Wednesday, September 5, 2012

impian saya, dan mungkin ramai lagi pun serupa!


Saya pergi meraikan Cery, hari ahad lepas. Dia diraikan dalam majlis besar- besaran oleh Shaklee selepas mendapat title tertinggi sebagai Master dalam business ini. Bukan sekadar title, dia dah dapat pelbagai peluang dan ganjaran, setanding pengorbanan yang dia buat untuk mencapai impian dia.

Ini pulak kisah saya, yang baru 10 bulan menapak menuju impian saya. 

Menapak ya, belum berlari.

Kalau ikutkan saya ni tak berada dalam alam pekerjaan terlalu lama. Lepas belajar, kerja setahun saja, kemudian sambung belajar. Sambung belajar setengah jalan, saya kembali bekerja. Selama 6 tahun di tempat kerja yang sama, saya sempat (hehe) kawen dan lahirkan dua orang anak. Saya tulis sempat kawen pasal kerja saya masa tu memang tak sesuai sangat untuk yang beranak pinak. Kena banyak travel dan tempat yang saya pergi pun tak sesuai nak angkut anak- anak. Masa saya pregnant Adam, saya bawak perut ke Jogjakarta, Manila & Chengdu. Travel masa pregnant tu OK kalau kita sihat, baby pun sihat. Takde masalah besar sebenarnya. Cuma risiko yang kita kena hadapi andaikata nak ter-beranak ataupun kemalangan (nauzubillah). Semasa dalam perjalanan untuk site visit di China, saya berzikir, berdoa dalam kereta supaya urusan kami dipermudahkan. Itu belum termasuk rindu dan rungsing meninggalkan anak sulung di Malaysia. Tapi nak kata saya tak suka kerja saya pun, tak juga. Saya suka kerja saya, saya suka bidang kerja saya.  Suka sangat sebenarnya.

Dalam masa yang sama, isu kerja di opis tak surut. Isu- isu yang boleh buat motivasi kerja merudum, tak pulih- pulih. Selepas bersalin, saya tak nampak gaya isu- isu akan lenyap dan selesai. Saya pun mula mencari kerja lain. Sementara menunggu interview dan mencari- cari kerja yang saya suka, motivasi makin teruk, hari- hari seret badan, otak, hati ke opis. Kalau boleh nak hari2 MC. Kemudian satu hari saya terfikir, berbaloi ke hari- hari macam ni? Berbaloi ke nak habiskan tenaga marah- marah dan susah hati, semata- mata pasal KERJA?! Gila tak berbaloi! Dari suka kerja, jadi benci meluat. Bila dah tak suka, buat apa pun serba tak kena. Sakit mata, sakit hati.

Sementara cuba memulihkan motivasi kerja tu, saya focus tenaga untuk benda lain. Dan benda lain yang saya suka masa tu ialah supplement Shaklee. Kenapa saya suka?

  •           Saya dapat breastfeeding Adam sepenuhnya sebab susu makin OK sejak ambik supplement
  •           Saya dapat handle stress lebih baik sejak ada supplement (I love you B Complex, kalau tak senang mereng pegi opis)
  •           Saya rasa lebih bertenaga walaupun dah kena handle 2 orang anak kecil
  •           Saya dapat bonus tengah bulan, mula- mula RM25 je, kemudian naik RM300, RM700, RM1000++, sentiasa meningkat setiap bulan

Mula- mula saya ingatkan bonus tiap- tiap bulan tu motivasi saya dengan Shaklee. Kemudian saya sedar, sebenarnya bonus tu bukan motivasi saya. Yang buat saya teruja ialah peluang- peluang yang saya boleh grab dengan Shaklee:

  •           Peluang menjana pendapatan tetap dalam plan jangka panjang saya – dengan pelbagai benefit, elaun kereta, travel pegi umrah, holiday, segala macam bonus leadership etc.
  •           Peluang kesihatan yang lebih baik untuk saya, keluarga, kawan-kawan, kenalan
  •           Peluang bebas daripada isu risau anak kena tinggal kat nursery/ babysitter, risau anak asyik makan beli kat kedai sebab balik opis lambat, risau tak sempat nak ajar anak malam2 pasal dah penat sangat, risau dah lama tak duduk baca buku dengan anak2 sebelum tidur (anak tak tidur lagi, mak dah belayar ke alam mimpi) dan segala macam lagi

Saya tak ambil masa lama untuk buat keputusan. Lagi lama fikir, lagi takut nak ambil risiko. Yang saya buat ialah saya harung, teruskan saja. Saya mula dengan sharing di FB, sharing di opis (orang panggil saya doctor, tak kesah pun), sharing di blog. Saya tau ada kawan- kawan pun tak larat nengok updates saya di FB, segalanya Shaklee. Sebab apa? Sebab itu yang buat saya happy dan teruja. Kalau orang lain teruja dengan makanan, diaorang cerita pasal makanan. Sama je konsep sharing tu tadi.

Duit takkan pernah cukup pada manusia. Kalau kita dapat RM10k sebulan, ada orang dapat RM50k, RM100k. Yang buat kita rasa cukup dan puas terpulang kepada apa yang kita mahu sebenarnya. Saya mahu lebih masa dengan anak- anak, saya mahu senang hati diaorang membesar depan mata saya, saya mahu suami dan saya sihat untuk sama- sama besarkan anak- anak, saya mahu beri keselesaan kepada ibubapa (kadang-kadang mak abah sakit pun tak sempat nak jenguk ambil cuti lama).

Ini bukan cerita sedih. Ini sebuah impian. Biar orang lain nak kata apa, saya tetap ke depan menuju impian saya. Dan saya pasti ramai lagi di luar sana punya impian yang serupa. Ada yang tau apa nak buat, ada yang masih mencari- cari. Tanya hati, apa yang anda mahu dan apa yang buat anda happy.

P.S: Alhamdulillah, saya dah dapat kerja baru sejak 2 bulan lepas. Dan saya tak perlu lagi ke luar negara meninggalkan anak- anak. Bila itu yang kita mahu, itu yang kita dapat kerana itu saja yang kita ingat. Saya dapat kerja yang tak perlu ke luar negara YES. Sekarang saya ada benda baru yang saya nak. Saya nak kerja yang tak perlu KELUAR rumah. Hahaha! Kita tunggu dan lihat. Eh, tak boleh tunggu, kita buat SIKALANG juga! 


kalau kita pekakkan telinga, pejam mata, 
kita takkan dengar dan nampak orang yang ketawakan kita tu. 
betul tak? 


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

3 comments:

Aisah Salim said...

'kalau kita pekakkan telinga, pejam mata,
kita takkan dengar dan nampak orang yang ketawakan kita tu.
betul tak?'.....suka sangat dengan statement tuh!!!

Puteri said...

kannn...hehehe!

Yanni said...

I like this...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...