Wednesday, January 30, 2013

kolagen ajaib


kalau dapat message dari minah ni, mesti aku gelak sorang- sorang tau. nyampah betul! nyampah in good way gitu. haha! aku kenal hana waaaaaaaaaaaaayyy back in 2004? 2003? entah tak ingat. jaman- jaman mula berblogging, dan tiba- tiba kami rasa kami popular di dunia blog. masa tu blogging adalah suci, takde skim buat duit, takde iklan2 ni. tak ramai pun berjual beli di blog, pastu takde ramai blogger politik ni pun. jaman tu blogger cerita hal rumahtangga, hal makan, hal study, hal cintan, hal-hal remeh buang masa hahaha! itu blog aku la. ada ramai kawan- kawan aku sekarang ni, malah yang memang jadi kawan rapat, akrab sangat, aku kenal thru blogging. i love being part of their blog entries ok, perasan sangat! oh tiba- tiba kata ganti diri jadi AKU pulak. maklumlah down memory lane.

anyway, hana is in the UK right now, and i think she'll be back in march. sejak promo collagen powder bulan 12 lepas dia dah mengidam ni. inshaAllah boleh la kami berjumpa dan sembang hal-hal vain bulan march nanti.

memang seronok dapat feedback customer tentang collagen powder. biasanya saya bagitau dalam 2-3 weeks dapat la tengok results pada kulit terutamanya (walaupun kolagen bagus utk sendi dan mata juga). tapi mostly dalam seminggu dah gembira tak tentu hala sebab makin elok kulit diaorang. memang ajaib haha!

on the serious note, kalau tengok ingredient shaklee collagen powder, memang tak heran result yang gempak tu. sisik red snapper tu ok. ikan ni bukan jenis lepak celah kolong ok. nun laut dalam. sisik ikan laut dalam mcm red snapper ni sangat kuat sebab dalam sana tu tekanan tinggi, kalo ikan lembik, memang tak tahan.

pastu molekul nya halus pulak tu, 1000 dalton saja. letak dalam air, hilang terus. bila halus, senang meresap terus dalam badan dan beri kesan. tak payah tunggu lembut nak rebus, giling, letak kicap cabai. eh jangan marah yer pengguna kolagen asli rumpai laut. gurau je. i tak gemar rumpai, i prefer sisik ikan, rangup sket. hehehe...mai la order sekotak tengok :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, January 27, 2013

anak bijak, mak slim

isu tak sudah pasal anak- anak dan makanan. saya pulak bukan jenis boleh masak hari- hari home cooked meal. anak- anak saya lebih banyak makan home cooked meal di rumah pengasuh sepanjang minggu bekerja. macam- macam lauk pauk diperkenalkan kat anak- anak saya. alhamdulillah. berbeza bila di rumah, aliyah lebih memilih makan. dia tau kat rumah dia boleh order nak apa saja kot. sejak dia dah besar ni, saya bagitau, rumah bukan restoran boleh order je apa nak makan!

untuk tambah selera makan dia, saya beri dia meal shake sejak tahun lepas, campo dalam susu formula. tapi saya notice, bila saya campo sikit meal shake, mesti dia tak boleh minum habis susu tu. mungkin rasa berbeza. dia ni masha Allah sangat la sensitif bab rasa makanan ni. dan sebabkan susah nak bagi dia minum meal shake tu, selera makan dia on- off macam biasa. ada hari makan banyak, ada hari makan sikit.

kemudian saya cuba beri chewable vitamin c, sebab masa tu ramai budak- budak lain pun ada di rumah pengasuh. saya tinggalkan sebotol di rumah pengasuh, untuk dia makan sama- sama dengan budak- budak lain. hmmm kejap je, dia kata masam, tak suka. adoi la.

kemudian, saya cuba chewable vitalea. yang ni memang dia suka. sampai tahap kedekut pulak. nak bawak pegi rumah pengasuh pun tak bagi! dengan chewable vitalea ni nampak beza selera dia, ada peningkatan. walaupun dia tak makan banyak, tapi dia makan, dan pandai mintak makan, selain minum susu.

dan satu lagi rahsia yang dia tak tau. 2-3 kali seminggu saya campo susu formula dia tu dengan omega guard. saya tebuk kapsul tu, picit minyak ikan, campo dalam susu. yang ni saya tak boleh bagi dia tau langsung haha! alhamdulillah omega guard ni tak berbau kuat, campo dgn formula, tak dapat dikesan.

Kalau ada anak bijak, mak kena lagi bijak, shhhh...
yang buat saya pulun jugak nak bagi omega guard ni pasal umur budak- budak sebelum 6 tahun ni kita kena stimulate kaw kaw brain diaorang ni, samada dari segi nutrient, pembelajaran, persekitaran dan lain2. kalau dah miss masa ni alangkah ruginya potensi otak diaorang kan. omega guard ni mengandungi omega-3 yang kaya dengan DHA & EPA untuk membolehkan sel otak bercantum dengan pantas. bila elok bercantum, senang la otak nak absorb.

anak- anak yang minum susu ibu ni bertuah sebab susu ibu memang dah ada siap2 DHA & EPA ni. cuma kandungannya berubah- ubah dan boleh merosot kalau mak tak tambah DHA & EPA dalam diet seharian. saya sendiri makan omega guard sebab masih menyusukan adam. sebabkan aliyah tak menyusu dengan saya lagi, boleh la masukkan dalam susu formula dia. bersyukur saya dapat menyusukan aliyah dulu selama 15 bulan, dia dah merasa la kebaikan DHA & EPA terus daripada susu saya.

nak tau apa lagi bestnya kalau mak amek omega guard ni? boleh buang lemak tak perlu jugak ok. anak bijak, mak slim, sapa tamau?! sehari makan 3 biji je setel!

Nak cuba? Hubungi saya k! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, January 11, 2013

Testing, using Blogeroid

Payah sangat nak guna laptop di rumah, tanpa Aliyah menyibuk, dan Adam berpaut di kaki/ leher/ badan.

Macam ok je Blogeroid ni.

Ciao!

_
Puteri

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 9, 2013

tambah nilai susu ibu dengan DHA!

anda kiasu? saya agak kiasu, kerana itu saya pulun bagi anak susu ibu selagi saya mampu.

1- "lemak bijak" - lemak bijak merujuk kepada kandungan DHA dalam susu ibu. DHA ini juga dikenali sebagai brain boosting fat. DHA adalah nutrien penting dalam pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Otak bayi yang minum susu ibu mengandungi kandungan "lemak bijak" yang lebih tinggi berbanding otak bayi yang minum susu formula (walaupun susu formula juga diperkaya dengan DHA).

2- ibu mesti tambah pengambilan DHA juga. bukan saja DHA sudah sedia ada dalam susu ibu baik untuk bayi, tambahan DHA daripada makanan juga penting untuk perkembangan sistem saraf ibu. win-win situation!

3- kolestrol - hanya orang dewasa saja tak perlukah kolestrol yang tinggi. bayi perlukan kolestrol baik yang tinggi yang mengandungi komponen asas kepada pembuatan sel saraf otak yang sedang membesar. DHA, kolestrol dan lemak- lemak lain dalam susu ibu ini merupakan bahan kepada penghasilan myelin. myelin ialah bahan insulasi yang membolehkan maklumat antara otak di sambung.

4- "gula bijak"- lactose adalah satu- satunya gula yang terdapat dalam susu ibu. apabila badan bayi terima lactose ini, badan akan pecahkan kepada glucose untuk tenaga, dan galactose untuk perkembangan otak. susu manusia mengandungi kandungan lactose paling tinggi berbanding susu lembu.

5- menyerap maklumat dengan lebih cepat- oleh kerana susu ibu dihadam dengan lebih pantas, bayi akan dapat berinteraksi dengan persekitaran dengan lebih kerap. apabila interaksi ini berlangsung berjuta- juta sel akan bercantum. sebab itulah bayi yang berusia satu hari sehingga dua tahun, berupaya menyerap maklumat dengan begitu pantas jika mereka minum susu ibu. interaksi yang dimaksudkan termasuklah dakapan kulit ke kulit antara ibu & anak, pengaliran susu yang berbeza setiap kali menyusu (berbanding aliran susu botol yang sama setiap kali), dan disinilah otak bayi distimulasi setiap hari.

hebat! subhanallah!

Saya tambah nilai susu saya dengan pengambilan Omega Guard setiap hari. 
Terbaik untuk saya dan bayi saya

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, January 4, 2013

sudah 4 hari di bulan januari

hellooooo everyone...!!

berakhir sudah tahun 2012, phew...macam- macam berlaku kan dalam masa setahun. yang pasti semuanya berlaku dengan pantas! dan bulan 12 hari tu, saya sangat laaaa busy dengan kerja & juga business shaklee saya. seronok berbisnes nampak gaya dah melebihi seronok pergi kerja. hehehe!

so, apa azam tahun baru korang? dah tulis ke belum? azam ni kalau setakat di lakar dalam kepala, memang tak kemana. jom tulis elok- elok, satu persatu. mana nak cakap dulu, mana nak buat kemudian. saya dah tulis apa yang saya nak capai, cuma saya tak share secara terbuka lah, segan :)

sudah tentu salah satu azam, nak menyudahkan perjalanan penyusuan saya dengan adam, my cheeky boy! alhamdulillah dah 18 bulan pun budak tu. sangat sihat, sangat manja, sangat kelakar. berbeza dengan kakak dia, adam tak banyak perkataan yang jelas boleh disebut. tapi sangat lah cepat faham arahan. suruh je buat apa, mesti dia buat. tugas rasmi sekarang ni termasuklah hantar botol susu kakak ke sinki! buang sampah pun rajin. ah, my lovely boy! he babbles a lot, some words are mama, takder, babah (tatau apa makna), and many many words that no one understood haha!saya tak kisah pun sebab his expressions are always meaningful, priceless and funny, so words can come later hehehe.

oh back to my breastfeeding journey. so adam dah tak gemar EBM. pengasuh pun dah letih nak pujuk dia minum EBM. jadinya masa saya pergi kerja, dia makan & minum apa saja. bila saya balik kerja baru dia menyusu. dia pun tak gemar formula. jadi sukatilah adam. asalkan happy. so tinggal 6 bulan je lagi. saya dah sound adam setiap hari, 6 bulan je lagi ok! dia akan geleng- geleng kepala pulak.haha! we'll see ok!

aliyah pulak. hmmm...she grows soooo fast! itu je update hahaha! tak larat nak cerita hari- hari ada hal dengan dia. just be prepared, mentally. hehee...

my shaklee business also grows. not too fast, not too slow. on the right track, pacing well. love it! 6 more months, and i shall be....hmmm...nantikan...oh, kalau berminat nak buat side income dan berseronok boleh email saya ya. berseronok tu penting hehe!

so, happy new year everyone! i know it's bit too late, but tak kisah la kan, we are still in january! thank you for visiting my blogs, thank you for supporting me friends!



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...