Monday, August 27, 2012

celoteh raya

marilah bercerita sebelum kita dapat mood nak buat kerja opis ni ya...

1- raya di kuala kangsar, macam biasa, pergi rumah- rumah yang biasa pergi, jumpa orang- orang yang biasa jumpa tiap kali raya. bezanya tahun ni, dapat jumpa 4 orang kawan lama, satu sekolah rendah. semua dah beranak pinak, tapi perangai kalut kecoh tak berubah. sian suami2 tunggu kita berborak. ikutkan sampai malam pun larat. ziarah atok nenek yang semakin tua, semakin uzur, semakin rabun, semakin pekak :(

2- raya ni kurang selera makan semasa beraya. sebab utama pasal ada budak yang sedang lasak tu beraya sama- sama. asek nak tercekik je time makan sambil mengejar dia. end up tak berapa makan pun.

3- balik ke KL dan masuk kerja untuk sehari saja, hari rabu. sapa pun tak ada di opis. senyap sangap. nak contact sapa pun tak boleh pasal semua cuti, nak follow up pun takde orang. nak call partners, diaorang pun summer break balik UK. so, menganga sampai petang.

LRT Setiwangsa punya decoration raya. Selingan untuk hiburan di hari Isnin. 

rasanya banyak lagi nak cerita, tapi jom la mengadap kerja pulak ya.

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...