Friday, July 27, 2012

pendapatan sampingan dengan shaklee

saya teringat masa saya pergi training effective communication with NLP di MIM. trainer tanya semua orang, kalau hari ini kamu diberi wang sejumlah RM300k, apa yang kamu akan buat? ada yang jawab nak bayar hutang, ada yang jawab nak beli itu ini. saya beritahu yang saya akan travel dengan keluarga saya dan beli semua buku- buku impian saya *nerd alert*

trainer kata saya ni jenis sukakan ilmu dan suka berjalan- jalan. duhhh! hahahaha! he said i appreciate knowledge so much, ada duit banyak pun fikir buku dulu. gitu le. apa-apa lah kan, bak sini RM300k tu, buku ke apa ke kendian cerita!

terdetik di hati saya masa tu, dengan pekerjaan saya masa tu, bermimpi la nak bersenang lenang dengan RM300k untuk holiday dan beli buku. nak beragan menang cabutan bertuah, saya bukan jenis orang yang bertuah macam tu. teka silangkata pun jarang dapat jawab semua. sudoku apatah lagi haha! tapi seronok juga berangan ada duit banyak tu dan boleh buat apa saja kita suka.

sekarang ni bukan lagi rahsia, saya adalah pengedar produk shaklee, semua kawan- kawan di Facebook pun tau, kawan-kawan lama, kawan baru pun tau. lagi ramai tau, lagi bagus. dengan adanya FB, blog dan Twitter, lagi senang nak kasi tau semua orang. yang tanak tau pun terpaksa tau hehehe kesian diaorang kan.

tapi bukan bagitahu pasal tu saja, saya juga bagitahu info- info kesihatan yang memang sebelum jadi distributor pun saya SUKA share apa saja info. orang tanak tau pun saya kasi tau. kesian diaorang kena dengar ehehehe. kadang- kadang kena remind diri sendiri, eh dah la tu bercakap, muka orang tu macam dah bosan je dengar.

anyway, since saya mula serius buat side income dengan shaklee, setiap tengah bulan, happy dapat bonus, dan alhamdulillah dah merasa bonus 4 angka. saya tanak berenti takat 4 angka je,saya mahu 5-6 angka di masa depan. sekarang ni dah tak takut nak berangan ada RM300k untuk holiday dan beli buku. dan paling seronok, kawan- kawan baik saya pun dah menyertai saya. saya beri nama kumpulan kami "Puteri And Friends- PAF" kerana mereka ini memang kawan- kawan saya dan ada keinginan yang serupa :)

jumpa lagi!





HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...