Saturday, August 11, 2012

hati- hati?

hati (liver) merupakan organ dalaman yang bersaiz paling besar dalam badan kita. antara fungsi hati termasuklah:

  •  menapis bahan berbahaya daripada darah
  • mengekalkan tahap gula yang normal dalam darah
  • menghasilkan aisd amino untuk fungsi normal sel badan
  • menyimpan vitamin dan mineral
  • menghasilkan "bile" yang diperlukan semasa penghadaman
hati kita sebenarnya sangat lasak, tapi jika diabaikan banyak masalah kesihatan boleh dihadapi. antara tabiat buruk yang boleh menjejaskan kesihatan hati termasuklah:
  • meminum alkohol secara berlebihan
  • terdedah kepada bahan toksik secara berlarutan
  • kurang tidur
  • makanan berlemak
  • stress
  • pencemaran
antara tanda- tanda hati yang tidak sihat adalah:
  • kulit pucat, mata berwarna kekuningan
  • kesakitan pada perut dan membengkak
  • gatal kulit yang berlarutan
  • najis berdarah atau berwarna kehitaman
  • kerap penat dan mual
  • hilang selera makan
Pic: Google

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...