Hari ini kemas- kemas notebook business, terjumpa health
analysis yang saya buat masa conference Shaklee beberapa bulan lalu. Lepas buat
analysis, sorok dalam buku, tak buat pun hihihi. Walaupun resultnya taklah
menggemparkan, tapi mesti ada benda yang kena diperbaiki kan.
Ok mari kita lihat apa yang kena repair kat badan saya ni.
Walaupun berat 47kg je, tapi body fat percentage saya (untuk
orang perempuan) adalah tinggi! *sobbing*. Dan lebih sedih, umur badan saya
ialah 37! Dey! I baru 34 tahun ye, in fact belum pun 34, not until October
*wailing*.
Tengok pula resting metabolism, katanya rendah ya. Sedentary
lifestyle y’all! Melepap je kat kerusi seharian. Hari minggu je terkejar-
kejar, tapi taklah berpeluh pun.
Visceral fat saya adalah normal, Alhamdulillah. Tapi apa
benda tu visceral fat? Aha, ini adalah lemak yang meliputi organ dalaman kita. Kalau
lemak tebal sangat di internal organ, ia boleh menyebabkan lemak juga terkumpul
dalam salur darah (eeee ngerinya), boleh menyebabkan kencing manis dan penyakit
hyperlipidimia.
Subcutaneous fat saya pun OK untuk seluruh badan, TAPI TAPI
TAPI ada tempat lemak- lemak ini terkumpul dengan banyak dan bergembira di
situ! Eeeeekkk!! Dalam kes saya ni, di bahagian pinggang, perut dan peha!
Patutlah sejak dua menjak ni teringin sangat nak pakai jubah! Gotcha!
Oh, apa itu subcutaneous fat? Ianya adalah lemak yang
terkumul di bawah kulit. Ianya banyak berkumpul di perut, lengan, pinggang dan
peha. DAN DAN DAN lemak inilah yang boleh buatkan bentuk badan kita LARI! Lari pegi
mana?! Lari sebab malu kot! Aduh sedih!
Walaupun lemak ini tidak berkaitan langsung dengan penyakit, tapi boleh
menyebabkan tekanan pada jantung dan komplikasi lain.
Mujur dia tak cadangkan set lengkap slimming, kalau tak lagi
meroyan tak boleh terima kenyataan! Tapi tapi tapi, kawan- kawan saya yang cuba
set lengkap (Herblax, Lecithin & Cinch) memang sangat gembira dengan
result. Diaorang lebih happy sebab tak perlu ganti makan pun. Tapi macam biasa
lah, kalau nak cepat dapat result, kena bersenam dan jaga jenis makanan dan
jumlah yang diambil. Tak perlu berlapar.
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment