Dah lama saya tak bercerita tentang adam & penyusuan eksklusif kami. mungkin entry terakhir selepas saya outstation ke bangkok dan bawa pulang susu yang dipam di sana. nak tau tak, susu- susu tu semua cair & tak boleh dipakai lagi. kisahnya, aliyah main fridge, hempas pintu bawah, pintu atas terbuka. saya tak sedar, kami pun keluar sehari suntuk bershopping, makan etc. Bila balik semua dah cair, saya pun dah was- was nak bagi Adam, memandangkan susu tu pun jauh berjalan dari Bangkok nun.
Sejak 2 minggu lepas, Adam sangat kurang menyusu EBM. saya bekalkan 4oz pun tak habis. pengasuh bagitau dia suka makan, jadi saya tak risau sangat. ada masa nak tido pun dia tak perlukan susu. minggu lepas yang lagi kelakar, bila pengasuh tunjuk botol susu, dia geleng kepala dan cabut lari!
rutin harian tetap tak berubah. dia akan menyusu dalam kereta on the way ke rumah pengasuh waktu pagi, dan bila saya ambil dia petang tu, dia akan menyusu lagi. kemudian dia akan makan lagi (walaupun dah makan nasi kat rumah pengasuh sebelah petang) di rumah kadang-kadang makan nasi, roti atau pasta. atau apa saja yang boleh, mesti ngap!
saya masih dengan rutin ber-ESP, alfalfa dengan vitamin2 yang lain. tapi saya dah stop mengepam di office. saya akan pam lepas adam menyusu, dalam pukul 8.30 malam. kemudian saya susukan adam masa dia nak tidur, dalam pukul 10.30. dan sekali lagi bila dia bangun tengah malam. kemudian saya pam lagi sekitar 4-5 pagi. saya simpan stok sedikit di rumah, dan ada 2 pack di rumah pengasuh, yang masih belum bersentuh.
setakat ni dah 4 hari la adam tak menyusu EBM di rumah pengasuh. pengasuh cuba juga pujuk, dapat la habis 1 oz. nak kata diet saya berubah tak jugak. saya masih dengan menu yang sama kot hari- hari. saya tak makan durian atau benda2 busuk macam petai haha! peti ais pun bersih, tak berbau.
hmmm memang pelik. tapi saya bersyukur jugak demand adam terhadap EBM dah berkurangan. terus terang ada masa sangat la hazab nak mengepam tu kan! paling saya malas bila luka. tertekan sangat. so far saya puas hati dapat cecah 18 bulan menyusu. lebih lama berbanding dengan anak pertama, hanya 15 bulan. jadi saya aim untuk melengkapkan penyusuan selama 2 tahun dan tidak lebih dari itu! sekarang pun saya dah slow talk dengan adam, 6 bulan je lagi tau, lepas tu kita cari formula milk pulak. dia senyum je bila saya cakap, senyum setuju atau senyum "forget it mama!" tatau la kan!
oh tips penting untuk ibu yang mahu penyusuan eksklusif ialah : JANGAN GELABAH. itu je.
semoga dipermudahkan Allah :)
Saturday, December 15, 2012
Wednesday, December 12, 2012
shaklee collagen powder, terbaik di pasaran!
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Monday, December 10, 2012
good riddance, panda eyes!
happy monday! here is one more good sharing of satisfied user of shaklee collagen powder. brilliant choice!
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, December 7, 2012
debat perdana: misi cantik akhir tahun, SCP vs 8 Produk
entah kenapa pepagi buta saya ke 7-11, membeli majalah in-trend! tapi saya tau sebab apa hehe. semalam nampak cover ada si hanis zalikha yang comel gila tu. saya memang baca blog dia, sebab lawak- lawak bengong budak tu haha! cover inTren tak pernah saya ambik peduli, tapi ada hanis zalikha ni, magnet lain macam. kihkihkih! comel & kelakar nak mampos! ada 4 orang kat cover tu. aishah sinclair (dunno much about her), sazzy falak (tau sikit2 sebab follow her twitter), and sorang lagi kilafairy? killafairi? entah camane nak eja sebab tatau dia ni nyanyi ke berlakon? anyhoooo....
in-trend memaparkan 8 produk yang anda boleh cuba untuk jadi cantek akhir tahun ni. LAPAN ok! sapu, gosok, tenyeh, basuh, cuci. muka lain, mata lain, tumit lain, anu lain, lagi apa tah.
bila saya baca satu- satu masalah yang boleh diselesaikan dengan kelapan- lapan produk ni, saya perhatikan, ada semua masalah boleh diselesaikan dengan satu produk Shaklee - mode pidato ON!
ok, selak majalah InTrend mukasurat 48 sekarang.
InTrend menyarankan: L'OCCITANE Lavender Pillow Mist RM89
Saya menyarankan: Shaklee Collagen Powder, minum & masker saja sebelum tido
Sekian, hujah saya :)
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
in-trend memaparkan 8 produk yang anda boleh cuba untuk jadi cantek akhir tahun ni. LAPAN ok! sapu, gosok, tenyeh, basuh, cuci. muka lain, mata lain, tumit lain, anu lain, lagi apa tah.
bila saya baca satu- satu masalah yang boleh diselesaikan dengan kelapan- lapan produk ni, saya perhatikan, ada semua masalah boleh diselesaikan dengan satu produk Shaklee - mode pidato ON!
ok, selak majalah InTrend mukasurat 48 sekarang.
Masalah 1: Kulit kusam, gelap dan berparut
InTrend menyarankan: Bio- essence tanaka white, double whitening & clarifying softener RM35.90
Saya menyarankan: Shaklee Collagen Powder
InTrend menyarankan: Himalaya Purifying Mud Pack Scrub RM26.90
Saya menyarankan: Shaklee Collagen Powder again...
Masalah 3: Kulit terbakar dek matahari
InTrend menyarankan: Hada-Labo UV Whitening Emulsion RM55.90
Saya menyarankan: Shaklee Collagen Powder and again!
Masalah 4: Kulit kedut, kering, tidak anjal
InTrend menyarankan: Dr. Brandt Time Arrest Creme DeLUXE RM799 OPOCOT!!!
Saya menyarankan: Shaklee Collagen Powder phewww lega tak semahal 799 hengget!
Masalah 5: Tekstur kulit kasar akibat penuaan
InTrend menyarankan: OLAY Regenerist Night Resurfacing Essence RM99.90
Saya menyarankan: Shaklee Collagen Powder duhhhh...
Masalah 6: Krim malam untuk awet muda
Saya menyarankan: Shaklee Collagen Powder, minum & masker saja sebelum tido
Masalah 7: Kulit tua, mahu efek botok - tegang
InTrend menyarankan: Swiss Line by Dermalab Cell Shock Age Intelligence De-Aging Restorative Complex 25ml RM688
MashaAllah panjang bebeno nama, kalau hapal ni memang terer
Baca senapas. tengok harga pengsan terus
Saya menyarankan: Need I say more? Shaklee Collagen Powder
Masalah 8: Bahagian intim dah kurang cantik
InTrend menyarankan: Pembersih Khusus Wanita Sumber Ayu
Olololo comelnya nama RM? Uiik free ke?
InTrend please be more careful with your proof reading hor...
Saya menyarankan: Tau tak dengan Shaklee Collagen Powder segala celah bedah (ketiak, celah peha, nipple, ahem, boleh cantik juga.
Nak cuci dengan pembersih ni pun OK sebab free je katanya hahaha!
And the winner is.....dummm dummm duummm!
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Thursday, December 6, 2012
has your life at 30s begin?
ok gambar sebelum tu masa saya single tapi dah bertunang, masa tu umur dah 29 tahun. saya kawen masa umur 30. yang gambar after tu, baby tu si adam, anak kedua saya. masa ni dia belum 6 bulan lagi. saya mula makan supplement shaklee bulan july 2011 selepas adam lahir. saya ambil family wellness set (ESP, vitalea, b complex & vitamin C), zinc, alfalfa dan GLA complex. dan saya sangat konsisten sebab tujuan pertama saya makan supplement ialah untuk persediaan penyusuan eksklusif untuk adam. dan bonusnya, saya lebih sihat, segar dan berseri- seri.
i really love my life in my 30's now. life seems complete (with of course a lot of improvement to make), but the secured feeling knowing that i know what i want, is the best feeling in the world to me! i am not talking just about changing the brand, but changing my perception on how shaklee business opportunities allow my potential to be discovered with no limitation. i am loving it!
alhamdulillah.
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Tuesday, December 4, 2012
kelab Pukul 5 pagi
pernah dengar tentang kelab pukul 5 pagi?
pernah dengar nama mary kay? haaa mesti biasa kan, tu jenama mekap antarabangsa tu kan. mary kay, pengasas jenama mekap ini percaya dengan kepentingan bangun lebih awal setiap hari sebelum anak- anak dan ahli keluarga lain bangun. jadi dengan bangun seawal 5 pagi, kita ada dalam 2 jam untuk fokus dengan kerja- kerja seperti kerja rumah ataupun bisnes sampingan.
saya pernah cuba teknik ni. ia berkesan buat sementara kerana 5 pagi saya sangat bergantung kepada adam. adam punya waktu menyusu pagi- pagi berubah. sekarang ni 5 pagi memang time dia bangun! takkan saya nak buat kelab 4 pagi pulak! haih mau tido dalam surau opis kan. tapi masih possible, dia bangun untuk menyusu dalam 10 minit je. lepas tu saya boleh bangun dan buat kerja. yang bagusnya idea 5 pagi ni, kita ada masa untuk solat sunat jugak. buat sikit sebanyak, sebab time ni memang tenang sangat. kemudian boleh sambung solat subuh. rasa lebih bersemangat pun.
macam hari ni saya bangun pukul 4 pagi. semalam tido awal sebab sakit kepala rasa nak kena flu. makan ubat kemudian tido sama- sama dengan anak- anak. pukul 4 terjaga rasa segar, dan tak boleh nak tidur semula. adam pulak sama2 bangun, menyusu sekejap, tertido semula. pukul 5 bangun lagi budak tu! nangis tersedu- sedu sebab saya takde kat sebelah. menyusu lagi. kemudian dia bergolek- golek, menung sana, menung sini, tak tido2. saya buat- buat pejam mata, tak bergerak2. lama2 dia bosan, tertidur sendiri. sejam OK tunggu!
pengurusan masa sangat penting untuk mereka yang mahu buat pendapatan sampingan. saya biasa sangat dengar orang kata takde masa, kerja banyak dll. rasanya semua orang sama. baik yang jadi surirumah sepenuh masa, yang bekerja di pejabat, yang bekerja dari rumah. masa memang tak pernah cukup. kadang- kadang yang single, belum ada anak2, pun tak cukup masa. jadi masalah kita semua sama. yang berbeza macam mana kita handle masa kita. betul tak?
ok, saya jumpa artikel menarik tentang pengurusan masa dan tips praktikal yang boleh kita cuba. jom baca!
1- buat satu aktiviti/ kerja setiap hari untuk business sampingan anda itu. maknanya kena konsisten. hari- hari- hari- hari. lagi kita buat, lagi cepat kita berjaya. simple sangat.
2- mesti ada matlamat. matlamat ni maknanya apa yang kita nak dalam jangka masa panjang, setahun, dua tahun, 5 tahun? kenapa anda buat, apa yang anda sedang buat?
3- mesti ada target harian, target mingguan dan target bulanan. mesti review setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.
4- target mesti berkaitan dengan matlamat kita. kita kadang2 buang masa buat aktiviti yang tak berkaitan dengan matlamat asal kita. sebab tu masa tak cukup!
5- kurangkan masa menonton tv! haaaa...mampu?
6- bangun lebih awal, ataupun tidur lebih lewat setiap hari.
7- mesti track activiti setiap hari. samada dah buat ke belum. tulis to-do-list supaya tak lupa.
8- ambil masa untuk belajar benda baru setiap hari. samada dengan membaca atau Google saja!

---------------------------------------------------
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Sunday, December 2, 2012
kisah kolagen
aha! tak patut la kalau promote pasal Shaklee Collagen Powder, tapi tak cerita pulak tentang apa itu kolagen sebenarnya kan. sekarang ni produk ada macam- macam di pasaran, pilih je ikut bajet masing- masing. tapi selain bajet, paling penting kena tau kandungan produk, selamat ke tidak, side effect dan lain- lain. jangan main telan aje. dan pastikan ada ujian klinikal. seram ok entah macam- macam ingredient diletak asalkan dapat lawa cepat.
ok anak- anak, untuk kenal kolagen, kena kenal dulu kulit kita. kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu:
1- epidermis- kulit luaran kita yang menghalang kehilangan air daripada sel dan tisu. kalau takde epidermis, badan kita akan kekeringan lah.
2- dermis- lapisan kedua selepas epidermis mengandungi salur darah, akar rambut dan saraf. dermis dibina dengan protein yang dikenali sebagai kolagen. kolagen inilah yang menyokong struktur kulit.
3- hypodermis- lapisan ketiga lapisan lemak dan tisu penyambung yang mempunyai salur darah dan saraf yang lebih besar.
ok, disebabkan oleh faktor usia dan persekitaran, secara semulajadinya kolagen yang berada di dermis akan merosot. bila dah tua, senyuman pun menyebabkan garis halus muncul dan kedut- kedut kelihatan. dan ada pelbagai cara untuk kita mengembalikan keremajaan dermis ni tadi dengan menambah kolagen ke dalam badan kita. ada beberapa cara kita boleh buat untuk tambah kolagen yang semakin merosot itu.
yang pertama, antara kaedah yang popular ialah menyuntik kolagen ke dalam kulit. ada yang menyuntik bahan semulajadi seperti lembu, ataupun daripada badan manusia yang terhasil secara bio- engineering.
ada juga bahan sintetik yang disuntik ke dalam kulit, yang dikenali sebagai artecoll. kaedah ini lebih terdedah kepada risiko allergic kerana badan mungkin tidak sesuai dengan bahan sintetik yang digunakan. kaedah autologen pula ialah dengan menyuntik kolagen dari badan sendiri, ke bahagian badan sendiri juga. kaedah ini tiada risiko allergic tetapi hasilnya bersifat sementara. kaedah dermalogen ialah kaedah menyuntik kolagen orang yang dah mati ke dalam badan kita. ianya juga bersifat sementara (dan menyeramkan! aaaaaaaiyaaak!)
ada beberapa lagi kaedah suntikan yang boleh dilakukan untuk menggantikan kolagen yang hilang. tapi sanggup ke?

Subscribe to:
Posts (Atom)