Sunday, November 10, 2013

Kelab 5 Pagi


Kalau anda kenal saya (rakan baik, ahli keluarga, suami), mereka tahu saya sangat suka tidur. Saya rela berlapar dan pilih untuk tidur. Kalau di asrama dulu, saya rela miss nasi beriani hari Jumaat sebab nak tidur lepas balik sekolah. Di sekolah pun saya tidur. Dalam bas sekolah pun tidur. Memang kaki tidur. 





Tahun lepas, saya buka Kelab 5 pagi, idea yang saya tiru daripada pengasas Mary Kay. Beliau bangun seawal jam 5 pagi untuk memulakan perancangan harian bagi memajukan bisnes kosmetiknya. Saya tertarik dengan idea ini dan saya pun "menubuhkan" kelab tersebut seorang diri. Seorang saja ahli, iaitu SAYA. Saya sertai kelab 5 pagi kerana seperti Mary Kay Ash, saya mahu berjaya dalam bisnes Shaklee saya. Saya punya dua anak kecil dan masih menyusukan Adam ketika itu. Saya tidak ada jadual tidur yang tetap tapi saya tetap akan bangun pada pukul 5 pagi. Presiden kelab lah katakan! 

Seawal jam 5 pagi, saya menulis blog dan buat promosi. Kadang- kadang saya buat poster dan share di FB. Paling saya suka ialah berkongsi kata- kata semangat di awal pagi untuk semua rakan FB. Dan paling saya ingat orang yang sering komen kepada iklan, poster dan motivation note saya cuma seorang. Mungkin dia ada kelab yang sama di cawangan Rawang hehehe. Dia sahabat saya sejak sekolah menengah dan kini top 3 leader dalam group PAF. 

Dengan Kelab 5 pagi saya ini, masa saya lebih terancang, dan saya tidak risau tentang Facebook yang belum update dan promo yang belum saya kongsi. Saya akan berhenti pada pukul 6-6.30 pagi, ikut jadual tidur Adam pada masa tu. Dan jangan lupa, tahun lepas saya masih perlu bersiap ke ofis pulak! 

Itu cerita tahun lepas. Cerita setahun yang kurang tidur dan kurang rehat. Alhamdulillah yang tidak berkurang ialah rezeki kami sekeluarga, baik dari segi kewangan, kasih sayang dan kesihatan. Manis rasanya!

xoxo
Puteri 
016-344 7727

1 comment:

herny ridzwan said...

wah kelab 5 pagi? good idea.... take me! take me!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...