Sejak 3 hari ni group WhatsApp saya tak berapa meriah, ramai yang bercuti balik kampung, sesekali muncul mengadu line internet macam siput hehehe! Kami buat keputusan untuk tak balik kampung kali ni, sebab dah 2 tahun kami sangkut dalam jem setiap kali balik kampung masa CNY. Jadi dah tak sanggup lagi. Kebetulan minggu depan keluarga kami akan berkumpul di KL untuk majlis Master Celebration kami. Itu nanti saya cerita :)
Semalam saya beli majalah Time, sebab tertarik dengan artikel bertajuk "The art of being mindful". Zaman sekarang ni semua berjalan dengan pantas, kita sentiasa mahu berhubung dengan orang lain, kita punya smart phone, dengan Apps yang macam- macam untuk memastikan kita boleh hubungi orang lain, dan orang lain boleh hubungi kita. Kejap- kejap kita check phone, tengok messages yang bersusun di WhatsApp la, WeChat la, FB chat lagi, dan baru- baru ni pakat ramai- ramai nak guna Telegram.
Pada masa yang sama juga, kita ni semakin pandai multitasking. Dalam group bisnes saya ni, multitasking memang level tinggi la. Nak layan customer, nak buat iklan, nak coaching, nak uruskan rumahtangga, anak- anak lagi. Teringat pulak, video seorang Mama di Jepun yang menyiapkan anak pergi sekolah tu, hahaha lawak! Hebat kan? Ini belum lagi dia join buat Shaklee dari rumah :p
Walaupun kita rasa hebat boleh buat segala macam benda dalam satu masa, kita sebenarnya semakin kurang memberi fokus kepada benda- benda yang dulunya boleh kita nikmati dengan lebih baik. Contohnya, ketika makan, kita leka membaca updates Facebook dalam phone, tengok makanan pun tidak, tau- tau dah dalam mulut, kunyah lebih kurang, telan. Bila kali terakhir kita benar- benar fokus dengan makanan depan mata, meneliti setiap rasa makanan dan cara kunyahan, atau ingat ke nak baca doa?
Multitasking ni memang skill yang bagus, tapi boleh menyebabkan kita hilang fokus kepada perkara- perkara yang lebih penting, sebagai contoh anak- anak kita sendiri. Saya teringat masa Adam masih menyusu, saya gemar melayan Facebook sambil menyusu. Kemudian saya terbaca tentang habit ini tidak bagus, dan boleh menganggu proses bonding dengan bayi. Saya cuba untuk berhenti guna handphone ketika menyusu, ada masanya boleh, tapi memang restless. Semakin lama, semakin pandai saya mengawal habit ini, dan sekarang dah boleh tak tengok phone dalam 3-4 jam pun saya OK. Aliyah pun sangat smart, jika dia nak saya fokus, dia boleh cakap "Mama, letak phone, tengok sini please". Kalau Adam lagi lah, terus ambil phone, letak tepi, tarik tangan saya!
Mungkin kena buat rules, time out 2-3 jam sehari tanpa phone & laptop!
Take care!
Puteri
No comments:
Post a Comment