Thursday, May 7, 2015

Fesyen Baju Kurung Moden Terkini

Assalamualaikum semua :) 

Bagi anda yang rajin baca blog ni, mesti tau sekarang ni saya dah di penghujung trimester ketiga, bermakna tak lama lagi dah nak bersalin. Dan kalau anda nak tau, ini kali kedua saya akan bersalin dan kemudian berpantang di bulan Ramadhan! Bermakna musim orang shopping raya nanti, saya hmmm di rumah saja la :p 

Tapi saya tak risau. Banyak sangat peluang untuk online shopping, jadi pilih saja lah. Kalau tengok sekarang ni demam baju raya dah bermula pun, rambang mata! Suami saya kata, pilih je warna apa untuk tema raya tahun ni, dengan syarat : MESTI IKUT WARNA BAJU RAYA DIA TAHUN- TAHUN LEPAS YANG MASIH ELOK TU. Aiseh, ketat jugak syarat tu hahaha! Suami saya tanak dah beli baju melayu baru sebab pakai sekejap sangat, rugi katanya. Apa- apa sajalah, janji saya boleh shopping heeee...Dan macam biasa, hari raya pada saya, tetap manis dengan baju kurung. Tak reti nak ber-dress- dress lah time raya. Tak feel kan? 


Perasan tak semakin lama, rekaan baju kurung semakin moden dan boleh dikatakan mengikut trend terkini. Kalau dahulu, rekaan baju kurung sememangnya, simple dengan potongan pesak di bahagian tepi. Tetapi, sejak akhir- akhir ini, semakin ramai pereka fesyen tanah air yang tampil dengan koleksi baju kurung moden terkini online dengan potongan daring dan berani! 


Berikut merupakan potongan baju kurung moden yang paling basic dengan padanan kain ala mermaid. Baju kurung moden pada kebiasaannya tidak mempunyai pesak dan tidak terlalu labuh. 


Tidak lupa juga dengan fenomena kurung peplum yang betul- betul menarik perhatian semua penggemar fesyen. Untuk yang masih kurang jelas, peplum ada rekaan beropol di bahagian pinggang baju kurung. Yang ni, kalau budak- budak pakai pun alahai comelnya sepasang dengan dengan mak. 


Kemudian, muncul pula rekaan baju kurung moden yang berlengan sedikit lebar atau bat- wing. Saya suka jugak style ni, tapi hati- hati yer masa nak ambik juadah tu, sebab style ni mudah benar terendam dalam kuah kacang atau lodeh hahaha! 

Dan yang paling latest adalah rekaan baju kurung moden ala kimono. Comel bukan? Banyaknya pilihan, memang rambang mata!! 

1 comment:

Mursyidah Ismail said...

i boleh tlg belikan jovian 25%

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...