Monday, July 23, 2012

kulit oh kulit...masalah jerawat?

semalam kami bawak adam ke klinik pakar kulit. adam lahir dengan kulit yang sangat kering, hingga bersisik. masa dia lahir tu, siap ada darah di bahagian pergelangan kaki sebab kulit kering dan merekah. doktor cakap bukan masalah besar lah, just kena keep the area moist.

area yang paling kering ialah kedua belah betis sehingga ke kawasan jari kaki. peha elok je gebu macam ayam turkey hehe. then dekat kawasan perut belah sikit. yang kawasan tu tak bersisik, cuma nampak patchy dan kasar. ada masa bila eczema datang, kawasan tu paling teruk la berbintik- bintik.

jadi semalam, doctor bagitau, memang takde ubat sebab itu memang genetik. cuma kena pastikan kulit adam sentiasa lembab, tak boleh guna sabun mandi biasa, tapi kena guna oil (doktor bagi sebotol semalam). sapu cream, ada 2 jenis, setiap lepas mandi. lepas mandi tak boleh lap kering, ala kadar je lap. phew, high maintenance!!

semalam lepas dapat bill, kami bincang dalam kereta, berapa lama nak maintain pergi ambil ubat kat specialist ni. parah juga tiap2 bulan, semalam bil nya RM280! kami nak tengok macam mana keadaan adam selepas sebulan dengan bath oil dan cream ni.

sambil tunggu giliran semalam, ramai juga orang datang ke klinik ni untuk rawatan kulit. ada 2 orang awek datang dan tanya tentang masalah jerawat. dua- dua pun berjerawat jenis yang merah, penuh pipi. saya pun pasang telinga nak tau berapa cost. untuk jenis muka jerawat yang serius, cost sekali rawatan RM1800! nak pengsan saya dengar! kemudian ada rawatan susulan, nak laser pun ada. dan ada juga vitamin diberikan, tapi tak pasti vitamin apa. antibiotik pun ada. macam- macam lah ada kat situ.

saya teringat ex-colleague saya. dia pun ada masalah jerawat, dan dah cuba vitamin shaklee yang saya syorkan iaitu vitamin E, b complex dan vitamin C. 3 hari lepas saya lunch dengan dia, memang dah surut jerawat di dahi dan dagu. sekarang ni dia cakap, ramai kawan- kawan notice perubahan pada muka dia, lepas tu dia pulak start ambik order untuk kawan- kawan. dan kosnya sangat lah rendah berbanding treatment di pusat kecantikan.

masalah jerawat ni pada saya memang merungsingkan. saya ingat masa saya di universiti, muka bengkak dengan jerawat, merah menyala dah macam bisul. memang beri kesan pada self esteem. selepas bersalin anak pertama masalah berkurangan tapi sesekali akan naik jugak jerawat di muka. bila saya start ambil vitamin shaklee, perubahan sangat ketara. bukan saja jerawat tak muncul, muka lebih berseri. 3 langkah ringkas untuk masalah kulit berjerawat dan kusam, semudah E, B dan C! cubalah!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...