Saturday, July 5, 2014

Sembelit di bulan puasa

Urgghhh tak suka kan kalau sembelit, apatah lagi bulan puasa ni, nak meneran pun kurang tenaga hahaha!

Anyway, perasan tak makanan Melayu yang dijual samada kat pasar Ramadhan mahupun hari- hari biasa, alahai kurang sangat pilihan sayur- sayur. Dulu masa saya di Penang, dekat dengan rumah saya ada gerai Vegetarian, cara orang Cina masak. Memang fresh je tengok, geram je nak beli. Tapi saya tak berani pulak sebab gerai tu dalam another non-halal restaurant. Cuak sedikit di situ. Bila ke gerai Melayu, alahai lesu bebeno kangkung, bayam. Tak selera. Tapi sebabkan saya gemar sayur, memang saya beli jugak 1-2 jenis. Paling tidak ambil ulam & sambal. Saya bukan peminat daging, dan kebelakangan ni memang kurang makan red meat. Tapi kalau ada satay, payah nak tolak hahaha! Tough ok nak clean eating dengan all good food kat Malaysia ni phew!

Dalam family sebelah Mak saya, mereka ni penggemara masakan yang pedas- pedas. Kalau makan, mesti saya rasa nak marah je, sebab kena sulam air. Memang tak suka! Saya suka la pedas, tapi tak lah sampai naik angin punya pedas. Dan saya tengok mereka ni banyak masalah dengan sistem penghadaman. Angin la, sembelit la, gastrik la. Even arwah Atok saya pun ada masalah usus yang serius masa tua, sampai lah dia meninggal dunia. Abang saya pulak gastrik, sebab suka makan benda masam dan pedas. Kemudian kurang minum air. Akibatnya kena buasir. Saya tukar tabiat makan sejak memerhatikan diaorang ni la hahaha! Sengsara sangat ku tengok!



Back to cerita bulan puasa. Now saya dah tahun kedua dapat berpuasa sambil bekerja di rumah saja. Meaning ada banyakkkkkk masa nak plan masak, dan memasak. Semua orang tahu kot saya takde gemar pun memasak. Tapi bulan puasa ada berbeza. Saya suka dan sanggup masak, asalkan tak makan lauk pauk pasar Ramadhan. Cukup- cukup lah bertahun- tahun tapau untuk buka puasa. Saya pilih mahu yang freshly cooked at home pula. Dan ini bermakna, saya boleh plan sayur- sayuran saya!

Biasanya paling senang, stir fry je lah, atau celur je, cicah sambal belacan. Pergh sedap. Sambal belacan saya ada twist dengan hirisan tomato, eh sedap sedap. Semalam saya masak lemak kacang buncis, letak kobis sikit dengan udang. Aliyah kata sayur susu, dia pun suka, tapi suka kuah je la, sayur no no no katanya. Hmmm...hari ni maybe nak beli peria dan tumis letak cili sikit.

Saya jugak ambik kesempatan bulan puasa ni, detox dan plan cuci bersih usus. Nak tanggalkan keladak- keladak keliling dinding usus, supaya nutrient daripada makanan elok diserap, dan paling penting supaya penyakit tak hinggap. Bila usus tak bersih, jerawat senang naik, senang sakit kepala, masuk angin dan lain- lain. Itu belum lagi masalah yang lebih serius macam buasir, malah kanser kolon yang sangat menakutkan. Setiap 2-3 kali seminggu, saya suka ambil Herblax, ramuan natural yang bertindak melembut *ehem* dan melawaskan. Bulan puasa ni, saya ambil selepas berbuka, jadi sepanjang malam saya bayangkan Herblax buat overtime, bersihkan usus saya. Esok pagi, setel! Aha lagi satu, jangan sesekali culas nak amalkan sunnah makan kurma. Tinggi serat, bagus untuk melawas. Rugi sangat kalau tak suka kurma. Pahala dapat, badan pun sihat.

Herblax juga gluten free, bagus kan? 
Bahan- bahan dalam Herblax Shaklee 
Harga Herblax ni murah sangat jika nak banding dengan khasiat dan jumlah yang perlu dimakan, sebotol boleh tahan lebih dari sebulan, iaitu RM52.50/ 120 biji. Biasanya saya ambil 4 biji sekali makan. Kalau nak order klik HERBLAX, boleh buat order macam biasa, dan Shaklee akan hantar terus ke alamat anda. Senang kan!

Selamat berpuasa dan selamat membersihkan usus anda :)

Puteri


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...