dah lama saya tak bekerja pada hari sabtu. hari ini antara hari- hari sabtu yang saya kena bekerja. kerja nya tak susah, just be here, and observe, take attendance etc etc. saya boleh saja mengulor bila- bila masa, tapi saya tak reti, jadi saya bawak laptop, duduk sini, mengadap peserta workshop. saya bukan trainer, jadi memang saya melepak saja. yang tak seronok, kena hantar adam ke pengasuh. mesti adam heran, eh hari sabtu pun mama hantar ke? mujur lah pengasuh sangat lah sayang dengan adam dan aliyah. bersyukur sangat kami dipertemukan dengan pengasuh penyayang. bukan dia sorang, tapi satu keluarga penyayang. alhamdulillah.
aliyah dah makin pandai kira hari bekerja. dia tau bila hari sabtu, sebab dia tak perlu bangun awal pagi. 2 hari lepas dia dah ajak bincang, "ayah, esok aliyah tanak pegi rumah makcik linda. aliyah penat lah". penat agaknya dengan rutin harian tu. memang saya akan terasa hati bila dengar komen- komen macam tu. kesian pun ada. saya tak pasti samada saya pandai atau tidak untuk berkerjaya dan beranak- pinak pada masa yang sama. saya pasti bukan saya sorang je fikir macam ni kan. tapi mungkin kerja saya lebih mudah berbanding dengan ibu- ibu yang kena kerja shift di kilang atau yang bekerja sebagai nurse di hospital. must always count my blessing :)
adam akan berusia setahun minggu depan. dan kami pulak akan sambut anniversary yang ke-4 pada tarikh yang sama. it has been an amazing journey. one thing about us that really precious to me is that we are always a team, not just a couple :)
rasanya dah tanak tulis apa2 dah, sebab kerja hari sabtu ni buat saya emosional abes. karang tak pasal- pasal merepek entah apa- apa hehe.
enjoy this beautiful picture from pinterest.com! ini lah yang saya berangankan sepanjang pagi ni kat workshop ni hehehe...
|
I will not leave this room! Soooo cosy!! Attached bathroom needed :) |
|
Hah kau ada?? Bookcase sebesar2 bilik, siap berdiri atas meja huh jeles aii! |
|
Eeee...bestnyaaa...tenang..terang...tido pun sedap ni..pokok tu gambo ke pokok betui2? |
|
Romantic!!Lepak2 dgn suami terchenta, baca- baca buku. Anak leh lepak kt kerusi bulat tu kan. Jgn conteng kusi mahal tu Adam!!! Cewah prektis marah anak dah siap2 kahkahkah! |
|
Bilik macam ni tak rasa bersalah sangat kalo nak buat sepah kan. Tapi still cosy, pencahayaan pun mencukupi gitu. Haihhh I want a home library!! Amin!! |
No comments:
Post a Comment