Saturday, September 6, 2014

Cloth pad, sudahkah anda mencuba?

Assalamualaikum semua :)

Topik berbeza sedikit pagi ni, sebab saya tengah excited dengan idea nak menggunakan cloth pad pulak. Rasanya ramai dah beralih arah ke cloth pad lately, memandangkan dah banyak kesedaran tentang bahaya sanitary pad biasa kepada kesihatan wanita. Lama juga saya berkira- kira, antara yakin dengan tidak, tapi memang saya mahu mencuba. Bayangkan saya dah guna sanitary pad sejak umur 15 tahun, nak tukar guna cloth pad memang pelik la, lagi satu memikirkan leceh nak membasuh, pencuci yang digunakan pulak kena lah yang memang boleh membersihkan kotoran degil, dan paling penting tak nak la pulak pencuci tu sama juga bahaya dengan sanitary pad yang diganti dengan cloth pad. Dan sekarang ni saya dah bebas, bekerja dari rumah saja, jadi tak ada lah alasan leceh dan sebagainya.

Saya berbual dengan beberapa orang kawan yang dah biasa guna cloth pad, dan semuanya suka dan paling penting bagi mereka, mencuci cloth pad yang kotor tidak lah sukar. Tips yang mereka bagi ialah:

1- siram dengan air, bersihkan sekadar yang boleh
2- rendam dengan Basic-H dalam 1-2 jam
3- bilas, dan basuh lagi dalam washing machine


Basic H, selamat untuk anda, selamat untuk bumi!
Pic from Google

Jadi, sejak dua hari saya guna cloth pad ni, inilah 3 benda yang saya ikut. Dan memang sangat- sangat mudah kerja- kerja mencuci. Material cloth pad yang saya beli ni pun sangat soft pada kulit, dan selesa. Semalam saya outing pun saya beranikan diri guna, yes, langsung tak leaking (padahal kalau pakai sanitary pad biasa pun leaking memanjang).

Untuk brand cloth pad yang saya beli ni, recommended by my Shaklee peers Puan Eppi, dengan harga RM125, saya dapat:

Maxi size x 1
Regular size x 4
Panty liner x 1 (FOC)

Cloth pad, brand Bisky Bosky 

Secara ringkas, ini review saya tentang cloth pad yang pertama kali saya beli dan guna ini:

1- Materialnya selesa pada kulit, serapan pun elok
2- Tidak leak depan atau belakang, tapi leak di tepi sedikit
3- Mudah dibersihkan, boleh siram dan bilas dengan air. Rendam dan basuh lagi dengan Basic H
4- Design cantik dan cute :)
5- Boleh pakai masa tidur dan time heavy flow pun takde masalah (guna yang maxi)

Secara keseluruhan, pengalaman pertama guna cloth pad ni tidak mengecewakan. Dan lebih menggembirakan saya, bila saya fikir saya dah lakukan sesuatu untuk kurangkan pencemaran bumi dengan sanitary pad biasa, dan saya tahu pencuci yang saya guna juga tidak beri pencemaran kepada alam sekitar. Dan sudah tentu, untuk kesihatan jangka panjang juga, InshaAllah. Better late than never kan?

Untuk beli cloth pad jenama Bisky Bosky, anda boleh hubungi Puan Qhatijah Md Said 019- 316 1933. Saya tak pasti apa pakej dan harga sebenar, sebab yang saya beli ini bukan set lengkap. Puan- puan boleh hubungi Puan Qhatijah untuk maklumat lanjut.

Selamat mencuba :)

Puteri

1 comment:

Unknown said...

Welcome to CP world!

Aku guna CP since 2009, sebab utamanya bebas sampah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...