Friday, July 27, 2012

tekanan darah rendah di bulan puasa?

apa khabar semua?

sejak masuk bulan puasa, masa nak update blog pun macam makin tersekat huhu! ingatkan dulu bulan puasa banyak masa, tapi bila di opis terkejar- kejar nak siapkan kerja sebab by 4.30pm sudah zassss keluar pintu opis! lunch time kena pam dan solat. itu tak termasuk meeting di luar opis, dalam opis, dalam telepon! phew!

kalau dulu lunch time ataupun masa- masa bosan di opis boleh gak update blog hehe tapi sekarang ni, oh tidak! sampai di rumah pung pang pung pang siap nak berbuka. bukan sibuk di dapur memasak ya puan- puan, sibuk main dengan budak2 tu, ataupun buat- buat sibuk di dapur mertuaku tehehehee...

kesian jugak kalau tak dilayan anak- anak walaupun ada masa rasa nak dok diam- diam atas sofa, tunggu waktu berbuka je sambil tangan pegang gelas air & kurma. tapi tak boleh, kena lah buat macam biasa je dengan anak- anak. kita tak patut bagi gambaran yang puasa tu meletihkan dan memenatkan pada anak- anak kan! malah pada semua orang pun, puasa bukan alasan nak melepek sepanjang hari tak buat apa- apa. kita masih boleh bekerja, boleh menguruskan keluarga, boleh shopping baju raya di jalan TAR tanpa berbuka puasa awal. inilah kekuatan kita ahaks!

anyway, pada awal 2 hari berpuasa, saya mengalami masalah pening kepala yang dasyat. selepas mengepam di opis, kepala ting- tong amat, ambil masa sejam untuk recover. saya pejam mata dan duduk diam- diam. selesai berbuka, kepala berdenyut, telinga rasa bengap/ bengang. bila adam dah tido, saya pun tido. masuk hari kedua, perkara yang sama berlaku. tekanan darah saya turun sampai 59/89 pagi tu. suami dah suruh jangan puasa saja, tapi rugi lah kan! saya teruskan juga.

kemudian saya dapat tips daripada kawan- kawan (yang juga pengguna shaklee bertahun- tahun) untuk menambah intake vitalea saya. baru saya teringat! dah lama saya tak ambil vita-lea sebab saya beralih kepada meal shake kerana ianya lebih sedap haha! pada pendapat saya, kedua- duanya adalah multivitamin, so kita pilih yang sedap hehehe! namun begitu, badan kita tak serupa, dan badan saya (yang prone nak kena tekanan darah rendah) mesti ambil vita-lea setiap hari kerana ianya tinggi kandungan zat besi untuk keperluan badan orang dewasa. baiklah!

alhamdulillah, kesannya sangat memberangsangkan. selesai mengepam di opis, saya tak pening, walaupun mestilah dahaga tapi terkawal (thanks to Performance Drink!). dan selepas berbuka, saya tak pengsan tidur macam hari- hari sebelum tu. mujurlah cepat saya bertanya kawan- kawan, tak sanggup sebulan macam ni kan. seronok sangat.
  • Vita-lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa, 
  • disokong oleh 7 kajian klinikal, 
  • teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel- sel baru,
  • Vita-lea menjalani lebih daripada 340 kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk

vita-lea sangat popular di kalangan ibu hamil bagi memastikan diri dan kandungan mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya. dan untuk yang mengalami tekanan darah rendah macam saya juga patut mengamalkan pengambilan vita-lea setiap hari. vita-lea juga disarankan diambil dengan dos yang secukupnya bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan darah. 

kalaupun malas sangat nak makan pelbagai jenis vitamin dalam sehari, paling cikai ambil lah vita-lea bagi menyokong keperluan badan kita seharian! 

jumpa lagi :) 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...