Tuesday, February 10, 2015

5 tips untuk elak sembab atau Edema semasa hamil

Assalamualaikum semua,

Post yang lepas, saya share tentang perbezaan semasa hamil 5 bulan dengan anak sulung, dengan hamil 5 bulan anak ketiga (masih dalam kandungan). Ramai yang terkejut sebab lain sangat rupanya. Dalam masa yang sama, untuk yang tak pernah mengalami edema, ada yang berpendapat ianya "pembawak budak" ataupun ianya tidak serius mana, standard la kan, pregnant memang sembab.
  1. During pregnancy, the body produces approximately 50% more blood and body fluids to meet the needs of the developing baby. Swelling is a normal part of pregnancy that is caused by this additional blood and fluid. Normal swelling, which is also called edema, is experienced in the hands, face, legs, ankles, and feet.
Saya buat sedikit pembacaan di Google, dan mencari punca edema. Dua kali hamil sebelum ni, saya tak terfikir untuk mencari punca edema kerana turut percaya yang ianya BIASA! Hmmm rupanya tak juga, edema boleh dicegah dan walaupun ia tidaklah merbahaya, tapi boleh mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil seperti sembab kaki (susah nak pakai kasut, mudah kebas dan lain- lain). Dan kalau anda jenis yang mudah terguris akibat ditegur "Ya Tuhan ni kenapa hidung kembang bebeno ni?" eloklah mencari jalan supaya kurang sikit kembang tu untuk kehamilan akan datang.

Saya share di sini antara tips yang boleh diamalkan ketika hamil untuk mengurangkan edema.

1- Pengambilan garam dalam makanan harian 

Menurut buku "What Every Pregnant Woman Should Know" oleh Dr. Tom Brewer, ibu hamil perlu mendapatkan garam secukupnya. Kekurangan garam boleh menyebabkan sembab, kerana darah memerlukan keseimbangan sodium dan cecair untuk berfungsi dengan baik.

2- Pengambilan protein yang mencukupi 

Protein yang dimakan akan ditukar menjadi albumin di dalam hati. Albumin sangat penting bagi memastikan cecair tidak keluar daripada salur darah ke tisu- tisu hingga menyebabkan bengkak dan sembab.

3- Pengambilan sumber potassium yang mencukupi 

Potassium ada sejenis electrolyte dalam badan, dan darah kita memerlukan keseimbangan electrolyte seperti potassium, sodium magnesium etc untuk berfungsi dengan baik dan mengelakkan sembab.

4- Pengambilan halia semasa hamil

Halia dapat membantu perjalanan darah dan boleh membantu mengurangkan sembab dan lebihan cecari dalam badan semasa kehamilan.

5- Vitamin C

Seperti juga halia, vitamin C membantu memperelokkan perjalanan darah semasa hamil dengan dengan itu boleh mengelakkan badan jadi sembab dan bengkak ketika hamil.

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, selain daripada pengambilan garam (memang tak monitor lah bab ni, saya banyak masak di rumah, dan sangat kurang guna garam & perasa tambahan), yang lagi 4 tu, memang saya ambil sepanjang kehamilan ketiga ini. Protein memang minum setiap pagi, dan kadang- kadang bila hunger strikes at midnight pun saya bancuh protien shake. Sumber potassium paling minimum saya ambil harian daripada multivitamin, memang tak miss setiap hari. Dan halia pulak, kali ini memang ada saya simpan supplement ginger di rumah sebab selalu perut berangin, dan supplement ni sangat membantu. Dan paling bagus, kalau dulu memang tak sentuh pun vitamin C semasa hamil, kini memang saya ambil 500mg setiap hari. Kadang- kadang lebih bila terasa nak kena flu dan demam.

Jadi 3 daripada 5 perkara di atas memang saya tak ambil sepanjang 2 kehamilan yang lepas, menjadi faktor yang menyebabkan saya telah sembab dengan begitu hebat. Dan kini saya belajar, sembab semasa hamil bukanlah "kebiasaan" dan "accidental"! Kalau nak kata gila buat marketing untuk produk Shaklee pun saya tak kisah, sebab saya yakin ianya sangat berkesan, selamat dan semulajadi. Semua orang boleh cuba dan InshaAllah membantu.

Left: Almost 6 months pregnant, 2011 (age 33)
Right: Almost 6 months pregnant, 2015 (age 37)

I am happy and satisfied with Shaklee supplements for my current pregnancy. 
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...