Saya pergi meraikan Cery, hari ahad lepas. Dia diraikan
dalam majlis besar- besaran oleh Shaklee selepas mendapat title tertinggi
sebagai Master dalam business ini. Bukan sekadar title, dia dah dapat pelbagai
peluang dan ganjaran, setanding pengorbanan yang dia buat untuk mencapai impian
dia.
Ini pulak kisah saya, yang baru 10 bulan menapak menuju
impian saya.
Menapak ya, belum berlari.
Kalau ikutkan saya ni tak berada dalam alam pekerjaan
terlalu lama. Lepas belajar, kerja setahun saja, kemudian sambung belajar. Sambung
belajar setengah jalan, saya kembali bekerja. Selama 6 tahun di tempat kerja
yang sama, saya sempat (hehe) kawen dan lahirkan dua orang anak. Saya tulis
sempat kawen pasal kerja saya masa tu memang tak sesuai sangat untuk yang
beranak pinak. Kena banyak travel dan tempat yang saya pergi pun tak sesuai nak
angkut anak- anak. Masa saya pregnant Adam, saya bawak perut ke Jogjakarta,
Manila & Chengdu. Travel masa pregnant tu OK kalau kita sihat, baby pun
sihat. Takde masalah besar sebenarnya. Cuma risiko yang kita kena hadapi
andaikata nak ter-beranak ataupun kemalangan (nauzubillah). Semasa dalam
perjalanan untuk site visit di China, saya berzikir, berdoa dalam kereta supaya
urusan kami dipermudahkan. Itu belum termasuk rindu dan rungsing meninggalkan
anak sulung di Malaysia. Tapi nak kata saya tak suka kerja saya pun, tak juga. Saya
suka kerja saya, saya suka bidang kerja saya. Suka sangat sebenarnya.
Dalam masa yang sama, isu kerja di opis tak surut. Isu- isu
yang boleh buat motivasi kerja merudum, tak pulih- pulih. Selepas bersalin,
saya tak nampak gaya isu- isu akan lenyap dan selesai. Saya pun mula mencari
kerja lain. Sementara menunggu interview dan mencari- cari kerja yang saya
suka, motivasi makin teruk, hari- hari seret badan, otak, hati ke opis. Kalau boleh
nak hari2 MC. Kemudian satu hari saya terfikir, berbaloi ke hari- hari macam
ni? Berbaloi ke nak habiskan tenaga marah- marah dan susah hati, semata- mata
pasal KERJA?! Gila tak berbaloi! Dari suka kerja, jadi benci meluat. Bila dah
tak suka, buat apa pun serba tak kena. Sakit mata, sakit hati.
Sementara cuba memulihkan motivasi kerja tu, saya focus
tenaga untuk benda lain. Dan benda lain yang saya suka masa tu ialah supplement
Shaklee. Kenapa saya suka?
- Saya dapat breastfeeding Adam sepenuhnya sebab susu makin OK sejak ambik supplement
- Saya dapat handle stress lebih baik sejak ada supplement (I love you B Complex, kalau tak senang mereng pegi opis)
- Saya rasa lebih bertenaga walaupun dah kena handle 2 orang anak kecil
- Saya dapat bonus tengah bulan, mula- mula RM25 je, kemudian naik RM300, RM700, RM1000++, sentiasa meningkat setiap bulan
Mula- mula saya ingatkan bonus tiap- tiap bulan tu motivasi
saya dengan Shaklee. Kemudian saya sedar, sebenarnya bonus tu bukan motivasi
saya. Yang buat saya teruja ialah peluang- peluang yang saya boleh grab dengan
Shaklee:
- Peluang menjana pendapatan tetap dalam plan jangka panjang saya – dengan pelbagai benefit, elaun kereta, travel pegi umrah, holiday, segala macam bonus leadership etc.
- Peluang kesihatan yang lebih baik untuk saya, keluarga, kawan-kawan, kenalan
- Peluang bebas daripada isu risau anak kena tinggal kat nursery/ babysitter, risau anak asyik makan beli kat kedai sebab balik opis lambat, risau tak sempat nak ajar anak malam2 pasal dah penat sangat, risau dah lama tak duduk baca buku dengan anak2 sebelum tidur (anak tak tidur lagi, mak dah belayar ke alam mimpi) dan segala macam lagi
Saya tak ambil masa lama untuk buat keputusan. Lagi lama
fikir, lagi takut nak ambil risiko. Yang saya buat ialah saya harung, teruskan
saja. Saya mula dengan sharing di FB, sharing di opis (orang panggil saya doctor,
tak kesah pun), sharing di blog. Saya tau ada kawan- kawan pun tak larat nengok
updates saya di FB, segalanya Shaklee. Sebab apa? Sebab itu yang buat saya
happy dan teruja. Kalau orang lain teruja dengan makanan, diaorang cerita pasal
makanan. Sama je konsep sharing tu tadi.
Duit takkan pernah cukup pada manusia. Kalau kita dapat
RM10k sebulan, ada orang dapat RM50k, RM100k. Yang buat kita rasa cukup dan
puas terpulang kepada apa yang kita mahu sebenarnya. Saya mahu lebih masa
dengan anak- anak, saya mahu senang hati diaorang membesar depan mata saya,
saya mahu suami dan saya sihat untuk sama- sama besarkan anak- anak, saya mahu
beri keselesaan kepada ibubapa (kadang-kadang mak abah sakit pun tak sempat nak
jenguk ambil cuti lama).
Ini bukan cerita sedih. Ini sebuah impian. Biar orang lain
nak kata apa, saya tetap ke depan menuju impian saya. Dan saya pasti ramai lagi
di luar sana punya impian yang serupa. Ada yang tau apa nak buat, ada yang
masih mencari- cari. Tanya hati, apa yang anda mahu dan apa yang buat anda
happy.
P.S: Alhamdulillah, saya dah dapat kerja baru sejak 2 bulan
lepas. Dan saya tak perlu lagi ke luar negara meninggalkan anak- anak. Bila itu
yang kita mahu, itu yang kita dapat kerana itu saja yang kita ingat. Saya dapat
kerja yang tak perlu ke luar negara YES. Sekarang saya ada benda baru yang saya
nak. Saya nak kerja yang tak perlu KELUAR rumah. Hahaha! Kita tunggu dan lihat.
Eh, tak boleh tunggu, kita buat SIKALANG juga!
kalau kita pekakkan telinga, pejam mata,
kita takkan dengar dan nampak orang yang ketawakan kita tu.
betul tak?
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
3 comments:
'kalau kita pekakkan telinga, pejam mata,
kita takkan dengar dan nampak orang yang ketawakan kita tu.
betul tak?'.....suka sangat dengan statement tuh!!!
kannn...hehehe!
I like this...:)
Post a Comment