Sunday, July 6, 2014

We are going to California!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, kami berdua berjaya dipilih untuk ke USA tahun ini, dan secara tepatnya ke CALIFORNIA! Tak pernah termimpi atau terfikir atau teringin pun nak ke negara Uncle Sam ini, walaupun kita ni dibesarkan depan TV dengan omongan Hollywood kan? Entah la, tak pernah teringin pun, maybe sebab jauh gila kot memikirkan nak memetakkan punggung dalam flight hahaha!


Tapi kali ini berbeza, ianya adalah reward daripada Shaklee dan yang lebih istimewa kami bukan saja akan menyertai Shaklee LIVE- Global Convention bersama- sama ribuan pengedar dan busines leaders dari seluruh dunia, kami juga akan diraikan dalam majlis anugerah gilang gemilang. Dua hari lepas kami terima email daripada Shaklee tentang details flights, jadual program dan senarai award yang akan kami terima di sana pula. Allahu akbar, betapa melimpah ruahnya rezekiMu bagi kepada kami! Tidak habis lagi gembira menerima pelbagai award semasa National Conference, nah, ada lagi di US pula. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Dan sudah tentu selain ke Shaklee LIVE, dengar cerita antara aktiviti yang di susun ialah ke Disneyland, dan Factory Outlets, bukan saja di California, tapi juga kami akan ke Sans Francisco! Tak sabar nak tunggu 23hb untuk mendengar penerangan lebih detail lagi daripada pihak pengurusan Shaklee Malaysia.

Kita Google gambar dulu lah, apa yang ada di California yer!

Premium Outlets, tak pasti yang mana satu kami akan pergi, tapi tak kesah!! 
Kena pilih, nak shopping lebih atau spend time at Disneyland too! Oh I want both!! 
Long Beach, California, superb skyline at night
Paling utama, kami nak pegi ke Shaklee HQ di Pleasanton, California!  

Now, kena Google, apa yang menarik di Sans Francisco pula :)

Much love,
Puteri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...