Assalamulaikum semua :)
Kalau anda pengedar Shaklee, atau business leader Shaklee, mesti sekarang dah terasa kehangatan National Conferene 2015 ni. Tiket- tiket pun dah habis dijual, briefing untuk qualifier pun dah dibuat minggu ni. Tahun ni nampak gaya kami terpaksa miss lah National Conference. Next week saya dah nak bersalin. By the time saya keluar wad, National Conference pun bermula. Tapi saya tetap tak sabar nak lihat update daripada leaders dan pengedar Shaklee dalam group saya, dan juga dari rakan- rakan leaders yang lain.
Saya nak berkongsi kenangan National Conference yang pertama saya sertai, tahun 2012. Masa tu, saya tak kenal sapa -sapa kecuali uplines saya, Master Azlin dan Master Shareeza. Dan saya belum ada group sendiri. Hanya saya sorang. Pergi pun dah lewat. Goodies pun dah habis masa tu, kena collect kemudian di Home Office. Aliyah masa tu umur 3 tahun, dan Adam baru nak masuk setahun. Ingat lagi saya sorong stroller masuk dewan, Adam tido nyenyak. Aliyah lepak dengan Ayah dia di luar dewan.
Saya jumpa Master Shareeza sekejap, jumpa Master Alin sekejap. Tak duduk pun kat kerusi, punya lah rasa cuak, awkward semua ada. Dalam hati, "Adui, I don't belong here, among the winners. Ya Allah segannya". Nak tau tak saya duduk mana? Nun belakang dewan, berdiri, bersandar di dinding dewan. Diam- diam, sorang- sorang. Mesti kalau sapa- sapa yang kenal Master Puteri sekarang, tak sangka, dia ni pernah rasa malu dan tebal muka dalam majlis National Conference hahaha!
So I stood there, watching and listening. And I saw barisan mak- mak gendong anak naik pentas (Shaklee is a big hit among stay at home moms) ambik award demi award. I cannot explain my feelings masa tu. Mixed up between "oh wow hebatnya diaorang ni" dengan "erghhhhh I feel like a loser, mak- mak ni pun boleh buat, aku camane??"
Saya telan rasa loser dan rasa malu tu, dan terus mendengar. Absorbing so many things around me. Tak pernah lagi saya rasa macam tu duduk dalam mana- mana majlis. Entah lah, rasa bersemangat, rasa nak balik, sebab macam loser hahaha semua ada. Oh sebab utama rasa loser tu pasal bisnes masa tu tak kemana. Saya tak fokus, tak tau apa tujuan bisnes. Kejap semangat, kejap tak. Loser style woot woot! LOL!
So anyway, came Presidential Master Mr. Shawn Gray from the US. Dia jadi jemputan istimewa National Conference tahun tu. Beliau pun cerita, macam mana bisnes bermula, melalui isterinya. Mereka mencari solution untuk kesuburan rupanya melalui produk Shaklee. Masa dia cerita ni, suami saya pun dah join saya, berdiri di belakang. Teruja dengan perkongsian Shawn Gray. Dia migrate dari US ke China selepas Shaklee memulakan operasi di China. Memang mula from zero di negara asing. Perkongsian ni benar- benar membuka mata saya. Saya yang selesa dan ada macam- macam kemudahan untuk bisnes, sebenarnya kena mulakan langkah. Bukan susah sampai nak pindah China pun haha!
Tahun lepas kami ke Global Conference dan lagi sekali dengar speech Mr. Shawn Gray dan isterinya. Beliau dianuegarahkan Global Ambassador oleh Shaklee Corporation di atas sumbangan di peringkat antarabangsa. Baru- baru ni saya nampak update beliau di Facebook, dia berjaya dapat kelayakan sebagai keluarga angkat seorang anak yatim dari China, berusia 5 tahun, selepas 3 tahun berusaha menyiapkan segala paperwork. Though he never know me, I feel so happy for him and his family.
So back to National Conference. Itulah National Conference yang merubah pandangan saya (dan saya tahu ia merubah pandangan suami saya juga dalam diam), dan titik tolak permulaan bisnes saya. Saya tak tau apa Allah tetapkan untuk saya pada masa tu, tapi Allah gerakkan hati saya untuk stay sampai habis majlis. Hujung majlis, saya cepat- cepat blah sebab masih malu ayam hahaha tapi dalam hati berapi- api to make it right.
Saya tak pasti bagaimana kesan National Conference pada orang lain, tapi inilah yang berlaku pada saya. I'm happy Allah gerakkan hati saya untuk pergi dan dengar dan terinspirasi. Alhamdulillah.
Master Puteri Yusof
016- 344 7727
Wangsa Maju, KL.
No comments:
Post a Comment