Assalamualaikum semua :)
Sekejap tadi, selepas menyusukan Adeena, macam biasa, kena tunggu dia burp dulu sebelum tidokan balik. Dia ni pulak, seperti biasa akan burp dan bluwek, jadi masam la baju saya dengan muak anak hahaa!
Saya terfikir, baru sekejap tadi saya menulis tentang tips bisnes, update FB tentang perkembangan bisnes Shaklee. Bila baca, memang gaya korporat abes ni. Income pun 5 angka bulan- bulan, group members pun dah 1000 lebih orang. Alih- alih belakang tabir, uruskan anak, mandi berak anak, siap kena muak bagai hahaha!
Macam mana saya handle emosi saya sebenarnya?
Saya tanya soalan ni pada diri saya sendiri, sebab saya tau, saya ada banyak kelemahan dan kekurangan, baik dalam hal rumahtangga, dan juga hal bisnes. Tambah lagi sekarang dah 3 orang anak. 2 orang yang sangat aktif, dan sorang yang sangat fragile. Semua perlukan perhatian 100 peratus, tidak boleh kurang.
Itu tidak termasuk cabaran- cabaran harian berkeluarga. Ada masa ada anak tak sihat. Ada masa stress berselisih faham dengan pasangan, ada masa berkecik hati dengan orang itu, orang ini. Ada masa boleh ditepis, dan buat selamba. Ada masa, memang terjejas emosi. Sebagai leader dalam bisnes yang melibatkan ramai orang, saya suka ambil langkah neutral. Ada masalah ke, takde masalah ke, tak boleh orang tau melalui gambaran di media social. Lagi pulak, bukan boleh kita harapkan kawan- kawan Facebook nak selesaikan masalah kita, betul tak?
Dalam banyak hal, kena berkorban. Masa untuk diri sendiri dah kena adjust, lebihkan masa untuk anak- anak. Kalau orang kata, tidurlah time anak tidur, saya prefer buat kerja masa diaorang tidur. Sebab tu saya makan supplement dengan sangat- sangat berdisiplin. Takde cincai- cincai dan memang saya makan hampir semua yang wajib untuk tenaga. Bila malam, sebelum jam 10, saya dah panjat katil, start lepak dengan anak- anak, supaya mereka pun boleh tidur awal.
Pada saya, emosi saya lebih terkawal kalau saya boleh kawal persekitaran saya, dan masa saya. Kalau masa dah tak tentu hala, saya senang jadi stress dan emosional. Kalau dapat bangun awal, memang mood saya tip top sampai ke malam. Sekarang ni memang senang sebab berpantang di kampung. Makan minum Mak jaga. Saya cuma handle baby. Suami saya pula handle anak- anak yang besar. Bottom line, I want to be in charged of my time and my surrounding!
Nanti dah balik KL, kena adjust lagi. Saya dah visualize, untuk bangun seawal 5 pagi. Mesti mengepam juga walaupun tak perlu stok susu untuk make sure production tip top. Kemudian kena mandi awal sebelum baby bangun. Pukul 7 anak- anak kena bangun untuk ke sekolah pula. Mungkin saya ada masa untuk kerja dalam jam 9 hingga 11 pagi. Apa- apa pun yang penting, kena fleksibel. Kalau hari ni tak boleh ikut jadual yang kita nak, esok kita ubah.
Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2015
Saturday, June 13, 2015
5 juadah berbuka paling top
Assalamualaikum semua :)
Kejap je kan, Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dapat lagi jumpa Ramadhan dan In Sha Allah jumpa lagi Syawal tahun ni. Saya sekarang ni di kampung, nak sambut Ramadhan dengan family, memandangkan memang berpantang pun di kampung. Kami decide nak lepak seminggu puasa dulu di kampung kemudian balik KL. Cuti sekolah anak- anak pun dilanjutkan sesuka hati oleh kami haha!
Bila di kampung, mudah lah terkenang dan teringin itu ini. Semalam saya teringat juadah- juadah klasik waktu bulan puasa di kampung. Juadah simple je, tapi penuh nostalgia :)
1- Nasi Ulam
Bukan nasi ulam biasa, tapi nasi ulam air tangan arwah Atok saya. Beliau rajin betul mencari ulam- ulam paling sesuai, paling sedap katanya. Dah dikumpul segala macam daun, kitaorang akan duduk sama- sama menghiris, mesti halussss. Sambil tu berborak la, ni namanya ulam apa, itu ulam apa. Ada yang kena letak banyak, ada kena letak sikit saja. Masa tu saya duduk asrama, kalau saya balik, wajib Atok buat punya. Cucu nak makan uhukkk! Nasi ulam Atok saya ni wajib pedas. Dan sebenarnya tak elok pun untuk perut bila tiba berbuka. Terkejut perut hahaha dah tu asyik nak ke tandas la. Hujung- hujung mulahah pedih ulu hati LOL! Masa tu tak kenal lagi supplement Shaklee. Kalau tak, lepas makan nasi ulam, telan je Peppermint Ginger, mesti legaaaa (macam iklan ENO haha).
2- Kuih Limas/ Tepung Pelita
Atau kami adik beradik panggil, "Kueh Boat" sebab bentuk daun pisang tu macam bot kan haha! Kuih ni ada gak kenangan. Dulu depan rumah kami, ada rumah sepupu Mak. Isteri dia rajin buat kueh limas ni. Kuih ni pulak kegemaran Abang saya. Jadi makcik tu akan buat sebab dia tau Abang suka. Manja kan kitaorang? Haha! Kuih ni kalau nak kaw kena lah gula lebih di bawah tu, biar boleh berenang semut! Saya memang terkilan kalau kuih limas kurang gula isk isk isk kejam...Haih dapnyerrrrr...
3- Agar- agar sirap merah
Agar- agar merah ni kena lah Mak yang buat. Rasanya tak manis, tak tawar. Warnanya tak merah sangat, tak pucat sangat. Air gula dimasak dengan pewarna merah dengan daun pandan. Bau wangi je kan. Dah tu letak dalam peti ais. Kejap- kejap bukak peti ais check dah keras ke belum hahaha! Selepas berbuka pun sama, kejap- kejap buka tudung saji, ngap seketui, seketui. Sahur esok pagi sambung lagi. Agar- agar je pun, takde rupa, takde siram cheese ke Nutella ke apa tapi teramat lah sedap dan menyegarkan!
4- Bubur lambuk dan pecal
Kami tak panggil bubur lambuk pun. Kami panggil bubur nasi je. Dan versi Mak punya taklah hancur macam bubur lambuk tu. Masih ada tekstur nasi berketul. Kemudian di makan dengan pecal. Aiyoyoyo tak boleh nak tolong kalau lepas tu tersandar gembira hahaha! Pecal tu kena lengkap la dengan pucuk ubi, jantung pisang muda ohoii gembira gembira!
5- Pengat pisang/ keledek dll
Segala jenis pengat adalah paling ngetop dalam keluarga kami di bulan puasa. Tambahan pula Abah memang "hantu pengat" hahaha! Seperiuk sorang pun boleh tu kalau dibiarkan eehehe! Masa berbuka pengat di makan panas atau suam. Kemudian simpan elok dalam fridge, makan lagi waktu sahur. Padanlah dahaga sangat berpuasa jaman tu, semua benda manis di telan waktu sahur. Isk isk isk! Masa tu mana lah kenal minuman Performance Shaklee lagi.
Ok la cukup la tu 5 juadah. Makin tulis, makin meleleh air liur. Dah la masih berpantang, pengat tak dapek, pecal lagi lagi tak mampu hahaha!
Ok semua, selamat berpuasa, jaga kesihatan dan semoga lebih meriah ibadat kita tahun ini :)

Wednesday, June 10, 2015
10 sebab mulakan bisnes anda hari ini!
Assalamualaikum semua :)
Saya tersenyum melihat poster ini, terasa puas melihat 10 impian yang telah saya kecapi bersama- sama Shaklee. Dalam masa 3 tahun, memang berbaloi masa, tenaga dan jiwa yang saya dedikasikan untuk bisnes ini. Saya akan cuba terangkan satu persatu di bawah ini.
Anda mahu 10 perkara ini? Saya boleh ajar dan jadi mentor bisnes Shaklee anda :)
Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur
Saya tersenyum melihat poster ini, terasa puas melihat 10 impian yang telah saya kecapi bersama- sama Shaklee. Dalam masa 3 tahun, memang berbaloi masa, tenaga dan jiwa yang saya dedikasikan untuk bisnes ini. Saya akan cuba terangkan satu persatu di bawah ini.
1- Hidup lebih sihat
Alhamdulillah, perubahan diri dan keluarga dari segi kesihatan paling bermakna. Apa guna harta benda, kalau badan tak sihat. Paling menggembirakan saya, sudah tentunya bila suami berhenti merokok, dan masih bertahan sehingga kini dengan bantuan supplement Shaklee. Berhenti merokok memerlukan azam yang tinggi (Shaklee pun tak boleh tolong bab azam ni), tapi untuk bertahan, kami sangat berterima kasih dengan bantuan supplement setiap hari.2- Jadi bos sendiri dan bina empayar bisnes
Dah 2 tahun kami bekerja dari rumah saja, takde ofis, tak perlu mengadap bos. Kami tentukan target bulanan, kami tentukan aktiviti harian bagi memastikan target dapat dicapai. Dalam masa 3 tahun kami mengumpul lebih 1000 downlines dalam group Puteri and Friends, dan merencana pelbagai aktiviti dan cara supaya empayar bisnes boleh dikembangkan dan dipertahankan.3- Gaya hidup pilihan sendiri
Gaya hidup kami sekarang simple sangat! Pagi- pagi hantar anak sekolah, sambung buat kerja di rumah, prepare lunch, ambik anak. Kemudian setel lunch dan solat dan berehat. Ada masa saya akan sambung kerja, atau join anak- anak melepak. Kadang- kadang kami shopping, tapi yang best sebelum jem make sure balik cepat2. Tu lah hari- hari gaya kami. Now dah ada new baby, kena lagi fleksibel ikut gaya baby pulak. Apa pun boleh sebab kita lah bosssssss...4- Percutian 5 bintang, PERCUMA!
Kalau orang lain bekerja keras, menabung (atau swipe credit card) untuk percutian tahunan, kami pulak setiap tahun boleh pilih. Nak bercuti luar negara ke dalam negara? Atau dua- dua? Nak pegi berdua ke nak bawak anak? Pun boleh pilih. Yang penting kena kerja keras, cukup points, angkut semua pergi bercuti. Bawak badan je, duit poket pun Shaklee bagi sepanjang percutian. Setel...!5- Masa lebih banyak dengan orang tersayang
Bukan saja anak- anak kini membesar depan mata, nak balik kampung jenguk parents pun takde isu cuti atau masa. In Sha Allah boleh balik every month. Kebetulan mertua saya pun di KL, kadang- kadang lepas hantar anak sekolah, kami singgah breakfast di rumah mertua. Fleksi sangat. Kadang- kadang ambik diaorang bawak window shopping tengah- tengah hari haha. Banyak benda impromptu sebab kita ada masa.6- Kecapi impian
Impian asal saya dengan Shaklee ialah nak bekerja di rumah sebelum anak sulung masuk sekolah rendah. Alhamdulillah, Allah bagi peluang lebih awal. Masa anak umur 4 tahun dah boleh bekerja dari rumah. Kemudian ada la lain- lain impian kecil dan besar. Ada yang dah dapat, ada yang dalam progress. Alhamdulillah.7- Retire young, retire rich
Yang ni belum sepenuhnya. Belum lagi mengecapai passive income 100%, yang mana saya boleh lepak je duit masuk haaha! Masih lagi tahap berusaha keras, bekerja hari- hari, tapi dalam masa yang fleksibel. Belum boleh pencen. Belum kaya raya, tapi Alhamdulillah lebih baik keadaan kewangan berbanding waktu makan gaji dulu.8- Dapat beri inspirasi kepada lebih ramai orang untuk jadi sihat dan bina kehidupan yang lebih baik
Sekarang ni group kami Puteri and Friends dah ada lebih 1000 orang. Bermakna dalam masa 3 tahun ramai dah percaya dan mahu bersama- sama kami untuk jadi lebih sihat, dan bina kehidupan yang lebih baik dengan Shaklee. Ada dekat 200 orang leaders dalam group ni bermakna mereka dah mengecapi income sekurang- kurangnya RM1000 setiap bulan dengan bisnes ini. Ini peluang untuk jadi lebih sihat, di samping bina income yang lebih baik. Kalau kerja makan gaji, kerja saja la, sihat ke tidak, bukan sebahagian daripada pakej yang ditawarkan, betul tak?9- Tiada lagi gaya hidup yang stress dan memenatkan (tanpa tujuan)
No more traffic jammed, no more crowded LRT going to work and coming home. No more morning rush to send the kids to babysitter. No more BOSS! Rasa sangat bertuah!10- Unlimited income
Bila kita faham apa yang Shaklee tawarkan dalam bentuk sumber cash bulanan, memang terbukak mata dengan peluang unlimited income. Dengan syarat kita rajin berusaha, sentiasa menambah ilmu dan berani menghadapi cabaran. Nak kaya, nak senang, of course bukan senang.Anda mahu 10 perkara ini? Saya boleh ajar dan jadi mentor bisnes Shaklee anda :)
Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2015
Kelahiran ketiga
Assalamualaikum semua :)
Maka saya pun sudah selamat bersalin minggu lepas, 31 Mei 2015, jam 3.55 pagi.
Kami telah pun plan dengan doctor untuk pembedahan Caesarean pada 2 June 2015, genap 38 minggu kehamilan. Tapi tapi tapi, ada orang sudah tidak sabar, pada tengah malam 31 Mei, kami pun merasalah panik- panik sikit rush ke hospital bila air ketuban saya keluar, di rumah. First time pengalaman macam ni, sebab dua- dua anak saya sebelum ini, juga melalui kelahiran Caesarean pada genap 38 minggu, tanpa apa- apa tanda dan rasa sakit bersalin.
Sebenarnya, pada minggu 35 saya dah mula rasa contraction yang kerap, terutama bila saya terlebih aktif bergerak pada siang hari. Jadi sepanjang minggu 35- 38, saya memang limitkan keluar rumah, ataupun buat kerja rumah. Semua benda di rumah suami handle. Tidur malam memang dah tak lena, sebab contraction atau pun sebab tak selesa tidur dengan perut besar tu. Kiri kanan pusing serba tak kena sampai pagi.
Mujurlah pada 30hb, Mak saya datang, untuk teman saya selepas bersalin. Jadi saya fikir ok ada 2 hari sebelum operation, boleh lah Mak tolong buatkan groceries shopping sebagai persiapan berpantang. Tersasar nampak gaya perancangan tu ehehe...
Oh sambung kisah malam tu...
Jadi saya pun cepat- cepat call Pusat Perubatan Naluri dan beritahu kami dah on the way nak ke sana, minta diaorang contact doctor. Sampai sana, buat CTG dan VE (erkkk first time ni blergh), ada contrations yang kuat 2 kali, dan tadaaaa zero centimeter bukaan. Itulah ceritanya setiap kali nak bersalin. Baby tak engage sampai sudah, no opening at all.
So doctor pun dah on the way, dan saya pun disiapkan untuk masuk OT. Seram sejuk takut memang ada. Jadi kuatkan semangat sendiri, zikir, dan fikir "courage is not the absent of fear, but having the fear but you do it anyway". Pergh saiko diri sendiri macam nak pegi exam. Kemudian saya pun ditolak atas wheelchair masuk OT. Macam biasa, baring atas katil OT yang muat- muat badan tu je. Anaesthetist pun sampai, dan inject lah belakang, slowly afterwards I cannot feel my legs anymore weeeeeee....!!
Then my doctor came, cool as usual, pastu dia pun panggil my husband masuk OT untuk tujuan penggambaran hehehe... Dalam 25 minutes gitu, keluarlah baby, nangis kuat boleh tahan. Zap zap zap jahit balik perutku, siap!
Now, after one week, I am recovering very well, totally berbeza dengan dua kelahiran sebelum ni. Alhamdulillah. Partly because of experience, and also saya add on few more supplements Shaklee yang dulu saya tak ambil selepas bersalin seperti Vivix. Memang berbeza. Recovery process lebih pantas. Dan saya sangat bersyukur kerana, 2 hari lepas check out, kami check in balik sebab baby ada jaundice. Alhamdulillah, selepas 2 hari 2 malam "bersauna" bacaan kembali normal.
Now we are in kampung, bercuti dan berehat....terima kasih kepada semua yang datang ziarah, yang mendoakan kami sekeluarga :)

![]() |
| Adeena Myeisha :) |
Friday, May 29, 2015
Malu la nak pegi National Conference Shaklee!
Assalamulaikum semua :)
Kalau anda pengedar Shaklee, atau business leader Shaklee, mesti sekarang dah terasa kehangatan National Conferene 2015 ni. Tiket- tiket pun dah habis dijual, briefing untuk qualifier pun dah dibuat minggu ni. Tahun ni nampak gaya kami terpaksa miss lah National Conference. Next week saya dah nak bersalin. By the time saya keluar wad, National Conference pun bermula. Tapi saya tetap tak sabar nak lihat update daripada leaders dan pengedar Shaklee dalam group saya, dan juga dari rakan- rakan leaders yang lain.
Saya nak berkongsi kenangan National Conference yang pertama saya sertai, tahun 2012. Masa tu, saya tak kenal sapa -sapa kecuali uplines saya, Master Azlin dan Master Shareeza. Dan saya belum ada group sendiri. Hanya saya sorang. Pergi pun dah lewat. Goodies pun dah habis masa tu, kena collect kemudian di Home Office. Aliyah masa tu umur 3 tahun, dan Adam baru nak masuk setahun. Ingat lagi saya sorong stroller masuk dewan, Adam tido nyenyak. Aliyah lepak dengan Ayah dia di luar dewan.
Saya jumpa Master Shareeza sekejap, jumpa Master Alin sekejap. Tak duduk pun kat kerusi, punya lah rasa cuak, awkward semua ada. Dalam hati, "Adui, I don't belong here, among the winners. Ya Allah segannya". Nak tau tak saya duduk mana? Nun belakang dewan, berdiri, bersandar di dinding dewan. Diam- diam, sorang- sorang. Mesti kalau sapa- sapa yang kenal Master Puteri sekarang, tak sangka, dia ni pernah rasa malu dan tebal muka dalam majlis National Conference hahaha!
So I stood there, watching and listening. And I saw barisan mak- mak gendong anak naik pentas (Shaklee is a big hit among stay at home moms) ambik award demi award. I cannot explain my feelings masa tu. Mixed up between "oh wow hebatnya diaorang ni" dengan "erghhhhh I feel like a loser, mak- mak ni pun boleh buat, aku camane??"
Saya telan rasa loser dan rasa malu tu, dan terus mendengar. Absorbing so many things around me. Tak pernah lagi saya rasa macam tu duduk dalam mana- mana majlis. Entah lah, rasa bersemangat, rasa nak balik, sebab macam loser hahaha semua ada. Oh sebab utama rasa loser tu pasal bisnes masa tu tak kemana. Saya tak fokus, tak tau apa tujuan bisnes. Kejap semangat, kejap tak. Loser style woot woot! LOL!
So anyway, came Presidential Master Mr. Shawn Gray from the US. Dia jadi jemputan istimewa National Conference tahun tu. Beliau pun cerita, macam mana bisnes bermula, melalui isterinya. Mereka mencari solution untuk kesuburan rupanya melalui produk Shaklee. Masa dia cerita ni, suami saya pun dah join saya, berdiri di belakang. Teruja dengan perkongsian Shawn Gray. Dia migrate dari US ke China selepas Shaklee memulakan operasi di China. Memang mula from zero di negara asing. Perkongsian ni benar- benar membuka mata saya. Saya yang selesa dan ada macam- macam kemudahan untuk bisnes, sebenarnya kena mulakan langkah. Bukan susah sampai nak pindah China pun haha!
Tahun lepas kami ke Global Conference dan lagi sekali dengar speech Mr. Shawn Gray dan isterinya. Beliau dianuegarahkan Global Ambassador oleh Shaklee Corporation di atas sumbangan di peringkat antarabangsa. Baru- baru ni saya nampak update beliau di Facebook, dia berjaya dapat kelayakan sebagai keluarga angkat seorang anak yatim dari China, berusia 5 tahun, selepas 3 tahun berusaha menyiapkan segala paperwork. Though he never know me, I feel so happy for him and his family.
So back to National Conference. Itulah National Conference yang merubah pandangan saya (dan saya tahu ia merubah pandangan suami saya juga dalam diam), dan titik tolak permulaan bisnes saya. Saya tak tau apa Allah tetapkan untuk saya pada masa tu, tapi Allah gerakkan hati saya untuk stay sampai habis majlis. Hujung majlis, saya cepat- cepat blah sebab masih malu ayam hahaha tapi dalam hati berapi- api to make it right.
Saya tak pasti bagaimana kesan National Conference pada orang lain, tapi inilah yang berlaku pada saya. I'm happy Allah gerakkan hati saya untuk pergi dan dengar dan terinspirasi. Alhamdulillah.
Master Puteri Yusof
016- 344 7727
Wangsa Maju, KL.

Subscribe to:
Posts (Atom)