiran saya hahaha. Masak ler kalo time posa je nak bergaduh. Apa je pahala tinggal ehehehe!
Fast forward, hari ni hari ke-31 suami saya berhenti merokok. I am so proud of him, beyond words. Our parents are extremely happy! Both my dad and my father in law are non smokers. Seronok sangat lah diaorang. Mak saya siap bagi nasihat pada saya "Kamu jangan tanya- tanya sangat Aznin tu pasal rokok, buat tak tau je" Oh rupanya betul la tindakan saya buat tak tau tu ahaha! Mak saya risau menantu stress, karang give up pulak.
Our parents asked him, kenapa tiba- tuba je ni? His Mom lagi nervous, "Kau dah ada masalah jantung ke?" Hehehe semua orang hairan kot. Dia cakap entah la, satu hari rasa nak berhenti merokok, so berhenti je lah. Gitu jawapan orang nekad lah tu ahaha!
Semalam dia pergi buat full check up di IJN, bayar dekat RM600 untuk complete test. Alhamdulillah semua OK kecuali berat badan kena turunkan, dan kolestrol kena turunkan jugak. Doctor nasihat supaya exercise ditambah lagi, dan tukar diet altogether. Alhamdulilah bab exercise tu memang takde masalah. Sekarang ni ada weekly badminton dengan kawan- kawan dia, and he jogs daily. Next nak upah trainer untuk circuit training badminton, aim to lost weight. And I must learn to cook healthier. Macam la masak hari- hari pun ahaha!
Oh pasal IJN ni pun lawak. He told me lah dia dah book session kat IJN untuk check up. I asked him, berapa kena bayar? He said, RM600 gitu. I gelak- gelak cakap "Why not you bayar I je, then I consult you. Senang je, sebab doctor mesti kata stop smoking theeheeehee" Dia diam je masa tu.
Keji tak, padahal masa tu dia memang stop smoking! Epic fail!
Anyway, the main reason I never really pushed him, is based on my experience working in a drug and nicotine centre. Nicotine addiction is real, and I understand the brain altered with nicotine only can be cured first with WILLPOWER. Dan tentu willpower ni tak boleh dipaksa- paksa. But keep your DU'A consistent and have faith in your good intention as wife and mother.
I am still quite nervous, because it's only 30 days, but I have full confidence that he will succeed. Here is to a new healthy future for our family! ALHAMDULILLAH!
Our new baby will experience a nicotine residual free home yeah! |