Assalamualaikum, selamat berhari minggu semua :)
Hari Jumaat yang lepas, saya dijemput oleh Master Azlin untuk turut serta dalam Northern Elite Tour yang dianjurkan oleh group Alin di Sungai Petani. Bersama- sama saya, Master Herny dan PM Cery juga turut serta. Memang happening!
Sebelum ni, saya, Master Herny dan Master Azlin bersama- sama dengan beberapa lagi Master yang lain, ada berbincang untuk mengukuhkan lagi hubungan kami secara profesional, lantas kami bersepakat untuk membentuk Inner Circle United. Tujuan utama ICU ini ditubuhkan ialah untuk bersama- sama merancang aktiviti kumpulan, dan yang paling utama ialah aktiviti kelas, seminar dan workshop untuk semua ahli di bawah group kami. Selain kami bertiga, ada Master Zura, Master Beeha Yunos, Master Lyana Mansor, Master Zahirah, Master Laila dan Master Izzati. Yang bukan Master pun ada, iaitu Sr. Coordinator Aula, Key Coordinator CikPau, Sr Coordinator Kak Ainee Manap, Sr. Coordinator Lia (UmmiIrfan).
Sebenarnya kami dah berkenalan sejak hampir dua tahun kot. Pada mulanya, cuma dalam WhatsApp group yang PM Cery tubuhkan untuk memudahkan kami bertukar pendapat dan tips dan sama- sama berjuang untuk mendapatkan rank Master Coordinator. Alhamdulillah, kami boleh ngam, dan makin lama makin rapat. Semua yang happy, sedih, senak, sengkak, sembelit, semua kami share bersama-sama. Kalau dulu sebagai rakan seperjuangan nak berjaya dalam Shaklee, kini lebih dari itu. Kalau boleh nak jadi sahabat dunia akhirat. Saya sangat bertuah dapat bertemu dengan mereka yang positif ini, dan sangat berterima kasih kerana mereka sanggup juga menjadi sahabat saya :')
Panjang dah intro ICU kan, harap maklum hahaha!
Saya dan Alin bertolak dari Subang dengan Firefly, flight jam 8 pagi. Pukul 6.30 pagi, saya bertolak dari rumah, dan bertemu dengan Alin & baby Wisya di sana. Kemudian kami tiba di Penang International Airport lebih kurang jam 9. Di sana Master Herny dan PM Cery dah tunggu. Cery ambil flight MAS lebih awal dari KLIA. Staff Herny, bernama Mila, jadi driver kehormat kami hari itu, dan kami pun bertolak ke Sungai Petani. Alhamdulillah, traffic smooth saja sepanjang perjalanan. Meriah sangat road trip ni, macam lah dah lama tak jumpa, padahal hari- hari WhatsApp, dan kami akan jumpa lagi weekend ni untuk National Conference. Tapi bila hubungan dah rapat macam adik beradik, memang la non-stop bercakap sampai masuk angin haha!
Anyway, di Sungai Petani, ada lebih kurang 80 peserta yang hadir, dan Alhamdulillah, saya sempat berkongsi sedikit sebanyak tips dalam pembentangan yang bertajuk "Membina magnet diri". Saya suka topik yang Alin berikan ini, kerana banyak yang telah saya belajar selama 3 tahun dalam bisnes Shaklee, untuk membina imej kendiri yang baik dan positif, dan bagaimana diri kita boleh menjadi magnet kepada orang lain. Bukan saja saya banyak membaca tentang ilmu ini, tapi juga melalui pengalaman dan pergaulan dalam menjalankan bisnes, saya lebih yakin dan arif untuk berkongsi dengan orang lain juga. Lebih 25 orang daripada group PAF hadir di majlis ilmu tersebut, dan saya sangat- sangat berbangga dengan komitmen mereka semua. I know they will go far in the business, InshaAllah. Master Herny berkongsi tips bagaimana membina hubungan yang baik dalam kumpulan, dan Master Azlin dengan topik merancang plan bisnes dengan bijaksana.
Saya dan Alin bertolak dari Subang dengan Firefly, flight jam 8 pagi. Pukul 6.30 pagi, saya bertolak dari rumah, dan bertemu dengan Alin & baby Wisya di sana. Kemudian kami tiba di Penang International Airport lebih kurang jam 9. Di sana Master Herny dan PM Cery dah tunggu. Cery ambil flight MAS lebih awal dari KLIA. Staff Herny, bernama Mila, jadi driver kehormat kami hari itu, dan kami pun bertolak ke Sungai Petani. Alhamdulillah, traffic smooth saja sepanjang perjalanan. Meriah sangat road trip ni, macam lah dah lama tak jumpa, padahal hari- hari WhatsApp, dan kami akan jumpa lagi weekend ni untuk National Conference. Tapi bila hubungan dah rapat macam adik beradik, memang la non-stop bercakap sampai masuk angin haha!
Selesai kelas pada pukul 3 lebih kurang, kami bertolak pulang ke Penang. Kali ini, anak buah saya, Maidiyana offer pulak nak jadi driver kehormat. Kami terima dengan hati terbuka, lagi sekali trip bergumbira di dalam kereta, sambil beri coaching kepada Mai. Amboi 4 Master, coaching sorang Supervisor, kalau tak boleh juga, memang kami ni tak bagus la kan hahaha!
Kami bersungguh- sungguh nak cepat, sebab flight Cery ke KL, pukul 5.30 petang. Tapi apakan daya, ada pulak road block berhampiran bridge, jadi traffic jadi slow mo. Sampai di airport, Cery pun cuba buat pecutan terakhir, sambil kami gelak- gelak dalam kereta. Dia pesan siap-siap, "korang jangan gerak dulu, tunggu in case flight dah berlepas". Seperti yang diduga, sampai je kat boarding hall, Cery sedut asap kapal terbang saja, dan berpatah semula ke kereta. Dia reschedule flight pukul 7.30 malam. Mujur beli Flexi ticket kan.
Kemudian, sebabkan ada orang teringin char kuew tiaw, kami pun pusing-pusing area airport, Sungai Dua, USM mencari char kuew tiaw, kami kembali ke airport hahaha! Gagal ok gagal! Akhirnya makan je la di cafe dalam airport tu. Perut pun dah masuk angin, tapi tetap happy. Memang takde sorang pun yang moody padahal dah lapar gila, dengan hujan sejuk lagi. Hehehe kalau hati dah suka, semua indah saja!
Dan lebih "indah" flight kami berdua pula tunda hinggal jam 10.30 malam. Terus lah kami ke surau, bergolek-golek dengan baby Wisya, kemudian minum kopi. Sambil-sambil tu banyak benda yang kami berdua bincang, tentang masa depan dan perancangan bisnes kami. Tak sedar masa berlalu, kami pun boarding dan pulang ke KL dengan selamat, Alhamdulillah. Kepenatan tapi sangat berbaloi.
Memang seronok trip dengan sahabat- sahabat saya ni, ketawa sampai masuk angin, tapi pulang ke rumah dengan semangat berkobar- kobar nak laksanakan pelbagai plan bersama- sama. Anak buah saya beri feedback yang sangat positif tentang kelas yang dianjurkan. Dan ini membuatkan saya lagi bersemangat untuk terus memberi yang terbaik kepada mereka.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment