Tuesday, March 3, 2015

Jadual Work at Home Mother

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, jadual harian saya sebagai "work at home mother". Sebenarnya kalau ikutkan tidak ada jadual tetap pun, tapi kalau setakat 1-2 bulan untuk guna jadual yang sama, memang tidak mustahil. Membina kerjaya di rumah ni, tidak lah huru hara sangat sebenarnya, seperti yang digembar- gemburkan. Jika ada sistem yang baik, pengurusan masa yang baik, banyak benda boleh jadi mudah.

jadual work at home mother
Pengurusan masa sangat penting! 


Pagi
Saya akan bangun pada pukul 5-6 pagi. Ia banyak bergantung kepada waktu tidur saya. Saya orang yang perlu tidur yang cukup untuk memastikan saya boleh berfungsi dengan baik hehe! Biasanya saya akan tidur sebelum jam 12 tengah malam. Dan saya sudah memulakan satu habit baru iaitu meletakkan phone di luar bilik tidur, iaitu di bilik study kami. Langsung takde bunyi WhatsApp atau apa- apa bunyi notification yang kedengaran. Tidur lebih lena, dan bangun lebih segar. Lagipun saya seram bila baca tentang kesan radiasi handphone semasa tidur! Lagi pulak, bila dah phone tak off, memang melalut melayan Instagram sampai 1-2 pagi. Bad bad habit!

Opps melalut! Lepas bangun tidur, kalau masih awal, sempat tahajud, saya akan buat dulu. Kalau tidak, terus solat Subuh dan mengaji sedikit (habit baru juga ni!). Jam 7 pagi dah kena standby nak kejutkan anak-anak. Teknik mengejut pun kena ada haha supaya mood diaorang tak rosak pepagi. Tak boleh biarkan ayah kejut, sebab tak sesuaiiii, boleh menangis. So kena ada sesi borak- borak, tanya mimpi apa, baring- baring. Makan masa dalam 10-15 minit sebelum dua- dua setuju bangun dan mandi.

Dalam 7.30 dah kena pastikan semua orang dah mandi, dah ready nak breakfast. Masa anak- anak breakfast, saya akan bersiap- siap, pukul 8 pagi nak keluar sekali. Hantar anak- anak ke sekolah, dan kemudian pergi sarapan dengan suami. Anak- anak memang request saya hantar sekali, sebab Mama suka cakap dalam kereta, mereka suka katanya!

Masa breakfast, time ni lah borak- borak, bincang- bincang, most of the time pasal business sebab masa ni otak fresh, macam- macam idea keluar. Biasanya before 10am dah settle, boleh balik rumah. Saya akan sambung buat kerja bisnes yang macam- macam bersusun nak dibuat. Memang takde masa melangut, komitmen bisnes ni bukan sikit- sikit, masa sangat berharga.

Tengah hari 
Dalam jam 12 baru start memasak. Lagipun kami tak makan besar haha. Sekadar masak nasi, lauk 1 jenis, sayur 1 jenis, sambal. Kadang- kadang kami suami isteri prefer nasi goreng. Anak- anak paling simple, ayam goreng atau ikan goreng pun layan. Saya kena tunggu mereka ni balik sekolah pukul 1, baru makan sama- sama. Duduk sekali di meja, makan ramai- ramai. Ikutkan lapar sangat memang tak boleh tunggu dah haha. Tapi nak bagi anak- anak happy, layan je lah.

Siap makan semua pukul 1.30-2pm dah boleh mandi, dan solat Zohor. Time ni paling tak tentu. Kadang- kadang diaorang penat, melepak je la tengok tv. Kalau tak penat, mesti ada request pegi pool. Dan masa ini, memang tak sentuh kerja business ke, Facebook ke. Tapi kalau dua- dua ni tidur petang, zasssss masuk opis lah sambung buat kerja sampai petang.

Petang
Biasanya kalau diaorang tidur petang, by 5pm dah bangun lah. Dan mulalah nak snacking. Tapi takde susah pun, fruits atau roti je pun favorite. Takde la cucur bawang ke apa haha! Petang berlalu pantas biasanya. Tick tock tick tock dah Maghrib kan.

Malam
Serious time malam tak tau buat apa dah pukul 10pm hahaha! Biasanya malam tak sentuh kerja langsung dah sekarang ni. Pertamanya memang penat pun bila siang tu penuh discussion, reading, planning & writing. So malam otak dah letih. Dan sekarang ni saya dah kurangkan coaching online malam- malam. Apa pun nak discuss, downlines saya boleh WhatsApp bila- bila masa, dan saya akan jawab cepat sebelah siang, dan agak slow bila malam. Rasanya semua dah faham dah rutin tu. Sesekali ada juga lah sesi on WhatsApp group bila ada permintaan, terutamanya anak buah dari luar KL. Waktu tidur paling awal pukul 10, bila anak- anak pun sekali lena. Kalau tak, lepas temankan diaorang tidur, saya akan jenguk balik opis kecik ni, buat apa patut, by 12am tido lah!

Waktu paling panjang dan paling perlu digunakan dengan baik oleh saya ialah dari 5- 7 pagi. Kemudian sambung dari 10 pagi-12 tengah hari. Memang kena efisyen. Kalau dulu rajin juga merayap- rayap window shopping, sekarang ni rasa rugi pulak. Kalau pun nak meeting, saya make sure ada agenda, bukan sesaja mengopi. Dan kalau ada anak buah nak jumpa, saya kena make sure ada preparation, supaya tak melalut berborak je sampai ke langit hahaha!

Masa ialah komitment kita dengan hidup kita. Kalau sia-siakan masa, tak boleh dapat balik. Masa juga komitmen kita dengan ahli keluarga, terutamanya anak- anak. Tak spend elok- elok dengan berkualiti, sedar- sedar anak dah besar, dah nak masuk asrama, dah nak masuk kolej, nak kahwin sob sob sob! Masa juga komitmen kita dengan Pencipta. Gunakan sebaiknya untuk beribadat, sebelum Allah kata Ok your time is up, you are returning to me!

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)- Al-Qur'anul Karim"
Surah Al-'Asr (103) ayat 1-3)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

2 comments:

zailahafni said...

Thanks for sharing ur jadual Master Put! Sangat right timing jadual ni keluar hehe... saya akan start next week as wahm insha Allah :)

Mmg plan dlm kepala lebih kurang cam gini gak jadual saya. Semoga dpt istiqamah.

aliyahaznin said...

tapi zaila, i am so nervous lepas bersalin camane rupa jadual hidupku hehehe!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...