And my kind of traveling was never the fancy type! |
Banyak perkara berubah selepas saya berkahwin dan punya anak. Isu outstation dan kekerapan untuk travel menjadi satu perkara besar antara saya dan suami bagi memastikan tidak ada orang yang terabai dalam keluarga, terutamanya anak kecil. Paling merungsingkan saya ialah masalah untuk menyimpan stok susu, sepanjang saya travel. Semasa anak sulung saya masih menyusu, saya tidak travel ke luar negara, saya cuba untuk adjust supaya lebih banyak tugasan saya adalah di dalam negara. Banyak kali trip dalam negara, saya kena bawak satu keluarga, dan jika ianya day trip pagi ke malam, saya akan mengepam dalam kereta. Mujurlah team mates semuanya memahami dan sangat supportive.
Kemudian saya melahirkan anak kedua, dan lebih merungsingkan, kerana perlu tinggalkan 2 anak kecil dan suami pula. Saya juga yakin, masa depan kareer saya dalam bidang bantuan kemanusiaan tidak begitu cerah, jika saya tidak sanggup travel dan meninggalkan anak-anak saya. Saya juga tidak ada contoh ibu yang menyusu anak sehinggal 2 tahun, tapi masih aktif dalam bidang misi kemanusiaan. Kebanyakan mereka sudah punya anak yang besar, atau belum berumahtangga. Saya terasa begitu terasing dan berseorangan. Ketika itu saya mula membuka langkah mencari kerja lain, yang tidak memerlukan saya travel ke luar negara. Saya begitu fokus dengan hal ini, dan Alhamdulillah, saya dapat tawaran kerja yang sesuai, dan dengan tidak fikir lama, saya terima tawaran tersebut.
Apa yang berlaku pula ialah, untuk kerja yang baru ini, saya perlu travel dalam negara SETIAP MINGGU, pada hari Jumaat, dan pulang hari Ahad. Ini peluang yang baik juga kerana saya tidak perlu meninggalkan mereka, sebaliknya saya bawa semua anak- anak dan suami menemani saya. Sounds perfect, tapi lama- lama, kami jadi penat, tidak ada weekend untuk berehat dan balik kampung. Walaupun gaji agak lumayan, kami dapati perbelanjaan kami meningkat kerana perlu berbelanja lebih semasa di hotel (makan, late check out dll). Claim perjalanan tidak lagi berbaloi dan malah merugikan kami.
Saya dapati hubungan kami suami isteri juga akan jadi agak tertekan selama saya travel. Suami saya walaupun sangat supportive tapi lama- lama akan terkesan dengan cara hidup yang sangat sibuk dan pada kebanyakan masa seperti tidak ada haluan dan ruang untuk membina masa depan samada kareer ataupun rumahtangga. Saya sedar ianya tidak boleh dibiar berlanjutan, jadi saya pilih kerjaya untuk dilepaskan pergi.
Tapi sudah tentu, saya tidak buat keputusan melulu, saya berusaha untuk ada back up, dan bisnes Shaklee adalah safety net saya ketika itu. Saya beri 100% komitmen kepada bisnes dan berjaya keluar daripada kerungsingan akibat terpaksa travel demi kerja. Banyak kali dalam hidup saya perlu buat keputusan, dan ini adalah keputusan yang paling lumayan setakat ini. Kini bisnes kami hanya beroperasi dari rumah, dan di mana- mana saja saya pergi, asalkan ada internet connection. These days, I just want to travel, and not working :)
Alhamdulillah!