Wednesday, August 29, 2012

hypothyroidism, apa supplement yang sesuai?

sejak mak saya operate thyroid gland dia awal tahun ni, saya banyak membaca dan google tentang penyakit hypo dan hyperthyroidism. rupa- rupanya ramai juga kawan- kawan yang ada masalah ni, cuma ada yang serius, ada yang tidak. ada yang dah sihat, ada yang masih bergantung dengan ubat.



pagi tadi saya baca sikit info dari website dr.oz tentang diet dan supplement yang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hypothyroid. antara vitamin dan mineral yang penting kepada mereka yang mengidap hypothyroid termasuklah:


  • iodine
  • b complex 
  • vitamin c
  • amino acid
  • fatty acid omega 3 
kekurang iodine dalam badan akan merangsang kelenjar thyroid untuk menghasilkan hormon thyroid.  jumlah iodine yang cukup akan memastikan hormon thyroid jadi stabil. b complex dan vitamin c pula sangat penting untuk sintesis hormon di dalam badan, manakala amino acid memastikan sel terbentuk dengan baik. orang yang mengidap hypothyroidism mesti ada cukup bekalan amino acid dalam badan supaya tidak menjadi lebih serius. lelemak omega-3 juga penting bagi memastikan tahap lemak yang optimum dalam badan. tahap lemak yang optimum penting kerana hormon berasal dari lemak. terlebih atau terkurang lemak akan menggangu fungsi hormon dalam badan kita. 

bagi yang ingin mencuba supplement shaklee, anda boleh mengambil set family wellness bersama-sama omega guard (minyak ikan dengan lelemak omega- 3). 

family wellness shaklee mengandungi: 
  • vita-lea (multivitamin yang mengandungi iodine)
  • b complex
  • sustained- released vitamin c
  • isolate soy protein - ESP (yang mengandungi amino acid yang lengkap)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, August 27, 2012

celoteh raya

marilah bercerita sebelum kita dapat mood nak buat kerja opis ni ya...

1- raya di kuala kangsar, macam biasa, pergi rumah- rumah yang biasa pergi, jumpa orang- orang yang biasa jumpa tiap kali raya. bezanya tahun ni, dapat jumpa 4 orang kawan lama, satu sekolah rendah. semua dah beranak pinak, tapi perangai kalut kecoh tak berubah. sian suami2 tunggu kita berborak. ikutkan sampai malam pun larat. ziarah atok nenek yang semakin tua, semakin uzur, semakin rabun, semakin pekak :(

2- raya ni kurang selera makan semasa beraya. sebab utama pasal ada budak yang sedang lasak tu beraya sama- sama. asek nak tercekik je time makan sambil mengejar dia. end up tak berapa makan pun.

3- balik ke KL dan masuk kerja untuk sehari saja, hari rabu. sapa pun tak ada di opis. senyap sangap. nak contact sapa pun tak boleh pasal semua cuti, nak follow up pun takde orang. nak call partners, diaorang pun summer break balik UK. so, menganga sampai petang.

LRT Setiwangsa punya decoration raya. Selingan untuk hiburan di hari Isnin. 

rasanya banyak lagi nak cerita, tapi jom la mengadap kerja pulak ya.

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, August 22, 2012

Raya Mode!

My happy boy, Muhammad Adam. 
From left: Adam, Aliyah, Atok, Adib, Opah & Anis. Lagi dua orang cucu kat Abu Dhabi, raya haji nanti Insyaallah dapat complete family photo. 

urus berat badan dengan lecithin & herblax

mesti ramai yang susut badan masa bulan puasa kan? saya memang dah susut sejak lepas bersalin adam. berat saya sekarang ni 46-47kg. tak la sampai 43kg masa zaman bujang hehe. berat badan saya sejak bersalin turun dengan stabil, tapi yang pasti memang badan saya mengecut (lost inches). nak kata ringan sangat tak juga, tapi baju, seluar,kain semua pakat londeh haha! saya jarang beli jeans, so jeans yang sekarang ni saya beli mungkin 3 tahun lepas, saiz 28. sekarang ni, dah longgar sangat, tak perlu bukak butang, zin pun leh bukak terus, macam seluar tidur tu. eh apa ni, too much info kot!

anyway, saya pasti ada kaitan dengan supplement yang saya ambil walaupun kesemua yang saya ambil tu bukan saya focus untuk kurus pun. jom selidik!


  • saya makan b-complex mainly untuk handle stress. b-complex memang membakar gula untuk jadi tenaga, lantas mengawal metabolisme kita. kalau metabolisme rendah, ditingkatkan. kalau terlalu tinggi, direndahkan. regulate!
  • saya juga ambil ostematrix (calcium/ magnesium) dan vitamin c. pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini secara serentak sebenarnya juga dapat meningkatkan metabolisme badan. 
  • saya minum soy protein (ESP) hampir setiap hari. saya dapat kawal nafsu nak makan merapu masa breakfast selepas saya ambil ESP+mealshake+performance drink. tengok entry yang ini.  kenyang sehingga waktu makan tengah hari. malam pula, kadang2 bila jemu atau malas nak makan nasi, saya minum ESP dengan milo saja. 
  • dan tidak lupa, vitalea (multivitamin). kenapa multivitamin penting untuk orang yang nak kuruskan badan? bila nutrient lengkap dah masuk dalam badan, taklah kita craving nak itu ini. 
  • oh lagi satu. saya makan GLA complex. yang ni boleh bakar lemak tau masa kita tidur. 
yang biasa dicadangkan untuk pengawalan berat badan ialah lecithin dan herblax. herblax untuk detox, dan lecithin untuk bakar dan angkut lemak keluar dari badan. yang bagusnya berat badan tidak akan turun mendadak, kemudian tak perlu mengganti makan. kita boleh makan macam biasa, kemudian ambil lecithin selepas makan. nak lagi cepat turun, mesti lah kena bersenam dan pilih makanan yang rendah lemak. ramai juga yang ambil ESP untuk diminum ketika terasa lapar sebagai snack samada belah siang atau malam. tapi yang paling superb untuk dapatkan sumber protein dengan leucine untuk mengawal berat badan ialah cinch shake. biasanya customer saya akan ambil lecithin & herblax dulu. bila dah rasa OK dengan kadar penurunan berat badan (dan ada budget), mereka tambah cinch shake pula. 

nak cuba? 




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, August 21, 2012

healing crisis- tanda badan kita KUAT!

saya jumpa article menarik tentang healing crisis. jom saya ringkaskan untuk anda semua pembaca budiman.

  • walaupun persekitaran dan kehidupan kita sekarang ni penuh dengan pencemaran, tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat, kita sebenarnya masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan. walaupun mungkin kita tidak dapat 100% kehidupan sihat, makanan sihat dan persekitaran yang bersih, kita masih boleh sekurangnya mencapai tahap optima. 
  • apabila kita ambil keputusan untuk memperbaiki keadaan (makanan yang sihat, bersenam, ambil supplement dll), badan kita akan mengalami fasa membuang semua toksin dalam badan ataupun yang dikenali sebagai "healing crisis" atau pun detoxification. 
  • badan kita sebenarnya sangat hebat untuk diperbaiki dengan sendirinya. apabila badan telah diberi zat secukupnya, ia akan mula membuang semua toksin yang ada dalam badan. 
  • kalau badan kita memang berpenyakit, badan akan mengambil masa yang lama untuk keluarkan semua toksin yang ada. kalau badan kita sihat, mungkin sekejap saja. 
  • biasa juga, selepas kita ambil vitamin atau berhenti mengamalkan kehidupan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan segera, badan akan terasa lebih cergas. kemudian tiba- tiba rasa lemah, lesu, letih. apa sebenarnya yang berlaku? 
  • sebenarnya, ketika badan membuang segala toksin daripada sistem, organ- organ memperkuatkan dirinya dan berfungsi dengan lebih baik. badan kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita jangkakan!
  • pada masa ini juga, tisu- tisu baru dihasilkan, dan toksin yang tersimpan (kebanyakan nya dalam LEMAK!) pun dikeluarkan sepenuhnya dari badan. 
  • oleh sebab toksin banyak tersimpan dalam lemak, bila kita melalui "healing crisis" kadang- kadang kita akan hilang berat badan juga. 
  • kadang- kadang semasa badan melalui krisis ini, penyakit yang kita hadapi juga akan menjadi lebih teruk. yang membezakan antara penyakit sebenar dan healing crisis ialah, kesakitan semasa healing crisis adalah sementara. jadi bertahanlah!
  • MINUM lah air kosong, atau tea herba dan jus buah- buahan dengan kerap dan secukupnya ketika proses ini berlaku. ia akan bantu badan anda bertahan. 

tips menarik: ramai orang rasa seperti kena selesema selepas diurut, mengapa? ia kerana toksin dalam otot sedang dikeluarkan. jadi, selepas urut, kena minum air dengan banyak ya! 


sumber: http://besthealingmeditationonline.com/healing/what-is-a-healing-crisis/

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, August 17, 2012

alhamdulillah, RAYA!

Image: Googled
selamat hari raya kepada semua yang membaca blog saya. saya sangat menghargai kunjungan anda di sini, dan berharap maklumat yang kita kongsi di sini memberi manfaat kepada semua.

oh berbalik pada ucapan hari raya.

maaf zahir batin dan semoga perjalanan anda balik kampung atau semasa menziarah sanak saudara dilindungi Allah SWT. Amin.   

healing crisis- nutriferon

sejak minggu lepas, ada 2-3 kali saya ambil nutriferon. satu sebabnya pasal adam tiba- tiba demam sikit, kemudian naik ruam pulak kat badan. kami pergi bawak jumpa doctor, katanya mild rashes saja. dia bagi calamine lotion dan antihistamine syrup. lepas bagi adam sekali je syrup tu, ruam pun dah surut, dia pun tak lagi demam. pada masa yang sama, saya ambil nutriferon 2 hari berturut- turut, supaya adam dapat kebaikan inteferon itu melalui susu saya.

adam dah sihat, saya pulak rasa lain macam. hari isnin, dah start hidung tersumbat. bila hidung tersumbat, kepala pun pening la. hari selasa tekak pun sakit, suara dah parau. rabu, khamis, jumaat, suara dah macam itik serati metrosexual. suami saya pun ambil jugak nutriferon, sebab dia kena sinus last week. sehari je dia ambil. lepas tu kes yang sama, rasa macam nak demam dan flu.

inilah dia healing crisis kami lepas ambil nutriferon. salah satu sebab, cara makan tu dah salah. saya makan masa sahur, minum air cukup- cukup je dalam 1 liter. mana lah larat lebih dari 1 liter masa sahur kan. rupanya kalau badan tak cukup air, nutriferon punya kesan memang hebat. dan sepatutnya, tak payah la excited sangat makan sampai satu sachet. cukup setengah sachet dulu untuk permulaan. suami pulak memang ada sinus, maka 2 hari lepas tu, sinus datang balik, dan tak hilang- hilang. kes yang sama, kurang minum air!

so pagi tadi kami dah plan nak ambil semula nutriferon, start hari raya nanti, make sure minum air cukup.

p.s: nutriferon ni terbaik untuk masalah sinus, allergies yang serius. walaupun biasanya saya cadangkan alfalfa dan ESP atau alfalfa, vitamin c untuk allergies, nutriferon adalah pilihan terbaik kalau ada budget. tapi taklah mahal mana pun. retail price RM181.25 untuk 30 sachets.


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, August 16, 2012

kepentingan folic acid kepada kehamilan

mesti ramai yang familiar dengan folic acid terutama yang baru- baru pregnant. sebenarnya folic acid ni perlu diambil sebelum pregnant pun lagi, bila kita bercadang untuk conceive pun dah kena start dengan folic acid setiap hari. hari ini tiba- tiba teringat nak membaca pasal folic acid, saya terjumpa article ni. sangat menarik kerana ia membincangkan kaitan ada kekurangan folic acid dan kaitan dengan risiko autism di kalangan anak- anak.

jom baca! sumber: medical news today

1 in 88 children born today will be diagnosed with an autism spectrum disorder, according to the U.S. Centers for Disease Control and Prevention. Now, researchers have found that women can reduce the risk of having a child with the neurodevelopmental disorder if theyconsume the recommended daily doses of folic acid (600 micrograms, or 0.6milligrams), the synthetic form of folate or vitamin B-9, during the first month of pregnancy.

Autism is characterized by communication deficits, impairments in social interaction, intellectual disability, and repetitive behaviors. 

The study, conducted by researchers at UC Davis MIND institute and published in theAmerican Journal of Clinical Nutrition, adds to the researchers' earlier work, which found women were less likely to have a child with autism if they consumed prenatal vitamins around the time of conception. 

In this study, the team set out to determine if the protective effect in those supplements was folic acid. According to the findings, women who are trying to conceive a child or those who have already conceived should consider taking folic acid supplements. 

The researchers discovered that women were less likely to have a child with autism if they consumed the recommended amount of folic acid during the first month of pregnancy, specifically, when the mother and/or her child had a specific genetic variant (MTHFR 677 C>T). This variant is associated with less efficient folate metabolism. 

Lead study author Rebecca J. Schmidt, assistant professor of public health sciences in the UC Davis School of Medicine and a research with the UC Davis MIND institute, explained:

"This research is congruent with the findings of earlier studies that suggest that improved neurodevelopmental outcomes are associated with folic acid intake in early pregnancy. It further supports recommendations that women with any chance of becoming pregnant should consider consuming folic acid at levels of 600 micrograms or greater per day."


Irva Hertz-Picciotto, chief of the division of environmental and occupational health in the Department of Public Health Sciences and MIND Institute researcher said:

"What's reassuring here is knowing that, by taking specific action in terms of their intake of folic acid from food or supplements, women can reduce the risk of autism spectrum disorder in their future children."


According to the researchers, folic acid helps protect against problems with embryonic brain development by facilitating DNA methylation reactions that can change the way the genetic code is read. They state that adequate intake of methyl donors, such as folic acid, could be especially important during the time a women conceives. 

The team examined data on 835 Northern California women who had children aged 2 to 5 years old with autism, developmental delay or typical development. All the mothers took part in the Childhood Autism Risk from Genetics and the Environment (CHARGE) study between 2003 and 2009. 

The investigators evaluated the average amount of folic acid each woman consumed daily and the frequency of consumption. They gathered information from study participants 3 months before they became pregnant, and then again when they were pregnant. 

They found that mothers of children with autism reported less folic acid intake during their first month of pregnancy than mothers of typically developing children, who reported more likely to meet intake recommendations.

Lower folic acid intake found among many pregnancies that resulted in offspring with developmental delay

Furthermore, study participants were less likely to have a child with autism if the amount of folic acid they consumed increased. During the three months before pregnancy, mothers of children with developmental delay tended to have lower estimated folic acid intake.

According to the researchers, at least 69% of mothers of typically developing children met the recommended daily guidelines for folic acid, with an average of 779 micrograms per day. 54% of mothers of children with autism met the daily guidelines, with an average of 655+ micrograms per day. 

Earlier studies have shown that consuming supplemental folic acid before and during early pregnancy can prevent up to 70% of neural tube defects, or improper formation of the embryonic brain and spinal cord, as well as securing improvements in other social, attention and behavioral outcomes in the developing child.. These effects were stronger when the mother and/or child carried the MTHFR 677 C>T gene variant. 

Written by Grace Rattue 
Copyright: Medical News Today 
Not to be reproduced without permission of Medical News Today

Sunday, August 12, 2012

pendapatan sampingan dengan SHAKLEE



Ketahui bagaimana SHAKLEE boleh membantu anda mendapatkan:

--> KESIHATAN yang lebih baik
--> KEWANGAN yang lebih baik

Sertai saya dan rakan- rakan hari ini secara sambilan atau sepenuh masa, dan ambil kesempatan kemudahan peluang perniagaan secara online melalui pelan sedia ada SHAKLEE yang terbukti berkesan.

Kalau dulu mengadap Facebook/ Twitter/ Blog memang buang masa, sekarang hadap lama- lama pun berbaloi :))

Hubungi saya:

Puteri, SHAKLEE ID 868521
HP: 016- 344 7727 (SMS/ WhatsApp)
EMAIL: puteriyusof@gmail.com

Saturday, August 11, 2012

hati- hati?

hati (liver) merupakan organ dalaman yang bersaiz paling besar dalam badan kita. antara fungsi hati termasuklah:

  •  menapis bahan berbahaya daripada darah
  • mengekalkan tahap gula yang normal dalam darah
  • menghasilkan aisd amino untuk fungsi normal sel badan
  • menyimpan vitamin dan mineral
  • menghasilkan "bile" yang diperlukan semasa penghadaman
hati kita sebenarnya sangat lasak, tapi jika diabaikan banyak masalah kesihatan boleh dihadapi. antara tabiat buruk yang boleh menjejaskan kesihatan hati termasuklah:
  • meminum alkohol secara berlebihan
  • terdedah kepada bahan toksik secara berlarutan
  • kurang tidur
  • makanan berlemak
  • stress
  • pencemaran
antara tanda- tanda hati yang tidak sihat adalah:
  • kulit pucat, mata berwarna kekuningan
  • kesakitan pada perut dan membengkak
  • gatal kulit yang berlarutan
  • najis berdarah atau berwarna kehitaman
  • kerap penat dan mual
  • hilang selera makan
Pic: Google

Friday, August 10, 2012

gebu rasa muka dengan collagen powder shaklee


hari ini hari ke-5 saya minum collagen powder shaklee. mesti ramai nak tau dah lawa ke? dah kejang ke? dah berseri ke? hahahaha!

of course kulit muka memang rasa sangat berbeza, terutama bila bangun tidur, sangat lembut dan lembab. bukan berminyak ye. rasa syok je masa basuh muka nak mandi, amek wuduk tu. but then saya pakai cleanser murahan je, lepas cuci saya rasa kulit jadi kering, sampai opis lagi kering dengan aircond pasal tak pakai apa2 pelembab pun. i memang malas bab- bab sapu losyen whatnot ni, kalau semua benda boleh ditelan, saya telan semua macam kolagen ni.

so anyway, antara sebab collagen powder shaklee berbeza dengan kolagen2 lain yang berada di pasaran ialah pada berat molekulnya, iaitu 1000 dalton saja. ianya sangat ringan dan ringkas berbanding kolagen lain yang sampai beratus ribu dalton. so lebih mudah diserap badan, so lebih cepat nampak kesan.

setakat nak rasa perbezaan pada struktur kulit 4-8 hari dah boleh rasa. memang lembut. kalau nak focus yg lebih serius macam perut tembikai saya ni, ambik masa lagi lah kan. belang2 tu pun bukan muncul dalam sehari dua, nak get rid of it mesti ambik masa.

pagi tadi saya senak perut tahan ketawa kat opis, baca testimonial salah sorang kawan online yang dah ambil collagen powder ni jugak. mesti ramai yang ada masalah ketiak hitam kan? hahahaha! saya ada masalah ni sejak pregnant dan lepas bersalin. lepas bersalin dah kurang lah hitamnya, sebab hormon dah stabil. tapi nak kata elok sekata warna, memang tak la. saya rasa ramaiiii ada masalah ni kan. walaupun kita pakai baju tutup ketiak, takde sapa tau pun, tapi untuk diri sendiri, benci kan tengok ketiak hitam macam tak cuci setahun hahaha!

anyway, kawan saya ni, dah excited ketiak dah makin cerah, dia suruh ayah nya tengok. suami jauh bekerja outstation, mujur ada ayah tukang check. LOL! punya la seronok kan. ayah sure heran pelik apasal la anak aku ni hahaha! so bukan muka je lawa, ketiak pun jadi lawa ok. benda dah serap dalam badan, takkan dapat khasiat setempat je, memang keseluruhan.

exciting kan! berbaloi tau untuk cuba, memang pelaburan terbaik untuk kecantikan.


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, August 8, 2012

bagaimana memilih protein soya terbaik?

saya share di sini tips mudah untuk memilih produk soya terbaik:

1) kacang soya mesti tumbuh membesar secara organik- bermaksud ditanam tanpa bahan kimia, yang menyebabkan zat soya berkurangan. selain zat kurang, ia boleh menyebabkan kanser juga. jadi, katakan tidak kepada penggunaan pesticides, fungicides dan herbicides semasa pembesaran kacang soya itu.

2) kacang soya mestilah Non GMO. apa maksud non GMO? maksudnya kacang soya itu tidak dihasilkan secara tiruan, dialter bentuk asal genetiknya. kacang soya tiruan adalah lebih murah dihasilkan tapi genetik nya dah dimodified dan tidak asli lagi. khasiatnya jugak tidak lagi asli lah.

3) protein soya mesti ada 9 asid amino lengkap- ini kerana badan kita memerlukan 9 jenis asid amino ini (yang diperolehi daripada sumber protein yang dimasukkan ke dalam badan melalui makanan). apa gunanya asid amino? banyak gunanya- hasilkan hormon, menghadamkan makanan, hasilkan enzyme, sebagai antibodi etc. kalau satu jenis asid amino tak ada, immune system badan boleh berkurangan sebagai 30%. ada fungsi badan yang boleh tergendala tanpa asid amino yang lengkap ini.

4) soya mesti dibersihkan/ diasingkan dengan air, bukan alkohol. kenapa? selain alkohol tu haram untuk orang islam, alkohol juga menghapuskan kandungan isoflavanes dalam kacang soya. kalay soya takde isoflavanes, memang khasiat soya itu langsung tak wujud. isoflavanes terbukti mengurangkan risiko kanser, menyeimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang. ingat tu, soya bukan penyebab kanser ya, tapi cara pemprosesan tu yang menyumbang kepada kualiti soya itu sendiri.

5) proses pembuatan protein soya bukan melalui pemanasan- asid amino yang terdapat dalam protein soya adalah sangat sensitf kepada suhu yang tinggi. memasak soya dengan suhu yang tinggi memusnahkan asid amino yang penting sehingga 50%. rugi lah makan tanpa khasiat kan!

6) bahan anti- thyroid/ anti- growth substance mesti disingkirkan. cara penyingkirannya pula mesti memastikan asid amino dan kandungan isoflavanes dalam protein soya tidak terjejas.

7) product soy isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium. ini kerana tanpa tambahan kalsium, soya yang asal boleh menyebabkan kerapuhan tulang. tambahan kalsium akan meneutralkan semula soya dan mengembalikan faedah- faedah yang lain.

apa yang anda tahu tentang minuman soya yang anda ambil? ada kesemua 7 perkara di atas? cuba tanya penjual soya di petaling street, berani? confirm kena pelangkung! hahaha!

kalau tanak kena pelangkung, boleh pilih yang ini!

Pic: www.shaklee.com.my 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

sharing: nutriferon, terbaik meningkatkan sistem immune badan anda

Pic: Shaklee Malaysia FB

minggu lepas saya tulis pasa nutriferon kan, kat sini. saya beli memang untuk standby balik kampung nanti. bila travel anak- anak mesti dapat selesema, or demam or batuk. tambahan pulak terperap dalam kereta berjam- jam dengan jem, panas segala. so kali ni berhari raya saya nak lebih ready. tak seronok travel kalau anak- anak sakit. lagi teruk kalau kita sendiri sakit.

lepas balik kampung last week, aliyah dah mula selesema & batuk. kebetulan sepupu dia pun tengah batuk dan selesema di kampung. si aliyah ni pulak berkepit je dengan abang ngah ni, sepupu favorite dia. duduk share satu kerusi, tidur pun nak sebantal. apa lagi berjangkit lah! seminggu kitaorang bagi dia ubat batuk/ selesema. tapi tak lah hari- hari sebab memang tak suka sangat nak bagi anak bergantung pada ubat kecuali terdesak. nampak gaya batuk tak surut sampai lah hari jumaat. hari sabtu saya beli nutriferon, pagi esoknya saya bagi dia minum (campur dengan susu).

saya beri 1/4 sachet saja sebab dia baru 3 y/o kan. lepas minum dia batuk berkahak for a while. saya mandikan dia. my former maid kasi tips, kalau anak batuk, mandikan awal pagi, bagi hilang panas badan. it works so far for aliyah. amazingly the nutriferon also works for her. lepas tu dah tak batuk lagi. selesema pun kering. dah tak dengar dia batuk since sabtu lepas. alhamdulillah sangat!

actually adam pun selesema jugak, jangkit dengan aliyah. saya tak nak bagi adam makan sebab dia kecik sangat lagi. eventho boleh la nak kasi dia ujung2 sudu serbuk tu, tapi saya opt untuk tak bagi. saya sendiri habiskan lebihan nutriferon tu. dan macam biasa saya akan susukan adam 24/7 kalau weekend. guess what, hingus pun dah surut jugak. no more hijau meleleh haha. so, confirmlah nutriferon akan jadi stock first aid kami sekeluarga. hopefully boleh reduce penggunaan ubat- ubat untuk anak- anak yang sedang membesar ni.

pernah saya terbaca, selain jadi first aid untuk cough and cold, nutriferon paling baik untuk mereka yang mengalami masalah allergies serious. kalau sekadar untuk meningkatkan immune system badan, memadai diambil 2-3 kali seminggu saja. sangat berbaloi.

nak cuba?

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, August 5, 2012

woot! collagen powder shaklee

ahem! akhirnya...

setelah sekian lama memendam keinginan untuk mencuba collagen powder shaklee, sahur tadi saya dah cuba. satu sachet tu lebih kurang 2 sudu makan, ianya dalam bentuk serbuk. takde bau lak tadi masa saya cium. saya campo dengan ESP + milo, tak larat nak minum banyak sangat minuman pepagi ni. sekali harung semua.

saya dah buat banyak jugak bacaan pasal kolagen sebelum saya cuba collagen powder shaklee ni. sudah tentu saya yakin dengan keluaran shaklee, sebab R&D shaklee memang tip top, berbilion dollars dibelanjakan untuk menghasilkan produk terbaik. ada banyak rupanya kolagen di pasaran, dan ramai rupanya yang suka dengan produk yang berasaskan kolagen.

satu info menarik yang saya jumpa tentang kolagen ialah, kalau ada produk yang mendakwa, kolagen boleh disapu ke kulit dan beri kesan anjal atau tegang pada kulit, ianya tidak benar sama sekali. sebab untuk kolagen berfungsi dengan baik, ianya perli "diikat" dengan karbon, air dan oksigen. setakat digosok2 ke badan memang tak jalan ye. itu semua gimik iklan saja lah.

so anyway, ini info ringkas tentang collagen powder shaklee:

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. 
Sumber: Website Shaklee Malaysia

-----------------------------------------------------

info yang saya perolehi semasa menghadiri perlancaran produk ni beberapa bulan lepas, mendakwa collagen powder shaklee terbukti:
  • meningkatkan kelembaban kulit 
  • mengurangkan kekasaran dan kekeringan kulit 
  • meningkatkan kelembutan dan kelicinan 
  • meningkatkan pemakaian kekal mekap  
  • meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti kulit 
  • meningkatkan ketebalan rambut 
  • meningkatkan keserian tona & warna kulit 
  • mengurangkan garis- garis halus & kedutan 
fokus utama saya buat masa sekarang ni ialah masalah elastisiti dan "mural" pada bahagian perut huhuhu. selepas dua kali pregnant, kesan stretch mark memang mashaAllah hebat haha! dulu masa pregnant kulit perut serupa garisan2 pada tembikai. bila dah tak pregnant, seperti kulit tembikai juga, tp tembikai kecut. hish buruk aihhh! rasanya kalau sapu bio oil tu mungkin memerlukan berbotol- botol malah bertangki- tangki tu. setakat nak muka lawa kejang tu tak kesah sangat la, saya bukan kertu sangat lagi. tapi kalau dah makan, insyallah kulit akan jadi lebih sekata, kedutan2 hilang, licin lembut lembab (wah 3L).

Pic credit: http://alinalan.blogspot.com 
inilah rupa kotak collagen ni. saya dah ambil gambar sachet tu tadi, tak jumpa pulak wayar nak transfer gambar, pastu card reader tah ke mana hilang, frust betui. nanti dah jumpa saya letak kt blog ek. so ni amek gambar dari blog Alin. sekotak tu ada 15 sachets. satu sachet ada 15gram serbuk collagen.

ok nanti saya update lagi ya, baru makan satu sachet takkan dah ada kesan haha! maaf la tak dapat nak tayang gambar stretch mark before and after. aurat tu...heh!

nak cuba?

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, August 4, 2012

impian tiada batasan

tajuk gaya nak tulis sajak kihkihkih!

memalam ni bila takde rasa nak tido, biasalah merayap tengok baca blog kengkawan. blog mama cery dah jadi blog wajib singgah. ada dua sebab utama, 1- saya belajar tentang product shaklee daripada blog dia, 2- saya belajar bina impian dengan dia dan group di bawah pimpinan dia. saya tempek kat sini je lah apa yang ada dengan group jutawan cery ni, selamat membaca dan semoga terinspirasi :)

credit: group jutawan cery

----------------------------------------------------------------

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai business online saya? Kenapa anda perlu join group saya -JUTAWAN..Lets EDGes..
_______________

 1. SHAKLEE -Company yg stabil sejak 1956- lebih 50tahun di pasaran.Ia tertua di pasaran makanan tambahan dan pastinya kukuh dan hebat
Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

2.Produk yg berkualiti -Salah satu produknya yg pertama dicipta- Vitalized Mineral, dirumus pada 1915. Ia produk yg harmoni dgn alam semulajadi dan terbukti dgn ujian klinikal. Apabila anda memilih produk Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal.Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

 3.Pelan Jualan Menarik Shaklee
Anda berpeluang menikmati bonus skim yg shaklee tawarkan, tiada limit RM, berpeluang mengikuti trip2 international dan local secara percuma, berpeluang mendapat recognition (trophy dan cash) dari Shaklee, berpeluang membina empayar bisnes anda sendiri baik secara part time atau full time..dan hasil daripada apa yg anda kongsikan dgn mereka diluar sana. its priceless...

4.Support group yang penuh dengan caj2 positif.,ukhuwah yg kuat...penuh dgn rahsia2 dan strategi utk  berjaya. [GROUP JUTAWAN SHAKLEE -secret Facebook group,hanya yg terpilih layak dijemput masuk]. group yg dah melahirkan ramai leader2 yg berkualiti dengan income bulanan stabil dari 2angka ke 5angka - Master, Sr Key Coordinator, Coordinator, Key Coordinator, Supervisors, Sr Supervisors..

5.Saya ..sebagai coach or mentor anda

Kenapa saya perlu jadi coach anda? 
Saya dah buktikan kepada diri saya sendiri,dalam masa 17bulan saya dah mencapai:
  • highest rank: Master Coordinator ..dan efektif setiap bulan. Alhamdulillah
  • Free 5 star  trip to Umrah+Istanbul  with spouse and kid( Apr 2012) dan local trip ke Langkawi (this coming Nov 2012).. Alhamdulillah..next year kita pergi London paris plak yer..
  • Awards achievement,recognition (trophy and cash) at Shaklee National Conference (2011 & 2012)..award ni ada setiap  tahun. and I enjoy the recognition.. Alhamdulillah
  • Car bonus paid in cash.. (every month) 
  • Stabil income bulanan,5 angka (in RM).. sekarang menuju ke 6 angka ...InsyaAllah
  • lots of leaders were born dibawah payung yg saya bina..payung Jutawan ..Alhamdulillah.Visi dan misi saya utk melahirkan lebih byk leader yg berkualiti dan efektif..InsyaAllah....
Jadi.. atas sebab2 di atas.. Jom join saya dan group Jutawan Shaklee saya.I'm more than glad to help as much as i can ..InsyaAllah ..Hanya melalui alam maya..tak perlu meeting sampai lewat malam..you can have it your way..thousands of fibers connects us..latihan di alam realiti juga disediakan...

You choose and u decide.. Its your dream. Your success or your failures rely on you, not me.I'm here to share the secrets, the tips, to teach the strategies, the power of giving, the power of doa, the power of dreams....  with the miracles of Shaklee, and our personal gold 'touch'..everything is possible...U just have to believe in your dream.. have faith in Allah, in yourselves and in the product.. InsyaAllah.. 

Berminat? Contact me..JOm.

--------------------------------------------------------


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

supplement untuk kanak- kanak

antara produk  yang popular di kalangan kawan- kawan dan customer saya ialah Meal Shakes. kebanyakan mereka ni beli untuk anak- anak yang sedang membesar dengan pelbagai isu. yang kadang- kadang kelakar tu, semua isu- isu diaorang tu pun isu saya kat rumah ni dengan anak saya, si aliyah.

isu utama si aliyah ni ialah memilih makan. seingat saya masuk je umur dekat setahun, dia mula jadi picky eater. tapi masa tu saya tak kenal lagi meal shake ataupun shaklee. macam- macam la buat nak kasi dia makan. fed up jugak kekadang tu. berat badan pun jenuh nak naik. kalau demam, laju lah drop balik.

memang ada perubahan pada selera makan aliyah sejak saya beri dia meal shakes. walaupun ada hari- hari dia tetap dengan perangai pilih makan tu, tapi saya tak risau sebab tahu dia dah dapat keperluan nutrient seharian yang lengkap dengan meal shakes.
Pic: www.shaklee.com.my 
meal shakes ni bagus kasi anak- anak sebab ianya rendah lemak dan rendah glisemik**. selain daripada itu, ianya tinggi serat (ramai dah ibu- ibu kasi anak mereka yang kerap sembelit, memang berkesan), dan sumber kalsium dan protein yang tinggi. ianya mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting. untuk anak- anak di bawah umur 4 tahun, tak perlu beri banyak pun, cukup setengah sudu beberapa kali seminggu. sangat menjimatkan!

kalau yang dewasa tak suka makan pil, meal shakes adalah pilihan multivitamin terbaik. sangat versatile. more info here

**The Glycemic Index (GI) is a numerical scale used to indicate how fast and how high a particular food can raise our blood glucose (blood sugar) level. A food with a low GI will typically prompt a moderate rise in blood glucose, while a food with a high GI may cause our blood glucose level to increase above the optimal level.

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, August 2, 2012

Nutriferon - eksklusif dari Shaklee


Bulan ni ada promosi Nutriferon. Terus- terang saya tak pernah guna pun Nutriferon ni. Sekadar membaca tentang kebaikan dan testimony orang lain. So saya nak study sikit pasal Nutriferon, yang terbukti sangat baik untuk meningkatkan immune system badan kita.

Pic: Shaklee Malaysia FB


Dalam badan kita, immune system terdiri daripada beberapa jenis sel yang bersama- sama melindungi badan kita daripada virus, bakteria dan bendasing2 yang lain. Sebahagian daripada perlindungan ini termasuklah penghasilan “interferon”. Interferon adalah sejenis protein yang dikenali dengan nama “cytokines”, yang merupakan sejenis bahan kimia yang memberi signal untuk menggerakkan system immune badan kita supaya menyerang balik pathogen (yang membawa penyakit).  Jadi  interferon tadi beri signal kepada sel- sel yang lain supaya bertindak supaya sel  asing tidak terus berkembang dan membiak.

Interferon juga penting supaya badan dapat mengenalpasti kehadiran bendasing2 dalam system pertahanan badan kita. Dalam badan manusia, terdapat 3 jenis interferon iaitu alpha, beta dan gamma. Interferon alpha dan beta dihasilkan oleh banyak jenis set termasuk sel T yang melawan penyakit dan sel B di dalam darah. Kesemua ini adalah komponen penting dalam tindakbalas melawan penyakit.

Kajian mendapati, interferon dihasilkan dengan segera selepas penyakit singgah di badan kita. Dan kebanyakan benda hidup termasuklah tumbuhan boleh menghasilkan protein perlindungan ini. Interferon merupakan kubu pertama melawan penyakit berjangkit. Saintis kemudian mendapati interferon yang dihasilkan oleh tumbuhan boleh melindungi badan manusia sepertimana interferon yang dihasilkan sendiri oleh badan manusia.

Jadi apakah Nutriferon?
Nutriferon adalah supplement yang dihasilkan sendiri oleh saintis yang menemui interferon, iaitu  Dr Yasuhiko Kojima, daripada Tokyo Universiti. Ianya dihasilkan daripada tumbuh- tumbuhan seperti pumpkin seed, plantago seed, Japanese honeysuckle flower dan safflower flower. Shaklee mempunyai Center of Immune Research nya sendiri untuk membuat kajian tentang system pertahanan badan manusia. Dan sebab itulah Nutriferon adalah produk eksklusif Shaklee, tiada brand lain yang mempunyai produk seumpamanya.

Siapa perlukan Nutriferon?
Nutriferon diperlukan untuk semua orang yang kerap terkena jangkitan penyakit, ataupun terdedah kepada jangkitan penyakit terutama ketika travel atau mengunjungi tempat yang ramai orang dan sebagainya. Ianya tidak perlu diambil setiap hari, malah sangat penting dijadikan sebagai first aid di rumah jika terkena jangkitan selesema, batuk ataupun demam. Sesuai untuk anak- anak seawall usia setahun hingga dewasa, dengan dose yang bersesuaian. 


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...