Sekarang ni Shaklee Malaysia telah memudahkan lagi orang ramai untuk mendapatkan produk Shaklee, tanpa perlu mencari pengedar- pengedar. Sebab Shaklee dah ada eSell, yang membolehkan sesiapa saja, membeli terus dengan Shaklee secara online! Bagus kan? Sangat mudah, dan selamat, tanpa perlu bimbang money transaction dengan pengedar yang tak dikenali, maklumlah sekarang ni banyak betul online fraud, Nauzubillah! Dan delivery akan dibuat oleh Shaklee sendiri terus ke alamat anda. Easy breezy!
Dah hampir kita ke penghujung puasa, mesti ramai dah prepare apa yang patut kan, pakaian, kuih muih dan ada beberapa kawan- kawan saya dah akan mula travel balik kampung esok. Kami ni macam biasa, every year, raya pertama di KL, rumah mertua saya. Petang raya pertama baru kami travel balik Perak. Tak ada sistem giliran pun, yang penting mesti dengan family, tak kisah la sebelah suami ke sebelah isteri ke. Aman damai hahaha! Tapi saya paham, tak semua family boleh buat sistem tanpa giliran ni kan, tapi apa yang penting, peluang bersama- sama family diutamakan.
Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun kedua saya menjalani ibadah puasa dan berhari raya sebagai work at home mom. Tahun lepas, suami saya masih bekerja di bulan puasa, tapi tahun ni, dia pun dah jadi work at home dad. Jadi banyak urusan persiapan hari raya dapat kami selesaikan seawal minggu pertama dan kedua.
Bila mengenangkan banyak urusan sudah pun lebih mudah sejak kami bekerja dari rumah, saya sentiasa mengingatkan diri saya tentang cabaran- cabaran yang saya hadapi sebagai seorang ibu dan isteri ketika masih bekerja 9-6 dulu. Ini 5 cabaran utama yang saya rasa bukan saya seorang saja hadapi, tapi ramai lagi ibu- ibu di luar sana.
(1) Pengurusan masa
Kita seolah- olah bermusuh dengan masa. Bangun tido, siapkan segala macam, pergi kerja, balik kerja, siapkan segala macam, tido.Ulang balik. Masa anak- anak masih menyusu, saya kena siapkan bag untuk mengepam di ofis, kena siapkan stock untuk bawa ke rumah pengasuh. Bila dah besar, siapkan pulak botol- botol untuk formula, baju dan lain- lain. Itu tak termasuk nak curi masa untuk kemas rumah, buat laundry dan lain2. Saya tak pasti dengan orang lain, tapi saya memang tak menonton TV dah lama kot, jadi memang tak tau tentang siri drama ke hiburan ke. News yang saya baca pun melalui Twitter saja, ambil peluang dalam LRT on the way pergi dan balik dari kerja. Hari berlalu pantas, dan sedar- sedar dah hujung tahun! Kalau ada 28 jam sehari pun, rasa tak cukup saja. Berkali- kali saya adjust cara menguruskan masa, tapi lelahnya tetap sama. Terlewat ke tempat kerja, terlewat ambil anak, weekend pun tak sempat berehat.
(2) Pengurusan anak- anak
Setiap kali melahirkan anak, isu paling utama di kalangan ibubapa ialah "siapa nak jaga?". Memang saya cemburu dengan rakan- rakan surirumah, walaupun saya tahu mereka tak punya pendapatan seperti ibu bekerjaya, tapi saya cemburu bila mereka mampu untuk mengasuh anak sendiri. Macam biasa, mula lah berangan nak jadi surirumah, dan ada juga berangan nak jadi babysitter! Boleh jaga anak sendiri dan anak kawan- kawan. Hahaha! Anak sendiri pun belum pakar, dah berangan bagai. Untuk anak pertama, kami bertuah sebab ibu mertua saya masih sihat dan mampu menjaga Aliyah, dibantu oleh ayah mertua dan kakak ipar. Kemudian bila anak kedua lahir, memang jelas ibu mertua dah tak punya lagi kudrat yang sama. Jadi kami perlu jalan keluar. Kami ambil maid, tapi belum pun habis pantang, maid nak pulang pula. Cabaran. Mujurlah ada rakan perkenalkan kami dengan pengasuh yang sangat baik dan penyayang. Selesai masalah di situ. Tapi hari- hari yang dilalui penuh kalut bila anak meragam tak mahu pergi ke rumah pengasuh. Biasalah mood budak- budak waktu pagi. Dan bila dah besar, pandai pulak bertanya "kenapa Mama lambat ambil? kenapa dah malam baru datang?". Luluh hati perut mendengarnya.
(3) Pengurusan diri sendiri
Ini menarik untuk dibincangkan haha! Mesti ramai yang biasa, tidur dengan baju kurung kerja masih di badan. Selepas ambil anak di rumah pengasuh, rush balik rumah untuk solat, dinner. Masa tu Adam masih menyusu, jadi by 9pm kena susukan dia untuk tidur, dan dengan Mama sekali tertidur. Sedar- sedar dah jam 2-3 pagi, dengan muka berminyak tak cuci, gigi tak berus, baju belum salin. Ohoi memang selekeh! Dan setiap weekend berangan nak pergi facial, pun tak pergi. Masa tu lah nak ada kenduri, masa tu lah anak ada check up doctor dll. Dan paling jadi keutamaan juga, apa gaya paling cepat dan pantas untuk ke tempat kerja. Baju kurung, tudung serlum (tudung Syria ek?) paling popular dalam almari baju saya. Iron ala kadar, sarung, siap! Pakai bedak bila sempat di opis. Balik rumah bedak tah ke mana, sememeh je. Bukan tak cuba langsung nak bergaya, nak jaga penampilan untuk yakin diri dan suami, tapi jarang konsisten, sebab back to point nombor 1, masa itu emas, lupakan saja berhias- hiasa haha!
(4) Hubungan suami isteri
Jika refer isi kandungan nombor 3 di atas, memang selekeh je kan bini dia ni haha! Tapi bukan itu menjadi keutamaan pada kami suami isteri tapi lebih kepada isu komunikasi. Adakalanya saya terlalu penat di ofis, stress dengan segala macam hal, saya tidak mahu bercakap dengan sapa- sapa pun termasuklah suami sendiri. Dan jika berbual pun, senang dan mudah benar nak melenting. Sebab utama, kepenatan dan stress. Walaupun tak bergaduh besar, tapi hari- hari ada je tak kena, lama- lama hubungan boleh jadi sukar. Kerap juga kami terpaksa text each other untuk minta maaf, sebab dua- dua pun sedar, kita semakin stress dan tension yang tinggi dalam rumah. Masa tu cepat benar kecik hati, padahal pasangan kita tu kategori bagus dah hahaha! Benda- benda kecik pun amplified jadi serius benor, sampai saya takut memikirkan apa kesudahan hubungan kami kalau macam ni gayanya. Dan mulalah terfikir yang bukan- bukan, menjalar masuk fikiran. Kena istighfar banyak- banyak, dan sebagai isteri, saya jenis yang tak ada masalah untuk minta maaf dan bersemuka dengan suami. Begitu juga dengan suami saya, kalau betul cara berbincang, semua benda boleh setel. Gaduh- gaduh kecik tu perlu juga, untuk proses mengenal hati budi kihkihkih!
(5) Hubungan dengan kawan- kawan
Perasan tak kita cuma dapat "jumpa" kawan- kawan mostly online saja? Sejak berkawen, kemudian ada anak dua orang ni, weekend memang masa untuk keluarga. Pernah juga cuba untuk lepak lepas opis dengan kawan- kawan, tapi memang tak senang, hati tak tenang. Teringat ibu mertua mesti letih seharian dengan baby, kemudian teringat babysitter mesti nak rest juga, esok nak jaga anak kita lagi. Kemudian teringat anak- anak mesti tertunggu- tunggu. I don't know about you, but I just can't do it as often as I like to. Jadi, tinggal ada FB untuk tau perkembangan kawan- kawan. Dan kalau ada kawan rapat di ofis, seronok la juga boleh lunch sama- sama. Sama juga dengan kawan- kawan kita pun, mereka pun senasib hahaha! Kawan- kawan yang single sajalah boleh melepak, kita kena rush balik rumah. Itu yang mula menjalar dalam fikiran, wishing we have more helps, wishing our husbands can do more, and wishing this and that, di luar kemampuan kita. Perempuan modern ni banyak kehendak ok hahaha jadi kalau tak pandai adjust untuk bersederhana dan berpada- pada, memang lah stress.
And then we found Shaklee business, does these things changed? Totally! But I will write more on that in another post :) Sementara tu, jom tengok video ni, untuk dapat idea macam mana nak kick start a home business for working moms.
Pagi ni kami meredah jem ke Shah Alam, untuk menyertai kelas blogging, yang dianjurkan oleh Master Aishah Amin untuk group LiSA dan juga group PAF. Ini kali ketiga Aishah conduct kelas blogging, dan memang sentiasa mendapat sambutan. Semua orang nak jadi blogger kot ni :) Banyak tips blogging dikongsi bersama-sama, dan yang bestnya setiap kali kelas, mesti ada input yang baru. Memang best! Anyway, kali ini kelas diadakan di Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam, dan sebagai ulat buku dan nerd (haha) memang lah macam eeee best best pegi library. Dan memang selesa betul la facility kat sini untuk buat kelas dan workshop. Bayaran pun sangat berpatutan, hanya RM80 sejam. Sangat direkomen!
Tiba- tiba buat saya kembali berangan tentang satu impian saya yang sangat nerdy, iaitu nak melawat library2 awesome di seluruh dunia. How nerdy can you get??! Hahaha! Ok jom tengok gambar2 ni, join berangan jom!
The Royal Library, Copenhagen, Denmark
Library of the Dutch Parliament, The Hague, Netherland
The Library of the Royal Site, San Lorenzo de El Escorial, Spain
The Peabody Baltimore, USA
The Library of the Mafra National Palace, Portugal
The Domed Reading Room of the
State Library of Victoria, Melbourne, Australia
Makan untuk dua orang, nutrient untuk dua orang, tidak pernah ada dalam kamus orang lelaki. Dan apabila mereka minum susu contohnya, khasiat kalsium untuk tulang mereka tidak dikongsi dengan orang lain. Dan kalsium sedia ada dalam badan, tidak pula dihakis oleh orang lain. Semua 100% orang lelaki yang punya! Tak perlu top up dengan Ostematrix
(2) Lelaki letih, lelaki rehat
Bila ada peluang berehat, tidak perlu pun tenaga tambahan. Tidur saja lah, bangun nanti yeay ceria! Boleh lah sambung bersukan, tengok bola, jumpa kawan dan lain- lain. Awesome kan? Tak perlu Vitelea untuk support badan bila nak mengemas rumah selepas anak- anak tidur.
(3) Tiada haid, tiada nifas
Lelaki tak pernah ada isu kurang darah, muka pucat, sebab darah keluar dari badan dengan banyak. Jadi tidak perlu pun zat besi tambahan, cukup saja dengan apa yang boleh dibekalkan dalam makanan seharian, samada yang dimasak oleh isteri atau oleh mamak.
(4) Mood sentiasa ok, tiada PMS
Orang lelaki ceria sentiasa, tak pernah wujud mood swing dalam kehidupan mereka. Meroyan tak pernah sinonim dengan lelaki pun. Jadi tak perlu pun supplement untuk bantu boost mood ceria macam B-Complex, atau untuk regulate hormone bagi elak PMS seperti GLA Complex. Lelaki ceria, negara sejahtera.
(5) Masalah tenaga batin, itu tahyul!
Isk, nak discuss further pun malas sebab ianya tahyul! Manader manader manader! Vivix untuk tahan lama? Aiyoh tak baik seksa isteri. Everything is OK. Move on move on.
(6) Lelaki tak perlu supplement kalau setakat nak jadi supporter breastfeeding
Kan? Setakat nak support isteri menyusu bayi secara exclusive, tak perlu supplement pun boleh. Cukup dengan kasih sayang, sokongan moral dan cinta.
OOHHHHEMMMGEEE! I have to stop here, coz I just found out about this!!! Check this out!!!
Need another reason to attend 2014 Shaklee Live? How about seeing Grammy® nominated
Nak cerita tentang satu bad habit saya. Saya tak gemar nak bersihkan apa- apa benda yang dah kena kotoran yang payah nak sental, macam marker pen ke, minyak ke, darah ke, anything la yang memerlukan saya ambik masa lama nak sental, nak bersih. Selalunya barang atau kain baju yang dah kena stain degil, ku simpan je, atau kekadang lagi buruk perangai, ku buang! Hilang dari pandangan, hilang sakit hati, macam tu la lebih kurang slogan haha!
Sama jugak dengan satu bag Longchamp ni. Pakai dalam 3-4 bulan, lepas tu makin kotor, makin kotor. One day, terseret tepi tiang di parking lot, dah la sememeh cat putih pulak melekat. Bosan betul, saya punggah semua barang dalam bag tu, tukar bag lain. Pastu ambik bag kotor, sangkut belakang pintu, GONE! Buruk kan tabiat camni.
Lama jugak disimpan belakang pintu tu, saya pun dah beli bag Longchamp baru, tapi tetap la teringat bag tu sebab suka pakai Longchamp ni besar, semua boleh sumbat, saya suka. Jadi, lepas ku Google ramai juga yang cuci bag guna Basic H, jadi saya pun cuba jugak la. Bukan susah pun kan. Balik kampung baru- baru ni, sementara petang takde apa nak buat, saya pun memulakan aktiviti sental Longchamp dengan Basic H.
Inilah rupa bag tu, entah apa- apa la kekotoran sebab memang bila masuk kereta je ku campak kat bawah tu. Heret sana, seret sini. Saya pernah terbaca, handbag actually lagi banyak kuman dari toilet tau, sebab entah ke mana- mana je kita bawak. Maybe kajian tu dibuat berdasarkan tabiat perempuan macam saya ni la hahaha!
Caranya mudah saja, guna berus gigi, kemudian letak Basic H pada berus gigi, dan mulakan memberus. Tak perlu basahkan bag tu la, basahkan brush je cukup. Dan berus gigi tu cari la berus gigi lama ke, apa ke. Saya guna berus gigi hotel yang banyak kami angkut bawak balik :p
Lepas tu, lap dengan towel bersih, nampak tu bersih suci murni terus!
Aha ni gambar lepas dah kering sikit bag tu. Oh gambar- gambar ni takde filter ke apa tau, ni original punya gambar. jadi memang terbukti bersih kan haha! Jadi sekarang ni tak perlu la nak campak belakang pintu dah bag yang kotor tu, boleh sental sekejap je, tak sampai pun setengah jam.
Harga Basic H ni sangat la murah, cuma RM46 saja, untuk pelbagai kegunaan. Setakat ni yang paling saya suka guna nak menyental la, memang terbaik. Ok now, tak payah simpan lagi bag kotor tu, jom sental.
Hari Sabtu lepas, saya ajak kawan- kawan dan family untuk berbuka puasa sama- sama, dan kebetulan harijadi Adam pun dalam bulan puasa, jadi terus buat sekali. Macam biasa, kalau saya nak buat makan- makan atau gathering, memang lah saya akan booking Ours Cafe, milik kawan saya, Puan Mimi, di Bandar Seri Damansara. Saya memang tak pernah jemu dengan masakan Mimi, dan cake yang dia buat saja, yang saya boleh makan banyakkkk! Termasuklah kek birthday Adam hari tu, sedap sangat orange cake itu! Oh, our 6th wedding anniversary also on the same date, tapi takde la sambutan bagai hahaha! But million thanks to suami, bagi hadiah jam baru - tiap2 tahun pun dapat jam hahaha!
Ok jom tengok gambar!
We had nasi tomato and kuih muih, simple but sedap trust me!
My anak buah Shaklee pun ada, Nurul & Liza Go and check out their awesome blogs :)
Iron Man! Adam loved it soooo much! Dia kejap2 nak tengok cake hahaha!
Hari ini saya nak menulis sedikit tentang peluang bekerja dari rumah. Sesungguhnya konsep dan idea ini tidak pernah terfikir dalam kepala otak saya ni masa graduate dulu. Masa tu dalam fikiran, nak jadi career woman, nak travel the world while working, nak naik pangkat, nak jadi bos. Dan itulah yang saya dapat! Saya bekerja dalam humanitarian sector, yang memerlukan saya travel ke luar negara, jadi coordinator untuk bantuan kemanusiaan, kemudian bertukar kepada kerja- kerja kesedaran bencana melalui pendidikan. Dan di organisasi tersebut, jawatan terakhir saya ialah sebagai ketua jabatan, jadi selama 2 tahun lebih, saya memang jadi bos. Alhamdulillah, dapat merasa semua tu.
Keperluan untuk bekerja di rumah ni taklah begitu urgent semasa anak masih seorang. Saya masih ada impian untuk travel the world dan buat lebih lagi dalam bidang yang saya cintai ini. Tapi bila dah ada dua orang anak, saya mesti cari jalan keluar. Banyak yang rugi daripada untung nampak gayanya. Rugi masa di atas jalan, rugi masa di rumah bila asyik keletihan, rugi bila stress dan mengganggu rumahtangga. Fikir punya fikir, bekerja dari rumah adalah yang terbaik untuk saya.
Peluang untuk bekerja dari rumah, tapi mempunyai majikan tetap, adalah tidak banyak di Malaysia ni. Jarang sekali pekerja diberi peluang waktu fleksibel, bekerja di rumah dan datang bila perlu saja. Memang payah la nak cari peluang macam ni. In fact in my last job, not only I have to go to work from Monday to Friday, I need to go outstation too on weekends, and worse my boss can call me anytime anyway to request for this and that. And I know I am not alone.
Jana income 4-5 angka, dari rumah sahaja!
Bila saya sedar tentang keperluan waktu fleksibel terutama setelah berkeluarga, saya mula Google tentang "work at home mom" dan memang sangat tergoda dengan konsep tersebut. Terutamanya bila saya baca artikel luar negara, macam- macam job diaorang buat dari rumah. Ada yang buat akaun, ada yang jadi virtual PA, ada yang jadi event planner. Ada yang boleh kerja half day, bergilir dengan suami jaga anak. In fact pernah saya tanya suami, kalau gaji saya banyak, nak tak jadi Mr. Mama? No way he said! Hahaha memang tak sesuai pun! And when I realized Shaklee can offer this, setel masalah!
Sekarang ni, bila dah tahun kedua jadi WAHM, anak buah Shaklee saya pulak mengikut one by one jadi WAHM. In fact itulah antara topik panas yang sering kami bincangkan. Ramai yang telah plan sekian- sekian income Shaklee untuk berhenti kerja juga. Mana tak panas, time diaorang di ofis, kami update pasal shopping la, pasal memasak la, pasal anak la. Saya paham sangat keinginan tu, meluap- luap.
Sudah tentu ada yang takut dan tak yakin. Saya beritahu mereka, nak berhenti kerja dan jadi WAHM dengan Shaklee memang memerlukan keyakinan dan keberanian. Tapi kalau fikir balik, bisnes dan even life in general memerlukan keyakinan dan keberanian. Kalau tak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya, betul tak?
Semalam, dapat berita dalam WhatsApp group ibubapa tadika anak2 kami, salah seorang dah kena HFMD, baru disahkan oleh doctor. Dalam 2 hari lepas, memang Aliyah ada bagitau kawan dia tu tak sihat, ada batuk katanya. Saya pesan pada Aliyah, duduk jauh sikit lah, kemudian make sure selalu basuh tangan, and tell her friends too. Bila nampak je berita tu, berpeluh saya sekejap, terus call suami, minta ambil Aliyah & Adam di sekolah. Kebetulan dah pukul 2, tak sempat tunggu pukul 3, terus pergi ambil. Balik rumah saya check lidah, kaki dan tangan dia. Antara tanda awal HFMD ni termasuklah ruam pada bahagian mulut dan kaki. Kemudian akan merebak jadi blister, dan bila mereka menyentuh bahagian- bahagian lain pada badan, berjangkit lagi. Jika Google pasal HFMD macam- macam gambar dapat tengok, Ya Allah kesian sangat dengan anak- anak yang terkena.
Semalam saya check dua- dua budak ni, Alhamdulillah nampak gaya takde apa tanda. Aliyah & Adam dua- dua a runny nose sikit, sejak seminggu jerebu ni. Tapi tak demam. Tapi hari ini kami decide tak hantar diaorang ke sekolah, better safe than sorry lah kan. Lagipun kami takde masalah nak cuti ke, nak MC ke, bila- bila rasa tak payah hantar pun takpe. Itulah kelebihan bila ada bisnes sendiri, boleh uruskan masa sendiri. Alhamdulillah. Kalau dulu, mesti susah hati bila dapat news macam ni. Apa- apa hal pun hari ni nak sanitize rumah ni jugak, lap lantai apa patut.
Kadang- kadang memang parents akan mengeluh bila ada parents lain yang tetap hantar anak yang tak sihat ke sekolah, tak kira lah samada demam, batuk, selesema. Bila jadi kes HFMD ni lagi la parents jadi panik bila dah terlepas ke sekolah. Kita pun tak boleh nak identify yang mana satu jika parents tak bagitau. Dan kesian juga pada parents yang ada masalah nak ambil cuti bila anak- anak sakit, tak semua majikan memahami pun. Walaupun kita boleh senang cakap, "takkan la tak boleh cuti, anak kan sakit?" tapi itulah kenyataannya, memang ada parents yang payah nak cuti walaupun anak sakit. Dan tak semua ada extended family support yang boleh tolong jaga sama- sama.
Saya memang beri anak- anak Nutriferon Shaklee hampir setiap hari, untuk bantu badan mereka membina antibodi yang diperlukan bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah ramuan semulajadi yang diextract daripada biji labu, bagi menggerakkan interferon dalam badan, membina perisai melawan penyakit. Anak- anak saya sukar nak telan ubat, jadi Nutriferon sangat membantu, terutama bila demam- demam biasa, kalau diaorang reject ubat, saya ganti dengan Nutriferon, minum air secukupnya, dan lap badan berterusan. InshaAllah demam akan kebah dalam 1-2 hari, suhu badan pun tak naik mendadak.
Selain itu, kita boleh berusaha amalkan doa ni untuk elak penyakit berjangkit dan wabak, semoga keluarga dan anak- anak kita dilindungi Allah SWT. Amalkan setiap pagi dan petang.
Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang Memiliki alam gaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha mengetahui sesungguh Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa.
This infographic was crafted with love by Officevibe, the employee engagement platform that reduces stress at work while showing the return on investment of a great organizational culture.
Bertahun- tahun lamanya saya tak seronok bersahur, dan bukan sebab kena bangun awal pagi! Tapi sebab saya rasa sangat- sangat lesu selepas bersahur. Dan bila tak bersahur pula, letih dahaga melampau, juga buat saya lesu. Jadi sejak mula belajar berpuasa, pengalaman bersahur memang tak memberangsangkan, walaupun saya tau dan memang sangat mahukan berkat bersahur itu.
Kalau orang fikir bersahur ni small matter, pada saya ianya big deal. Sebab mood dan tenaga saya sepanjang bulan Ramadhan, sangat bergantung kepada kualiti sahur saya. Dan sejak berumahtangga, kalau ada masalah mood dan tenaga, aiyok berjangkit- jangkit lah dengan mood pasangan pula. Bulan puasa kalau asyik muncung je nak bergaduh, aduh tak seronok langsung. Stress!
Dan bila selepas bersahur dengan nasi dan lauk pauk, memang terbongkang tidur, mata berat sangat nak buka untuk Subuh, dan kalau dah solat, dapat pulak tidur semula, simply boleh sampai pukul 9-10 pagi. Memang tak menarik langsung gaya macam ni. Dan kalau hari bekerja, bayangkan betapa melekatnya badan di katil, nak bersiap ke ofis, adoi macam kena gam kulit badan ke tilam.
Kemudian saya berkenalan dengan supplement Shaklee. Saya tidak pernah terfikir pun ia boleh membantu saya enjoy bersahur! Dan saya tidak lagi makan nasi dan lauk pauk semasa bersahur - kecuali bila balik kampung, sebab masakan Mak la, kalau tak makan, rugi rugi rugi.
Kenapa supplement, dan apa teorinya? Saya tidak mahu menyentuh tentang senarai supplement yang berjela- jela tentang tenaga, cuma tentang Energising Soy Protein (ESP) saja. Saya minum ESP setiap kali bersahur, mix dengan Milo dan fresh milk saja. ESP ni rendah GI (Glisemic Index) jadi pelepasan glucose (yang beri tenaga) adalah secara perlahan dan stabil. Berbanding dengan nasi yang tinggi GI, pelepasan glucose tak stabil, menyebabkan kita cepat lapar. Walaupun berbanding makan nasi dan minum ESP memang lah lepas makan nasi tersandar kekenyangan. Tapi 2-3 jam lepas tu mesti lapar berkeriuk peruk. Bila minum ESP, glucose dilepaskan sedikit demi sedikit, jadi takde lah lapar cepat, dan badan diberi tenaga berterusan sehinggalah waktu berbuka.
Bandingkan makanan yang high GI dengan low GI,
nasi kan tinggi karbo, cepat kenyang, cepat pulak lapar.
Selain ESP, kalau nak yang ada perisa, ada Cinch Shake perisa latte dan vanila. Saya suka nak advice minum ESP atau Cinch Shake dengan kurma juga, sebab ianya tinggi serat dan ada glucose untuk tenaga. Memang lega dan seronok lah dapat bersahur dengan pilihan makanan rendah GI, kalau lah dari dulu lagi saya tahu :p
Kalau nak order, click saja SINI yer, penghantaran terus ke alamat anda oleh Shaklee.
Alhamdulillah, kami berdua berjaya dipilih untuk ke USA tahun ini, dan secara tepatnya ke CALIFORNIA! Tak pernah termimpi atau terfikir atau teringin pun nak ke negara Uncle Sam ini, walaupun kita ni dibesarkan depan TV dengan omongan Hollywood kan? Entah la, tak pernah teringin pun, maybe sebab jauh gila kot memikirkan nak memetakkan punggung dalam flight hahaha!
Tapi kali ini berbeza, ianya adalah reward daripada Shaklee dan yang lebih istimewa kami bukan saja akan menyertai Shaklee LIVE- Global Convention bersama- sama ribuan pengedar dan busines leaders dari seluruh dunia, kami juga akan diraikan dalam majlis anugerah gilang gemilang. Dua hari lepas kami terima email daripada Shaklee tentang details flights, jadual program dan senarai award yang akan kami terima di sana pula. Allahu akbar, betapa melimpah ruahnya rezekiMu bagi kepada kami! Tidak habis lagi gembira menerima pelbagai award semasa National Conference, nah, ada lagi di US pula. Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Dan sudah tentu selain ke Shaklee LIVE, dengar cerita antara aktiviti yang di susun ialah ke Disneyland, dan Factory Outlets, bukan saja di California, tapi juga kami akan ke Sans Francisco! Tak sabar nak tunggu 23hb untuk mendengar penerangan lebih detail lagi daripada pihak pengurusan Shaklee Malaysia.
Kita Google gambar dulu lah, apa yang ada di California yer!
Premium Outlets, tak pasti yang mana satu kami akan pergi, tapi tak kesah!!
Kena pilih, nak shopping lebih atau spend time at Disneyland too! Oh I want both!!
Long Beach, California, superb skyline at night
Paling utama, kami nak pegi ke Shaklee HQ di Pleasanton, California!
Now, kena Google, apa yang menarik di Sans Francisco pula :)
Urgghhh tak suka kan kalau sembelit, apatah lagi bulan puasa ni, nak meneran pun kurang tenaga hahaha!
Anyway, perasan tak makanan Melayu yang dijual samada kat pasar Ramadhan mahupun hari- hari biasa, alahai kurang sangat pilihan sayur- sayur. Dulu masa saya di Penang, dekat dengan rumah saya ada gerai Vegetarian, cara orang Cina masak. Memang fresh je tengok, geram je nak beli. Tapi saya tak berani pulak sebab gerai tu dalam another non-halal restaurant. Cuak sedikit di situ. Bila ke gerai Melayu, alahai lesu bebeno kangkung, bayam. Tak selera. Tapi sebabkan saya gemar sayur, memang saya beli jugak 1-2 jenis. Paling tidak ambil ulam & sambal. Saya bukan peminat daging, dan kebelakangan ni memang kurang makan red meat. Tapi kalau ada satay, payah nak tolak hahaha! Tough ok nak clean eating dengan all good food kat Malaysia ni phew!
Dalam family sebelah Mak saya, mereka ni penggemara masakan yang pedas- pedas. Kalau makan, mesti saya rasa nak marah je, sebab kena sulam air. Memang tak suka! Saya suka la pedas, tapi tak lah sampai naik angin punya pedas. Dan saya tengok mereka ni banyak masalah dengan sistem penghadaman. Angin la, sembelit la, gastrik la. Even arwah Atok saya pun ada masalah usus yang serius masa tua, sampai lah dia meninggal dunia. Abang saya pulak gastrik, sebab suka makan benda masam dan pedas. Kemudian kurang minum air. Akibatnya kena buasir. Saya tukar tabiat makan sejak memerhatikan diaorang ni la hahaha! Sengsara sangat ku tengok!
Back to cerita bulan puasa. Now saya dah tahun kedua dapat berpuasa sambil bekerja di rumah saja. Meaning ada banyakkkkkk masa nak plan masak, dan memasak. Semua orang tahu kot saya takde gemar pun memasak. Tapi bulan puasa ada berbeza. Saya suka dan sanggup masak, asalkan tak makan lauk pauk pasar Ramadhan. Cukup- cukup lah bertahun- tahun tapau untuk buka puasa. Saya pilih mahu yang freshly cooked at home pula. Dan ini bermakna, saya boleh plan sayur- sayuran saya!
Biasanya paling senang, stir fry je lah, atau celur je, cicah sambal belacan. Pergh sedap. Sambal belacan saya ada twist dengan hirisan tomato, eh sedap sedap. Semalam saya masak lemak kacang buncis, letak kobis sikit dengan udang. Aliyah kata sayur susu, dia pun suka, tapi suka kuah je la, sayur no no no katanya. Hmmm...hari ni maybe nak beli peria dan tumis letak cili sikit.
Saya jugak ambik kesempatan bulan puasa ni, detox dan plan cuci bersih usus. Nak tanggalkan keladak- keladak keliling dinding usus, supaya nutrient daripada makanan elok diserap, dan paling penting supaya penyakit tak hinggap. Bila usus tak bersih, jerawat senang naik, senang sakit kepala, masuk angin dan lain- lain. Itu belum lagi masalah yang lebih serius macam buasir, malah kanser kolon yang sangat menakutkan. Setiap 2-3 kali seminggu, saya suka ambil Herblax, ramuan natural yang bertindak melembut *ehem* dan melawaskan. Bulan puasa ni, saya ambil selepas berbuka, jadi sepanjang malam saya bayangkan Herblax buat overtime, bersihkan usus saya. Esok pagi, setel! Aha lagi satu, jangan sesekali culas nak amalkan sunnah makan kurma. Tinggi serat, bagus untuk melawas. Rugi sangat kalau tak suka kurma. Pahala dapat, badan pun sihat.
Herblax juga gluten free, bagus kan?
Bahan- bahan dalam Herblax Shaklee
Harga Herblax ni murah sangat jika nak banding dengan khasiat dan jumlah yang perlu dimakan, sebotol boleh tahan lebih dari sebulan, iaitu RM52.50/ 120 biji. Biasanya saya ambil 4 biji sekali makan. Kalau nak order klik HERBLAX, boleh buat order macam biasa, dan Shaklee akan hantar terus ke alamat anda. Senang kan!
Selamat berpuasa dan selamat membersihkan usus anda :)