Thursday, August 2, 2012

Nutriferon - eksklusif dari Shaklee


Bulan ni ada promosi Nutriferon. Terus- terang saya tak pernah guna pun Nutriferon ni. Sekadar membaca tentang kebaikan dan testimony orang lain. So saya nak study sikit pasal Nutriferon, yang terbukti sangat baik untuk meningkatkan immune system badan kita.

Pic: Shaklee Malaysia FB


Dalam badan kita, immune system terdiri daripada beberapa jenis sel yang bersama- sama melindungi badan kita daripada virus, bakteria dan bendasing2 yang lain. Sebahagian daripada perlindungan ini termasuklah penghasilan “interferon”. Interferon adalah sejenis protein yang dikenali dengan nama “cytokines”, yang merupakan sejenis bahan kimia yang memberi signal untuk menggerakkan system immune badan kita supaya menyerang balik pathogen (yang membawa penyakit).  Jadi  interferon tadi beri signal kepada sel- sel yang lain supaya bertindak supaya sel  asing tidak terus berkembang dan membiak.

Interferon juga penting supaya badan dapat mengenalpasti kehadiran bendasing2 dalam system pertahanan badan kita. Dalam badan manusia, terdapat 3 jenis interferon iaitu alpha, beta dan gamma. Interferon alpha dan beta dihasilkan oleh banyak jenis set termasuk sel T yang melawan penyakit dan sel B di dalam darah. Kesemua ini adalah komponen penting dalam tindakbalas melawan penyakit.

Kajian mendapati, interferon dihasilkan dengan segera selepas penyakit singgah di badan kita. Dan kebanyakan benda hidup termasuklah tumbuhan boleh menghasilkan protein perlindungan ini. Interferon merupakan kubu pertama melawan penyakit berjangkit. Saintis kemudian mendapati interferon yang dihasilkan oleh tumbuhan boleh melindungi badan manusia sepertimana interferon yang dihasilkan sendiri oleh badan manusia.

Jadi apakah Nutriferon?
Nutriferon adalah supplement yang dihasilkan sendiri oleh saintis yang menemui interferon, iaitu  Dr Yasuhiko Kojima, daripada Tokyo Universiti. Ianya dihasilkan daripada tumbuh- tumbuhan seperti pumpkin seed, plantago seed, Japanese honeysuckle flower dan safflower flower. Shaklee mempunyai Center of Immune Research nya sendiri untuk membuat kajian tentang system pertahanan badan manusia. Dan sebab itulah Nutriferon adalah produk eksklusif Shaklee, tiada brand lain yang mempunyai produk seumpamanya.

Siapa perlukan Nutriferon?
Nutriferon diperlukan untuk semua orang yang kerap terkena jangkitan penyakit, ataupun terdedah kepada jangkitan penyakit terutama ketika travel atau mengunjungi tempat yang ramai orang dan sebagainya. Ianya tidak perlu diambil setiap hari, malah sangat penting dijadikan sebagai first aid di rumah jika terkena jangkitan selesema, batuk ataupun demam. Sesuai untuk anak- anak seawall usia setahun hingga dewasa, dengan dose yang bersesuaian. 


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...