Sunday, September 14, 2014

6 tips otak cerdas oleh Dr. Jamie McManus

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu :)

Secara umumnya, jarang sekali kita memikirkan tentang senaman otak, berbanding dengan obsesi kita dengan senaman fizikal. Walaupun kita sering mengatakan badan yang sihat, buat otak cerdas, kehidupan kita di zaman serba serbi laju dan sibuk ini menyebabkan kita abaikan kedua- duanya. Kita tidak jaga kesihatan badan, dan kita tidak jaga kesihatan otak! Sebab itulah semakin hari semakin ramai orang yang stress, depression dan akibatnya bermacam- macam berita kita dengar, paling mengerikan sehinggal hilang pertimbangan dan mencederakan orang lain, terutamanya keluarga sendiri.



Menurut Dr. Jamie McManus, ada beberapa cara mudah yang boleh kita lakukan untuk senaman otak. Jom kita baca tips yang diberikan oleh Dr. Jamie.

1- Jadi lebih aktif -- apabila kita lebih aktif, banyak aktiviti fizikal dan bersenam, darah akan lebih lancar disalurkan ke otak kita, lantas mengggalakkan pertumbuhan sel otak yang baru. Wow, makin kita aktif, makin banyak sel otak yang baru muncul! Patutlah kalau kita duduk diam je tak buat apa sepanjang hari, boleh rasa lesu dan tertekan, betul tak? Ok, jadi kena move it! Move it!

2- Pilih cara makan yang baik -- perhatikan apa yang kita makan setiap hari, dan pastikan kita makan lebih buah- buahan dan sayuran hijau setiap hari. Kajian mendapati, risiko serangan strok (yang disebabkan oleh kesihatan otak yang tidak optimum), dapat dikurangkan sebanyak 30% jika kita mengamalkan diet yang mengandungi buah- buahan sayur 5 kali sehari.

3- Baik untuk jantung, baik untuk otak -- bila kita fikir tentang kesihatan otak, secara mudahnya fikir saja tentang kesihatan jantung setiap hari. Bila jantung sihat, seluruh badan akan sihat, dan otak pun akan sihat.

4- Sentiasa berhubung dengan orang lain -- kehidupan sosial yang baik akan membantu otak menjadi lebih cergas dan cerdas. Pergaulan yang sihat dengan orang lain, membantu otak kita dibentuk dengan baik dan memberi kualiti dalam kehidupan seharian kita. Walaupun kita semua boleh berhubung secara online, pertemuan fizikal adalah lebih baik dan memberikan kita makna dalam hidup kita seharian.

5- Senaman otak -- ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan untuk "bersenam" dengan otak termasuklah dengan mendengar muzik, menyelesaikan puzzle, membaca dan lain- lain. Konsep mudah dalam senaman otak ialah, lebih banyak guna otak, lebih sihat lah otak kita. Use it or lose it!

6- Kawal stress -- walaupun kita tidak boleh mengelak stress, kita boleh mengawal dengan pelbagai cara seperti meditasi, sembahyang ataupun senaman seperti yoga.

Sumber: http://blog.shaklee.com/2014/09/13/brain-health-101/

Aha! Nak tau tak lagi satu tips, kita kena elak habit yang boleh alter cara brain kita berfungsi, dan salah satu perkara yang boleh alter brain kita ialah dengan penggunaan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman. Kalau nak ikuti journey kami mengurangkan gula dalam makanan dan minuman bermula 15hb ini, follow Instagram -- sweet_ enough_challenge 

Have a good weekend everyone!

Puteri

2 comments:

CikLily Putih said...

stress tu yang takut tuh..

Puteri said...

biasanya kita tak perasan pun bab stress, tetiba jemmmmm huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...