Monday, May 25, 2015

Confinement lady

Assalamualaikum semua :)

Tadi saya pergi check up, final visit sebelum nak operation next week. Alhamdulillah baby OK, cuma saya tak boleh cergas sangat dah, sebab since week 35 dah mula early contractions. Dan bila rest, kurang pulak contraction tu. Kalau boleh tanak la awal dari planning. Biar elok dia membesar kat dalam perut macam kakak dan abang dulu, ngam- ngam 38 weeks. So sekarang ni banyak la benda buat from bed je hehe. Pagi- pagi masih lagi keluar hantar anak sekolah dengan suami, breakfast dulu baru balik rumah, panjat katil. Kalau tak keluar, senak juga fikiran.

Bila survey- survey pasal keperluan berpantang ni, menarik pulak saya tengok trend upah confinement lady ni. Macam- macam jenis ada. Stay in ada, daily pun ada. Harga wow not bad! Terus rasa nak belajar mengurut amek upah jadi confinement lady hahaha! Makan ribu- ribu yer kalau amek 1-2 minggu tu. Ada yang handle ibu saja, ada yang handle ibu dan anak. Ada yang siap masakkan. Hamboih heaven! Ibaratnya macam ada spa di rumah. Cepatlah sihat, boleh fokus susukan anak elok- elok. Memang best kalau dapat.

As for me, belum lagi ada keperluan sampai ke tahap itu. Masa anak pertama, Mak jaga tip top. Anak kedua, ada maid bantu. Anak ketiga, my confinement lady is my husband haha! Alhamdulillah, style kerja dari rumah ni, bagi ruang untuk suami jaga saya dan anak- anak sekaligus. Dan syukur jugak dia boleh buat kerja rumah, mandikan newborn pun boleh. Taklah pakar macam bidan- bidan. Tapi Mak dah pesan, minggu kedua, sila balik kampung je. At least makan Mak boleh setelkan. So kami fokus jaga baby dan anak- anak je. Kebetulan pulak cuti sekolah, elok sangat lah tu.

As for the business, syukur sangat banyak benda boleh setel secara online saja. Jadi tak heran kalau tengok ramai yang time pantang ni la bisnes diaorang naik mencanak- canak. Newborn ni most of the time tido jer. Mak layan WhatsApp business la apa lagi hahaha! Tapi jangan tak rest pulak. Lagi satu bila depan orang tua- tua di kampung tu, sorok la enpon tu. Nanti kena "nasehat" hahaha!

Oh walaupun tak minat sangat nak ambil confinement lady, tapi saya dah aim nak dapatkan service ni selepas habis 44 hari berpantang nanti. Cuba tengok ni, Airnys Luxury Mobile Spa.



Sangat menarikkkkk kan?! 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...