Sunday, July 29, 2012

puteri dan angan- angannya

hari ahad yang tenang. saya bangun sahur, mengemas sikit-sikit, kemudian tak terasa nak tidur balik. apa lagi berangan ler...

Berangan #1: Classic sangat kan! Suka, suka, suka! Umah MIL ada similar tapi a way modern version and more importantly DAH ROSAK hehehehe...





Berangan #2 :Another classic!Look at the lights that pour in from the wide window! Even my awful cooking tastes good in this setting LOL!


Source: traditionalhome.com via Gail on Pinterest



Very modern, very spacious, very comfy! Naaaaaaaaakkk!!





If I own this, I'd shriek every time I enter the bathroom, EVERY TIME hahaha!

Friday, July 27, 2012

pendapatan sampingan dengan shaklee

saya teringat masa saya pergi training effective communication with NLP di MIM. trainer tanya semua orang, kalau hari ini kamu diberi wang sejumlah RM300k, apa yang kamu akan buat? ada yang jawab nak bayar hutang, ada yang jawab nak beli itu ini. saya beritahu yang saya akan travel dengan keluarga saya dan beli semua buku- buku impian saya *nerd alert*

trainer kata saya ni jenis sukakan ilmu dan suka berjalan- jalan. duhhh! hahahaha! he said i appreciate knowledge so much, ada duit banyak pun fikir buku dulu. gitu le. apa-apa lah kan, bak sini RM300k tu, buku ke apa ke kendian cerita!

terdetik di hati saya masa tu, dengan pekerjaan saya masa tu, bermimpi la nak bersenang lenang dengan RM300k untuk holiday dan beli buku. nak beragan menang cabutan bertuah, saya bukan jenis orang yang bertuah macam tu. teka silangkata pun jarang dapat jawab semua. sudoku apatah lagi haha! tapi seronok juga berangan ada duit banyak tu dan boleh buat apa saja kita suka.

sekarang ni bukan lagi rahsia, saya adalah pengedar produk shaklee, semua kawan- kawan di Facebook pun tau, kawan-kawan lama, kawan baru pun tau. lagi ramai tau, lagi bagus. dengan adanya FB, blog dan Twitter, lagi senang nak kasi tau semua orang. yang tanak tau pun terpaksa tau hehehe kesian diaorang kan.

tapi bukan bagitahu pasal tu saja, saya juga bagitahu info- info kesihatan yang memang sebelum jadi distributor pun saya SUKA share apa saja info. orang tanak tau pun saya kasi tau. kesian diaorang kena dengar ehehehe. kadang- kadang kena remind diri sendiri, eh dah la tu bercakap, muka orang tu macam dah bosan je dengar.

anyway, since saya mula serius buat side income dengan shaklee, setiap tengah bulan, happy dapat bonus, dan alhamdulillah dah merasa bonus 4 angka. saya tanak berenti takat 4 angka je,saya mahu 5-6 angka di masa depan. sekarang ni dah tak takut nak berangan ada RM300k untuk holiday dan beli buku. dan paling seronok, kawan- kawan baik saya pun dah menyertai saya. saya beri nama kumpulan kami "Puteri And Friends- PAF" kerana mereka ini memang kawan- kawan saya dan ada keinginan yang serupa :)

jumpa lagi!





HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

tekanan darah rendah di bulan puasa?

apa khabar semua?

sejak masuk bulan puasa, masa nak update blog pun macam makin tersekat huhu! ingatkan dulu bulan puasa banyak masa, tapi bila di opis terkejar- kejar nak siapkan kerja sebab by 4.30pm sudah zassss keluar pintu opis! lunch time kena pam dan solat. itu tak termasuk meeting di luar opis, dalam opis, dalam telepon! phew!

kalau dulu lunch time ataupun masa- masa bosan di opis boleh gak update blog hehe tapi sekarang ni, oh tidak! sampai di rumah pung pang pung pang siap nak berbuka. bukan sibuk di dapur memasak ya puan- puan, sibuk main dengan budak2 tu, ataupun buat- buat sibuk di dapur mertuaku tehehehee...

kesian jugak kalau tak dilayan anak- anak walaupun ada masa rasa nak dok diam- diam atas sofa, tunggu waktu berbuka je sambil tangan pegang gelas air & kurma. tapi tak boleh, kena lah buat macam biasa je dengan anak- anak. kita tak patut bagi gambaran yang puasa tu meletihkan dan memenatkan pada anak- anak kan! malah pada semua orang pun, puasa bukan alasan nak melepek sepanjang hari tak buat apa- apa. kita masih boleh bekerja, boleh menguruskan keluarga, boleh shopping baju raya di jalan TAR tanpa berbuka puasa awal. inilah kekuatan kita ahaks!

anyway, pada awal 2 hari berpuasa, saya mengalami masalah pening kepala yang dasyat. selepas mengepam di opis, kepala ting- tong amat, ambil masa sejam untuk recover. saya pejam mata dan duduk diam- diam. selesai berbuka, kepala berdenyut, telinga rasa bengap/ bengang. bila adam dah tido, saya pun tido. masuk hari kedua, perkara yang sama berlaku. tekanan darah saya turun sampai 59/89 pagi tu. suami dah suruh jangan puasa saja, tapi rugi lah kan! saya teruskan juga.

kemudian saya dapat tips daripada kawan- kawan (yang juga pengguna shaklee bertahun- tahun) untuk menambah intake vitalea saya. baru saya teringat! dah lama saya tak ambil vita-lea sebab saya beralih kepada meal shake kerana ianya lebih sedap haha! pada pendapat saya, kedua- duanya adalah multivitamin, so kita pilih yang sedap hehehe! namun begitu, badan kita tak serupa, dan badan saya (yang prone nak kena tekanan darah rendah) mesti ambil vita-lea setiap hari kerana ianya tinggi kandungan zat besi untuk keperluan badan orang dewasa. baiklah!

alhamdulillah, kesannya sangat memberangsangkan. selesai mengepam di opis, saya tak pening, walaupun mestilah dahaga tapi terkawal (thanks to Performance Drink!). dan selepas berbuka, saya tak pengsan tidur macam hari- hari sebelum tu. mujurlah cepat saya bertanya kawan- kawan, tak sanggup sebulan macam ni kan. seronok sangat.
  • Vita-lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa, 
  • disokong oleh 7 kajian klinikal, 
  • teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel- sel baru,
  • Vita-lea menjalani lebih daripada 340 kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk

vita-lea sangat popular di kalangan ibu hamil bagi memastikan diri dan kandungan mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya. dan untuk yang mengalami tekanan darah rendah macam saya juga patut mengamalkan pengambilan vita-lea setiap hari. vita-lea juga disarankan diambil dengan dos yang secukupnya bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan darah. 

kalaupun malas sangat nak makan pelbagai jenis vitamin dalam sehari, paling cikai ambil lah vita-lea bagi menyokong keperluan badan kita seharian! 

jumpa lagi :) 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, July 23, 2012

kulit oh kulit...masalah jerawat?

semalam kami bawak adam ke klinik pakar kulit. adam lahir dengan kulit yang sangat kering, hingga bersisik. masa dia lahir tu, siap ada darah di bahagian pergelangan kaki sebab kulit kering dan merekah. doktor cakap bukan masalah besar lah, just kena keep the area moist.

area yang paling kering ialah kedua belah betis sehingga ke kawasan jari kaki. peha elok je gebu macam ayam turkey hehe. then dekat kawasan perut belah sikit. yang kawasan tu tak bersisik, cuma nampak patchy dan kasar. ada masa bila eczema datang, kawasan tu paling teruk la berbintik- bintik.

jadi semalam, doctor bagitau, memang takde ubat sebab itu memang genetik. cuma kena pastikan kulit adam sentiasa lembab, tak boleh guna sabun mandi biasa, tapi kena guna oil (doktor bagi sebotol semalam). sapu cream, ada 2 jenis, setiap lepas mandi. lepas mandi tak boleh lap kering, ala kadar je lap. phew, high maintenance!!

semalam lepas dapat bill, kami bincang dalam kereta, berapa lama nak maintain pergi ambil ubat kat specialist ni. parah juga tiap2 bulan, semalam bil nya RM280! kami nak tengok macam mana keadaan adam selepas sebulan dengan bath oil dan cream ni.

sambil tunggu giliran semalam, ramai juga orang datang ke klinik ni untuk rawatan kulit. ada 2 orang awek datang dan tanya tentang masalah jerawat. dua- dua pun berjerawat jenis yang merah, penuh pipi. saya pun pasang telinga nak tau berapa cost. untuk jenis muka jerawat yang serius, cost sekali rawatan RM1800! nak pengsan saya dengar! kemudian ada rawatan susulan, nak laser pun ada. dan ada juga vitamin diberikan, tapi tak pasti vitamin apa. antibiotik pun ada. macam- macam lah ada kat situ.

saya teringat ex-colleague saya. dia pun ada masalah jerawat, dan dah cuba vitamin shaklee yang saya syorkan iaitu vitamin E, b complex dan vitamin C. 3 hari lepas saya lunch dengan dia, memang dah surut jerawat di dahi dan dagu. sekarang ni dia cakap, ramai kawan- kawan notice perubahan pada muka dia, lepas tu dia pulak start ambik order untuk kawan- kawan. dan kosnya sangat lah rendah berbanding treatment di pusat kecantikan.

masalah jerawat ni pada saya memang merungsingkan. saya ingat masa saya di universiti, muka bengkak dengan jerawat, merah menyala dah macam bisul. memang beri kesan pada self esteem. selepas bersalin anak pertama masalah berkurangan tapi sesekali akan naik jugak jerawat di muka. bila saya start ambil vitamin shaklee, perubahan sangat ketara. bukan saja jerawat tak muncul, muka lebih berseri. 3 langkah ringkas untuk masalah kulit berjerawat dan kusam, semudah E, B dan C! cubalah!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, July 22, 2012

setiap anak itu unik

saya masih belum khatam buku tony buzan, brain child. sekali sekala saya akan bukak bab mana yang berkenan dan baca. now saya nak share this particular topik tentang keunikan setiap anak kita, walaupun ibu dan ayahnya adalah orang yang sama.

anak- anak saya yang dua orang tu pun berbeza. aliyah ambil masa untuk mesra dengan orang, dia lebih berhati- hati. tapi kalau dia suka seseorang (yang pandai tackle dia), dia akan ingat nama, ingat rupa dan ingat apa saja yang dia buat atau bualkan dengan orang tu. kawan- kawan saya yang berjaya tackle aliyah akan berada dalam ingatan aliyah dalam masa yang lama.

adam lebih friendly. walaupun sekarang ni dia tak selesa dengan stranger, dia tak menangis atau menjerit bila stranger usik atau tegur dia. dia cuma akan lentok kepala ke bahu saya, atau pandang tempat lain. tapi kejap aje, lepas tu dia akan intai balik orang tu. aliyah dulu, dia akan jerit siap dengan muka marah. bila dah pandai cakap, dia siap cakap TANAK! dengan tuding jari ke arah orang tu. malu jugak kekadang haha!

ini point menarik saya nak share tentang apa yang tony buzan tulis berkaitan perbezaan antara setiap seorang anak- anak kita.

page 89- 91- Brain Child, by Tony Buzan. 

from a little girl's point of view...

  • she is the only one who goes to school feeling the emotions she feels
  • and thinking the thoughts she thinks
  • she is the only one who has the fantasy friends that ONLY she in the universe could create
  • and she is the only one who has the dreams, fantasies, fears, and hopes that only she will ever have
SHE is utterly, fantastically, infinitely and preciously unique. and alone. 

from a little boy's point of view...
  • he is the only one who will interpret the things said to him in the way that only he can interpret them
  • he would be the only one with his dreams, his fears, his passions, his loves, his hopes
  • he will spend his entire life being the only intrepid explorer of the universe as seen from the second by second kaleidoscoping viewpoints that make up his special being

HE is utterly, fantastically, infinitely and preciously unique. and alone.

important:

  • BE CONCERNED only if your children are not different! differences maybe harder to take on board if the children bear strong physical resemblance to one another. you may have a deep seated- seated expectation that they are similar mentally as well as physically.they will NEVER BE. 
  • nurture, treasure, cherish and honour your child's growing individuality and differentiation from all others. emphasize the differences between your children, point how much they see from different perspectives and celebrate those differences. 

Saturday, July 21, 2012

puasa dan gastrik

selamat berpuasa!

satu topik yang popular masa bulan puasa ialah masalah gastrik yang tidak serius seperti gastritis. masalah gastrik ni sebenarnya waktu bulan biasa pun, ramai yang mengalaminya. antara sebab utama orang mengalami gastric termasuklah amalan makan ubat tahan sakit, merokok dan minum minuman keras, stress dan yang paling common, amalan makan yang tidak tentu masa dan tidak seimbang.
Pic: Google
sebenarnya anggapan bahawa gastrik lebih kerap berlaku dalam bulan puasa adalah tidak tepat. ketika kita berpuasa, perut kita berehat dan kadar asid dalam perut juga akan berkurangan. yang menyebabkan perut sakit, senak dan berangin berkait rapat dengan pemilihan jenis makanan dan cara makan semasa berbuka. antara yang patut dielakkan ketika berbuka termasuklah:

  • makan dengan gelojoh
  • makan makanan yang berempah, atau berlemak
ketika berbuka, pilih makanan yang simple seperti kurma atau kuih- muih. berhenti seketika untuk solat dan sambung lagi makan. setelah seharian tidak menerima makanan, jangan buat perut terkejut dengan segala macam juadah dimasukkan ke dalam perut. 

dan adalah sangat penting untuk bersahur. masalah akan jadi lebih teruk jika tidak bersahur atau bersahur terlalu awal. pilih makanan yang mengenyangkan, dan ambil masa yang selesa untuk menghabiskan makanan ketika bersahur. bersahur terlalu lewat boleh menyebabkan kita makan tergesa dan makanan payah untuk dihadamkan. minum air secukupnya setelah berbuka dan sebelum tidur. sebenarnya dengan amalan yang betul dan konsisten, masalah gastrik tidak akan menghalang seseorang menjalani ibadah puasa. 

-----------------------------------------------------


Energizing Soy Protein adalah pilihan popular di kalangan pengguna produk Shaklee bagi membantu mereka menangani masalah gastritis. ESP membekalkan tenaga berjam- jam lamanya dan sangat sesuai diminum ketika bersahur.ianya juga sesuai diminum sejuk ketika berbuka. ia membantu perut jadi lebih relax dan tidak berasa sebu dan berangin. saya amalkan ESP untuk sarapan pagi dan kini diminum ketika bersahur :)


nak cuba?


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 


 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, July 19, 2012

supplement dan puasa

alhamdulillah, kita dapat lagi merasa berpuasa tahun ni ya :) insyallah dapat juga beraya, amin ya rab!

semalam saya terbaca status FB syeikh suhaib webb. sapa- sapa yang biasa tengok dia kat tv al-hijrah mesti suka dengan pendekatan syeikh ni berdakwah. simple tapi menyengat. dia cakap dekat- dekat nak puasa ni, syaitan memang pulun abes nak porak porandakan kita. masa ni lah kita senang panas, nak bergaduh manjang. bila dah bergaduh, mood nak berpuasa pun lari. motivasi nak penuhi ramadhan dengan amalan extra pun ke laut. itu yang syaitan nak kita buat pun! hati- hati lah ya, jangan lah kita mula ramadhan dengan sakit hati ya. elok la bermaafan mana yang bercakar laki bini tu misalnya. nanti bersahur muncung panjang je, mood nak puasa pun tak mari.

anyway, macam mana persiapan berpuasa anda? dah stock up peti ais  nak memasak? saya stock up wallet je pegi kedai haha! tapi saya rindu sangat nak makan freshly cooked sayur2 bila bersahur. dapat tumis sawi pun jadi lah. maybe saya patut buat tu. mungkin! kihkihkih! jangan lupa stock up kurma. esok saya nak check out kurma, cari yang jenis gebu- gebu lemak tu. yummm! saya bukan penggemar kurma, tapi sejak bersalin anak sulung, saya amalkan kurma dalam pantang utk elak sembelit. lepas tu memang hooked pulak. love it now! saya realized, masa saya kurang gemar kurma, saya tetap makan juga masa berbuka untuk dapat pahala sunat. tapi saya tak rasa kesan kebaikan kurma tu. mungkin kerana terpaksa. bila hati rela makan kurma, yakin kebaikan kurma, bersahur dengan kurma pun buat saya happy dan bertahan berpuasa sepanjang hari. hebatnya kalau hati dan fikiran kita yakin kan!

sebagai persiapan saya berpuasa, saya tetap akan meneruskan amalan mengambil supplement. malah saya fikir lagi penting bila tiba bulan puasa. dan kena ingat, anak- anak tu pun dah dua orang. kena tenaga lebih walaupun berpuasa. saya tanak marah- marah anak bila bila lapar. kadang2 badan penat, anak tak nakal mana pun, tapi rasa nipis je sabar tu kan. kesian diaorang :(

satu supplement yang saya tambah untuk persediaan berpuasa ialah Performance drink Shaklee. 2 minggu ni stok Performance ni habis satu Malaysia. semua pakat beli nak ready puasa. saya sempat rembat seketul, alhamdulillah. tapi sebenarnya saya dah minum Performance ni sejak 3 bulan ni dah, sebagai breakfast saya dalam set Mighty 3 Gems.

apa yang bestnya Performance ni? sebenarnya performance drink ni preparation untuk mereka yang bersukan atau bersenam, bagi mengelakkan kehilangan bendalir dalam badan berlaku secara pantas. diminum sebelum dan selepas bersukan. saya rasa perbezaan dari segi kecergasan minum performance ni bila lepas saya mengepam. pam sampai longlai badan gitu hehe. sejak minum performance ni, cepat lah badan saya di-rehydrate kan. 

sama juga konsepnya bila kita berpuasa. selepas sahur, bila dah tak minum atau makan, badan akan guna air dalam badan utk survive seharian. jadi kita tanak badan kita kering dalam jangka masa yang cepat. menjelang asar dah ketor badan menuju ke pasar ramadan hehe. so kita minum performance semasa sahur. untuk berbuka pun elok kita minum supaya badan re hydrate dengan cepat. takla liuk lentok masa terawih.

insyallah minggu depan stok akan ada balik, nanti saya update ok. kalau nak place order atau booking, bagitau lah ye!

selamat berpuasa untuk semua yang setia membaca blog saya. semoga ramadhan kita semua lebih berkualiti tahun ni. amin.

P.S: Jangan lupa minum air yang cukup masa berbuka dan bersahur. Tak perlu minum air berliter- liter in one sitting, minum lah sedikit- sedikit dari waktu berbuka sampai lah habis berterawih dan sebelum tidur. Nanti masa bersahur minum lagi ok!


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, July 16, 2012

keep moooooooving.....

2 minggu yang sibuk dan sesak. saya masih dalam proses transition dari gaya kerja di tempat lama, dan di tempat baru. walau apa pun teruskan teruskan teruskan usaha!




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, July 8, 2012

terlalu kurus?



Isu orang yang nak menambah berat badan ialah bagaimana mereka memadankan jumlah kalori yang dibakar dengan jumlah kalori yang diganti ke dalam badan.Mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, mesti menggantikan jumlah kalori yang lebih daripada yang mereka bakar. Selain menambah kalori yang diganti, ataupun mereka perlu membina otot untuk meningkatkan berat badan. 

Jadi perkara penting dalam hal ini ialah pengiraan kalori. Berapa banyak yang perlu diambil supaya ianya melebihi jumlah yang dibakar. Makanlah makanan yang tinggi kalori, samada makan beberapa kali sehari, atau makan 3 kali sehari tapi dengan jumlah yang banyak. Jangan ambil jalan singkat dengan makan makanan ringan (sangat tinggi kalori), kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan badan secara keseluruhan di masa akan datang.

Supplement yang dicadangkan:


Meal Shake: 

Mealshake Shaklee, mengandungi lebih 35% nutrien yang diperlukan oleh badan seharian, 19 vitamin dan mineral, tinggi calcium. Apa yang lebih baik, Mealshake juga tinggi serat/ fiber dan protein. setiap hidangan mengandungi 240 kalori jika dicampur dengan susu rendah lemak. 





Vitalea (multivitamin):

Mengandungi 23 jenis vitamins dan mineral penting bagi memastikan kecergasan keseluruhan badan. 


B- Complex:
B complex diperlukan bagi mengawal dan mengatur metabolisme badan. Apabila metabolisme badan sudah teratur, mudahlah untuk badan menerima signal bagi menerima kalori tambahan yang diperlukan.

Jadual pemakanan yang sesuai juga merupakan faktor yang penting bagi memastikan supplment yang diambil berkesan dan bersesuai. PM saya hari ini untuk maklumat lanjut.


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 


 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, July 7, 2012

simply rambling...and dreaming away...

dah lama saya tak bekerja pada hari sabtu. hari ini antara hari- hari sabtu yang saya kena bekerja. kerja nya tak susah, just be here, and observe, take attendance etc etc. saya boleh saja mengulor bila- bila masa, tapi saya tak reti, jadi saya bawak laptop, duduk sini, mengadap peserta workshop. saya bukan trainer, jadi memang saya melepak saja. yang tak seronok, kena hantar adam ke pengasuh. mesti adam heran, eh hari sabtu pun mama hantar ke? mujur lah pengasuh sangat lah sayang dengan adam dan aliyah. bersyukur sangat kami dipertemukan dengan pengasuh penyayang. bukan dia sorang, tapi satu keluarga penyayang. alhamdulillah. 

aliyah dah makin pandai kira hari bekerja. dia tau bila hari sabtu, sebab dia tak perlu bangun awal pagi. 2 hari lepas dia dah ajak bincang, "ayah, esok aliyah tanak pegi rumah makcik linda. aliyah penat lah". penat agaknya dengan rutin harian tu. memang saya akan terasa hati bila dengar komen- komen macam tu. kesian pun ada. saya tak pasti samada saya pandai atau tidak untuk berkerjaya dan beranak- pinak pada masa yang sama. saya pasti bukan saya sorang je fikir macam ni kan. tapi mungkin kerja saya lebih mudah berbanding dengan ibu- ibu yang kena kerja shift di kilang atau yang bekerja sebagai nurse di hospital. must always count my blessing :)

adam akan berusia setahun minggu depan. dan kami pulak akan sambut anniversary yang ke-4 pada tarikh yang sama. it has been an amazing journey. one thing about us that really precious to me is that we are always a team, not just a couple :)

rasanya dah tanak tulis apa2 dah, sebab kerja hari sabtu ni buat saya emosional abes. karang tak pasal- pasal merepek entah apa- apa hehe. 

enjoy this beautiful picture from pinterest.com! ini lah yang saya berangankan sepanjang pagi ni kat workshop ni hehehe...

I will not leave this room! Soooo cosy!! Attached bathroom needed :)

Hah kau ada?? Bookcase sebesar2 bilik, siap berdiri atas meja huh jeles aii!

Eeee...bestnyaaa...tenang..terang...tido pun sedap ni..pokok tu gambo ke pokok betui2? 

Romantic!!Lepak2 dgn suami terchenta, baca- baca buku. Anak leh lepak  kt kerusi bulat tu kan. Jgn conteng  kusi mahal tu Adam!!! Cewah prektis marah anak dah siap2 kahkahkah!

Bilik macam ni tak rasa bersalah sangat kalo nak buat sepah kan. Tapi still cosy, pencahayaan pun mencukupi gitu. Haihhh I want a home library!! Amin!!

Thursday, July 5, 2012

vitamin C, kenapa pilih shaklee?

assalamualaikum! minggu ni agak kepenatan kerana baru mula kerja di tempat baru. bukan penat kerana busy, tapi penat membaca dan termenung hehe..masih lagi dalam fasa memerhati dan belajar nak adapt. dah 6 tahun lebih kat tempat yang sama, bila start tempat baru ni, memang lain macam rasa awkward haha!

anyway, bulan ni bulan promosi vitamin C. dalam kebanyakan set kesihatan yang dicadangkan oleh shaklee, memang vitamin C tidak ketinggalan. mana-mana set pun mesti ada vitamin C. maknanya penting sangat lah vitamin C ini untuk badan kita maintain kecergasan dan kesihatan. dan sangat penting untuk kita sihat semula selepas kita sakit atau menjalankan pembedahan dan sebagainya.

rasanya vitamin C memang popular lah, dari kecik mak dah cakap pasal vitamin C. sangat banyak makanan yang ada sumber vitamin C terutama buah- buahan. paling senang nak ingat, mesti lah buah oren kan! vitamin C ni punyalah penting ianya menyumbang kepada kesihatan jantung, kekuatan immune system badan kita, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah

bukan setakat bagus untuk kulit je sebagaimana yang ramai kita tau kan. saya ingat lagi first time saya jumpa kawan chat saya di KL, akak ni datang dengan few others pompuan2 yang bincang pasal nak cucuk vitamin C. ni kejadian tahun 2006 kot. tercongok la aku kat situ haram tak paham apa kes cucuk vitamin C kt muka hahaha! nak tanya takut katanya peghak pulok kihkihkih.

anyway (lagi), kenapa orang pilih vitamin C shaklee?

satu sebab utama ialah ianya adalah berbentuk sustained- released.

so kenapa bagus sustained released ni??!

sustained- released maksudnya bila kita makan vitamin C ni, ianya tidak direleased sekaligus, sebaliknya ianya dilepaskan sikit- sikit dalam badan selama 5 jam. kenapa nak release sikit- sikit? pasal vitamin C senang termusnah dalam badan, kalau kita sakit pun vitamin C musnah, kena pencemaran pun ianya musnah, kalau kita hisap rokok pun ianya musnah, jadi nak elakkan ianya musnah sekaligus, ianya dilepaskan dalam badan sikit demi sedikit. bila dilepaskan sikit sikit, tak perlulah amek vitamin C dengan kerap, sehari sebiji dah cukup. bagus kan?

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...