Saturday, February 1, 2014

Harga produk Shaklee dilselaraskan antara Semenanjung & Sabah/ Sarawak

Assalamualaikum semua!

Semalam di saat kami ni berdebar- debar nak closing, tiba- tiba dapat pulak message daripada Home Office tentang harga produk Shaklee di Sabah & Sarawak telah diselaraskan. Ya Allah bersyukur sangat! Bukan apa, bila tengok harga Sabah/ Sarawak ni memang lah mahal sedikit, dan dengan kos pengeposan lagi. Bukan semua yang di Sabah tu boleh ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan produk Shaklee. Walaupun boleh order online, bukan semua orang ada internet juga. Ini memang memudahkan customer dan juga memberi ruang yang lebih kepada para pengedar untuk menawarkan khidmat konsultasi terbaik kepada customer. Memang berita yang menggembirakan.

Dua bulan lepas, (at least) di Facebook kecoh dengan isu harga barang naik, dan lawak kangkung. Hari- hari saya tengok kawan- kawan cerita pasal kos yang semakin meningkat. Ramai mengeluh, ramai marah- marah. Harga barang semakin hari semakin mengarut, dan sekarang ni bila kami keluar makan di luar, memang terkejut dengan harga yang kami bayar untuk makan berempat. Tapi itu sebenarnya boleh dielakkan dengan memasak di rumah. Sapa suruh malas masak ye tak? Tapi tak semua orang ada masa nak memasak di rumah. Saya pun dulu ibu yang bekerja. Sebelah malam, cukup baik jika sempat memasak nasi & sejenis lauk. Kalau tidak, semua tapau saja. Saya tidak gemar lauk tapau, walaupun saya tidak rajin memasak. Ada semacam stress tengok lauk dalam plastik berikat getah tu. Tapi apakan daya, makan je la. Sebelah malam jika kami makan di luar, memang ramai ibubapa yang dinner dengan anak- anak yang masih dalam uniform sekolah. Mungkin sekolah petang, atau baru selesai sekolah agama di sebelah petang. Inilah realiti kehidupan kita di bandar.

Dalam group says Puteri & Friends, ramai yang berimpian untuk berhenti kerja dan jadi ibu yang bekerja dari rumah. Majoriti kami dalam PAF adalah wanita, jadi waktu kerja fleksibel adalah impian besar kami. Termasuk saya sendiri semasa saya nekad dan memasang azam untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. Tapi pengorbanannya bukan sedikit, ada yang bersungguh- sungguh, ada yang tinggal sekadar impian, tiada tindakan.

Hari ini 1 Februari, kejap masa berlalu kita dah pun dalam bulan kedua dalam tahun 2014. Dan untuk orang Cina, dah pun bertukar kalendar tahun baru. Tahun Kuda dikatakan tahun yang tough, memerlukan keazaman yang tinggi jika ingin berjaya dan kaya. Sejak penghujung tahun lepas, memang dah dapat rasa 2014 akan jadi lebih tough, dan ini yang sentiasa saya pesan kepada group saya, supaya lebih bersedia.

Dan saya harap saya belum terlewat nak mengucapkan "Happy Chinese New Year" kepada semua :)

Much love
Puteri


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...