Thursday, July 19, 2012

supplement dan puasa

alhamdulillah, kita dapat lagi merasa berpuasa tahun ni ya :) insyallah dapat juga beraya, amin ya rab!

semalam saya terbaca status FB syeikh suhaib webb. sapa- sapa yang biasa tengok dia kat tv al-hijrah mesti suka dengan pendekatan syeikh ni berdakwah. simple tapi menyengat. dia cakap dekat- dekat nak puasa ni, syaitan memang pulun abes nak porak porandakan kita. masa ni lah kita senang panas, nak bergaduh manjang. bila dah bergaduh, mood nak berpuasa pun lari. motivasi nak penuhi ramadhan dengan amalan extra pun ke laut. itu yang syaitan nak kita buat pun! hati- hati lah ya, jangan lah kita mula ramadhan dengan sakit hati ya. elok la bermaafan mana yang bercakar laki bini tu misalnya. nanti bersahur muncung panjang je, mood nak puasa pun tak mari.

anyway, macam mana persiapan berpuasa anda? dah stock up peti ais  nak memasak? saya stock up wallet je pegi kedai haha! tapi saya rindu sangat nak makan freshly cooked sayur2 bila bersahur. dapat tumis sawi pun jadi lah. maybe saya patut buat tu. mungkin! kihkihkih! jangan lupa stock up kurma. esok saya nak check out kurma, cari yang jenis gebu- gebu lemak tu. yummm! saya bukan penggemar kurma, tapi sejak bersalin anak sulung, saya amalkan kurma dalam pantang utk elak sembelit. lepas tu memang hooked pulak. love it now! saya realized, masa saya kurang gemar kurma, saya tetap makan juga masa berbuka untuk dapat pahala sunat. tapi saya tak rasa kesan kebaikan kurma tu. mungkin kerana terpaksa. bila hati rela makan kurma, yakin kebaikan kurma, bersahur dengan kurma pun buat saya happy dan bertahan berpuasa sepanjang hari. hebatnya kalau hati dan fikiran kita yakin kan!

sebagai persiapan saya berpuasa, saya tetap akan meneruskan amalan mengambil supplement. malah saya fikir lagi penting bila tiba bulan puasa. dan kena ingat, anak- anak tu pun dah dua orang. kena tenaga lebih walaupun berpuasa. saya tanak marah- marah anak bila bila lapar. kadang2 badan penat, anak tak nakal mana pun, tapi rasa nipis je sabar tu kan. kesian diaorang :(

satu supplement yang saya tambah untuk persediaan berpuasa ialah Performance drink Shaklee. 2 minggu ni stok Performance ni habis satu Malaysia. semua pakat beli nak ready puasa. saya sempat rembat seketul, alhamdulillah. tapi sebenarnya saya dah minum Performance ni sejak 3 bulan ni dah, sebagai breakfast saya dalam set Mighty 3 Gems.

apa yang bestnya Performance ni? sebenarnya performance drink ni preparation untuk mereka yang bersukan atau bersenam, bagi mengelakkan kehilangan bendalir dalam badan berlaku secara pantas. diminum sebelum dan selepas bersukan. saya rasa perbezaan dari segi kecergasan minum performance ni bila lepas saya mengepam. pam sampai longlai badan gitu hehe. sejak minum performance ni, cepat lah badan saya di-rehydrate kan. 

sama juga konsepnya bila kita berpuasa. selepas sahur, bila dah tak minum atau makan, badan akan guna air dalam badan utk survive seharian. jadi kita tanak badan kita kering dalam jangka masa yang cepat. menjelang asar dah ketor badan menuju ke pasar ramadan hehe. so kita minum performance semasa sahur. untuk berbuka pun elok kita minum supaya badan re hydrate dengan cepat. takla liuk lentok masa terawih.

insyallah minggu depan stok akan ada balik, nanti saya update ok. kalau nak place order atau booking, bagitau lah ye!

selamat berpuasa untuk semua yang setia membaca blog saya. semoga ramadhan kita semua lebih berkualiti tahun ni. amin.

P.S: Jangan lupa minum air yang cukup masa berbuka dan bersahur. Tak perlu minum air berliter- liter in one sitting, minum lah sedikit- sedikit dari waktu berbuka sampai lah habis berterawih dan sebelum tidur. Nanti masa bersahur minum lagi ok!


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...