***ini entry lama yang saya korek dalam blog ni, untuk tatapan sobat saya yang sedang ambil HL weight management. gaya penulisan entry ni berbeza, sebab ianya ditulis 3 tahun lepas. masa tu saya masih metal (bukan mental). sekarang saya dah borderline group nasyid munawwarah hehehe..enjoy!
-------
setiap kali ku khabarkan kepada rakan-rakan atau opismate bahawasanya aku ni sedang mengikuti program pemakanan herbalife, mereka akan berkata, "laaa..you bukan gemuk pung!". terima kasih? jadinya mereka langsung terfikirkan aku ni tidak lebih daripada seorang makhluk yang agak vain. itu jugak la yang dikhabarkan oleh doctor yang menjual herbalife nih, bila ku katakan, "i nk turun sampai 45kg" and he said, "you sure ke? kurus sgt tu, 48 ok?"
aikk..main tawar menawar pulak dia!
bermula 1hb april 2008, aku pun memulakan programme pemakanan herbalife ku itu. beli satu set, f1, f3, & tea. dan pada hari yang sama, opis mengadakan majlis makan2 sempena harijadi bos ku. hohoho. lantas aku telah menjadi bahan bualan mereka, kerana tidak menghadiri majlis melantak pizza dan kek yang sangat gilang gemilang itu. ramai lah yang senyum sinis saat mereka membawa perut mereka ke meja ku lantas bertanya, "you tak pegi party tadi eh?"
waaachaaaaa!!!! mek tarik muka tau masa tu. sentap sangat. baru day one aku dah rasa nk givap!
kebetulan pada hari yang sama, aku kena travel ke ipoh. lalu ku hangkut la botol2 herbalife tu ke sana. dugaan nya lagi besar, paham2 je lah bentuk makanan yang disediakan sepanjang workshop di hotel kan. buffet spread nya pun killer!! setiap kali break 15 minit, aku idak la keluar2 dari bilik training, sebab takoot dgn food yang disediakan. *nangis*. masa lunch aku tidak membuat pusingan penuh, kerana takut dengan apa yang bakal ku temui di pinggan2 spread seterusnya. one time, sib baik dah abes makan, baru aku nampak ada sushi! *guling2 nangis*
untuk pengetahuan mereka yang herbalife virgin kan, it's a meal replacement, 2 times a day, breakfast & lunch/dinner. dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air atau untuk lebih sedap dgn air soya. jenuh juga tekak aku nak adapt dgn shake sbb aku tak pernah suka lah minuman2 "tebal" mcm shake nih. air soya pun baru2 ni je aku pandai minum. dulu2 aku rasa soya adalah tasteless dan ganjil. f1 refer pada serbuk nutrient lengkap, f3 refer pada serbuk protein. so bila dicampurkan kedua2nya, lengkap lah meal yang diperlukan. yes, ianya lengkap tapi tanpa nikmat kehidupan! nikmat yang aku maksudkan ialah, ia tidak melibatkan aktiviti mengorder makanan, memilih makanan, menghidu makanan, menyumbat makanan dengan lahap dan yang lain-lain. ye, nikmat yang biasa aku dapati dalam kehidupan seharian selama 2 tahun aku mengumpul extra 6.7kg ini.
set pertama yang aku beli itu cukup untuk 14 hari, dan alangkah silapnya bila aku telah memilih perasa cappucino. akibatnya air kencing pun bau kopi ok, aku tidak suka. to me, it's telan-able, sebab takde lah berbau pelik2 shake tu, cuma bau cappucino lah. untuk aku yang benci kopi, memang silap besar lah kan. tp aku berjaya mengharungi 14 hari dengan shake itu. aku memilih untuk minum shake for breakfast dan dinner. untuk lunch aku makan macam biasa.
satu penemuan menarik dalam experiment ini. bila otak aku dah set, yes, i will have my normal lunch, maka seperti orang kemaruk lah segmen lunch itu. rasa macam gini tau, "omg malam kang aku kena telan shake ajer, now kena maaaakaaann!! seraaaannnng!!"
ha. begitu lah aku rasa. lebih pada psychological war tau. nak ubat gaya hidup ni takes more than expensive meal replacement yer kawan2. mujur lah aku menyedari keadaan itu lebih awal. pada minggu ketiga, aku cuba untuk makan in small portion. tepat pada hari ke-14, aku pun membeli bekalan f1 & f3 seterusnya (tea tu tahan lama). kali ini aku menerima nasihat aishah, dan membeli perisa stoberi. sukur. rasanya sedap skalik. tambah sedap bila aku buat shake dengan yogurt perasa stoberi jugak. level nikmat kehidupanku meningkat sedikit.
oleh kerana aku ni makhluk yang kurang sabar, setiap hari aku akan mengunjungi bathroom scale. pada mulanya, aku letak scale ni depan bathroom (sebab nama dia kan bathroom scale). then aku dapati ianya satu tindakan yang sangat menekan perasaan, bila jarum scale tanak turun-turun. now, i put it in the back room, tempat aku iron baju. sama jugak ler, tiap kali nak iron baju, aku pun menimbang badan. duhhh. maybe aku patut campak je scale tu ke bawah kan. kasi monyet main *see, ayat monster dah keluar, monyet pun terlibat*
apabila aku memulakan program nih, aku perlu minum air dengan banyak. tak payah la minum sampai muntah, tp kena cukup la. dan juga minum teamix herbalife. green tea ni sedap, sbb ada campur lemon & hibiscus. kadang2 aku minum dgn honey, tapi kalau kat opis, aku minum kosong je. penemuan experiment seterusnya ialah, tea ni kalau diminum sejuk, haram tak sedap. patut lah aku susah nk menghabiskan mula2 dulu. then tukar strategi, minum panas. baru lah yumm. dan hasilnya, aku asek nak terkencing (hari ni asek yang terberak pulak), dan bila dah asek kencing, aku jadi dahaga, then aku pun togak air, kencing, dahaga, togak air, kencing, dahaga, togak air......tiada kesudahan.
hasilnya memang memberangsangkan. bila badan dah cukup bekalan h20 nya, aku dapati kulit kering kat siku aku dah ilang. dulu kan *perbetulkan tempat duduk*, siku aku ni part paling degil. berbotol2 aku tenyeh lotion cocoa butter, haram la berkesan *patutkah ku minum aje losyen itu*. siku aku ni punya lah kering, sampai luka tau. punya la kurang air dlm badan. now aku dah tak buruk siku lagi! hoyeh! masa aku pegi assess badan kat doc pun, got only 48% water je.and i need whole lot more.selain siku, tumit ku jua makin merah dan menyerlah. comel sangat tumit saya sekarang nih (tapi sapa nk notice tumit kan, duhhh...) but my bf told me that i don't need herbalife to make sure i drink enough water! memang lerrrr....
dugaan paling besar ialah rakan-rakan di tempat kerja, terutama di waktu-waktu lunch. imagine eh, time lunch, ko sorang2 tercongok kt opis menelan shake. then bila diaorang ramai2 balik, diaorang akan tanya, "tak makan kerrrrrrrr??" hari-hari begitu. memang waaarrrr!!! hari tu diaorg buat potluck party. aku pegi jenguk kejap. hidu sikit2, pastu melangkah longlai ke tempat duduk. duduk diam-diam.diam-diam.itu belum masuk bab pegi blog kawan2 depa tampal gamba nasi lemak bagai kan iza kan!!!
now aku ketagih surfing about herbalife. most aku jumpa testimonials, diaorang ni turun berkilo dalam 2 weeks. and since the product been in the market for almost 20 years, proven lah it works. but, really really varies. hari ni aku jumpa orang yang dah guna herbalife for 2 years, tapi takde kesan. sekilo pun tak turun. abes camno? tapi dia tak tulis lah selain herbalife adakah dia juga melantak segala lagi macam makanan yang memiliki nikmat kehidupan seperti nasi kandar, chiskek, lasagna, ayam goreng, maggi goreng mamak dataran ukay *hoh hari ujan2 ni sedap ni maggi goreng no?*
dan ada jugak yang takes 6 months to see result. since kita still leh makan mcm biasa at least satu meal, result tu taklah drastik. which i think it's good, or else i would be scared lah, hari ni 51.7kg, esok pagi dah 45kg kan, idak ker seram weh. i've been thinking about whether i shoud proceed or not with this programme after one month, since now i only lost 1kg aje. *i swear yesterday morning i saw the jarum timbang at 49kg, then aku turun, naik semula, balik jadi 50kg, main2kan aku*. maybe i should proceed sebab it's a very healthy meals to take, and i'm not so sure if i can get the similar nutrients with my normal beli-tapau kedai-masak sendiri punya. but i know one friend yang lost like more thank 10kg in 6 months, by just cutting her food intake into half. she went to war, and she won! so maybe i should take this herbalife meals until i reach my target and go to war without it. me & willpower vs tummy & appetite. *belum apa2 dah rasa nak nangis*.
i know at least one baju dah longgar tang perut, and 2 pants dah leh muat semula ( tak pakai lama sebab ketat yamat sampai zip melurut sendirik). aku pulak tak amik ukuran badan ni semua, sebab aku jenis menipu. hahahaha! serius.ada ker time ukur pinggang tarik napas??! so, aku sendiri tak percaya apa yang aku ukur. takde pekdah. hari ni hari ke-20 aku mencuba program pemakanan herbalife dan aku tidak lagi berasa tertekan seperti pada awal bulan dulu. mungkin sebab siku dan tumit aku dah lawa, dan mungkin juga sebab ada orang cakap muka aku glowy-mlowy dua hari lepas *adik aku ckp muka aku mmg glowy, but please do something about the weight, siak*.
tapi kan bab muka glowy ni maybe jugak sebab aku pakai set artistry amway tu *matilah nk blog ke pasal set ni pulak* atau sebab aku skang ni rajin la blush2 pipi. hahahaha! bila orang puji glowing tu, aku ckp la "oh sebab herbalife nih, i dapat cukup nutrien segala,plus this artistry also works you know". gila ayat salesman. bab mekap tu idak la aku sentuh sama sekali. tapikan...eceh...blusher tu lite-lite ajor, sinar dari dalam tu yang menyerlah *adik aku punya rahsia kecantikan ialah selawat nabi tiap pagi - artis ok*
No comments:
Post a Comment