Friday, September 14, 2012

budak lelaki & budak perempuan, macam langit dengan bumi?

sambil- sambil tunggu flight dari alor setar - kl hari jumaat lepas, saya beli majalah Discovery Channel Magazine. mula- mula pasal nak baca tentang tissue regeneration (saintis dah buat telinga, hidung, guna stem cell manusia!), tapi ada satu artikel yang menarik sangat saya nak share dengan anda semua, tentang perbezaan otak budak lelaki & otak budak perempuan. saya summarizekan interview dengan dr. peter west, head of research group in men and families, university of western sydney. dr. petes west ni pakar dalam bidang kesihatan, pendidikan dan perhubungan orang lelaki.



soalan: dalam bidang pendidikan, budak lelaki respon berbeza dengan budak perempuan, apa yang ada dalam otak budak lelaki sebenarnya?

  • secara amnya, memang ada beza otak lelaki dan perempuan. otak budak perempuan ni, dalam usia 6 bulan lagi, bahagian otak yang berfungsi untuk perkembangan bahasa adalah lebih berkembang berbanding budak lelaki. kajian mendapati, budak perempuan berusia 5 tahun lebih advance bahasa berbanding budak lelaki yang sama umur. perkembangan otak budak perempuan di bahagian prefrontal cortex juga lebih laju, jadi mereka lebih bersedia untuk bertindak jika diganggu bila mula bersekolah. 
soalan: macam mana keadaan ini memberi kesan kepada proses belajar di sekolah?
  • sistem di sekolah banyak menyuruh murid duduk diam, buat kerja, dengar, bercakap, menulis- yang sangat sesuai dengan budak perempuan. budak perempuan akan deal dengan masalah melalui bercakap, explain ataupun terus tunjuk emosi melalui tangisan.  budak lelaki pula lebih senang menonjolkan diri melalui perbuatan fizikal. mereka lebih suka berebut2 untuk menunjuk kebolehan walaupun budak perempuan lebih pandai bercakap, menulis dan mengingat apa yang dipelajari. 
soalan: bagaimana nak pastikan kedua- dua budak lelaki dan perempuan dapat memaksimakan potensi mereka dalam proses pembelajaran formal?
  • kita kena akui, cara pembelajaran formal sangat berkesan untuk budak perempuan. cara belajar untuk budak lelaki kena lebih diperbaiki. budak lelaki gemar bertanding, jadi sistem pendidikan kena guna pendekatan yang sama tapi dengan cara yang positif, dan bukan melalui ujian atau peperiksaan. 
  • budak lelaki juga lebih gemar aktiviti lasak dan aktiviti fizikal, jadi sekolah boleh tingkatkan minat belajar di kalangan budak lelaki dengan membenarkan aktiviti sebegini berlangsung di sekolah. 
  • untuk kedua- dua budak lelaki dan perempuan, semuanya suka dengan teknologi dan cara belajar yang interaktif. 
  • sekolah bukan tempat untuk peperiksaan saja, kita mesti utamankan minat belajar (dengan pelbagai cara) dan terbuka dengan perbincangan dan pertukaran idea. 

sumber: discovery channel magazine, september 2012.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...