Dah lama saya tak bercerita tentang adam & penyusuan eksklusif kami. mungkin entry terakhir selepas saya outstation ke bangkok dan bawa pulang susu yang dipam di sana. nak tau tak, susu- susu tu semua cair & tak boleh dipakai lagi. kisahnya, aliyah main fridge, hempas pintu bawah, pintu atas terbuka. saya tak sedar, kami pun keluar sehari suntuk bershopping, makan etc. Bila balik semua dah cair, saya pun dah was- was nak bagi Adam, memandangkan susu tu pun jauh berjalan dari Bangkok nun.
Sejak 2 minggu lepas, Adam sangat kurang menyusu EBM. saya bekalkan 4oz pun tak habis. pengasuh bagitau dia suka makan, jadi saya tak risau sangat. ada masa nak tido pun dia tak perlukan susu. minggu lepas yang lagi kelakar, bila pengasuh tunjuk botol susu, dia geleng kepala dan cabut lari!
rutin harian tetap tak berubah. dia akan menyusu dalam kereta on the way ke rumah pengasuh waktu pagi, dan bila saya ambil dia petang tu, dia akan menyusu lagi. kemudian dia akan makan lagi (walaupun dah makan nasi kat rumah pengasuh sebelah petang) di rumah kadang-kadang makan nasi, roti atau pasta. atau apa saja yang boleh, mesti ngap!
saya masih dengan rutin ber-ESP, alfalfa dengan vitamin2 yang lain. tapi saya dah stop mengepam di office. saya akan pam lepas adam menyusu, dalam pukul 8.30 malam. kemudian saya susukan adam masa dia nak tidur, dalam pukul 10.30. dan sekali lagi bila dia bangun tengah malam. kemudian saya pam lagi sekitar 4-5 pagi. saya simpan stok sedikit di rumah, dan ada 2 pack di rumah pengasuh, yang masih belum bersentuh.
setakat ni dah 4 hari la adam tak menyusu EBM di rumah pengasuh. pengasuh cuba juga pujuk, dapat la habis 1 oz. nak kata diet saya berubah tak jugak. saya masih dengan menu yang sama kot hari- hari. saya tak makan durian atau benda2 busuk macam petai haha! peti ais pun bersih, tak berbau.
hmmm memang pelik. tapi saya bersyukur jugak demand adam terhadap EBM dah berkurangan. terus terang ada masa sangat la hazab nak mengepam tu kan! paling saya malas bila luka. tertekan sangat. so far saya puas hati dapat cecah 18 bulan menyusu. lebih lama berbanding dengan anak pertama, hanya 15 bulan. jadi saya aim untuk melengkapkan penyusuan selama 2 tahun dan tidak lebih dari itu! sekarang pun saya dah slow talk dengan adam, 6 bulan je lagi tau, lepas tu kita cari formula milk pulak. dia senyum je bila saya cakap, senyum setuju atau senyum "forget it mama!" tatau la kan!
oh tips penting untuk ibu yang mahu penyusuan eksklusif ialah : JANGAN GELABAH. itu je.
semoga dipermudahkan Allah :)
No comments:
Post a Comment