Di kalangan ahli group PAF, terutamanya yang direct line saya, kebanyakan adalah kawan- kawan saya. Pada awal penglibatan saya dalam Shaklee, mereka inilah pelanggan tetap dan penyokong utama. Disebabkan mereka tidak ada masalah untuk mempercayai saya dan perjuangan saya dalam bisnes, jadi mudahlah untuk saya membimbing mereka. Yang membuatkan ianya lebih manis ialah, kami sayang menyayang lebih daripada sekadar untuk kepentingan bisnes. Inilah yang membuatkan perjalanan bisnes saya lebih menyeronokkan. Master Nurlia, leader pertama yang dilahirkan oleh saya, telah saya kenali sejak darjah 5 atau 6! Kami pergi ke sekolah menengah yang sama dan tinggal di asrama bersama- sama. Baaaanyak kenangan zaman kanak- kanak dan remaja kami kongsi berdua. Master Aishah pula, menjadi sahabat baik sejak 2005! Kami banyak menghabiskan masa di pejabat bersama- sama, travel bersama- sama, malah sempat seketika kami tinggal serumah. Kami sama- sama berjuang menjadi breastfeeding moms, kemudian merebak ke fasa berjuang dengan Shaklee. Leader- leader yang lain saya kenali semasa aktif sebagai blogger (picisan haha) seperti Bat, Radia dan Fara. Entah macam mana boleh ngam sangat- sangat, yang membawa kepada gathering after gathering. Radia boleh ngam dengan saya sebab kami sama- sama di USM, sama- sama suka buku dan bahasa, dan sama- sama pernah jiwang hahaha!
Ada juga saya kenali sejak 2006 di office seperti CTZ, teman lunch dan meeting, dan tempat mencurah perasaan bila rasa nak pukul bos dan colleagues. Dan Fad pula sebenarnya customer saya yang pernah bekerja satu ofis dengan Aishah! Sama juga dengan Rinie dan Ayu, kedua- duanya bermula sebagai customer. Si Rinie ambil masa yang agak lama juga nak join bisnes, tapi berkat hari- hari saya mengorat dia di Facebook, akhirnya dia tewas hahaha! Mungkin jika dikira tahun, yang paling lama saya kenal ialah Ainul, iaitu sejak tadika, 1984 aiyayaya! Kemudian bertemu kembali di Penang semasa saya belajar dan bekerja di sana, dan berkomunikasi dengan Facebook sebelum dia join saya ber-Shaklee. Dan sudah tentu mesti ada kaum keluarga juga kan, iaitu adik saya Ija dan biras saya Noor. Mereka berdua mestilah lagi special, sebab dah darah daging, mesti kita nak mereka berjaya lebih lebih lagi. Walau bagaimanapun bila dah sama- sama hari- hari bersama- sama (online), ikatan kekeluargaan dan persahabatan tidak ada bezanya.
Wow! I met them at different phase of my life and now we are together striving to do well in Shaklee. Indahnya susunan Allah! Next post, saya akan cerita tentang kawan- kawan baru yang saya kenal dalam Shaklee dan bagaimana kami membina dan mengikat hubungan yang semakin hari semakin erat- my Gojes sisters!
Much love,
Master Puteri
This is us, getting old and rich and fabulous hahaha! |
No comments:
Post a Comment