Tuesday, August 21, 2012

healing crisis- tanda badan kita KUAT!

saya jumpa article menarik tentang healing crisis. jom saya ringkaskan untuk anda semua pembaca budiman.

  • walaupun persekitaran dan kehidupan kita sekarang ni penuh dengan pencemaran, tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat, kita sebenarnya masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan. walaupun mungkin kita tidak dapat 100% kehidupan sihat, makanan sihat dan persekitaran yang bersih, kita masih boleh sekurangnya mencapai tahap optima. 
  • apabila kita ambil keputusan untuk memperbaiki keadaan (makanan yang sihat, bersenam, ambil supplement dll), badan kita akan mengalami fasa membuang semua toksin dalam badan ataupun yang dikenali sebagai "healing crisis" atau pun detoxification. 
  • badan kita sebenarnya sangat hebat untuk diperbaiki dengan sendirinya. apabila badan telah diberi zat secukupnya, ia akan mula membuang semua toksin yang ada dalam badan. 
  • kalau badan kita memang berpenyakit, badan akan mengambil masa yang lama untuk keluarkan semua toksin yang ada. kalau badan kita sihat, mungkin sekejap saja. 
  • biasa juga, selepas kita ambil vitamin atau berhenti mengamalkan kehidupan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan segera, badan akan terasa lebih cergas. kemudian tiba- tiba rasa lemah, lesu, letih. apa sebenarnya yang berlaku? 
  • sebenarnya, ketika badan membuang segala toksin daripada sistem, organ- organ memperkuatkan dirinya dan berfungsi dengan lebih baik. badan kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita jangkakan!
  • pada masa ini juga, tisu- tisu baru dihasilkan, dan toksin yang tersimpan (kebanyakan nya dalam LEMAK!) pun dikeluarkan sepenuhnya dari badan. 
  • oleh sebab toksin banyak tersimpan dalam lemak, bila kita melalui "healing crisis" kadang- kadang kita akan hilang berat badan juga. 
  • kadang- kadang semasa badan melalui krisis ini, penyakit yang kita hadapi juga akan menjadi lebih teruk. yang membezakan antara penyakit sebenar dan healing crisis ialah, kesakitan semasa healing crisis adalah sementara. jadi bertahanlah!
  • MINUM lah air kosong, atau tea herba dan jus buah- buahan dengan kerap dan secukupnya ketika proses ini berlaku. ia akan bantu badan anda bertahan. 

tips menarik: ramai orang rasa seperti kena selesema selepas diurut, mengapa? ia kerana toksin dalam otot sedang dikeluarkan. jadi, selepas urut, kena minum air dengan banyak ya! 


sumber: http://besthealingmeditationonline.com/healing/what-is-a-healing-crisis/

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...