Friday, March 30, 2012

pumping for humanity


bila terasa lemau dan malas untuk mengepam, ingat, kita mengepam untuk kemanusiaan! kita mengepam untuk anak- anak lebih sihat, lebih hebat antibodi mereka! 

untuk mama- mama yang rasa struggling untuk dapat susu perahan, jom cergaskan diri dan fikiran dengan vitamin2 shaklee, supaya badan ready untuk menghasilkan susu yang cukup. ingat, kita pam untuk kemanusiaan! sabo je la tagline macam nak pegi perang. 

hubungi saya hari ini untuk maklumat lanjut (bukan pasal kemanusiaan)
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

Wednesday, March 28, 2012

jadi positif, kawan dengan orang yang positif

simple ke? nak cari kawan positif?

bila kita ada masalah, biasanya kita cari kawan. untuk mengadu. tapi perasan tak, ada masanya bila mengadu, kita rasa masalah jadi makin besar pulak! hehehe..itulah maknanya kita dah salah orang nak mengadu masalah. benda ni saya rasa kita kena kenalpasti la. nak cerita masalah ke tidak, nak cerita dengan sapa. kadang- kadang saya rela simpan je sorang2 daripada share dengan kawan- kawan, sebab karang lagi stress dengan "cadangan-cadangan" mereka. apatah lagi yang tak beri pun cadangan, kasi panas je. hihihi.

anyway, dalam entry saya yang lepas, cerita pasal macam mana saya start buat bisnes shaklee ni kan. saya ada sorang kawan/sahabat/opismate/lrtmate yang sama- sama tiba- tiba bersemangat nak cari distraction daripada masalah2 di opis. daripada sekadar nak cari distraction, kami jadi seronok pulak bila bisnes menjadi, alhamdulillah.

satu benda yang kami selalu buat ialah (selain makan) memberi semangat dan tips kepada satu sama lain. tips bukan canggih2 mana pun. yang lebih penting, bila sorang down ke ilang mood ke rasa nak pukul orang ke, yang sorang lagi kena buat lawak atau kasi cool. itu je.

secara peribadi kawan saya ni lebih berbakat bab meyakinkan orang untuk dapat sale, berbanding saya. saya ni dinding malu (nak approach orang) tu sangat tebal. kawan saya ni, siap fotokopi flyers shaklee saya, dia bawak pegi mana tah untuk distribute hahaha! semangat ok.

dalam berkawan ni, perkara yang baik kena tiru. saya tiru cara dia yang tak malu bukak mulut cakap pasal bisnes. dia tiru saya buat blog hehehe..so jom terjah blog dia:

Tuesday, March 27, 2012

daftar sebagai ahli shaklee, banyak kelebihannya!

ramai kawan- kawan dan customer saya yang fikir tak perlu untuk jadi ahli pun, sebab bukan mereka ni nak berbisnes pun. tapi cuba fikirkan, kalau memang setiap 2-3 bulan atau sebulan sekali nak beli produk shaklee, memang berbaloi jadi ahli. selain dapat harga istimewa ahli, dapat point, dan dapat pulak cash daripada jumlah point tiap2 bulan tu. dan percayalah, mula- mula suka dgn vitamin- vitamin set A katakan, lepas tu memang melarat beli yang lain- lain pulak. bukan apa, berbaloi sangat kualiti dan harganya. belum cuba belum tau. dah cuba kalu, memang melarat- larat.

melarat jenis ni takpe, investment kesihatan masa depan! jom tengok macam mana nak jadi ahli shaklee:

1- bayar RM75 yuran pendaftaran ke akaun saya, RM65 utk pendaftaran, RM10 utk delivery charges member kit; ATAU beli produk shaklee worth RM600++, dapat keahlian percuma. (takkan tup- tup dah nak shopping sampai 6-7 ratus kan hehehe tapi takpe ini options saya ceritakan)
2- beri saya nama penuh, number IC, alamat, nombor handphone, akaun number maybank untuk saya registerkan;
3- bila saya dah register, shaklee akan hantar member kit terus pada anda;
4- bila membership dah aktif, saya akan notify dan anda boleh beli produk dgn harga ahli, dapat point etc

kelebihan- kelebihan:
1- membership seumur hidup, takde expiry date
2- points yang terkumpul diberi reward dlm bentuk cash
3- walaupun anda tak berbisnes, anda boleh share ID dengan kawan- kawan, sedara mara. tiap2 bulan point terkumpul akan diberi reward dlm bentuk cash, terus ke akaun maybank anda
4- harga ahli adalah 15% lebih murah, selain tiap-tiap bulan ada promo utk produk2 tertentu. masa ni boleh la borong!! tp customer saya pun dapat harga istimewa ni, jgn risau le.
5- shaklee ada barang-barang lain jugak. bukan vitamin je. ada penapis air, ada multipurpose cleaner, ada produk kecantikan dll ler. saya tak tulis semua kt blog ni sebab belum pakai semua. jenuh la semua shaklee ye tak haha! nak juga pakai rexona ke kan. btw, shaklee takde jual deodorant pun. hehe..


masa saya share dengan kawan- kawan  aritu tak terasa pun nak cari point ke cash ke. tapi sedar tak sedar dah ramai sharing dgn benefit of the products. bila share dengan gembira ni, tak terasa pun, tup tup dapat cash reward. syok le kan.

plus bila dah ada ID sendiri, nak order thru email ke HQ pun senang. sapa- sapa dah jadi ahli memang convenient sgt la cara ni. klik klik maybank2u je setel! tapi walaupun dah ada ID sendiri, saya tetap kasi consultation percuma sebelum dan selepas pembelian. itu insyaallah tiada halangan, secara online atau offline. larat dengan tak larat je dengar hehehe..

so, kalau nak kelebihan- kelebihan ni, boleh hubungi saya ya!

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

Friday, March 23, 2012

kenapa tiba- tiba puteri jadi distributor shaklee?

klas tak tajuk entry hari ni? hari ni nak santai- santai je bersembang kat sini. bagaimana saya bermula sebagai pengguna kemudian jadi distributor shaklee, dan sekarang ni dah jadi supervisor. alhamdulillah

peristiwa 1
semestinya bermula sebagai pengguna, sebab kalau saya sendiri tak suka dengan produk shaklee, takde la saya nak jadi distributor pun. bermula sebagai pengguna semasa dalam pantang adam, saya tak boleh berenti pulak order vitamin2 dari momma mia. dan disebabkan blog momma mia penuh sarat dengan info yang saya cari terutama nya tentang breastfeeding & pumping & pumping while travelling, hampir setiap hari saya menjenguk blog dia. bila jenguk mesti nk order ahaha! magnet ok!

peristiwa 2
lepas menghabiskan duit kat blog momma mia, saya share lah kebaikan2 vitamin yang sama ambik dengan kawan- kawan, terutama yang sedang breastfeeding ni. tak lama pun, kawan- kawan start order sendiri dengan momma mia, full pack dan sebagainya. saya tukang sembang je la. sembang tak bergaji ahahaha!

peristiwa 3
dan kemudian saya daftar sebagai ahli, sangat untung sebab saya memang tak miss order tiap bulan terutamanya ESP. confirm every month beli. dan satu hari saya dapat la bonus (hanya sebagai pengguna/ahli) sebanyak 24 hengget! teruja ok, sebab ni first time dapat bonus sbb shopping! sapa nk kasi kan? but anyway saya memang senang teruja ahahaha! so memang ada yang kata, hek? 24 hengget je?? alhamdulillah.

peristiwa 4
peristiwa 4 ni signifikan sangat pasal ini adalah turning point kepada matlamat saya dari sekadar jd pengguna- member/ distributor pasif kepada distributor aktif. peristiwanya berkaitan dengan musim saya-tanak-pegi-opis. kan ada musim2 gitu kan? hari- hari rasa masalah je nak pegi opis. masalah2 kat opis pun rasa besar sangat. hari- hari balik opis mengomel je. pegi lunch pun mengomel je pasal keje. saya dengan kawan baik saya di opis ler tu, berduet mengomel. letih ok! letih pasal hari- hari cakap, esok takde perubahan pun. rasa down dan negatif je. apa kes ni? one day, saya decided, ok, saya dah malas nak spend energy mengomel. baik aku cari distraction! something yang kepala otak leh fikir selain masalah opis. something yang seronok untuk kita sembang masa lunch atau masa naik lrt! tadaaaa teringat bonos 24 hengget ittew! mungkinkah 24 hengget menjadi 240 hengget? bukan lagi mungkin, dah jadi kenyataan pun!

the rest are they say is history. tapi saya nak pandang ke depan, tak mau jadi sebahagian dari sejarah yg berkubur pulok! saya belajar macam- macam dengan momma mia, dah hari- hari jadi semakin indah *ahahahaha over khen??* ini cerita yang seronok2 aje lah. yang tak seronok mesti lah ada, tapi semua tu pengajaran dan cabaran. saya decided nak buat side income ni secara serius dalam bulan december 2011. dan bulan february lepas daripada RM24, saya dapat merasa side income 4 figure yang pertama. bonus tengah- tengah bulan pulak tu shaklee kasi, memang la meriah dan rasa seronok sangat. again, saya memang senang je nak happy kot?!

anyway, kawan baik saya amek keputusan untuk aktif kembali sbg perunding unit trust. dia berangan nak pegi istanbul katanya masa kami mula bincang pasal side income. nampak gaya dia dapat pegi istanbul dulu kot, sebab unit trust ni tak main ler 24 ringgit je kan? main ribu riban. tapi memang menjadi sebab dia sendiri suka dgn product unit trust tu. sama juga dengan saya. saya suka product shaklee. dan alhamdulillah, kami berdua masih going strong untuk increase side income setiap bulan. dan saya tak rasa, saya akan jual unit trust sbb tak pandai bab ni. buat benda yang saya pandai je la. paling best sebab saya dapat share kebaikan product ni dengan lebih ramai orang, dan paling happy bila customer dapat benefit kepada kesihatan mereka.

dan daripada sekadar mahukan side income, saya dah berazam untuk pergi lebih jauh kerana nampak gaya nothing is impossible. objektif terbesar ialah untuk spend lebih banyak masa dengan anak- anak bila aliyah start ke sekolah tadika dalam 1 tahun lagi. saya mahu beroperasi dengan business shaklee ni daripada rumah saja, tak perlu bersesak dalam lrt, dan bergegas sana sini. ya Allah, makbulkan lah impian saya. doakan saya ya! amin...

saya dah tengok cery dapat lakukannya, kenapa tidak saya? gittew!

itu saja sharing saya hari ini. oh, mana- mana customer yang dah beli dengan saya tu, untuk jadi ahli hanya RM65 saja, boleh dapat harga menarik dan juga bonus points dibyr setiap bulan dengan cash. nak tau lagi planning side income dengan shaklee, boleh jugak email saya untuk maklumat lanjut ya. jangan takut bermimpi!

Tuesday, March 20, 2012

contest lagi!

ok, apa kata kita hantar entry untuk cabaran penyusuan si manja oleh momma mia, cer tengok link ni. http://alinalancontest.blogspot.com/2012/03/miakididdles-giveaway-cabaran-penyusuan.html

aliyah at 13 months. she used to pronounce susu as shushu. 
"ini kenangan semasa aliyah berusia 15 bulan, lebih kurang. masa tu aliyah dah minum formula, selang seli dengan susu ibu. pada masa tu, ilmu breastfeeding saya agak kurang, bila dah cukup setahun, rasa nak give up tu memang tinggi la. perlahan- lahan saya wean off aliyah. tak ada masalah pun, dia tak berapa nak demand pun bila saya tak offer. bila saya dan aliyah dah ready, saya pun mula travel untuk kerja. yang pertama pergi banda aceh. walaupun saya dah stop mengepam, saya masih breastfeed aliyah di rumah selepas kerja dan pada waktu malam. jadi, saya tak mahu susu kering begitu saja. saya bawak pam pegi banda aceh, tapi saya tak plan untuk bawak pulang susu yang dipam. saya bangun malam dan subuh untuk pam, dan *insert tears here* buang. emosi saya memang terganggu. rasa kesal, sedih, rasa bodoh pun ada. 
tiba hari nak pulang ke KL, saya bersiap awal, mahu lekas pulang. saya tak mahu pun pergi beli souvenirs. kalau boleh subuh2 lagi nak pergi airport. tapi ahli rombongan nak jugak pegi beli souvenir. dan teka? teka la! WE MISSED THE FLIGHT! apa lagi, depan- depan semua orang saya menangis! menangis! menangis! flight banda aceh- kL ni sehari seketul je pulak! satu malam lagi di banda aceh??! orang lain ingat saya sedih pasal anak ditinggal di KL (itu pun betul juga) tapi diaorang tak tau yang saya memang dah emosional pasal buang susu tu! aiyayayaya! bos saya masa tu, ambik keputusan cari flight ke medan, dan ambik pulak flight medan ke KL. bila dah boarding, ada pulak yang gatal mulut bersuara "hai puteri ni, tak sabar ye nak balik KL". saya jawab "saya ada yang tersayang tunggu, i am not sure about you!" lepas jawab gitu, rasa menyesal ok. tapi takla menyesal sangat pasal sebab mamat ni la kitaorang terlepas flight. sibuk sangat nak pegi beli souvenirs! padahal sebulan sekali pegi banda aceh! hmmph!
**disclaimer: saya tiada menyimpan dendam pada mereka yang terlibat. masa tu je hangin. hehe.
 

Monday, March 19, 2012

bakar lemak dengan omega guard

omega guard ni secara ringkasnya ialah minyak ikan yang lengkap dgn dha & epa. biasanya bila kita cakap pasal minyak ikan, orang akan kaitkan dengan faedah untuk kecergasan otak dan juga sistem pertahanan badan. tak ramai yang tahu, fatty acids dalam minyak ikan boleh bantu bakar lemak dalam badan.

ini yang saya suka dengan supplement. kita takkan dapat satu atau dua faedah je, mesti ada lebih dari 3-4 faedah sekaligus! yang penting konsisten dan ikut jadual yang bersesuaian.

boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mengubati penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

OK, JOM baca!


Omega-3 fats

Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin

Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight

Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism) 

Leptin also causes your body to burn fat for energy so

If your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and

Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…

3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is…

  1. Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels 
  2. An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…
  3. Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.


Sunday, March 18, 2012

herbalife dalam kenangan- entry khas untuk sobatku di penang

***ini entry lama yang saya korek dalam blog ni, untuk tatapan sobat saya yang sedang ambil HL weight management. gaya penulisan entry ni berbeza, sebab ianya ditulis 3 tahun lepas. masa tu saya masih metal (bukan mental). sekarang saya dah borderline group nasyid munawwarah hehehe..enjoy!

-------

setiap kali ku khabarkan kepada rakan-rakan atau opismate bahawasanya aku ni sedang mengikuti program pemakanan herbalife, mereka akan berkata, "laaa..you bukan gemuk pung!". terima kasih? jadinya mereka langsung terfikirkan aku ni tidak lebih daripada seorang makhluk yang agak vain. itu jugak la yang dikhabarkan oleh doctor yang menjual herbalife nih, bila ku katakan, "i nk turun sampai 45kg" and he said, "you sure ke? kurus sgt tu, 48 ok?"

aikk..main tawar menawar pulak dia!

bermula 1hb april 2008, aku pun memulakan programme pemakanan herbalife ku itu. beli satu set, f1, f3, & tea. dan pada hari yang sama, opis mengadakan majlis makan2 sempena harijadi bos ku. hohoho. lantas aku telah menjadi bahan bualan mereka, kerana tidak menghadiri majlis melantak pizza dan kek yang sangat gilang gemilang itu. ramai lah yang senyum sinis saat mereka membawa perut mereka ke meja ku lantas bertanya, "you tak pegi party tadi eh?"

waaachaaaaa!!!! mek tarik muka tau masa tu. sentap sangat. baru day one aku dah rasa nk givap!

kebetulan pada hari yang sama, aku kena travel ke ipoh. lalu ku hangkut la botol2 herbalife tu ke sana. dugaan nya lagi besar, paham2 je lah bentuk makanan yang disediakan sepanjang workshop di hotel kan. buffet spread nya pun killer!! setiap kali break 15 minit, aku idak la keluar2 dari bilik training, sebab takoot dgn food yang disediakan. *nangis*. masa lunch aku tidak membuat pusingan penuh, kerana takut dengan apa yang bakal ku temui di pinggan2 spread seterusnya. one time, sib baik dah abes makan, baru aku nampak ada sushi! *guling2 nangis*

untuk pengetahuan mereka yang herbalife virgin kan, it's a meal replacement, 2 times a day, breakfast & lunch/dinner. dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air atau untuk lebih sedap dgn air soya. jenuh juga tekak aku nak adapt dgn shake sbb aku tak pernah suka lah minuman2 "tebal" mcm shake nih. air soya pun baru2 ni je aku pandai minum. dulu2 aku rasa soya adalah tasteless dan ganjil. f1 refer pada serbuk nutrient lengkap, f3 refer pada serbuk protein. so bila dicampurkan kedua2nya, lengkap lah meal yang diperlukan. yes, ianya lengkap tapi tanpa nikmat kehidupan! nikmat yang aku maksudkan ialah, ia tidak melibatkan aktiviti mengorder makanan, memilih makanan, menghidu makanan, menyumbat makanan dengan lahap dan yang lain-lain. ye, nikmat yang biasa aku dapati dalam kehidupan seharian selama 2 tahun aku mengumpul extra 6.7kg ini.

set pertama yang aku beli itu cukup untuk 14 hari, dan alangkah silapnya bila aku telah memilih perasa cappucino. akibatnya air kencing pun bau kopi ok, aku tidak suka. to me, it's telan-able, sebab takde lah berbau pelik2 shake tu, cuma bau cappucino lah. untuk aku yang benci kopi, memang silap besar lah kan. tp aku berjaya mengharungi 14 hari dengan shake itu. aku memilih untuk minum shake for breakfast dan dinner. untuk lunch aku makan macam biasa.

satu penemuan menarik dalam experiment ini. bila otak aku dah set, yes, i will have my normal lunch, maka seperti orang kemaruk lah segmen lunch itu. rasa macam gini tau, "omg malam kang aku kena telan shake ajer, now kena maaaakaaann!! seraaaannnng!!"

ha. begitu lah aku rasa. lebih pada psychological war tau. nak ubat gaya hidup ni takes more than expensive meal replacement yer kawan2. mujur lah aku menyedari keadaan itu lebih awal. pada minggu ketiga, aku cuba untuk makan in small portion. tepat pada hari ke-14, aku pun membeli bekalan f1 & f3 seterusnya (tea tu tahan lama). kali ini aku menerima nasihat aishah, dan membeli perisa stoberi. sukur. rasanya sedap skalik. tambah sedap bila aku buat shake dengan yogurt perasa stoberi jugak. level nikmat kehidupanku meningkat sedikit.

oleh kerana aku ni makhluk yang kurang sabar, setiap hari aku akan mengunjungi bathroom scale. pada mulanya, aku letak scale ni depan bathroom (sebab nama dia kan bathroom scale). then aku dapati ianya satu tindakan yang sangat menekan perasaan, bila jarum scale tanak turun-turun. now, i put it in the back room, tempat aku iron baju. sama jugak ler, tiap kali nak iron baju, aku pun menimbang badan. duhhh. maybe aku patut campak je scale tu ke bawah kan. kasi monyet main *see, ayat monster dah keluar, monyet pun terlibat*

apabila aku memulakan program nih, aku perlu minum air dengan banyak. tak payah la minum sampai muntah, tp kena cukup la. dan juga minum teamix herbalife. green tea ni sedap, sbb ada campur lemon & hibiscus. kadang2 aku minum dgn honey, tapi kalau kat opis, aku minum kosong je. penemuan experiment seterusnya ialah, tea ni kalau diminum sejuk, haram tak sedap. patut lah aku susah nk menghabiskan mula2 dulu. then tukar strategi, minum panas. baru lah yumm. dan hasilnya, aku asek nak terkencing (hari ni asek yang terberak pulak), dan bila dah asek kencing, aku jadi dahaga, then aku pun togak air, kencing, dahaga, togak air, kencing, dahaga, togak air......tiada kesudahan.

hasilnya memang memberangsangkan. bila badan dah cukup bekalan h20 nya, aku dapati kulit kering kat siku aku dah ilang. dulu kan *perbetulkan tempat duduk*, siku aku ni part paling degil. berbotol2 aku tenyeh lotion cocoa butter, haram la berkesan *patutkah ku minum aje losyen itu*. siku aku ni punya lah kering, sampai luka tau. punya la kurang air dlm badan. now aku dah tak buruk siku lagi! hoyeh! masa aku pegi assess badan kat doc pun, got only 48% water je.and i need whole lot more.selain siku, tumit ku jua makin merah dan menyerlah. comel sangat tumit saya sekarang nih (tapi sapa nk notice tumit kan, duhhh...) but my bf told me that i don't need herbalife to make sure i drink enough water! memang lerrrr....

dugaan paling besar ialah rakan-rakan di tempat kerja, terutama di waktu-waktu lunch. imagine eh, time lunch, ko sorang2 tercongok kt opis menelan shake. then bila diaorang ramai2 balik, diaorang akan tanya, "tak makan kerrrrrrrr??" hari-hari begitu. memang waaarrrr!!! hari tu diaorg buat potluck party. aku pegi jenguk kejap. hidu sikit2, pastu melangkah longlai ke tempat duduk. duduk diam-diam.diam-diam.itu belum masuk bab pegi blog kawan2 depa tampal gamba nasi lemak bagai kan iza kan!!!

now aku ketagih surfing about herbalife. most aku jumpa testimonials, diaorang ni turun berkilo dalam 2 weeks. and since the product been in the market for almost 20 years, proven lah it works. but, really really varies. hari ni aku jumpa orang yang dah guna herbalife for 2 years, tapi takde kesan. sekilo pun tak turun. abes camno? tapi dia tak tulis lah selain herbalife adakah dia juga melantak segala lagi macam makanan yang memiliki nikmat kehidupan seperti nasi kandar, chiskek, lasagna, ayam goreng, maggi goreng mamak dataran ukay *hoh hari ujan2 ni sedap ni maggi goreng no?*

dan ada jugak yang takes 6 months to see result. since kita still leh makan mcm biasa at least satu meal, result tu taklah drastik. which i think it's good, or else i would be scared lah, hari ni 51.7kg, esok pagi dah 45kg kan, idak ker seram weh. i've been thinking about whether i shoud proceed or not with this programme after one month, since now i only lost 1kg aje. *i swear yesterday morning i saw the jarum timbang at 49kg, then aku turun, naik semula, balik jadi 50kg, main2kan aku*. maybe i should proceed sebab it's a very healthy meals to take, and i'm not so sure if i can get the similar nutrients with my normal beli-tapau kedai-masak sendiri punya. but i know one friend yang lost like more thank 10kg in 6 months, by just cutting her food intake into half. she went to war, and she won! so maybe i should take this herbalife meals until i reach my target and go to war without it. me & willpower vs tummy & appetite. *belum apa2 dah rasa nak nangis*.

i know at least one baju dah longgar tang perut, and 2 pants dah leh muat semula ( tak pakai lama sebab ketat yamat sampai zip melurut sendirik). aku pulak tak amik ukuran badan ni semua, sebab aku jenis menipu. hahahaha! serius.ada ker time ukur pinggang tarik napas??! so, aku sendiri tak percaya apa yang aku ukur. takde pekdah. hari ni hari ke-20 aku mencuba program pemakanan herbalife dan aku tidak lagi berasa tertekan seperti pada awal bulan dulu. mungkin sebab siku dan tumit aku dah lawa, dan mungkin juga sebab ada orang cakap muka aku glowy-mlowy dua hari lepas *adik aku ckp muka aku mmg glowy, but please do something about the weight, siak*.

tapi kan bab muka glowy ni maybe jugak sebab aku pakai set artistry amway tu *matilah nk blog ke pasal set ni pulak* atau sebab aku skang ni rajin la blush2 pipi. hahahaha! bila orang puji glowing tu, aku ckp la "oh sebab herbalife nih, i dapat cukup nutrien segala,plus this artistry also works you know". gila ayat salesman. bab mekap tu idak la aku sentuh sama sekali. tapikan...eceh...blusher tu lite-lite ajor, sinar dari dalam tu yang menyerlah *adik aku punya rahsia kecantikan ialah selawat nabi tiap pagi - artis ok*

susu lebih pekat, baby tidur lebih lama

sejak jadi mak ni kan, tido tu macam luxury sangat! tapi masalahnya tengah tido pun otak ligat mikir apa nak buat bila bangun nanti! hahaha! tapi yang bagusnya breastfeeding ni, kita tak payah bangun mengagau botol, air panas kat dapur nak bancuh susu. alih je badan, setel! tapi, kalau setiap 30 minit nak alih badan, hangin juga kan! bila hangin, stress, susu pun malas nak keluar. rantai makanan gitu ehehe!

entry ni berkesahkan energizing soy protein kegemaran saya.

rutin minum ESP saya adalah pada sebelah pagi, sebelum pegi ofis. kemudian segelas lagi sebelum tido. minum pagi tu untuk persediaan mengepam di opis. minum malam tu sebagai persediaan if adam nak menyusu. setakat ni rutin menyusu adam tak banyak beza sejak dia berusia 3-4 bulan. bangun sekali pukul 12 atau 1, kejap sangat pun bangun, buat syarat sebab dah habit kot. kemudian pukul 6++. masa ni memang dia lapar la.

jadi, apa yang saya membebel ni sampai dua perenggan?? kesahnya, nak bagi tau, ESP bantu saya mendapatkan susu yang lebih pekat. boleh tengok beza susu yang dipam, pekat dan likat. tujuan asal saya ambil ESP adalah untuk bantu tambah susu kerana ESP kaya dengan protein. kemudian saya dapati susu jadi lebih pekat, adam tido lebih nyenyak! bonus ok!

berbeza kan? yang kekuningan dan pekat tu bila saya pam selepas minum ESP!
bonus lain termasuk lah dapat mengurangkan kesan- kesan jerawat di muka saya jugak. memang best. dan kalau ESP diambil dengan vitamin- vitamin lain, ianya membantu badan menyerap vitamin2 tersebut dengan lebih cepat dan baik!

kalau nak tau lebih lanjut tentang kebaikan ESP, dan cadangan pengambilan yang bersesuaian, boleh hubungi saya,

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mencegah dan mengubati penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

bayi lahir dengan gigi?! yer, adam salah sorang daripadanya :)

sehari selepas saya melahirkan adam, baru saya diberitahu oleh suami yang gusi adam, bahagian bawah, bengkak dan merah. gelabah juga saya, macam- macam saya tanya, tapi suami saya meyakinkan yang ianya tidak apa. masa saya tengok adam, dia masih belum dimandikan, terkebil2 pandang saya dengan kulit berkedut, mata sembab hehehe. jadinya memang tak nampak la gusi tu kan. akhirnya bila adam dibawa ke bilik, baru saya dapat belek gusi si bertuah ni. memang ada benjol merah, agak keras bila ditekan. bila doctor datang buat round, doctor confirmkan yang benjol tu kemungkinan besar adalah gigi! saya percaya 1/4 je bab gigi tu. saya cuak lebih pada kecuaian je. suspek! maklumlah mak mana tak cuak kan.

bila dah balik rumah, adam nampaknya takde masalah menyusu, dan bengkak pada gusi tak surut. tapi yang saya perasan, bila menyusu, ada rasa pedih tajam sangat. bukan sakit sebab kulit kering, lebih pada sakit dihiris- hiris. tapi bearable, tak sesakit cracked nipple. kami biarkan saja keadaan gusi tu, memandangkan dia tak mengalami kesakitan atau kepayahan nak menyusu.
ni masa adam 6 bulan, besar dah gigi tu. 

sehinggalah, lepas 2 bulan, saya nak mula bekerja. pengasuh beritahu, adam memang ada gigi. dia mintak saya rasa gusi adam. memang pun! ada bayang- bayang putih gigi pun. tak lama lepas tu, keluarlah gigi yang sebenar. sejak tu ramai orang tegur, sebab adam masih kecik, dah tumbuh gigi. rata- rata orang cakap, adam bayi bertuah! pada saya, memang adam bertuah. anak- anak kita SEMUA bertuah :)

sekarang ni adam dah 8 bulan, gigi kedua pun dah tumbuh. kalau saya usik gigi dia, bukan main seronok dia gigit jari saya. ketawa mengekek! saya nak bawak dia pegi dentist, nak check gigi yang pertama tu, yang nampak gaya dah mula pecah- pecah.

saya share sikit info tentang gigi bayi baru lahir (atau dikenali sebagai natal teeth). sumber medicine plus


Natal teeth


Natal teeth are teeth that are already present at the time of birth.
They are different from neonatal teeth, which grow in during the first 30 days after birth.
Natal teeth are relatively uncommon, appearing in about one in every 2,000 to 3,000 births.
Although most natal teeth are isolated incidents, their presence may be
associated with certain medical syndromes.
Natal teeth generally develop on the lower gum, where the central incisor teeth will appear.
They have little root structure and are attached to the end
of the gum by soft tissue and are often wobbly.
Natal teeth are usually not well formed, but they are firm enough that,
because of their placement,they may cause irritation and injury to 
the infant's tongue when nursing.Natal teeth may also be uncomfortable 
for a nursing mother.
Frequently, natal teeth are removed shortly after birth while the newborn infant is still
in the hospital, especially if the tooth is loose and the child runs
 a risk of aspiration, or "breathing in" the tooth.


Causes
Most of the time, natal teeth are not related to a medical condition.
However, sometimes they may be associated with:
If the teeth are not removed, keep them clean by gently wiping
the gums and teeth with a clean, damp cloth. Examine the infant's gums
and tongue frequently to make sure the teeth are not causing injury.
Call your doctor if an infant with natal teeth develops a sore tongue
or mouth or other symptoms.

Monday, March 12, 2012

lecithin, ramai dah cuba dan sukakannya

antara komen paling selalu saya dapat dari kawan- kawan yang beli lecithin ialah badan jadi ringan, dan mereka punya seluar lebih selesa dipakai (read between the lines- seluar selesa, pinggang kecut la kot, ker seluar mereka kembang?)

anyhoooo...saya kena juga pastikan mereka faham fungsi lecithin ni ya. bukan nya ubat kurus.

selingan
saya penah makan ubat kurus masa kt universiti, apa ke nama pil tu, made in indonesia. lepas makan, memulas- mulas, siap keluar peluh jantan ahahahahahaha! ada one day, dengan bijaknya saya makan before pergi kelas. berkejaran balik hostel, dengan baju lenjun dengan peluh, siap benti kejap, pasal nak control takut terbarai tengah jalan LOL! memori indah di USM kahkahkahkah! melalut tapi perlu dikongsi bersama hahaha! saya nak SMS kawan saya, nak tanya balik nama pil puaka keramat itu hahaha!

muka memulas makan pil made in indonesia, beli kat kedai jamu (bahaya ok)
anyhoooo...sebab mengapa lecithin ni disukai oleh mereka yang ingin mengawal berat badan atau mengurangkan berat badan secara sihat ialah, ianya berfungsi sebagai fat emulsifier (pecahkan lemak). itu pasal boleh rasa kesan pada badan jadi lebih ringan tu.

mari baca lagi info lecithin kat sini SINI

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya,

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh dan mengubati penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

supplement untuk ibu berpantang

Semua saya tapau! Sungguh2 nak berpantang/ menyusu anak haha!
teringat masa sehari lepas bersalin adam. sekilas dalam hati "isk masa plan nak pregnant, aku lupa pulak horror nya post- operation ni!" ngeh ngeh ngeh! 

saya tak berpeluang untuk bersalin secara normal, untuk kedua- dua anak saya. tak seperti rakan- rakan yang bersalin normal, yang rata- rata dah boleh berjalan on the same day, dan relax je (ye ke rilek haha) 2-3 hari lepas keluar wad. jadi pengalaman saya berpantang berbeza la sedikit. sebab itu bila pregnantkan adam, saya nak set bersalin yang paling baik sebab saya mahukan tenaga tambahan (tambah lagi dah ada aliyah yang masa tu dah 2 tahun 3 bulan). 


supplement yang saya ambil mengandungi vitalea (multivitamin paling best! untuk replenish zat2 dengan kadar yang cukup dan optimum), b-complex (mesti ada untuk handle stress, supaya tak meroyan leha!), vitamin c (tingkatkan immune system badan, elak jatuh sakit pulak masa dalam pantang) dan zinc (untuk sembuhkan luka dalaman dan luaran). 

sangat syok! 

oleh kerana saya plan untuk breastfeeding juga, saya ambil alfalfa, ostematrix (calcium/ magnesium) dan energizing soy protein jugak. saya memang jenis apa2 pun kena lengkap hehehe...so lengkaplah set berpantang bersama- sama set penyusuan. 

memang terbaek y'all! cuba sendiri, baru taww! untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya, 

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk tidak bertujuan merawat, menyembuh dan mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Friday, March 9, 2012

ostematrix melegakan senggugut/ period pain

team members saya semuanya muda belia. termasuk sorang gadis muda juga. setiap bulan dia akan mengalami cramps bila tiba masa. kesian juga menengoknya. saya pun dulu macam tu, masa muda haha! lepas dah bersalin 2 kali, cramps tu semakin kurang, kadang- kadang langsung tak ada. bulan lepas, dia mengadu lagi cramps. terbongkok-bongkok dekat meja. terus balik, amek MC. 2-3 hari lepas tu, saya bawak sebotol ostematrix, saya kasi dia. hadiah (pasal kalau MC je saya takde kawan kat opis ahahaha).

btw, period pains actually signify that you are fertile! sila bersyukur haha!

saya bagitau dia, makan ostematrix 2 biji pagi, 2 biji sebelum tido. tengok kesannya untuk next cycle. saya baca/ google, period pain/ senggugut/ cramps ni berkaitan dengan muscle yang kembang kuncup bila tiba period. dan calcium dapat membantu muscle bersedia untuk masa- masa 'istimewa' tu. saya cakap cuba je lah, tak rugi pun. and she did! dengan berdisiplin pulak tu. hari- hari makan. semalam masa lunch, dia cakap ianya berkesan, dan bulan ni, takde cramp, takde MC. bagus!!!

bukan saja dapat kurang/ hilang cramps, ostematrix membekalkan kuantiti kalsium yang cukup untuk keperluan seharian tubuh badan kita. orang perempuan terutamanya mesti ambil berat tentang ini, kalau tanak tulang reput, gigi luruh sebelum tua. maklumlah kan, badan orang perempuan ni banyak gunanya- untuk diri sendiri, dan untuk orang lain. huhuhu!

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh dan mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

Wednesday, March 7, 2012

kami menang contest!

ahaks! saja-saja hantar contest kat Moms Simple Shop last week. sebab utama teringin sangat nak cuba medela quick clean- microwave clean bag. apa2 barang medela pun saya sukaaaaaa belek, teringinnnnn nak beli hahaha!

alhamdulillah dapat peluang try yang ni. sapa- sapa yang macam saya sukaaaa barang2 medela, boleh check out website ni http://www.momsimpleshop.com/

"i want medela quick clean because micro steam bag because i *heart* the practicality of most medela products for working mothers like myself; allows me to spend more time with my baby!"

Monday, March 5, 2012

khasiat minyak ikan pada kehamilan,

sedikit perkongsian tentang khasiat minyak ikan (omega- 3 fish oil) untuk ibu hamil:
  • menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • menyokong pertumbuhan deria penglihatan bayi dalam kandungan
  • mengurangkan risiko alahan pada bayi selepas dilahirkan
  • mengurangkan risiko kelahiran pra- matang
  • mengurangkan risiko post- partum depression di kalangan ibu
pengambilan omega- 3 yang paling berguna iaitu EPA & DHA bukan saja penting kepada kehamilan, ianya juga menyokong perkembangan otak bayi selepas lahir, melalui ibu yang mengambil cukup bekalan omega- 3 dalam diet seharian, dan menyusukan bayi mereka. kalau tak menyusukan bayi pun, EPA & DHA penting bagi menyokong sistem saraf ibu (yang boleh semakin menurun di setiap kelahiran). 

secara ringkas, EPA menyokong kesihatan jantung, sistem immunisasi, DHA pula menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf. 


kami anak beranak dah mula makan omega guard untuk tujuan mendapatkan kebaikan omega- 3. saya makan lebih kepada untuk beri khasiatnya pada adam (melalui susu ibu) dan bonus lah pada saya supaya sistem saraf otak saya dapat dipertingkatkan (otak letih yer bila beranak pinak, banyak benda nak fikir, keje opis lagi, ok stop membebel karang otak tambah letih haha). aliyah makan 2-3 kali seminggu (campur dalam susu), tujuan saya lebih pada menguatkan sistem immune badan dia. ayah aliyah pun makan, sebab kadang- kadang tekanan darah dia boleh naik dan menakutkan juga. omega- 3 dapat mengawal tahap kolestrol yang menjadi salah satu punca tekanan darah meningkat. saya berdoa kami sekeluarga dapat kebaikan- kebaikan omega- 3 ni setiap hari. memang versatile lah omega guard ni. semua orang boleh makan! untuk hadiah birthday pun ok ni haha! 

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya,

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com 

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh dan mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Sunday, March 4, 2012

suplement paling ringkas untuk anak- anak!

phew. hari ini dah hari ahad! 2 hari ni kepenatan juga dengan hal- hal di rumah dan di luar rumah. saya ada projek untuk menyiapkan ruang belajar/ bermain untuk aliyah. lately nampak gaya dia khyusuk tiap- tiap malam buat coloring. kalau suruh memang tanak buat. saya biarkan aje coloring books bersepah- sepah, dengan color pencil. dia akan ambik sendiri dan buat. sama juga dengan poster saya tampal di dinding. kalau ajak baca sama- sama, memang tanak. so saya baca kuat- kuat sorang- sorang. esok lusa tengok la dia pulak copy apa yang saya buat. memang kena lead by example. tapi apa kes tiap- tiap malam mama nak ngadap poster ABC tu kan?! haih...lepas ni semua sepah- sepah ni dalam bilik saja ya. tak larat dah nak kemas hall 24/7!
Penat juga kerja- kerja mewarna ni. Jangan underestimate haha!
so far, dah ada kerusi, toys rack, tikar upin ipin (comel gila!), some posters, a lot of books yang kitaorang selalu beli (ramai orang hadiah buku pun). soon kena tambah meja (depends muat ke tak bilik dia tu) and maybe tambah lagi poster. saya nak cari poster untuk islamic studies, tapi so far takde yang berkenan di hati. saya berangan nak decorate the wall as well, macam tak playschool tu hehehe. berangan tahap paling tinggi, saya nak jahit baju sekolah! hahaha!

Aliyah tolong ayah beli barang- barang untuk homeschool petang tadi. Penatttt tapi seronokkk...
ok enough on berangan. saya nak share sikit tentang pilihan supplement paling ringkas yang parents boleh beri anak- anak bagi memastik mereka dapat vitamin lengkap yang diperlukan seharian.

chekidout! sumber: blog cery

mealshake adalah satu lagi product popular shaklee, menjadi favorite ramai, sebagai supplement tambahan kepada anak- anak. saya compile kan some info tentang mealshake untuk tatapan bersama.
  • terdapat 24 jenis vitamin dan nutrient lengkap dalam setiap bancuhan mealshake. sangat sesuai untuk anak- anak yang memilih makan, dan dikhuatiri jika mereka tidak dapat vitamin yang diperlukan untuk keperluan seharian yang penting untuk tumbersaran kanak- kanak. 
  • mealshake kaya dengan protein yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kuku, kulit, rambut, organ-organ, sel- sel immunisasi. penting: mealshake adalah lactose- free. ramai yang memilih mealshake untuk anak- anak yang mengalami masalah eczema kerana protein membantu memperbaiki sel- sel yang rosak akibat eczema. 
  • mengandungi asid folic, biotin, calcium, magnesium, yang penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.
  • mealshake kaya dengan soluble fibre, membantu melawaskan anak- anak terutama yang menghadapi masalah buang air besar. 
  • rasanya yang sedap amat sesuai untuk anak- anak (yang biasanya payah nak makan vitamin samada liquid atau tablet). tidak mengandungi perasa dan pewarna tiruan. 
apabila keperluan nutrient anak- anak seharian adalah lengkap, tubuh badan mereka akan membesar dengan baik disamping dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit. mealshake tidak perlu diberikan setiap hari. cukup sekadar 3-4 kali seminggu. 

p.s: mealshake juga sesuai untuk orang dewasa yang tak pandai telan tablet (eeeee....)

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya, 

Puteri, 
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com 

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, March 1, 2012

pre-loved graco travel system for sale

aha, iklan kejap yer. hehe..kitaorang nak let go this travel system (car seat + stroller). sebab:

(1) adam tanak duduk dalam car seat ni dan tak lama lagi harus dah tak muat, schmontel sgt.
(2) aliyah pulak tanak kasi adam duduk dalam stroller, pasal dia rasa itu dia punya. and lately dia dah masuk fasa malas berjalan. nak dok dlm stroller mcm boss.

so kitaorang fikir nak get 2 umbrella type stroller instead, yang lebih compact dan muat masuk boot keta itu.

so ini gambar travel system nya. harga untuk kedua- dua ni RM800 (negotiable). beli tahun 2009, still in very good condition, tak pakai lasak2, paling2 pun pegi shopping mall je haha.

hubungi saya, email puteriyusof@gmail.com atau SMS 016- 344 7727





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...