Assalamulaikum semua :)
Kalau anda pengedar Shaklee, atau business leader Shaklee, mesti sekarang dah terasa kehangatan National Conferene 2015 ni. Tiket- tiket pun dah habis dijual, briefing untuk qualifier pun dah dibuat minggu ni. Tahun ni nampak gaya kami terpaksa miss lah National Conference. Next week saya dah nak bersalin. By the time saya keluar wad, National Conference pun bermula. Tapi saya tetap tak sabar nak lihat update daripada leaders dan pengedar Shaklee dalam group saya, dan juga dari rakan- rakan leaders yang lain.
Saya nak berkongsi kenangan National Conference yang pertama saya sertai, tahun 2012. Masa tu, saya tak kenal sapa -sapa kecuali uplines saya, Master Azlin dan Master Shareeza. Dan saya belum ada group sendiri. Hanya saya sorang. Pergi pun dah lewat. Goodies pun dah habis masa tu, kena collect kemudian di Home Office. Aliyah masa tu umur 3 tahun, dan Adam baru nak masuk setahun. Ingat lagi saya sorong stroller masuk dewan, Adam tido nyenyak. Aliyah lepak dengan Ayah dia di luar dewan.
Saya jumpa Master Shareeza sekejap, jumpa Master Alin sekejap. Tak duduk pun kat kerusi, punya lah rasa cuak, awkward semua ada. Dalam hati, "Adui, I don't belong here, among the winners. Ya Allah segannya". Nak tau tak saya duduk mana? Nun belakang dewan, berdiri, bersandar di dinding dewan. Diam- diam, sorang- sorang. Mesti kalau sapa- sapa yang kenal Master Puteri sekarang, tak sangka, dia ni pernah rasa malu dan tebal muka dalam majlis National Conference hahaha!
So I stood there, watching and listening. And I saw barisan mak- mak gendong anak naik pentas (Shaklee is a big hit among stay at home moms) ambik award demi award. I cannot explain my feelings masa tu. Mixed up between "oh wow hebatnya diaorang ni" dengan "erghhhhh I feel like a loser, mak- mak ni pun boleh buat, aku camane??"
Saya telan rasa loser dan rasa malu tu, dan terus mendengar. Absorbing so many things around me. Tak pernah lagi saya rasa macam tu duduk dalam mana- mana majlis. Entah lah, rasa bersemangat, rasa nak balik, sebab macam loser hahaha semua ada. Oh sebab utama rasa loser tu pasal bisnes masa tu tak kemana. Saya tak fokus, tak tau apa tujuan bisnes. Kejap semangat, kejap tak. Loser style woot woot! LOL!
So anyway, came Presidential Master Mr. Shawn Gray from the US. Dia jadi jemputan istimewa National Conference tahun tu. Beliau pun cerita, macam mana bisnes bermula, melalui isterinya. Mereka mencari solution untuk kesuburan rupanya melalui produk Shaklee. Masa dia cerita ni, suami saya pun dah join saya, berdiri di belakang. Teruja dengan perkongsian Shawn Gray. Dia migrate dari US ke China selepas Shaklee memulakan operasi di China. Memang mula from zero di negara asing. Perkongsian ni benar- benar membuka mata saya. Saya yang selesa dan ada macam- macam kemudahan untuk bisnes, sebenarnya kena mulakan langkah. Bukan susah sampai nak pindah China pun haha!
Tahun lepas kami ke Global Conference dan lagi sekali dengar speech Mr. Shawn Gray dan isterinya. Beliau dianuegarahkan Global Ambassador oleh Shaklee Corporation di atas sumbangan di peringkat antarabangsa. Baru- baru ni saya nampak update beliau di Facebook, dia berjaya dapat kelayakan sebagai keluarga angkat seorang anak yatim dari China, berusia 5 tahun, selepas 3 tahun berusaha menyiapkan segala paperwork. Though he never know me, I feel so happy for him and his family.
So back to National Conference. Itulah National Conference yang merubah pandangan saya (dan saya tahu ia merubah pandangan suami saya juga dalam diam), dan titik tolak permulaan bisnes saya. Saya tak tau apa Allah tetapkan untuk saya pada masa tu, tapi Allah gerakkan hati saya untuk stay sampai habis majlis. Hujung majlis, saya cepat- cepat blah sebab masih malu ayam hahaha tapi dalam hati berapi- api to make it right.
Saya tak pasti bagaimana kesan National Conference pada orang lain, tapi inilah yang berlaku pada saya. I'm happy Allah gerakkan hati saya untuk pergi dan dengar dan terinspirasi. Alhamdulillah.
Master Puteri Yusof
016- 344 7727
Wangsa Maju, KL.
Friday, May 29, 2015
Monday, May 25, 2015
Confinement lady
Assalamualaikum semua :)
Tadi saya pergi check up, final visit sebelum nak operation next week. Alhamdulillah baby OK, cuma saya tak boleh cergas sangat dah, sebab since week 35 dah mula early contractions. Dan bila rest, kurang pulak contraction tu. Kalau boleh tanak la awal dari planning. Biar elok dia membesar kat dalam perut macam kakak dan abang dulu, ngam- ngam 38 weeks. So sekarang ni banyak la benda buat from bed je hehe. Pagi- pagi masih lagi keluar hantar anak sekolah dengan suami, breakfast dulu baru balik rumah, panjat katil. Kalau tak keluar, senak juga fikiran.
Bila survey- survey pasal keperluan berpantang ni, menarik pulak saya tengok trend upah confinement lady ni. Macam- macam jenis ada. Stay in ada, daily pun ada. Harga wow not bad! Terus rasa nak belajar mengurut amek upah jadi confinement lady hahaha! Makan ribu- ribu yer kalau amek 1-2 minggu tu. Ada yang handle ibu saja, ada yang handle ibu dan anak. Ada yang siap masakkan. Hamboih heaven! Ibaratnya macam ada spa di rumah. Cepatlah sihat, boleh fokus susukan anak elok- elok. Memang best kalau dapat.
As for me, belum lagi ada keperluan sampai ke tahap itu. Masa anak pertama, Mak jaga tip top. Anak kedua, ada maid bantu. Anak ketiga, my confinement lady is my husband haha! Alhamdulillah, style kerja dari rumah ni, bagi ruang untuk suami jaga saya dan anak- anak sekaligus. Dan syukur jugak dia boleh buat kerja rumah, mandikan newborn pun boleh. Taklah pakar macam bidan- bidan. Tapi Mak dah pesan, minggu kedua, sila balik kampung je. At least makan Mak boleh setelkan. So kami fokus jaga baby dan anak- anak je. Kebetulan pulak cuti sekolah, elok sangat lah tu.
As for the business, syukur sangat banyak benda boleh setel secara online saja. Jadi tak heran kalau tengok ramai yang time pantang ni la bisnes diaorang naik mencanak- canak. Newborn ni most of the time tido jer. Mak layan WhatsApp business la apa lagi hahaha! Tapi jangan tak rest pulak. Lagi satu bila depan orang tua- tua di kampung tu, sorok la enpon tu. Nanti kena "nasehat" hahaha!
Oh walaupun tak minat sangat nak ambil confinement lady, tapi saya dah aim nak dapatkan service ni selepas habis 44 hari berpantang nanti. Cuba tengok ni, Airnys Luxury Mobile Spa.

Sangat menarikkkkk kan?!
Wednesday, May 20, 2015
Hidup ada pilihan, atau tidak?
Assalamualaikum semua :)
Pagi tadi saya teringat perbualan dengan rakan seuniversiti longggggg time ago. His dad passed away when he was in secondary school, leaving behind 4 or 5 children and his mother. Tapi yang buat saya terkejut, bila dia kata "tak tinggal harta takpe lagi, tapi tinggal hutang pulak". I still could see how his face turned very kelat masam masa dia keluarkan statement ni. Dan of course terkejut jugak, bila dia sampai hati pulak kutuk arwah bapaknya tu :p
Ini buat saya terfikir. Apa agaknya anak- anak kita kata tentang kita dan cara kita menguruskan kehidupan, kalaulah mereka tahu?
Kalaulah mereka tahu yang kita sebenarnya lepaskan banyak peluang untuk ubah gaya hidup supaya dapat lebih masa dengan mereka semasa membesar?
Kalaulah mereka tahu yang kita sepatutnya tak perlu berhutang piutang semata- mata untuk gaya hidup yang belum kita mampu?
Kalaulah mereka tahu yang janji- janji kita kepada mereka selama ni sekadar nak sedapkan hati mereka saja? Disneyland? Legoland? Ok nanti kita pergi yer...
Kalaulah mereka tahu yang hutang piutang kita ni takde kaitan pun dengan struggle kita nak membesarkan mereka tapi lebih kepada kemahuan nafsu kita saja?
Kalaulah mereka tahu yang memang kita risau anak- anak di taska, tapi lama- lama kita ok je, takpe, ramai lagi budak- budak yang serupa, anak- anak will survive...
I hope no one get offended, sebab I am not talking about anyone else, but me, 2 years ago. I was so worried about sending my kids to babysitter. Macam- macam fikir. Sekejap je risau, Lepas tu fikir ahh takpe budak - budak kan fleksibel, lama- lama OK la tu. Memang makin lama diaorang tak menangis pun pergi rumah pengasuh. But their eyes don't lie. Those sad eyes looking at us when we fetched them late. Those sad eyes in the morning, when we rushed them out of the house, into the car and off to the babysitter's.
At the same time, I was so worried about our financial state at that time. How do we survive if I lost my job, if my husband leaves, if I reach 50 with the same pay, and heck what is my retirement plan?!
I wasn't thinking of having a lot of money 2 years ago. but to get JUST ENOUGH!
Last week, we talked about the life we had before we started to work at home together. Saya beritahu suami, "Syukur sangat kita ada pilihan. Imagine parents yang takde pilihan. Dah la hari- hari kat Facebook macam- macam cerita tentang budak- budak ni. We are not perfect, but we try our best, hoping it will work for us".
He replied "There is no such thing as TIADA PILIHAN".
Is it true?
Sigh.
May Allah guide and protect us all, our children and our parents, our friends and our neighbours.

Thursday, May 14, 2015
Peluang kerjaya untuk graduan
Assalamualaikum semua,
Semalam saya baca artikel ini, berkaitan isu yang saban tahun diperkatakan iaitu isu graduan menganggur dan tiada peluang pekerjaan. Menurut Menteri di JPM, lebih 161, 000 graduan berusia 20- 24 tahun sedang menganggur dalam negara kita ni. Usia sebegitu pada pendapat saya, sangatlah produktif jika ilmu dan skill dapat digunakan sebaiknya.
Saya teringat ketika saya habis belajar duluuuuuuu (zaman dinasor), saya sempat bekerja sebagai guru sandaran, waitress di Pizza Hut, dan pernah sehari bekerja sebagai marketer (sehari je sebab malu sangat nak promote produk dalam shopping mall). Kemudian baru saya berjaya dapat pekerjaan pertama (itupun secara kontrak) sebagai pegawai penyelidik di USM.
Itu cerita dulu. Nak cerita peluang kerjaya untuk graduan sekarang pulak. Bulan May ni, Shaklee melancarkan Young Entrepreneur System (Y.E.S), satu program baru yang beri tambahan 5 lagi insentif kepada semua usahawan baru yang mendaftar sebagai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia. Biasanya Shaklee menawarkan 6 sumber tunai untuk usahawan Shaklee (berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan), dan kini ada tambahan 5 insentif pulak lagi. Total semua 11 peluang!
Jadi bulan ni, Shaklee telah membuat banyak siri roadshow untuk memberi penerangan kepada pengedar dan business leaders Shaklee tentang peluang yang mesti diambil. Dan lebih menarik, kita ada 6 hingga 12 bulan untuk menikmati ganjaran ini, di samping belajar mengembangkan bisnes selepas tempoh 12 bulan tersebut.
Kalau nak tau, ada 5 PERKARA PENTING kenapa peluang Young Entrepreneur System yang dianjurkan oleh Shaklee ini sangat sesuai dengan para graduan:
1- Bisnes Shaklee boleh dimulakan dengan modal yang sangat rendah (serendah RM70 untuk bayaran keahlian seumur hidup). Tiada keperluan untuk mengeluarkan modal beribu- ribu ringgit, malah jika anda menyertai group saya, memang saya akan nasihatkan agar anda bermula dengan cara paling simple saja.
2- Bisnes Shaklee boleh dijalankan secara online. Dan sudah tentu ini kelebihan graduan sekarang kan, sangat internet savvy, suka dengan Facebook, blogging dan sebagainya. Memang skill yang penting untuk bersaing di pasaran.
3- Bisnes Shaklee boleh dijalankan dari mana- mana, pada bila- bila masa. Disebabkan ianya boleh dijalankan secara online, bermakna kita boleh berhubung dengan mudah. Malah untuk membeli produk, pun boleh dibuat melalui portal online Shaklee. Dan Shaklee mempunyai cawangan- cawangan di seluruh Malaysia bagi memudahkan pengedar untuk mendapatkan produk, menghadiri ceramah- ceramah percuma, menyertai program latihan dan sebagainya. Kalau tak berada di KL pun takde masalah!
4- Bisnes Shaklee berpegang kepada 3 konsep yang ringkas iaitu USE - SHARE - BUILD. Jadi semua usahawan baru dan lama, wajib bermula dengan pengguna produk Shaklee, walaupun satu jenis produk tidak mengapa. Kenapa ia penting? Kerana kita mahu memberi bukti dan gambaran sebenar kepada kesan produk ini. Kita tanak jadi jurucakap produk yang mereka pun tak pernah sentuh. Ini tidak adil untuk pengguna. Dari kesan penggunaan produk Shaklee ini boleh lah kita berkongsi kebaikan dengan orang lain pula. Dan dengan cara inilah kita mula ambil order, mula bina bisnes bersama- sama rakan- rakan downlines yang lain pula. Cara ini adalah yang paling mudah untuk mana- mana graduan yang tidak ada pengalaman bekerja atau berniaga sebelum ini. Asalkan mahu, dia boleh buat dan boleh belajar.
5- Bisnes Shaklee bukan satu pekerjaan, tapi satu cara menimba pengalaman mengurus bisnes sendiri, di usia muda. Siapa tak mahu jadi boss sendiri kan? Masa bekerja kita tentukan, malah income pun kita boleh tentukan banyak mana kita nak, dan kita usahakan sendiri. Tapi graduan yang menyertai bisnes ni kena tau, walaupun takde ada boss, bisnes ni wajib ada MENTOR. Cuma hubungan antara kita dan mentor tidak seperti kita dengan boss. Mentor diperlukan untuk kita belajar dan meniru apa yang telah dia buat sehinggal mencapai kejayaan dalam bisnes Shaklee. Mentor juga tempat untuk kita bertanya, dan mengadu bagi sama- sama mencari jalan penyelesaian. Lagi satu beza yang besar antara boss dan mentor ialah, mentor memberi ruang untuk kita buat keputusan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kalau dengan boss, apa dia kata, itu lah yang kita kota kan, betul tak?
Anda mahu 12 bulan akan datang jadi begitu berbeza dengan rakan course mate anda yang lain? Kalau nak dengar cerita panjang tentang income, strategy dan lain- lain peluang (umrah dan ziarah 5 bintang, trip ke USA 2016, bonus kereta dan sebagainya), boleh lah hubungi kami ya :)
Puteri Yusof
016- 344 7727
Wangsa Maju KL

Antara business leaders dalam group saya yang hadir di KL branch semalam. Diaorang ni dah lama grad, tapi muka muda belaka hahaha! |

Monday, May 11, 2015
Sambutan Hari Ibu
Assalamualaikum semua :)
Selamat Hari Ibu!
Meriah sungguh timeline saya semalam, dengan pelbagai ucapan dan gambar- gambar kawan- kawan sambut hari Ibu. Ada yang diraikan suami dan anak- anak, dan ramai juga yang meraikan ibu dan ibu mertua mereka. Meleleh jugak air mata bila baca sharing masing- masing tentang kasih sayang Mak- mak mereka. Priceless :)
Saya takde celebrate apa- apa, tapi menghabiskan masa pagi ke petang di kelas bulanan kami, Start Bright Series. Tak ramai yang hadir semalam, ada beberapa orang cancel last minute, tapi kelas tetap diteruskan. Semalam kami dapat dengar details tentang pengalaman suami saya sejak dia berhenti merokok, yang saya sendiri belum tahu. Saya harap dapat beri maklumat lebih jelas kepada yang hadir, tentang keperluan supplements bagi membantu proses dan usaha untuk berhenti merokok.
Semalam juga saya sempat berkongsi maklumat tentang pelan Young Entrepreneur System (Y.E.S) yang pertama kali diperkenalkan oleh Shaklee Malaysia. Pelan ini merupakan insentif tambahan kepada pelan sedia ada, bermakna ahli baru yang menyertai bisnes Shaklee sekarang ni layak untuk mendapat imbuhan yang jauh berganda- ganda berbanding pelan biasa. Dan yang best lagi, kita ada 12 bulan untuk grab semua tu, satu jangkamasa yang sangat possible untuk sesiapa saja yang mahu berusaha. Dan 12 bulan ni termasuk boleh jadi Master Coordinator dengan income lebih 30k sebulan tau. Melampau :)
Saya bersedia untuk menjadi Mentor bisnes anda, hubungi saya :)
Puteri 016- 344 7727
Wangsa Maju

Thursday, May 7, 2015
Fesyen Baju Kurung Moden Terkini
Assalamualaikum semua :)
Bagi anda yang rajin baca blog ni, mesti tau sekarang ni saya dah di penghujung trimester ketiga, bermakna tak lama lagi dah nak bersalin. Dan kalau anda nak tau, ini kali kedua saya akan bersalin dan kemudian berpantang di bulan Ramadhan! Bermakna musim orang shopping raya nanti, saya hmmm di rumah saja la :p
Tapi saya tak risau. Banyak sangat peluang untuk online shopping, jadi pilih saja lah. Kalau tengok sekarang ni demam baju raya dah bermula pun, rambang mata! Suami saya kata, pilih je warna apa untuk tema raya tahun ni, dengan syarat : MESTI IKUT WARNA BAJU RAYA DIA TAHUN- TAHUN LEPAS YANG MASIH ELOK TU. Aiseh, ketat jugak syarat tu hahaha! Suami saya tanak dah beli baju melayu baru sebab pakai sekejap sangat, rugi katanya. Apa- apa sajalah, janji saya boleh shopping heeee...Dan macam biasa, hari raya pada saya, tetap manis dengan baju kurung. Tak reti nak ber-dress- dress lah time raya. Tak feel kan?
Perasan tak semakin lama, rekaan baju kurung semakin moden dan boleh dikatakan mengikut trend terkini. Kalau dahulu, rekaan baju kurung sememangnya, simple dengan potongan pesak di bahagian tepi. Tetapi, sejak akhir- akhir ini, semakin ramai pereka fesyen tanah air yang tampil dengan koleksi baju kurung moden terkini online dengan potongan daring dan berani!
Berikut merupakan potongan baju kurung moden yang paling basic dengan padanan kain ala mermaid. Baju kurung moden pada kebiasaannya tidak mempunyai pesak dan tidak terlalu labuh.
Tidak lupa juga dengan fenomena kurung peplum yang betul- betul menarik perhatian semua penggemar fesyen. Untuk yang masih kurang jelas, peplum ada rekaan beropol di bahagian pinggang baju kurung. Yang ni, kalau budak- budak pakai pun alahai comelnya sepasang dengan dengan mak.
Kemudian, muncul pula rekaan baju kurung moden yang berlengan sedikit lebar atau bat- wing. Saya suka jugak style ni, tapi hati- hati yer masa nak ambik juadah tu, sebab style ni mudah benar terendam dalam kuah kacang atau lodeh hahaha!
Dan yang paling latest adalah rekaan baju kurung moden ala kimono. Comel bukan? Banyaknya pilihan, memang rambang mata!!
Subscribe to:
Posts (Atom)