Tuesday, November 26, 2013

rahsia awet muda, siapa artis kegemaran anda?

Tiba- tiba je kan, topik ni? Eh taklah tiba- tiba, saya dapat idea nak menulis tentang rahsia awet muda artis ni sebab bulan ni promosi Vivix, tonik anti penuaan yang hebat, keluaran Shaklee, hasil kajian bertahun- tahun lamanya. Memang meriah promo tahun ini memandangkan jarang- jarang Shaklee Malaysia buat promo produk hebat ni. Saya lagi la seronok sebab ini dah jadi produk kegemaran kami sekeluarga, termasuk mak abah saya, dan ibu ayah mertua saya. Hari Sabtu lepas, ibu bagitau dia dah tak sakit lutut lagi sejak konsisten minum Vivix, haih gembira sangat rasa!

Awal bulan ni, saya ke Bangsar Shopping Center untuk lunch, tiba- tiba ternampak Sofea Jane. Oh sangat la cantik, langsung tak berubah rupa sejak saya tengok dia dalam Harry Boy! Hahaha ok nak tergelak terkenang movie itu. Syukurlah beliau tidak sangkut dalam corak filem yang serupa, dan semakin fabulous dari tahun ke tahun. Tiba- tiba nak jugak lawa macam Sofea Jane kihkihkih!

Pic: Googled
Tapi ku sedar diri, cukuplah senyuman yang manis dan sel yang sihat, walaupun tidak serupa Sofea, tapi feeling fabulous tu tetap ada haha! So ladies, stop wasting your money on make-ups, let's repair your cells and see the awesome effects!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, November 13, 2013

Bisnes MLM, satu perjalanan yang sunyi

Saya teringat dulu (2002 kot?) saya pernah menemani rakan saya "dating" dengan seorang lelaki yang dikenalkan oleh rakan kami yang lain. Kami bertiga berjumpa di KFC, saya, lelaki tersebut dan rakan saya. Saya tak berapa ingat apa yang berlaku, tapi saya sangat ingat satu perkara, iaitu lelaki tersebut seorang businessman MLM, brand Omega Trend. 

Lelaki itu tidak bercakap tentang hal lain, selain daripada bisnes MLM, nampak sangat bersemangat dan bersungguh- sungguh. Kami berdua pula langsung tak tau menahu tentang bisnes, dan kami memang jenis tak pandai berlakon. Jadi, muka sangap kami sangat jelas, dan lelaki itu berkata "Maaf la yer korang, saya memang dah tak reti nak cakap pasal benda lain, memang nak cakap pasal Omega Trend je". Hahaha! Jujur orangnya. Seperti yang anda boleh duga, itulah kali terakhir rakan saya "dating" dengan mamat tersebut. Tadak magnet! 

Saya juga begitu di awal penglibatan bisnes Shaklee. Tiba- tiba saya jadi begitu passionate dengan bisnes ini, dan seharian itu saja yang saya cerita! Pong pang pong pang! Tak berhenti- henti! Ngeri tak? Alhamdulillah ianya tak seperti cara konvensional MLM, saya hanya pong pang di Facebook dan blog saja. Tiada muka sangap yang saya nampak, dan sangat minimum rasa malu itu. Maklumlah kita cuma update status Facebook dan layan komen (jika ada haha). Itu saja. 

Makin lama, makin ramai yang ambil tahu tentang aktiviti Shaklee saya di Facebook. Ada yang jadi customer, ada yang jadi ahli. Akhirnya merebak dan hari ini Puteri & Friends ada lebih 500 orang ahli, saya kumpulkan semua di dalam group khas (rahsia & eksklusif) di group Facebook. Meriah dan tidak pernah sunyi dengan pelbagai discussion sesama kami SETIAP HARI! 

Saya teringat kembali kepada mamat Omega Trend. Saya fikir mungkin dia sunyi, kerana bisnes MLM tanpa kuasa internet adalah sukar dan bukan calang- calang orang boleh tabah. Terutamanya kami generasi yang super busy, semua nak cepat saja. Dengan internet, click click, banyak benda boleh selesai. Malah Shaklee pun dah fully online sekarang ni, nak jadi ahli, nak order barang, sampai lah nak check bonus pun online! Syukur Alhamdulillah, mudahnya perjalanan kami berbanding generasi MLM dahulu. 

Tapi sudah tentu ada cabaran berbeza pula. Bila semua nak cepat, orang jadi tak sabar, termasuklah customer kami. Jika barang habis stock, lambat sampai, oh parah juga tu! Dan saya akui jika tidak ada support group yang kuat, kami juga akan tewas, kesunyian dan hilang arah. Saya bermula dengan support yang diberikan oleh dua orang uplines saya, Cery & Alin. Dan saya mengenali 2-3 orang sidelines lain, yang juga baru bermula bisnes mereka. Semakin lama semakin ramai orang yang saya kenal, dan bertuahnya saya, mereka juga memberi sokongan. Sama- sama memotivasikan diri untuk berjaya. Dan apabila PAF semakin besar, saya ada downlines yang menjadi tempat saya bertukar pendapat, berkongsi impian dan harapan. Semakin hari semakin kuat hubungan kami. Kami tidak sunyi lagi! Internet mengukuhlan lagi hubungan kami dan kini kami ada community kami sendiri. 

Kepada distributor2 yang baru join bisnes Shaklee, jika anda perlu bimbingan dan rasa sunyi, carilah uplines anda. Kadang- kadang ada juga yang lost dan menghubungi saya, terpaksa saya berterus terang, dan bertanya apa dah jadi dengan uplines anda? Carilah mereka dan hulurkan tangan untuk dibimbing dan dipimpin, supaya anda tidak sunyi lagi.

Kepada yang berminat untuk menyertai komuniti kami, boleh hubungi saya :)

Master Puteri 
016- 344 7727 (WhatsApp)
puteriyusof@gmail.com 

Tuesday, November 12, 2013

Kumpul wang untuk sambung belajar?

Ini saya berani jamin memang kisah benar!

Tahun lepas, sahabat saya beritahu saya, nak join bisnes Shaklee, untuk kumpul duit, rencana asal mahu ke UK menyambung pelajaran. Saya tak berapa setuju dia ke UK, sebab nanti saya akan mati kutu rindukan dia uhuk! Tapi sudah tentu saya setuju dia pilih Shaklee sebagai jalan untuk kumpul duit ke UK. 

Dia mahukan RM10k, menjelang Oktober 2013 untuk top u
p biasiswa yang (mungkin) dia perolehi. Januari 2013, bermula dengan modal RM65, dia mengorak langkah, meniru 100% cara saya memasarkan produk Shaklee dan membimbing ahli kumpulannya pula.

Sahabat saya jelas dengan visi dan misinya, mahu mengumpul RM10k menjelang Oktober 2013. Allah Maha Kaya, dia mengumpul lebih daripada RM10k dan lebih manis tambahan RM10k itu menjadi miliknya Oktober lepas. Dan manis juga untuk saya, sahabat saya tidak dapat tawaran biasiswa tersebut, dan ambil keputusan untuk tangguh pengajian. Yahooo! Aha, boleh anda teka, apa petua kejayaan sahabat saya ini? Cuba "read between the lines" tulisan saya ini  




Anda mahu menabung untuk yuran pelajaran juga? Oh sudah tentu tak mahu tambah hutang dengan PTPTN kan? Hubungi saya untuk mulakan bisnes Shaklee anda hari ini!

Master Puteri
016- 344 7727

Sunday, November 10, 2013

Kelab 5 Pagi


Kalau anda kenal saya (rakan baik, ahli keluarga, suami), mereka tahu saya sangat suka tidur. Saya rela berlapar dan pilih untuk tidur. Kalau di asrama dulu, saya rela miss nasi beriani hari Jumaat sebab nak tidur lepas balik sekolah. Di sekolah pun saya tidur. Dalam bas sekolah pun tidur. Memang kaki tidur. 





Tahun lepas, saya buka Kelab 5 pagi, idea yang saya tiru daripada pengasas Mary Kay. Beliau bangun seawal jam 5 pagi untuk memulakan perancangan harian bagi memajukan bisnes kosmetiknya. Saya tertarik dengan idea ini dan saya pun "menubuhkan" kelab tersebut seorang diri. Seorang saja ahli, iaitu SAYA. Saya sertai kelab 5 pagi kerana seperti Mary Kay Ash, saya mahu berjaya dalam bisnes Shaklee saya. Saya punya dua anak kecil dan masih menyusukan Adam ketika itu. Saya tidak ada jadual tidur yang tetap tapi saya tetap akan bangun pada pukul 5 pagi. Presiden kelab lah katakan! 

Seawal jam 5 pagi, saya menulis blog dan buat promosi. Kadang- kadang saya buat poster dan share di FB. Paling saya suka ialah berkongsi kata- kata semangat di awal pagi untuk semua rakan FB. Dan paling saya ingat orang yang sering komen kepada iklan, poster dan motivation note saya cuma seorang. Mungkin dia ada kelab yang sama di cawangan Rawang hehehe. Dia sahabat saya sejak sekolah menengah dan kini top 3 leader dalam group PAF. 

Dengan Kelab 5 pagi saya ini, masa saya lebih terancang, dan saya tidak risau tentang Facebook yang belum update dan promo yang belum saya kongsi. Saya akan berhenti pada pukul 6-6.30 pagi, ikut jadual tidur Adam pada masa tu. Dan jangan lupa, tahun lepas saya masih perlu bersiap ke ofis pulak! 

Itu cerita tahun lepas. Cerita setahun yang kurang tidur dan kurang rehat. Alhamdulillah yang tidak berkurang ialah rezeki kami sekeluarga, baik dari segi kewangan, kasih sayang dan kesihatan. Manis rasanya!

xoxo
Puteri 
016-344 7727

Saturday, November 9, 2013

Dying to know, scared to ask?


Semalam ada perbualan menarik antara saya dan seorang sahabat, sambil makan tengah hari. 


Dia terlalu curious tentang bisnes saya, kerana saya langsung tidak bercerita tentang Shaklee jika tidak ditanya. 

"So you don't go around and call people to meet?"

"Errm NO. I just share the info with EVERYONE on my Facebook and blog". 

"Interesting, because all my friends that are into this always harassing me and I would run if I see them"

"Hmmm yeah, it's interesting that you don't run from me today" 

Selesai lunch, kami pun berpisah, kemudian dia kata,

"Kak Puteri, can I come and OBSERVE your training?"

"Sure!" 

See, this is how we do it, since the beginning. Just be yourself, share the info, and let people come to you. 

Sound easy? Hey, not without steps and some magic tips yeah :)



xoxo
Puteri 
016-3447727

Friday, November 8, 2013

Bisnes Shaklee, nampak duit atau nampak peluang?

Shaklee distributor sendiri ramai yang tidak sedar akan peluang ini
Pic: Googled


Masa mula-mula mahu serius bisnes Shaklee (sebelum tu sekadar pengguna tegar), saya tidak nampak besarnya wang dan pendapatan yang boleh saya buat dengan bisnes ni. Saya kurang faham pun dengan maksud cash, car dan convention yang Shaklee offer. 

Saya bukan ada latarbelakang bisnes, tiada ilmu marketing pun. Saya tak pernah tanya berapa ribu income upline saya pun. Malu nak tanya oii, kurang sopan ku rasa (pada masa tu lah!). Lepas tu baru saya tahu dalam MLM memang OK kalau nak tanya income orang lain hahaha! 

Jadi apa yang saya ada pada masa tu ialah keinginan untuk berubah dan mengubah masa depan. Saya nampak peluang bekerja dari rumah, peluang masa dengan anak2 dan keluarga. Saya banyak fokus pada keupayaan bebas memilih. Kes malas pegi kerja la dalam bahasa simplenya haha!


Bila dah jelas peluang car, cash & convention depan mata, saya rembat dan pulun berusaha. Kini walaupun perjalanan membina empayar saya masih jauh, saya sudah mampu tersenyum dan berbangga. Alhamdulillah. 

Puteri 

016- 344 7727

Tuesday, November 5, 2013

Master Coordinator, milik kami akhirnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hampir sebulan saya tidak update blog, hakikatnya secara fizikal tidaklah busy mana, tapi fikiran sangat- sangatlah busy. Memikirkan segala macam action planning untuk group saya Puteri & Friends.

Master Coordinator, milik kami!

Bulan September menyaksikan usaha kami selama 2 tahun dengan bisnes Shaklee, memberi imbuhan yang sangat menakjubkan. Kami akhirnya bergelar Master Coordinator, satu rank idaman bagi semua distributor Shaklee yang serius mahu mengubah kehidupan mereka dan kehidupan orang lain. Saya demam teruk di hari closing, dan Allah beri saya rezeki dalam bentuk persahabatan, dengan bantuan upline saya Alin, saya closing dengan rank baru dan paling atas iaitu Master Coordinator. Dan saya hanya berada di atas katil, berselimut sambil memegang handphone :')

Segalanya berlaku dengan pantas sepanjang bulan October, semangat Master Coordinator ini bukan saja meresap ke dalam jiwa saya, malah berjangkit ke dalam jiwa anak-anak buah dalam PAF. Oktober bulan yang haru biru, apabila Shaklee mula melaksanakan urusan secara online. Sistem online yang baru akan menghadapi segala macam isu, dan kami tidak terkecuali mengharung cabaran tersebut. Shaklee pula dan overwhelmed dengan permintaan yang tinggi terhadap produk, dan tiba- tiba sepertinya seluruh Malaysia mahukan produk Shaklee dan sepertinya seluruh Malaysia mahu berbisnes Shaklee hahaha! Walau bagaimanapun cabaran, kami closing dengan hebat sekali, dengan total sales untuk PAF saja melebih setengah juta ringgit. Kami, yang bukanpun ada latarbelakang sales and marketing, achieved semua ini. Kami telahpun effektif sebagai Master untuk bulan kedua, dan rewardnya sangat manis. Subhanallah! Alhamdulillah!

Ini gambar kami di majlis Master Celebration,
Master Zura dan Malik, di Hotel Prince KL
 
Start Bright Series PAF

Sejak bulan Ogos tahun ini, kami telah menjadualkan Start Bright Series setiap bulan untuk semua ahli PAF. Kelas ini bertujuan memberi gambaran awal dan asas kepada semua ahli baru (dan juga yang lama) tentang halatuju bisnes dan mengapa mereka mesti grab peluang ini. Seperti tajuk training ini, kami mahu ahli2 PAF mula dengan langkah yang jelas dalam bisnes Shaklee ini. Setiap bulan, selain saya & suami, leader- leader lain dalam PAF juga akan turut serta memberi input dalam setiap topik yang ada. Saya seronok mengendalikan training ini, sebab masa inilah saja saya dapat berjumpa face- to face dengan ramai anak buah PAF. Kami lebih banyak berinteraksi dalam Facebook saja, jadi memang excited bila dapat jumpa LIVE! Bulan ini, kami akan ke Penang untuk training yang sama khas untuk orang utara. So excited!!



Alhamdulillah tahun ini, segalanya tentang bisnes Shaklee kami, diberi rezeki yang lebih, bukan sekadar reward kewangan, tapi juga kemunculan sahabat2 yang sanggup bersama- sama susah dan payah, suka dan duka. Reward kesihatan di kalangan kami dan ibubapa kami. Reward masa yang lebih untuk anak- anak yang sedang membesar. Dan reward iman yang sering kami doa supaya semakin meningkat dan tidak diganggu gugat. Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...