Thursday, May 14, 2015

Peluang kerjaya untuk graduan

Assalamualaikum semua,

Semalam saya baca artikel ini, berkaitan isu yang saban tahun diperkatakan iaitu isu graduan menganggur dan tiada peluang pekerjaan. Menurut Menteri di JPM, lebih 161, 000 graduan berusia 20- 24 tahun sedang menganggur dalam negara kita ni. Usia sebegitu pada pendapat saya, sangatlah produktif jika ilmu dan skill dapat digunakan sebaiknya.

Saya teringat ketika saya habis belajar duluuuuuuu (zaman dinasor), saya sempat bekerja sebagai guru sandaran, waitress di Pizza Hut, dan pernah sehari bekerja sebagai marketer (sehari je sebab malu sangat nak promote produk dalam shopping mall). Kemudian baru saya berjaya dapat pekerjaan pertama (itupun secara kontrak) sebagai pegawai penyelidik di USM.

Itu cerita dulu. Nak cerita peluang kerjaya untuk graduan sekarang pulak. Bulan May ni, Shaklee melancarkan Young Entrepreneur System (Y.E.S), satu program baru yang beri tambahan 5 lagi insentif kepada semua usahawan baru yang mendaftar sebagai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia. Biasanya Shaklee menawarkan 6 sumber tunai untuk usahawan Shaklee (berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan), dan kini ada tambahan 5 insentif pulak lagi. Total semua 11 peluang!

Jadi bulan ni, Shaklee telah membuat banyak siri roadshow untuk memberi penerangan kepada pengedar dan business leaders Shaklee tentang peluang yang mesti diambil. Dan lebih menarik, kita ada 6 hingga 12 bulan untuk menikmati ganjaran ini, di samping belajar mengembangkan bisnes selepas tempoh 12 bulan tersebut.

Antara business leaders dalam group saya yang hadir di KL branch semalam.
Diaorang ni dah lama grad, tapi muka muda belaka hahaha! 


Kalau nak tau, ada 5 PERKARA PENTING kenapa peluang Young Entrepreneur System yang dianjurkan oleh Shaklee ini sangat sesuai dengan para graduan:

1- Bisnes Shaklee boleh dimulakan dengan modal yang sangat rendah (serendah RM70 untuk bayaran keahlian seumur hidup). Tiada keperluan untuk mengeluarkan modal beribu- ribu ringgit, malah jika anda menyertai group saya, memang saya akan nasihatkan agar anda bermula dengan cara paling simple saja.

2- Bisnes Shaklee boleh dijalankan secara online. Dan sudah tentu ini kelebihan graduan sekarang kan, sangat internet savvy, suka dengan Facebook, blogging dan sebagainya. Memang skill yang penting untuk bersaing di pasaran.

3- Bisnes Shaklee boleh dijalankan dari mana- mana, pada bila- bila masa. Disebabkan ianya boleh dijalankan secara online, bermakna kita boleh berhubung dengan mudah. Malah untuk membeli produk, pun boleh dibuat melalui portal online Shaklee. Dan Shaklee mempunyai cawangan- cawangan di seluruh Malaysia bagi memudahkan pengedar untuk mendapatkan produk, menghadiri ceramah- ceramah percuma, menyertai program latihan dan sebagainya. Kalau tak berada di KL pun takde masalah!

4- Bisnes Shaklee berpegang kepada 3 konsep yang ringkas iaitu USE - SHARE - BUILD. Jadi semua usahawan baru dan lama, wajib bermula dengan pengguna produk Shaklee, walaupun satu jenis produk tidak mengapa. Kenapa ia penting? Kerana kita mahu memberi bukti dan gambaran sebenar kepada kesan produk ini. Kita tanak jadi jurucakap produk yang mereka pun tak pernah sentuh. Ini tidak adil untuk pengguna. Dari kesan penggunaan produk Shaklee ini boleh lah kita berkongsi kebaikan dengan orang lain pula. Dan dengan cara inilah kita mula ambil order, mula bina bisnes bersama- sama rakan- rakan downlines yang lain pula. Cara ini adalah yang paling mudah untuk mana- mana graduan yang tidak ada pengalaman bekerja atau berniaga sebelum ini. Asalkan mahu, dia boleh buat dan boleh belajar.

5- Bisnes Shaklee bukan satu pekerjaan, tapi satu cara menimba pengalaman mengurus bisnes sendiri, di usia muda. Siapa tak mahu jadi boss sendiri kan? Masa bekerja kita tentukan, malah income pun kita boleh tentukan banyak mana kita nak, dan kita usahakan sendiri. Tapi graduan yang menyertai bisnes ni kena tau, walaupun takde ada boss, bisnes ni wajib ada MENTOR. Cuma hubungan antara kita dan mentor tidak seperti kita dengan boss. Mentor diperlukan untuk kita belajar dan meniru apa yang telah dia buat sehinggal mencapai kejayaan dalam bisnes Shaklee. Mentor juga tempat untuk kita bertanya, dan mengadu bagi sama- sama mencari jalan penyelesaian. Lagi satu beza yang besar antara boss dan mentor ialah, mentor memberi ruang untuk kita buat keputusan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kalau dengan boss, apa dia kata, itu lah yang kita kota kan, betul tak?

Anda mahu 12 bulan akan datang jadi begitu berbeza dengan rakan course mate anda yang lain? Kalau nak dengar cerita panjang tentang income, strategy dan lain- lain peluang (umrah dan ziarah 5 bintang, trip ke USA 2016, bonus kereta dan sebagainya), boleh lah hubungi kami ya :)

Puteri Yusof
016- 344 7727
Wangsa Maju KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...