Wednesday, May 28, 2014

The Richest Man in Babylon

Assalamualaikum semua :)

Sebenarnya dah dekat sebulan saya membaca buku The Richest Man in Babylon. Bukan tak boleh habiskan dengan cepat, tapi sayang pulak nak rush baca buku ni, even nak habiskan half of it pun laju sangat, sebab sangatlah awesome ok buku ini. Saya jumpa buku ni dekat rak buku rumah sendiri, rupanya suami saya bawak balik dari rumah mertua saya, dan rupanya kepunyaan kakak ipar saya. Begitulah asal usul buku tu.

Buku ni antara buku financial yang classic, jadi jika kita biasa baca buku- buku self help untuk jadi kaya raya tu, idea- idea yang dikemukakan dalam buku ini adalah asas kepada banyak buku- buku yang baru. Simple ideas tentang saving, investment, dan sikap- sikap yang diperlukan untuk jadi orang yang kaya dan berharta diterangkan dalam bentuk cerita klasik Babylon yang sangat straight forward. Tambah lagi bila penerangan dibuat dalam konsep bercerita, ada watak- watak dan bagaimana mereka menguruskan wang mereka, mengapa mereka jadi miskin, bagaimana mereka kehilangan wang dan harta dan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Buku ini pertama kali diterbitkan dalam tahun 1926, tetapi kerananya ianya sangat basics, maka sampai hari ini pun, ianya relevan. Inilah keistimewaan jika kita kembali kepada asas, banyak benda boleh jadi lebih terang lagi bersuluh!

Quote yang paling melekat dalam fikiran saya ialah "men of actions are favoured by the Goddess of Good Luck". Awesome kan? Jangan harap nak bernasib baik, kalau tak ada apa- apa tindakan, tak mahu mengulangi tindakan sehingga cekap dan sempurna! Oh lagi satu, "Opportunity is a haughty goddess who wastes no time with those who are unprepared". See?? Nampak tak??? Oh awesome book I love it!

Jadi, saya share sedikit di sini, tips hebat yang ada dalam buku ini, cara untuk kaya dan berharta:

(1) Start thy purse to fattening
(2) Control thy expenditure
(3) Make thy gold multiply
(4) Guard thy treasure from loss
(5) Makes thy dwelling a profitable investment 
(6) Insure a future income
(7) Increase their ability to earn 

Yang nombor 7 tu, yang buatkan ramai orang buat 2-3 kerja dalam satu masa. Ada yang balik dari ofis, pergi pulak part time call centre, ada yang kerja banquet hotel, ada yang buat waitressing. Dan sekarang ni tengah boom part time secara online. Ada yang jual pakaian, barang kemas dan macam- macam lagi. Dan saya sendiri memulakan bisnes Shaklee pun secara part time dulu, untuk mencapai objektif nombor 7 tu. Walaupun sebelum tu saya cuba tambah dengan bertukar tempat kerja dan dapat offer gaji lumayan, tapi tak boleh nak banding peluang tambah pendapatan melalui perniagaan. Padanlah ianya sunnah, kerana ia begitu menguntungkan, dan jika kena gayanya, kita boleh untung dunia & akhirat.

Ok, kalau rasa ulasan ni menarik, boleh dapatkan buku ni di kedai buku berhampiran yer. Tak pasti macam mana rupanya buku ni sekarang sebab yang saya baca ni terbitan entah tahun bila, kulit warna kuning, macam dalam gambar ni.

Pic Googled
Good night!

Puteri

2 comments:

zila said...

baru belek2 buku mudahnya menjemput rezeki. bile agak nya jodoh nak baca buku macam putri baca

Puteri said...

buku mudahnya menjemput rezeki tu elok jd buku teks, kena selak hari2 utk remind us daily. best buku tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...