Tuesday, September 23, 2014

Adakah anak cukup nutrient?

Assalamualaikum semua :)

Hmmm...soalan yang tricky- tricky kan? Cukup ke tidak zat dalam badan anak aku ni? Cukup ke makan nasi saja? Ikan ni betul ke jadi khasiat ke sekadar hiasan dalam perut saja? Hmmm cukup ke susu banyak ni? Berat badan anak aku ni ideal ke tidak? Kurus sangat ke ni? Gemuk sangat ke ni? Kalau nak tau, soalan- soalan ni tak akan berakhir sampai lah bila- bila! Mak saya sendiri, bila balik kampung, kalau nampak gemuk ke kurus ke, mesti concern. Tapi jarang sangat tanya saya, dia suka tanya ADIK saya, yang selim melim ini (tapi Alhamdulillah sihat).

Anyways, anak saya Adam ni dah 3 tahun, body mantap pejal, aktif, alert dan sentiasa bersemangat. Cakap makin lancar, becok, banyak idea, suka bercerita dan kelakar! Dia ni dapat susu ibu lengkap sampai umur 23 bulan. Kurang sebulan, sebab saya yang decide untuk putus susu memandangkan ada ciri- ciri sukar nak berhenti, dengan akal yang makin panjang. Trust me, you can see HUGE difference in babies and toddler development even in one month time, even weeks for that matter. So anyway, bukan nak cerita pasal tu hehehe.

Setiap hari, secara general lah, Adam akan makan roti & tuna/ butter semasa breakfast, lunch di sekolah ada pelbagai, nasi, bihun etc, tapi kalau di rumah, nasi dengan ikan atau ayam, TIADA SAYUR, langsung tak dapat nak pujuk makan sayur, dinner pun sama, nasi dengan ikan atau ayam. Petang- petang dia suka makan buah, pilihan utama ialah apple atau pisang. Adam boleh habiskan sebiji apple atau pisang dengan mudah, tak ada masalah. Lain- lain dia suka butter cookies, biskut tawar Jacob, mesti yang square shape saja, dan juga minuman seperti Yakult dan yang seumpama. Dan sudah tentu yang tak perlu tapi makan juga termasuklah Oreo dan aiskrim! Kami tak simpan aiskrim di rumah, boleh makan di rumah Atok saja haha! Atau bila terkantoi di Baskin Robbins, memang anak dua orang ni balas dendam punya ;p

Satu yang jadi kerungsingan saya ialah, minuman yang Adam suka. Air kosong memang jadi kewajipan, sentiasa ada di meja, di sofa, botol air kosong. Lepas bermain, atau bila- bila masa dia akan minum. Dan yang kedua dia suka teh O! Dia kenal teh O di tadika, dan kemudian Opah pun ada hidang kalau balik kampung. Kemudian dia hooked! Selepas dia berhenti menyusu, kami tak latih dia minum susu dalam botol, sebab kami tak mahu ada pulak fasa nak bercerai botol. Jadi terus perkenalkan fresh milk dalam cup. Yang kami perhatikan, dia tak boleh continue minum susu yang sama brand lebih dari seminggu. Kemudian dia jelak, terus reject. Ada satu fasa pulak, dia suka HL saja. Manis amat, jadi kami stop. Kemudian bersilih ganti lah macam- macam fresh milk duduk dalam fridge kami. So sekarang ni memang dah takde susu lah, dia minum air kosong, dan teh O (beberapa kali sehari dan wajib pada waktu breakfast - very English anakku!). Saya cuba perkenalkan soya, memang bluwek, tak diterima.

Dan saya perhatikan, gigi Adam ni dah mula berlubang, di geraham. Yang lain- lain nampak OK, takde pulak mereput. Yang menariknya, Adam punya natal tooth tidak pula mereput atau rosak, elok je di tempat asal (warna dah berubah la, kuning seketul hehe). Secara keseluruhan, nampak gaya Adam memang OK, perkembangan fizikal, mental dan emosi, Alhamdulillah tiada yang merisaukan. Jadi kenapa rungsing, kan?!

Bukan rungsing sebenarnya, tapi saya tetap mahu Adam dapat yang lengkap, yang semulajadi, dan yang saya yakin memang membawa benefit kepada pertumbuhan badan dia. Lama juga saya berfikir untuk buat keputusan bagi Meal Shakes kepada Adam, dan beberapa bulan ni saya rasa, I cannot wonder anymore,  I must get him whatever nutrients that he cannot get daily, untuk isikan lompang- lompang mana perlu.

Memandangkan saya memang beli Meal Shakes setiap bulan untuk Aliyah (cerita lain pulak dia ni), saya kerap kali cuba bancuh dan bagi Adam minum. Dan seperti yang saya jangka memang dia tak gemar. Adam ni saya perhatikan tak suka minuman yang pekat atau likat ni, yang dibancuh- bancuh memang reject lah. Padahal saya memang yakin sangat dia mesti suka rasa Vanila tu, confirm suka tapi dia tanak minum yang dibancuh. Dan semalam saya dapat IDEA TERBAIK punya! And yes, Adam fall into that idea, and I can guarantee he will be hooked hahahaha!

BIRJAYA!



BRILLIANT TAK??

Hahahaha! Tapi awas, tutup ketat- ketat yer tong Meal Shakes tu, kalau tidak setengah tong boleh habis sehari LOL! Selamat mencuba, jangan bambu saya pulak kalau anak bergaduh nak Meal Shakes setiap sejam :p


NOTA TAMBAHAN

Secara ringkas, Meal Shakes:

  • Mengandungi 24 jenis vitamin dan nutrient lengkap dalam setiap bancuhan Meal Shakes. sangat sesuai untuk anak- anak yang memilih makan, dan dikhuatiri jika mereka tidak dapat vitamin yang diperlukan untuk keperluan seharian yang penting untuk tumbersaran kanak- kanak. 
  • Ianya kaya dengan protein yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kuku, kulit, rambut, organ-organ, sel- sel immunisasi. penting: Meal Shakes adalah lactose- free. ramai yang memilih mealshake untuk anak- anak yang mengalami masalah eczema kerana protein membantu memperbaiki sel- sel yang rosak akibat eczema. 
  • Mengandungi asid folic, biotin, calcium, magnesium, yang penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.
  • Ia kaya dengan soluble fibre, membantu melawaskan anak- anak terutama yang menghadapi masalah buang air besar. 
  • Rasanya yang sedap amat sesuai untuk anak- anak (yang biasanya payah nak makan vitamin samada liquid atau tablet). tidak mengandungi perasa dan pewarna tiruan. 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

2 comments:

rini.borhan said...

Amboi adam jilat sakan..hwaa..tengok adam ni cam Rizq je..bezanya idea gitu tak jalan kat rizq..tgk ape dalam sudu lom rasa dah kena kejar satu rumah..

Sue Ummi Syasha said...

tq for sharing kak put!

jemput datang blog saya :) http://noorsunartyjusoh.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...