masa zaman remaja, biasa juga dengar orang sebut gila meroyan. memang langsung tak paham maknanya. part gila tu paham la, meroyan tu kurang jelas apa benda. bila dah dewasa, paham jugak sikit- sikit. tapi tak clear lagi. bila dah pregnant baaaaruuu saya baca betul2 tentang postpartum depression dan memahaminya.
dan antara sebab lain pemahaman bertambah juga disebabkan lebih ramai orang bercakap dan berbincang dengan terbuka tentang masalah ini, termasuklah artis- artis hollywood seperti brooke shield, siap tulis buku lagi tentang pengalaman dia. masa dulu2, ramai perempuan2 yang mengalami masalah ini terbiar tanpa diberi perhatian sewajarnya disebabkan oleh kurangnya info dan cara merawat di peringkat awal.
tapi kena tahu juga, perbezaan antara baby blues dengan postpartum depression. baby blues ni saya tak pasti apa term dalam bahasa kita, tapi perubahan hormon dan perubahan gaya hidup di awal kelahiran bayi boleh menyebabkan ibu jadi super sensitif, mood swing tak pasal- pasal, cepat sedih dll. maklumlah, badan pun penat berjaga malam, kadang2 tak paham apa baby nak, kita sendiri masih kesakitan akibat bersalin samada normal atau ceasar. macam- macam hal berlaku pada masa yang sama. ada pulak baby yang tak sihat, meragam dll.
pengalaman saya sendiri, baby blues ni memang betul terjadi. masa selepas lahirkan aliyah, saya jadi risau melampau. bila aliyah tidur, saya dok peratikan nafas dia. hehehe. sampai terlelap ngadap muka anak. kemudian jadi cepat sedih. baby berak lambat basuh pun sedih. tengok perut sendiri yang menggeleber pun sedih. kejap- kejap pegi tandas, untuk menangis je. demam pun menangis. bengkak susu pun menangis. haru biru. tapi tak lama, dalam 2 minggu lepas bersalin je. lepas tu badan dah cergas sikit, kurang la rasa tu. lepas tu hilang terus. saya tanya kawan, apa kena asyik nak menangis je. dia googlekan untuk saya haha. katanya baby blues, and it's normal untuk some mothers. syukurlah ianya sekadar baby blues dan bersifat sementara.
mak saya pernah pesan, dalam pantang tak boleh dengar berita2 tergempar dan sedih2. dan kalau boleh jangan menangis. kebetulan masa dalam pantang aliyah, atok saya sakit teruk. memang sedih sebab saya rapat dengan dia. bila nak nangis je, mak cepat2 larang dan pujuk. so ingat ya, kalau melawat orang baru bersalin, please la tak payah bawak cerita- cerita pelik. kalau ada pun, simpan dulu. hormon diaorang tengah tak betul, tolonglah ya.
alhamdulillah, saya tak mengalami baby blues masa melahirkan adam. saya berpantang di rumah sendiri, sebab mak tengah sibuk menjaga arwah atok yang sakit. kebetulan, tiap kali saya bersalin, atok sakit. dan belum pun habis pantang adam, atok dijemput Allah selamanya. al-fatihah. alhamdulillah, saya tak terbawa- bawa rasa sedih berlarutan.
semasa berpantang dengan adam, walaupun takde baby blues, tapi ada kejadian lain yang beri pengajaran berharga untuk saya dan suami. satu hari, saya dengar cerita dan berita yang kurang sedap, dan beri sedikit pressure pada saya. saya ingat takde apa lah, sebab saya dah luahkan pada suami, dah rasa lega. malam tu, tiba- tiba saya bleeding banyak. mula2 boleh lagi pakai pad, kemudian habis kain, tilam, cadar kena ganti. badan dah rasa ringan, muka dah pucat, kepala dah pening. darah turun banyak sangat. suami cepat- cepat call gynea saya, dan dia suruh monitor sampai midnite. kalau masih bleed, dia suruh pegi emergency dan call dia cepat- cepat. rupanya saya stress dan sebab tu bleeding macam tu.
alhamdulillah, darah stop keluar, dalam pukul 11 malam (mula bleed dari pukul 8pm). kami call semula gynea dan dia suruh datang klinik esok pagi. saya pergi check up, semua OK. pengajaran berharga sangat. ingat, masa pantang, bawa berita gembira saja ya.
lepas dua kali bersalin, saya sangat bersimpati dengan orang2 yang suffer dengan post partum depression ni. baby blues tu pun rasa tak best sgt, imagine yang lebih dari itu. orang2 sekeliling sangat2 penting untuk alert dengan perubahan ibu yang lepas bersalin. suami terutamanya kena jadi tunjang yang kuat untuk support emosi isteri. mesti tanya isteri ok ke tak, bukan saja fizikal, tapi jugak mental dan emosi. dan jangan lupa berdoa dan ingatlah Allah sentiasa. bila badan kita lemah, syaitan juga senang nak mengganggu, dah lah dalam pantang badan kita tak bersih dengan darah nifas kan.
sebabkan pengalaman inilah, saya tak stop makan vitamin b-complex. hanya yang tahu je, tanak tinggal b-complex tiap- tiap hari, terutama yang lepas bersalin. syukur alhamdulillah. semoga pengalaman saya ni membantu InsyaAllah...
|
think happy thoughts always... |
-----------------------
simptom postpartum depression termasuklah:
- tidak berminat dengan bayi
- ada rasa tak suka dengan bayi
- risau melampau dengan keselamatan bayi
- tidak hiraukan diri sendiri
- tidak bertenaga
- tidak bersemangat
- rasa bersalah dan tidak berharga bercampur baur
- hilang selera makan
- berat badan menyusut
- kurang tidur atau terlebih tidur
- asyik fikir tentang mati (atau nak bunuh diri!)
Sumber:
http://www.helpguide.org/mental/postpartum_depression.htm