Assalamualaikum semua :)
Mesti ramai dah tengok video ucapan graduan law bernama Zahra di Facebook kan? Saya pun ada menonton. Intipati ucapan beliau berkisar tentang kesulitan para graduan hari ini untuk survive selepas tamat belajar. Gaji 3 ribu tak jadi apa sekarang ni kalau di KL. Duduk rumah sewa beramai- ramai, tengah bulan dah kosong poket. Kalau awal bulan naik kereta pegi kerja, tengah bulan dah naik LRT pulak, pasal takde duit nak bayar petrol dan tol.
Masa saya mula kerja, zaman dinasor dulu la, gaji 1800 je. Tapi berlebih- lebih. Masa tu taraf hidup tak semahal sekarang. Saya di Penang, pergi kerja lintas jalan je hahaha! Duduk serumah 10 orang jugak. Takde kereta. Tiap- tiap bulan komitmen utama, bayar sewa rumah, kasi Mak Abah, bayar bil tepon. Berlebih- lebih duit, tapi yang silap besar, tak belajar pasal saving atau investment. Hilang camtu la duit, ditelan shopping malls.
Bila pindah KL, gaji tetap sama, 1800 jugak. Saya terima sebab nak sangat tukar angin, dan nak sangat kerja dengan badan bantuan kemanusiaan. Pindah KL, duduk rumah flat, sewa berdua. Masa tu tak ramai kawan, duit berlebih jugak. Belum tau nak belanja apa kat KL. Lepas tu pindah rumah lain, mahal sikit sebab rumah flat tu tak berapa selamat. Duduk apartment bertiga yang lebih selesa. Masa tu dah panjang langkah, apa lagi tabur duit kat malls, makan pun dah mahal sikit, dah pandai pegi Stabak katanya. Pastu dah pandai guna credit card. Gaji naik banyak kali jugak sampai lah kawen. Lepas tu baru tau langit tinggi rendah bila dah berkeluarga.
Masa lepas habis study memang takde panduan. Tak membaca langsung bab- bab kewangan. Tak ambil tahu langsung tentang peluang tambah wang, tak terfikir nak bisnes sampingan. Fikir seronok je la, muda, berkerjaya walaupun sengkek takpe hahaha! Dan paling penting, takde orang yang kita look up to in term of financial freedom. Semua orang keliling kita pun sengkek macam kita. Kalau yang nampak kaya pun, sebab diaorang memang anak orang kaya. Tak boleh nak tiru lah kan.
Bila Zahra habiskan ucapan dengan meminta pak- pak menteri lebih peka dengan masalah anak- anak graduan Melayu, saya jadi kelat. Sepertinya kita perlukan menteri- menteri ni untuk kita ubah keadaan. Kepincangan ekonomi peribadi, bukan terletak pada keputusan menteri. Semuanya kita boleh tentukan. Kalaupun nak salahkan menteri, saya fikir bab pendidikan kebangsaan yang pincang. Langsung tidak ada persiapan dan panduan untuk student, samada di sekolah rendah atau menengah sampai lah ke peringkat universiti untuk menangani cabaran kewangan pada masa depan. Lepas tu bila mintak kerja, orang offer 1-2 ribu memanglah tak mahu, mana cukup!
Saya fikir kalau graduan masih nak fikir makan gaji starting 3-4 ribu baru nak kerja, memang lambat la boleh hidup berdikari dan bebas tanpa beban kewangan. Kalau gaji 1-2 ribu dan ada bisnes sampingan, itu lebih baik buat masa ini. Kalau dah grad tapi belum dapat kerja, usah tunggu lagi, mulakan bisnes sendiri. Cari peluang buat bisnes yang tak perlu modal. Gunakan platform social media yang sedia ada. Kena pantas dan creative lah. Jangan tunggu lagi. Ni hutang PTPTN nak kena bayar ni, jadi kena cepat. Kalau kita tak buat, orang lain buat, orang lain dapat.
Nak mula bisnes Shaklee pun boleh, modal RM80 je sebagai yuran keahlian seumur hidup. Macam mana nak buat, apa nak buat, berapa boleh dapat, semua tu saya boleh terangkan dan ajar sampai jadi. Pokok pangkalnya anda mahu :)
Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur
3 comments:
graduan sekarang tak kreatif, nak nampak hebat, banyak komplen. mintak kat pak menteri tu mcm diorang kesssahhh sangat. btw, kawin org kaya tu mungkin menyelesaikan masalah duit, tapi kot2 masalah lain pulak datang huhuhu
ada kawan kita yang berjaya kawen orang kaya...ko jeles kan??!! har har har!
Aku tak jeles, dengki jer hahahaha
Post a Comment