Wednesday, July 1, 2015

Teknik self affirmation bantu bisnes berkembang

Assalamualaikum semua, 

Hari ini saya nak berkongsi tentang "self affirmation", sedikit info berdasarkan bacaan- bacaan saya sejak terlibat dalam bisnes Shaklee. 

Apakah itu self- affirmation?

1) Self- affirmation adalah teori psikologi yang mula dicadangkan oleh Claude Steele dalam tahun 1988, secara umumnya menyarankan self- affirmation boleh meningkatkan motivasi dalam diri untuk mengekalkan integriti dalam diri. Apabila manusia berada di tingkat integriti yang tinggi, mereka jadi lebih yakin, dan mampu menangani segala ancaman luaran dan dalaman yang dihadapi. 

2) Ringkasnya, jika kita yakin dengan kekuatan diri kita, apapun cabaran yang datang, kita tahu kita boleh menghadapinya. Mudah? Tidak semudah yang disangka. Tetapi ia tidak sukar untuk dilaksanakan. 

3) Kebiasaan kita sering bercakap dan berfikir kelemahan diri kita (saya tak pandai, saya tak cekap, saya tak ada masa etc), ia sebenarnya meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan dalam diri kita seharian. Lama- kelamaan kita percaya yang kita memang tak pandai, tak cekap, tak sempat dll. Perhatikan apa yang keluar daripada perbualan dengan orang yang sakit, orang yang ada masalah kewangan, dan orang yang tida gembira. Perhatikan perkataan2 yang mereka guna dan lihat bagaimana mereka begitu percaya, YA INILAH KENYATAAN HIDUP SAYA. 

4) Self- affirmation (yang positive) membantu kita MELATIH SEMULA cara kita FIKIR dan CAKAP, jika kita mahu merubah kehidupan kita. Positive- affirmation membuka pintu kepada pelbagai peluang, kerana secara asasnya kita memberitahu kepada minda bawah sedar "SAYA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MERUBAH KEHIDUPAN SAYA". 

Bagaimana kita melatih diri kita bercakap dan berfikir secara positif?
1) Mudah saja, dengan BERCAKAP DENGAN CERMIN. Tapi bagaimana?
2) Lihat mata anda di dalam cermin dan sebut perkara2 positif tentang diri anda. Jika anda bukan jenis spontaneous, TULIS dahulu perkara- perkara tersebut dan ulang di hadapan cermin. Sebagai permulaan PILIH 2 PERKARA POSITIF dan ULANG 10 KALI di hadapan cermin 2 kali sehari. 
Contoh ayat:
>>> Saya bijak menguruskan masa x 10
>>> Saya disayangi isteri / suami saya x 10 

Waktu: Pagi & Malam 
1) Setiap kali anda nampak cermin, sebutlah yang positif tentang diri anda, sehingga MATA anda bersetuju dengan apa yang anda sebut dan fikiran anda juga selari dengan apa yang disebut. Mata tidak akan menipu, percayalah. Dan percayalah, pada peringkat awal, anda akan menghadapi kesukaran untuk melihat ke dalam mata anda sendiri dan berkata- kata sesuatu yang bukan diri anda. 
2) Jadikan ianya habit baru anda. Lakukan selama 90 hari berturut- turut untuk melihat bagaimana ianya merubah kehidupan anda. Apabila anda beri perhatian kepada apa yang anda sebut dan apa yang anda fikir, anda akan mula buang semua perkara negatif yang anda tidak mahu dalam hidup anda. Dengan mengulang- ulang keyakinan baru ini, anda menanam benih yang baru dalam fikiran dan ianya akan menjadi kenyataan. 
3) Apa pun keinginan anda dalam hidup (career, family, relationship etc), semua bermula dengan rasa CINTA KEPADA DIRI SENDIRI. Jika anda boleh lihat ke dalam cermin, lihat mata anda, dan belajar menyintai diri sendiri, anda boleh mencapai apa saja yang anda idamkan. 
Syarat: 
Satu saja syarat iaitu  LAKUKAN TANPA PAKSAAN. Anda tidak akan dapat apa2 benefit daripada latihan ini jika rasa terpaksa. Hidup ialah pilihan untuk buat apa saja secara sukarela atau secara dipaksa- paksa. Anda pilih.


Selamat mencuba :) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...