Entahlah tiba- tiba malam ni terasa nak share tentang hal wanita dan bisnes. Mungkin juga sebab tadi saya ralit tengok Instagram beberapa wanita yang berjaya dalam bisnes mereka, sungguh mewah lifestyle, with very positive outlook about life. Saya suka! Cuma belum tertarik bab mekap tebal je lagi hahaha! Maklumlah dengan Collagen Powder dan Vivix, tak perlu mekap sangat, eh ohoi iklan Shaklee la pulak.
Anyway, sejak saya mula bisnes Shaklee, secara kecilan dan berseorangan, saya cuma ada diri saya dan impian saya saja. Saya tak pasti berapa orang yang share impian yang sama, kecuali Alin dan Cery. Dua orang mentor (yang lebih muda dari saya) pertama saya kenal dalam bisnes Shaklee. Kami bertiga punya impian yang serupa, iaitu mahu bebas bekerja dari rumah, dengan income yang lumayan. Simple kan? Tidak ada cerita tentang barang berjenama, tidak ada cerita tentang impian berholiday. Masa tu belum lagi fikiran meracau teringat handbags, holiday, itu dan ini. Belum ada gangguan nafsu nafsi hahaha!
Apabila suami saya mula membantu saya mengembangkan bisnes ini, saya akui ada banyak perubahan yang telah kami buat bersama. Ada beberapa perkara baru, yang dulunya saya tidak terfikir untuk buat, telah dapat kami bincang dan rancang bersama. Saya akui, ada beberapa aspek bisnes ini yang memerlukan pandangan orang lelaki, terutama yang melibatkan strategi pengurusan syarikat (kami telah tukar nama persendirian kepada nama syarikat untuk bayaran income Shaklee setiap bulan).
Saya tidak mahu menyentuh tentang apa yang lelaki mampu atau tidak mampu buat dengan bisnes Shaklee ini, kerana ianya boleh membawa kepada debat yang tidak berkesudahan. Lebih baik saya cerita tentang apa yang kami, para wanita (yang saya kenal dan berjaya dengan bisnes Shaklee) mampu buat, dan bagaimana kemampuan ini telah dibuktikan. Lihat saja nanti barisan Master Coordinator wanita di National Conference 2014.
Benarkah ianya bisnes bersulam air mata? Sudah tentu! Itulah senjata yang kami bawa sejak mula lagi. Airmata kami itu, kami guna untuk bilas hati ok! Dalam tak ayat ni, jenuh nak faham! Iyalah, bila customer cancel order, menangis. Bila customer komplen produk tak bagus, menangis. Bila tak capai target, menangis. Bila terharu, menangis. Bila berjaya, menangis. Bila bagi speech, pun menangis! Ohoi bila masa korang buat bisnes ni, kalau asyik menangis?
Sebenarnya, bukan tangisan saja yang mampu kami buat. Kami juga mampu kesat airmata dan harung sekali lagi customer cancel order, harung lagi bila customer serang kita, harung lagi bila gagal capai target, harung lagi walaupun dah setahun tak naik rank. Kalau tak berbekalkan airmata, mungkin kami berhenti saja. Air mata itu pelincir rupanya!
Kemudian berlaku perubahan. Selepas 1-2 tahun, airmata semakin mahal. Tidak lagi berderai- derai seperti selalu. Kalaupun ada, cuma banjir di dalam hati, riak wajah dan tindakan seolah-olah wanita besi. Kerana apa? Kerana kami bukan lagi berseorangan, bukan lagi berdua atau bertiga. Kami kini sudah punya ratusan, malah ribuan pengikut. Kami perlu jadi empangan yang kuat, untuk menahan banjir airmata orang lain pula. Begitulah kitarannya.
Jadi, usah begitu sinis jika yang hanya anda nampak ialah tangisan kami, sebab kami juga boleh tapau sementara tunggu airmata tu kering. Bak kata John Webster "there is nothing sooner dry than woman's tears"
Uhuk uhuk uhuk customer cancel order uhukkkkk!! |
Jadi, apa ada hal dengan air mata kan?
;)
Master Puteri
No comments:
Post a Comment